Bestnya kalau dapat....

2:02 PM Sue Izza 6 Comments

Salam hari isnin semua
okeh...dalam dok blogwalking...tiba2 hati ni teruja tak menentu...biasa la bagi yang suka ke dapur dan wajib ke dapur mesti teruja kan tengok perkakas dapur yang cantik2 ni...heee
kalau la ada jual kat malaysia ni,nak jugak Cik Ngah sambar sebiji dua (sebijik ke?...)
cantik,nampak bergaya gitu...heeee...lagi semangat nak masak...heee....
apa bendanya Cik Ngah ni?...eh!..lupa lak...ni ha,benda alah ni la....
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v


smart kan...ada tempat letak pisau lagi....


nampak bijakkk je..heee...



suka la..nampak kemas je....

nak tengok selebihnya klik SINI ye...

bisik-bisik:
bila nak ada dapur sendiri aka rumah sendiri
huuuu.....:(









6 singgah dan taip sket..:

Tips untuk yang stress

8:45 AM Sue Izza 4 Comments

Salam pagi isnin...pehabaq semua...sehat ka?..alaaaa..to sah la dok monday blues sangat..cer senyum2 sikit,terapi tau..lagipun banyak dapat pahala.Stress??...tak tahu apa nak buat?..meh Cik Ngah bagi tips sikit apa nak buat kalau stress.....



telefonlah kawan-kawan rapat atau ma ayah,tanya khabar,
bercerita kisah-kisah terbaru,luahkan masalah...




menulis
tulis lah catatan tuk diri sendiri,tulislah diari,
luahkan pada kertas,kalau rasa takut di baca orang
dah habis tulis,bakar je
yang penting terluah perasaan tu kan?


peluklah orang tersayang
mana yang dah bersuami/isteri peluklah pasangan masing2
mana yang bujang tu peluklah adik,kakak,abang atau ma ayah ye...

lakukan regangan atau pergerakan fizikal
bersenamlah atau bersukan
juga mampu menghilangkan stress

senyum dan cuba kenang saat2 menggembirakan 
dalam hidup anda



dengarlah muzik atau lagu kegemaran anda...
kalau dah dok dalam bilik tu nak menari sensorang pun ok gak kan
lepaskan je,tutup pintu n tingkap,joget la sensorang...heeee

okey...ni yang paling afdal dan paling bagus
mengaji atau baca Al-Quran
atau kitab-kitab agama
selain mendapat ketenangan,pastinya ada pahala menunggu kan?...



kalau boleh elakkan kafein dan gula bila tengah stress
tak elok untuk emosi dan kesihatan

bertenang dan cuba fikirkan 5 perkara yang anda bersyukur 
masih memilikinya.


tenang kan diri dengan menarik nafas dalam2 dan hembus 
perlahan-lahan.

manjakan diri,mandi air panas atau mandi wap (sauna)
sambil mendengar muzik yang menenangkan.


bisik-bisik:
Cik Ngah kalau tension
suka keluar tengok pokok hijau
suka dekat dengan alam
dengar bunyi air,burung2
atau tengok pokok menghijau
tenangggg je...
~nama pun puteri rimba...heeeee...~








4 singgah dan taip sket..:

Sambal Ikan Bilis Tempoyak...Tempoyak lagi....

12:53 PM Sue Izza 2 Comments

Salam sayang semua...
kalau dah namanya orang pahang,orang lepeh...tak habis-habis ngan tempoyak.Cik Ngah ni kalau tempoyak terutama masak tempoyak ikan patin atau samabal ikan bilis...jawabnya makan nasi bertambah la...walaupun bukan asli asal pahang (ma abah asal kelantan) tapi di sebabkan lahir di pahang,besar di pahang,semestinya haidangan di rumah campuran pahang kelantan....budu,tempoyak,cili api,ulam,ikan sungai,hidangan eksotik (perut lembu,sup ekor,sup kaki lembu,daging rusa,kancil,napuh)...Cik Ngah dah merasa la makan...
so,kesimpulanmnya...memang tempoyak makanan asasi...haaahaahaaa....
jom tengok resepi ye....


Sambal Ikan Bilis Tempoyak


Bahan :
segenggam ikan bilis
1 senduk besar tempoyak
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
bawang besar potong bulat
garam dan gula

Cara:
-tumbuk bawang merah,bawang putih dan kunyit
-gaulkan bahan tumbuk dengan tempoyak
-tumiskan tempoyak yang dah di gaul tadi,masukkan sedikit air
(kalau nak berkuah dan cair masukkan lebih)
-masukkan ikan bilis,biar mendidih
-masukkan bawang besar
-perasakan dengan garam dan gula

bisik-bisik:
masa darjah 5 dah pandai masak ni
abah  yang ajarkan
banyak masakan abah yang ajar
contoh laksa kelantan,ketupat sotong
gulai tempoyak ikan patin
ermmmm...orang lelaki jarang memasak
sekali dia buat,sedap gak
tp tak semua ni...heeee
kalau Mr D mau nya hangus kuali...heeee







2 singgah dan taip sket..:

Karipap Paratha

8:45 AM Sue Izza 0 Comments

Hai semua....
tak mau cakap banyak,meh nak kongsi resepi sarapan pagi jumaat lepas
dapat idea dari Pak Cik Mat,tapi derhaka sikit ikut bahan yang ada dalam peti ais.
ampun Pak Cik Mat ye...heeee

Karipap Paratha

tak cun macam Pak Cik buat tapi Mr D sental abis 3 biji
heee....puas hati...


Bahan :
1 biji ubi kentang-potong dadu rebus sampai empuk
1 biji bawang besar potong dadu
3 ulas bawang putih potong dadu
2 keping daging burger lembu-goreng dan potong dadu
2 sudu cili kisar
1 sudu serbuk kari daging
1 biji tomato potong dadu
daun sup
garam dan gula
roti paratha instant
macam kat bawah ni
v
v
v
v


Cara:
tumiskan bawang besar dan bawang putih sampai naik bau
masukkan cili kisar dan serbuk kari
masukkan tomato dan daging burger
masukkan air dan biar mendidih
masukkan kentang 
garam dan gula
gaul sebati dan masukkan daun sup
biarkan sejuk
amik roti paratha
sudukan inti dan kelim macam karipap biasa
(Cik Ngah tambah letakkan sengkuag sebelum letak inti,sedap gak)
kemudian goreng dengan api kecil
dalam 5 minit je...
hidang panas2...sedappppp

bisik-bisik:
ermmm...rasa macam nak buat lagi sekali lak...
hujan2 ni makan panas2 dengan air kopi
fuhhhh...terangkat gak nih...heeee

0 singgah dan taip sket..:

Restoran My Rice My Health

2:35 PM Sue Izza 0 Comments

 Assalamualaikum dan salam sejahtera....
Salam hari sabtu,senyum2 selalu dan ceriakan diri di hari minggu...cewahhhh...ayat tak hagak-hagakkk...heeeee
korang buat apa weekend cam ni..mesti ramai yang keluar jalan-jalan kan?...Cik Ngah jugak la yang kerja di hari sabtu yang mendung ni....kerja bersepah tapi rasa nak cari bantal ngan selimuttt je...
dah2,meh sini sat Cik Ngah nak cite nih...meh la dekat sikit..alaaaa tok sah dok segan lah...heee
ni cite hari khamis lepas,Cik Ngah mogok manja ngan Mr D tak mau masakkan lunch...ecehhh..so lunch tu kitaorg keluar la merayau mencari kedai makan yang best tuk memuaskan nafsu tekak kami nih...pusing punya pusing,ntah macam mana la bleh sampai Seksyen 8,Bandar Baru Bangi (boleh gak cam tu...heh!)
so nampak la restoran ni,memandangkan perut dah nyanyi lagu wonder girl and Cik Ngah pun 2 3 hari dok sebut nasi arab,so kitaorang masuk je la...ini la dia Restoran My Rice My Health....


haaaa....tu dia kedainya sebelah tuti fruiti tu...


 kedainya bertema merah kuning (bendera selangor kot)


 bersih dan tersusun..mungkin tak ramai org kot...


 perabot pun merah kuning...


 menunya ada:
nasi arab (ayam,daging,kambing)
nasi damsyik (ayam ,daging.kambing)
dan 
nasi kaherah (ayam,daging,kambing)

 menu lain pun ada
cam nasi ayam
tom yam
sup
sayur
dessert
and ice blended


 Mr D punya nasi ayam
bagi Cik Ngah agak kureng laaa.
nothing spesel...


 cendol yang tak berapa meriah tp ok la
guna santan kelapa sawit
rasanya pelik sikit
tapi still bleh masuk..


yeahhhhhh
ini Cik Ngah punya
nasi kaherah kambing
sedapppp...rasa rempah pada nasinya
kambingnya pun tak berbau sangat
lembut je
cuma kuah dalnya tak cukuppppp..

ok...nak cari kedainya?
google la...heeee..tak reti la nak terangkan 
so far,nasi kaherah tu memang sedap dan banyak,tapau separuh bawa balik
harga pun murah,dua orang makan RM30 je..
ok la kan...
menu lain tak try lagi..
ada nampak pak cik tu order makanan ala carte
macam kuey teow kungfu nampak sedapppp je...

bisik-bisik:
nak kata sedap sangat,tidak la jugak
ikut selera masing2 la kan
Cik Ngah bagi 3/5 je la





0 singgah dan taip sket..:

WW : Ole-ole dari Sabah....

6:09 PM Sue Izza 4 Comments


bisik-bisik:
tq so much bos
sebab ingat kat saya
thanks for ole-ole ni
lain kali beli lagi ek...
heeeee....




4 singgah dan taip sket..:

Ikan Patin Gulai Tempoyak...Khas tuk Che Semah...

4:45 PM Sue Izza 0 Comments

Assalamualaikum...
erkkkk...Alhamdulillahhhh...kenyang dah lunch,heeee...ari ni cancel diet hokeyyy...lauk memang menggugat selera (heeee....x bleh blah,puji diri sendiri).......
ni entry nak menunjuk ngan Che Semah sebenarnya...ha...ha..ha...tu la,che semah,meh balik pahang meh...i masakkan untuk you okey...heeeee....ok2,jom kita kongsi resepinya ye....


Ikan Patin Masak Gulai Tempoyak



Bahan:
Ikan patin di bersihkan
2 senduk tempoyak
10 biji cili api (nak pedas letak la banyak)
1 inci kunyit hidup
2 batang serai-di ketuk (kalau belah lipis x letak serai pun)
daun kesum
(bleh jugak tambah letak mentimun atau terung jari ye)

Cara:
tumbuk kunyit hidup dengan cili api sampai lumat
gaulkan dengan tempoyak
masukkan ikan dalam periuk
gaulkan ikan dengan pes tempoyak tadi hingga rata
masukkan air sampai tenggelam ikan
masak atas api sederhana
bila mendidih masukkan serai dan daun kesum
perasakan dengan garam
(nenek saya pesan jangan letak gula,nanti rasanya berlawan 
dengan rasa tempoyak,jadi tak sedap)

bisik-bisik:
lunch tadi-
patin masak tempoyak
sayur lemak labu
sambal ikan bilis
ulam pegaga
aduiiiiii...bertambah makan nasi
cam ne la berat tak naik cam ni
-macam nak makan lagi la plak...ishhhhh
jangan marah aaaa che semah...heeee...





0 singgah dan taip sket..:

Kerabu Mangga....

12:13 PM Sue Izza 6 Comments

Assalamualaikum...
sapa suka makan mangga,angkat tangan cepatttt....heeee...Cik Ngah tak suka makan mentah macam tu je,lagi-lagi yang masam,tak tahan...
So,Cik Ngah lagi suka buat kerabu cam ni and makan dengan nasi...haihssss...bleh bertambah tau...
ok...jom tengok resepi kerabu mangga Cik Ngah...


Bahan:
Buah mangga muda atau mempelam di parut
Carrot -di parut
tomato-belah 6
kacang panjang-potong 2 cm
udang kering
kacang gajus yang dah di goreng
jus limau nipis
cili padi-di ketuk (nak pedas boleh tambah)
gula dan garam

Cara:
campur kan semua bahan 
gaul sebati dan seimbangkan rasa

bisik-bisik:
ni resepi lama ni
buat masa masak ikan siakap tu
alamak teringin la plak...huuuu
ari ni pasar tani Putrajaya
bleh dah nak cari bahan ni...heeee

6 singgah dan taip sket..:

Meraikan Cinta : Firdaus Dan Zana

6:09 PM Sue Izza 1 Comments

Assalamualaikum...
Sedih dan gembira bercampur rasa dalam hati saat hadir majlis perkahwinan kali ni,majlis diadakan tanggal 27 November lalu di Dewan Sri Delima,Jinjang...
Sahabat baik Cik Ngah,Firdaus Sabri dah selamat bergelar suami kepada Zainatul Afzan Razali.
Sedih kerana zaman childhood kami sudah jauh di tinggalkan...memori suka duka kami kini hanya tinggal kenangan untuk persahabatan ini,masing-masing sudah ada kehidupan sendiri.
Gembira kerana akhirnya sahabat Cik Ngah ini menemui kebahagian dengan insan yang di cintainya...semoga bahagia bersamamu sahabat...
Rasanya masih segar kenangan zaman persekolahan,zaman kita berkongsi kisah sedih,suka duka dan kenakalan itu kan?...Semoga persahabatan ini tidak kan terputus sampai ke akhirnya....


Cantik persalinan birunya....sepadan...


semoga cinta kalian kekal ke akhir nyawa...



Senyuman kebahagian....semoga di rahmati Allah,masjid yang kalian bina ini.

Pesanan untuk Firdaus:
Jadilah suami yang terbaik untuk Zana,jaga lah dia macam kau menjaga dirimu sendiri,didik lah dia sebagai isteri yang solehah,jadilah sahabatnya,jagalah tanggungjawabmu,prihatinlah ke atas hati dan perasaan isterimu,sahabatmu ini sentiasa mendoakan yang terbaik tuk kalian.Jangan lupakan sahabatmu ini ye....
and jangan garang2 tau....heeeee

bisik-bisik:
tumpang bahagia je la
sendiri entah bila
moga Allah permudahkan jalanku....






1 singgah dan taip sket..:

Putih itu bersih,Senyum itu manis

4:13 PM Sue Izza 4 Comments

Assalamualaikum....

Ibn Abbas meriwayatkan bahawa Rasullullah s.a.w bersabda yang bermaksud : "Hendaklah kalian mengenakan pakaian berwarna putih.Orang yang masih hidup antara kalian,hendaklah memakai pakaian putih.Dan orang yang telah meninggal dunia,hendaklah dikafani dengan kain yang berwarna putih.Sungguh,pakaian yang berwarna putih itu merupakan bahagian pakaian yang paling baik bagi kalian."
(Riwayat al-Tirmidzi,Abu Daud,Ibn Majah dah Ahmad)



cantikkan...nampak bersihhhh je....
di tambah dengan senyuman manis...
sedekah tu..banyakkk pahala...
teringin gak nak cari sehelai jubah putih
sesapa ada cadangan tuk pembelian online bagitau Cik Ngah ye....

bisik-bisik:
dah start amalkan hari Isnin pakai sepasang putih 
atau sekurang2nya ada warna putih yang dominan

4 singgah dan taip sket..:

Steamboat Maeps

6:25 PM Sue Izza 1 Comments

 Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...
Hari mood yang tak berapa baik tapi masih boleh tersenyum (biasa la pompuan kan...heee...)
kali ni nak cerita jalan-jalan cari makan Cik Ngah malam semalam,gara-gara entry Abang Ben ni,membuatkan Cik Ngah melancarkan strategi baikkkk punya pujuk Mr D pergi sana,dengar pulak cite Cik Dhia Yang pernah pergi kan...lagi la Cik Ngah mengada-ngada jap..heeeee...akhirnya selepas memujuk rayu Mr D akhirnya berjaya jugak,kebetulan pulak semalam Cik Ngah dan Mr D puasa 10 Muharam,memang elok la...
Lokasinya tak jauh pun dari Putrajaya,dalam 15 minit dah sampai,harga pun berbaloi la tuk kami2 yang tak berapa berduit ni...dalam RM21 sorang je termasuk tax rasanya (tak pasti sebab Mr D yang bayar,heee...)
pilihan makanannya banyak,ada aiskrim,ada dessert dan buah-buahan,makanan bergoreng cam mee,kuey tiaw pun ada gak,cuma kuah steamboatnya kurang perisa sikit,ada tomyam dan sup biasa tapiiiiii...bagi Cik Ngah kurang rasa la,tapi tak pe...sos yang di sediakan semua sedap2...air pun ada pilihan sejuk dan panas.Berbaloi la dengan harganya....okeh,penat dah nak taip,jom layan gambar...

ruang makan yang luas,kami makan kat luar,dapat fresh air gitu...:)

waiter tolong pasangkan periuk dan panaskan...

 makanan first amik,mee goreng ,rendang ayam dan nasi goreng
Cik Ngah rasa sikit je,Mr D yang makan lebih,
Cik Ngah dah aim nak makan steamboat banyak2...


 Cik Jura menikmati nasi goreng...


 step kedua....bahan steamboat kami...
pergi berempat,Cik Ngah,Mr D,Cik Dhia and Cik Jura


 tu diaaa...penuh meja...hik..hik..hik...


 Mr D termenung tak tahu nak amik apa dulu...


 Cik Dhia and Cik Jura yang mula kekenyangan...

 tinggal.......bekas je...heeee....



 Cik Jura dengan muka muaknya...heee...pelawa aiskrim pun tak mau dah...



 ingatkan dah nak stop,bleh plak amik telur puyuh lak gi rebus...
adoyaiiiii.....


 berebut aiskrim...:)



 Cik Dhia with aiskrimmmm...



 licinnn.....


 minum 4 orang...erkkkk...



 perbincangan masalah lemak dan diet...ha..ha..ha...



 tersandar....kekenyangan sudaaaa,....



last posing.....




ni peta tuk sapa yang nak try ye....

itulah dia jalan-jalan cari makan semalam,balik rumah dalam kul 11,semua terbungkang kekenyangan sampai pagi tadi pun kenyang...heeee...puas hati makan.

bisik-bisik:
teringin nak pergi lagi
nak bawa my sweet cousin
ciannnn dia,asyik study je
(study la sangattttt....heeee)

1 singgah dan taip sket..: