12 January 2012



Selasa lepas Cik Ngah dapat pas percuma dari Ujang untuk ke Majlis Pra Tonton Filem Keramat terbitan Metrowealth Pictures Sdn Bhd di MBO Subang Parade.Cik Ngah pergi dengan Mr D (wajib ikut,bodyguard tak bergaji heee....)


 ni barisan pelakon,pengarah dan penerbitnya
ok...gambar Cik Ngah tak cun (kamera murah..hukkk)


tengok yang ni lah,gambar dari Ujang 
pinjam jap ye...

Penerbit: David Teo
Pengarah : Azhari Mohd Zain
Pelakon :
Zul Handyblack
Rebecca Nur
Mon Ryanti
Adey Syafrien
Putri Mardiana
Diana Amir

Sinopsis:

Mengisahkan peristiwa zaman dahulu era 1900,Habib lelaki berselubung yang di fitnah oleh Mustika,lalu di pukul oleh Jabar dan orang kampung di tengah ladang tebu sehingga dia berdoa kepada tuhan sebagai orang teraniaya,lalu angin bertiup kuat dan keluar cahaya dari wajahnya yang di singkap selubungnya oleh orang kampung,dan orang kampung mati dek cahaya dari Habib itu,Mustika yang di selubungi rasa bersalah datang ke ladang tebu untuk meminta maaf dari Habib,tapi sudah terlambat,dan tongkat kepunyaan Habib menjadi keramat di satu busut di ladang itu.

Kembali ke era kini,dua beradik Nazmir dan Nasti,isteri Nazmir iaitu Zura telah keguguran dan menjadi murung kerana tertekan dan di hantui misteri,lalu bermula episod misteri berkaitan tongkat Habib itu,pelbagai kejadian aneh dan menyeramkan berlaku kepada mereka,apa kesudahannya,saksikan sendiri di pawagam terdekat ye....

Dari Cik Ngah:
Filem ni agak seram ,cuma jalan ceritanya agak longgar,ada adegan yang  boleh membuatkan Cik Ngah terjerit jugak la.Cuma ada part yang seram tapi jadi kelakar bila skripnya agak longgar dan 'tak kena'
Sound effect boleh tahan (sebab Cik Ngah sakit jantung jap,terkejut...heeee)
Paling best part Rebecca bertukar jadi hantu,sangat ngeri okeh...(Cik Ngah terkejut and terus tutup muka ~tengok celah jari~....)
Pelakon - best tengok Mon Ryanti.lakonannya berkesan.
Ending - tak terjangka,nak tahu tengok sendiri la..heeee
Cik Ngah bagi 4/5 bintang

Trailer Filem Keramat
di tayangkan bermula 12 Januari 2012


Ramai juga blogger hebat yang hadir,antara yang Cik Ngah kenal:
(tapi diorang tak kenal Cik Ngah...heeee...i kan newbie gitu..heee)
dan ramai lagi tapi Cik Ngah tak kenal sangat...

bisik - bisik :
Segan rasa bila jumpa blogger2 hebat ni...
tapi Cik Ngah memang suka cabar diri sendiri
kadang kala bila kita kenal ramai orang,make a new friend
boleh tingkatkan keyakinan dan bergaul dengan pelbagai jenis 
kawan,baru la seronok kan....

Zul Handy black ni macam lecturer Cik Ngah dulu la
En Azhar...ermmmm...:)


PETUA KULIT PUTIH BERSIH :

2 singgah dan taip sket..

hoho...tutup muka dan tengok dari celah jari tu yang tak boleh blah tu..haha..

yeah, in term of seram, wajar dipuji, lagi2 sound effect dia cam kuat gile...

REPLY

Keramat tak seram sangat berbanding Sumpahan Kum Kum,..

p/s: lain kali jumpa tegur2laah,.. xmo segan2 eh.

REPLY

Catatan Sue Izza . 2017 Copyright. All rights reserved. Blog Templates Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates