18 December 2011

Hai semua....
tak mau cakap banyak,meh nak kongsi resepi sarapan pagi jumaat lepas
dapat idea dari Pak Cik Mat,tapi derhaka sikit ikut bahan yang ada dalam peti ais.
ampun Pak Cik Mat ye...heeee

Karipap Paratha

tak cun macam Pak Cik buat tapi Mr D sental abis 3 biji
heee....puas hati...


Bahan :
1 biji ubi kentang-potong dadu rebus sampai empuk
1 biji bawang besar potong dadu
3 ulas bawang putih potong dadu
2 keping daging burger lembu-goreng dan potong dadu
2 sudu cili kisar
1 sudu serbuk kari daging
1 biji tomato potong dadu
daun sup
garam dan gula
roti paratha instant
macam kat bawah ni
v
v
v
v


Cara:
tumiskan bawang besar dan bawang putih sampai naik bau
masukkan cili kisar dan serbuk kari
masukkan tomato dan daging burger
masukkan air dan biar mendidih
masukkan kentang 
garam dan gula
gaul sebati dan masukkan daun sup
biarkan sejuk
amik roti paratha
sudukan inti dan kelim macam karipap biasa
(Cik Ngah tambah letakkan sengkuag sebelum letak inti,sedap gak)
kemudian goreng dengan api kecil
dalam 5 minit je...
hidang panas2...sedappppp

bisik-bisik:
ermmm...rasa macam nak buat lagi sekali lak...
hujan2 ni makan panas2 dengan air kopi
fuhhhh...terangkat gak nih...heeee

Catatan Sue Izza . 2017 Copyright. All rights reserved. Blog Templates Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates