Makanan eksotik time raya haji

11:01 AM Sue Izza 2 Comments

Assalamualaikum dan hai semua...Salam hari Isnin...
Masih dalam mood 'makan daging' lagi ke?...Cik Ngah tak makan banyak sangat tahun ni,walaupun abah buat korban...jadi tukang tolong masakkan je...Cerita pasal sembelih lembu ni,kat sesetengah tempat ada bahagian badan lembu yang tak di makan tapi bagi kebanyakan orang belah pantai timur hampir semua boleh di makan contohnya sup kaki lembu,sup lidah,kerabu otak lembu,sup ekor dan macam2 lagi lah.
Dalam family campur Cik Ngah pulak,ada pak cik berketurunan Jawa,dan katanya kulit atau belulang tu pun boleh makan,buat keropok,tapi Cik Ngah tak penah makan lagi la....heeee...

Ok lah kali ni nak kongsikan resepi Kerabu Perut Lembu dan Perut Rebus Cicah Air Asam
Cik Ngah buat masa raya yang lepas,licinnnnn....heeee....


Perut Rebus Cicah Air Asam


Bahan:
Perut lembu yang telah di bersihkan
rebus sampai empuk
Cik Ngah masukkan sekali hati dan paru lembu
dah empuk,toskan dan hiris nipis (jangan la nipis sangat ye)



Pencicah / Air Asam


Bahan :
1 inci Belacan -bakar(kalau alergik tak yah letak)
2 ulas bawang putih-bakar dengan kulit-dah sejuk,kupas
3 ulas bawang merah-bakar dengan kulit--dah sejuk,kupas
cili padi-nak pedas letak la banyak
air limau kasturi
tomato-potong dadu
garam dan gula

Cara :
-blend belacan,bawang dan cili padi
-perah asam limau dan masukkan tomato
-gaul sebati
-perasakan dengan garam dan gula



Kerabu Perut Lembu

gambar pinjam dari majalah rasa (tak sempat amik gambar dah licin)

Bahan :
Perut yang dah di rebus dan potong nipis
(sama macam resepi di atas)
kacang panjang-potong 1 inci
tomato -potong dadu
cili api-hiris atau tumbuk pecah2
bawang merah-hiris
daun kesum-hiris halus
serai- hiris halus
kerisik-Cik Ngah jarang letak
air limau kasturi atau limau nipis
garam dan gula

Cara:
gaulkan semua bahan
sebatikan
perasakan dengan garam dan gula

makan dengan nasi panas2...walawehhh..tak angkat kepala la
jawabnya...heeee....

bisik-bisik:
menu daging korban je la sebulan ni...
macam2 resepi try dengan daging yang penuh dalam peti ais..huuuu....







2 comments:

  1. fuh meleleh air liur tgk perut cicah air asam tu...kalau dulu dok kat kelate, takyah tunggu raya haji pun boleh makan... skrg dah tak merasa...huhuhuuu.... tabik springla ngan cikngah...aku tak reti langsung nak kerjakan pekakas2 lembu nih... makan je tau ^_^

    ReplyDelete