21 February 2012

Entry di malam hari,sambil layan tv.....

apa la nasib Cik Ngah hari,eh bukan hari je....sejak seminggu dua ni la.Bermula dengan peristiwa jatuh tergolek kat parking,selang 2 hari hampir2 terhantuk kepala dalam bilik air,kemudian tangan pulak terkena minyak panas goreng ikan,dan hari ni pulak,dengan handphone yang konon-kononnya tertinggal kat rumah,rupanya tercicir di jalan.haiiiiiihhhhh.....apa la nak jadi Cik Ngah ni? betul-betul pelupa ke atau dah nyanyuk,atau adakah sebab usia yang dah makin meningkat membuatkan Cik Ngah di jangkiti gejala ini....heeee....

Itulah manusia kan? dah jadi macam ni barulah nak ingat tua la,umur meningkat la,dah nak mati la,kalau tak? masih juga leka dengan duniawi...ermmmm....ye lah,bila Allah beri kesenangan sikit,mudah betul kita terleka,lupa yang kesenangan tu juga adalah ujian sebenarnya,adakah kita melupakam Dia bila senang dan hanya ingat Dia bila susah sahaja....fikirkan lah,senang mana pun kita,kaya mana pun,tinggi mana pun pangkat,kita sama je akan jadi makanan ulat dalam kubur nanti kan.....

bisik-bisik:

sama-sama kita saling mengingati

mengingati mati tu dapat pahala tau

Published with Blogger-droid v2.0.4

3 singgah dan taip sket..

duniawi n syurgawi seimbang...

REPLY

sam la kita cikngah...sudah dimamah usia la kot...heheee...

REPLY

Catatan Sue Izza . 2017 Copyright. All rights reserved. Blog Templates Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates