24 July 2012

 Salam Ramadhan buat semua,
Sekejap je rasa,dah hari ke 4 kita semua berpuasa kan?.....ermmmm macam mana setakat ni? semoga kita masih gagah 'luar' dan 'dalam' tuk menjalani ibadah ini ye,sama-sama kita raih pahala berganda sebanyak mungkin.
Ahad lepas,Cik Ngah di jemput berbuka bersama BFFSA di Putra Height,tak tahu nak bawa apa,kena pulak malas nak keluar cari bahan,kebetulan kak ada tinggalkan belimbing yang dah siap di rebus,so ini je la yang mampu...heeee....


 Sambal Belimbing Hitam





Bahan:
3 senduk belimbing buluh yang di rebus
sampai hitam
7 ulas bawang merah sederhana besar
15 biji cili api hijau
150g ikan bilis

Cara:
tumbuk semua bahan sekali
(memandangkan lesung Cik Ngah kecik,tumbuk sikit2
kemudian gaul dalam besen jer...heeee)
panaskan minyak dan goreng dalam api yang kecil
perasakan dengan garam dan gula
masak sampai hitam (bukan hangit tau)
dan sambalnya kering

bisik-bisik:
Ramadhan kali ini....seribu rasa di hati,mungkin kerna umur yang dah makin meningkat.
terasa lain sangat....hati sebak,pilu....

4 singgah dan taip sket..

wah2 cik ngah punyer menu bikin kecur lidah mak ni tau...

REPLY

Blogger Masakan to be dah macam ni!

REPLY

sedapnya cikngah... dah beli dengan ogy tapi tak sampai lagi... tak sabar nak ngap ^_^

REPLY

Catatan Sue Izza . 2017 Copyright. All rights reserved. Blog Templates Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates