Bendi Sambal Manis

5:21 PM Sue Izza 4 Comments

 Salam petang Isnin,
Lama rasanya tak buat entry main masak-masak....
memandangkan weekend semalam tak de program,so rutin biasa la Cik Ngah ngan housemate,bangun pagi,bekpes,gi jogging,baliknya mesti singgah pasar atau pasaraya beli lauk and barang dapur.
So,pagi ni Cik Ngah bawa bekal la jawabnya,bahan siapkan terus sebelum tidur,bangun solat Subuh,terus masak,kebaikannya,tidak la terbabas tidur...heeeee...
ok,hidangan kali ni Bendi Sambal Manis...resepi ni tercetus (perghhh ayat...) gara-gara dok baca blog Kak Jee la...tapi versi Kak Jee,sambalnya masuk udang kering kalau tak silap,Cik Ngah main reka sendiri je,ikut tekak sendiri,cuma suka ngan petua kak jee tuk celur bendi tu,jangan potong,terus masuk periuk,masukkan gula sikit,celur bagi lembut,then angkat dan jiruskan ngan air sejuk,barulah potong pangkal dan hujungnya...
Memang cantik jadi bendinya,still hijau cantikkk je...

Mr D makan bertambah kena plak ngan rendang
kering Cik Ngah buat semalam...

dah licin pun,heeee.....

Bendi Sambal Manis

Bahan:
Bendi-di celur
sos tiram
kicap manis
belacan
tomato puri
serai-di ketuk
gula
garam

bahan kisar:
bawang merah
bawang putih
halia
serai
cili boh

Caranya:
-tumis bahan kisar sampai naik bau
-masukkan sos tiram,tomato puri,kicap manis,belacan
-gorengkan sampai pekat,masukkan garam n gula secukup rasa dan serai yang di ketuk
-perasakan garam dan gula
-curahkan sambal di atas bendi dalam pinggan dan hidangkan...


bisik-bisik:
weekend yang tenang
boleh rehat secukupnya
tenangkan fikiran dengan selesaikan 
kerja rumah dan 'membelai' dan 'memanjakan' badan
heeeee....
beri ganjaran tuk diri anda
Jom Bercuti ----->Klik SINI

4 comments:

  1. I'm sure that my mum will like this!

    ReplyDelete
  2. really???...ada abg or adik lelaki tak?...haaahaaa

    ReplyDelete
  3. rajin betul sue masak eh .. hihihi :)

    ReplyDelete
  4. x suka mkn bendi sbb bendi tu ada lendir...

    ReplyDelete