15 January 2012


Salam pagi Ahad kawan-kawan?
Apa aktiviti korang hari minggu ni? Yang tak ke mana-mana mesti sibuk mengemas rumah kan?
Tapi korang tahu tak bahan yang korang gunakan untuk mencuci rumah sebenarnya banyak mengandungi bahan merbahaya tau,antaranya :

Pewangi pakaian dan bilik
Sesentahnya mengandungi toluen atau xylene yang boleh merosakkan paru-paru,sistem saraf,hati dan penyebab kanser.

Ubat serangga
Penggunaan yang kerap boleh merosakkan sistem pernafasan dan hati
Tak elok untuk yang asma dan lelah

Pembersih sabun
Ada yang boleh merosakkan kulit dan masalah katarak

Pemutih pakaian macam klorox
Menghasilkan gas beracun dan merosakkan paru-paru

Pembersih Perabot
Mengakibatkan kanser paru-paru,tindakan menghidu bahan yang mengandungi phenol menyebabkan seseorang itu berpeluh,kejang,tenat dan risiko kematian.

So,apa pilihan yang kita ada untuk kerja-kerja mencuci ni,Okey,meh Cik Ngah kongsikan kaedah semulajadi atau another choice yang kita boleh gunakan :




Penganti pewangi
-masukkan bunga cengkih,daun thyme,ginseng,daun rosemary atau paling senang daun pandan dan letakkan dalam kabinet dapur atau bentukkan dalam bekas yang cantik,amik je bekas telur yang dapat masa kenduri kawin yang cantik2 tu,boleh juga letak di ruang tamu.
-boleh juga guna beberapa helai daun pudina,letakkan dalam bekas cantik2 dan letakkan atas sink dalam bilik air,murah kan?

Penghalau serangga
-campurkan bahan penghalau serangga bersama gula dan letakkan di bahagian yang selalu di hinggapi serangga

Penyegar udara
-hasilkan sendiri popouri dari bahan herba yang berbau wangi dari dapur
-boleh juga celupkan kapas dalam wangian dan letakkan dalam bekas,biarkan terdedah di ruang tamu
-serbuk penaik juga boleh menghilangkan bau di kawasan lembap

Pembersih lantai
-campurkan satu cawan cuka dengan satu baldi air

Pembersih perabot
-anda boleh minyakkan perabot menggunakan minyak zaitun atau minyak badam
-boleh juga bersihkan perabot dengan campuran setengah cawan cuka dan jus lemon,gunakan kain lembut untuk mengelap

So,kita dah ada pilihan untuk lebih sihat kan,rumah bersih dan kesihatan pun terjaga,lebih-lebih lagi rumah yang ada anak kecil dan ibu mengandung kan?

bisik-bisik:
kekadang gi pasar suka beli daun pandan banyak2
letak kat dapur,wangiiiiii....
dah sihat mesti nak kurus dan cantik kan--------> KLIK SINI

1 singgah dan taip sket..:

nurul tag akak masuk contest, jangan lupa join yer =D

REPLY

Catatan Sue Izza . 2017 Copyright. All rights reserved. Blog Templates Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates