10 January 2012

Assalamualaikum & Salam sejahtera

Breakfast apa korang semua pagi ni?...Cik Ngah just minum nestum 3 in 1 campur milo je...cukup la,x selera nak makan lak pagi ni.Mana tak nya dok teringat ikan bakar housemate buat semalam,terasa lagi rempahnya yang sedap tu...heeee...tapiiiii...tak makan ngan nasi pun,just ratah ikan je,Cik Ngah memang sangattttt jarang dah makan nasi malam sekarang ni....and masuk hari ni dah 3 hari tak makan nasi,paling lapar pun makan mee sup atau roti sandwich letak telur dan sayur je....bukan diet tau,Cik Ngah memang cam ni...samapai masanya memang tak selera tengok nasi.heeeee...(berangan jadi omputeh la kononnya....)

So,mari kita tengok resepinya ya,Cik Zura (Housemate Cik Ngah punya resepi ni)

Kerapu Bakar Berempah

rupa tak semenggah tapi rasa memang umppphhh...

bahan :
ikan kerapu yang di bersihkan dengan asam jawa

bahan perap:
3 batang-daun kesum
2 batang-serai
6 helai-daun limau purut
3 biji-bawang merah
2 biji-bawang putih
1 inci-halia
6 biji-cili api (nak pedas tambah la)
2 sudu-cili boh
2 sudu-air asam jawa
gula dan garam
*semua bahan perap ni blend je sampai lumat
*kuantiti pandai2 la agak tuk sekor ikan ye...
sebab ikan tak sama saiz

cara:
-perapkan ikan dengan bahan yang di blender
-masukkan dalam aluminium foil,sebelum tu lapikkan dengan daun pisang
nak bagi wangi...heeee
-bakar dengan api perlahan
-hidangkan,dengan nasi panas
ratah saja pun ok

ni la Cik Zura....
tuan punya resepi ni
single lagi tau....heeeee....


bisik-bisik:
seminggu dua ni sangat malas nak ke dapur
balik kerja je.....dah nampak tilam ngan bantal
haishhhh....bekal ke opis pun dah malas nak prepare
sib baik Mr D tak komplain..
heeee....



Catatan Sue Izza . 2017 Copyright. All rights reserved. Blog Templates Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates