Sandwich daging blackpepper

11:49 AM Sue Izza 5 Comments


Assalamualaikum wbt
Selamat pagi semua,senyum seindah suria yang membawa cahya,senyumlah dari hati,duniamu berseriiiii...ehhhh...heeehee....sapa ingat lagi lagu tu,selalu rtm tayangkan dulu-dulu...ishhh terkenang plak zaman itu...
So,breakfast apa korang pagi ni...
Cik Ngah buat bekpes simple2 je,hari bekerja,cukupla tuk alas kaki perut sampai tengahari,jom tengok apa sarapan pagi ni.
Cik Ngah buat sandwich je,tapi kali ni guna daging burger yang di cincang sebab daging cincang dah habis,ok,meh tengok resepinya :
Bahan:
Roti gardenia
3 keping Daging burger-cincang atau potong dadu
2 biji bawang besar mayangkan
3 btg sosej daging di potong nipis dan serong
3 sudu sos lada hitam life
Sedikit garam
Cheese slice -Cik Ngah pakai chesdale cheese je
Mayonis
Sos tomato
Hirisan timun dan tomato
Cara:
-panaskan minyak dlm kuali,masukkan daging burger,sosej dan sos lada hitam.
-goreng sampai masak dan sedikit garing,perasakan dengan garam.
-aturkan hirisan timun dan tomato di atas roti,letakkan camouran daging tadi,paipkan mayonis dan sos,dan letakkan cheese.
-selain makan macam sandwich,bleh juga letak dalam tray dan masukkan dlm oven,bakar dlm 5 minit,taraaa dah jadi mini pizza....heeeheeeee (memasak ni  kreatif)
Selamat mencuba.....
Bisik-bisik:
Beban kerja makin banyak,
Menyesakkan kepala,
Meletihkan fizikal....
Tapiii time macam ni la datang idea memasak
Yang berbagai...huuhuuu...
Published with Blogger-droid v2.0.9

5 comments:

  1. Oh tidak sangat menyelerakan! Potluck at ur place plz!

    ReplyDelete
  2. cik ngah...terliur la daging cincang siap cheese, mayonis lagi....tengah lapar ni

    ReplyDelete
  3. pergi sekinchan bwk menu nie pun sedap...ko providekan lah eks

    ReplyDelete
  4. sedapnyeee cik ngahhhhh ni yang nak buat jugak niiiii

    ReplyDelete