26 September 2012

 Assalamualaikum semua....
huuuu...rindu ngan blog,walau baru dua tiga hari tinggal...heeeheee...dok sibuk setelkan kerja yang berlambak...
semalam lepas lepak ngan my cousin n frens,sempat singgah myhdin cari bahan,tetiba je semangat berkobar-kobar nak try buat,sebab tengok resepi macam senangggg je..ecehhhh berlagak tul la....
balik tu ,sampai umah dah kul 10,dengan hati waja,masuk dapur uli doh...huuuu



tray pertama

tray kedua...lebihkan cheese


 
hidangan tuk breakfast pagi ni


Resepinya?
ermmm Cik Ngah bagi resepi dohnya ajelah ye..toppingnya ikut la selera masing-masing,pakai kreativiti sendiri...Alhamdullillah,dohnya jadi elok,roti pun lembut,cuma tepinya rangup sket,mungkin suhu terlebih sket....for first try,ok la...boleh telan...heeeheeee...Cik Ngah letak sosej,tomato puri,carrot,mushroom and cheese....

Resepi Doh Pizza


BAHAN DOH :-)
  • 500 g tepung roti
  • 250 ml air suam
  • 10 g yis segera
  • 1 camca besar gula halus
  • 1 camca teh garam halus
  • 4 camca besar mentega
  • 1 camca teh bread softerner
  • 1 camca teh bread improver


CARA MEMBUATNYA :-)
  1. UNTUK DOH :- Bancuh yis dengan gula dan 1/2 bahagian air suam, kacau rata dan tunggu berbuih. Sementara itu, gaul garam, oregano, bread improver/softerner dengan tepung hingga rata, lambakkan atas meja bersih dan buat lubang dibahagian tengah tepung, tuang bancuhan yis dan baki air suam sedikit demi sedikit sambil menggaul tepung hingga menjadi doh. Uli hingga lembut. Masukkan mentega dan uli hingga doh licin dan kenyal (kena uli lama sikit). Bulat2kan doh dan alih ke dalam bekas, tutup dengan kitchen towel yang besih dan biarkan 1 jam hingga naik sekali ganda.


Cik Ngah amik dari blog akak NI hasil menggoggle....

bisik-bisik:
 Lepas ni dah bleh buat Pizza ikut selera sendiri la
tak payah meroyan nak gi dominos di malam hari bila
nak makan pizza....




7 singgah dan taip sket..

hihihi cik ngah sebelum ni ada meroyan ke?

REPLY

adehhh.. dah la tengah lapar ni.. haha

REPLY

x pernah lg lini cuba masak pizza sbb ader yg tak minat mkn

REPLY

nanti pock luck umah br abg otai , bawak pizza ni eh ..hihihi

REPLY

fuhhh...

tempting sungguh..

sampai terpanggil nk kasik komen..

:)

dyh nak try nti resepi doh tu..
biasa beli instant je..

REPLY

Catatan Sue Izza . 2017 Copyright. All rights reserved. Blog Templates Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates