Untuk lelaki ku tersayang...

1:25 PM Sue Izza 2 Comments

 Semalam :
Berbual dengan lelaki kesayangan ini di telefon,bertanya khabar dan beritahu yang aku ingin pulang bertemunya,tapi tak terluah dengan kata-kata yang aku merinduinya,sangat-sangat merindukannya...
lepas bertanya khabar,malamnya,menyusur gedung-gedung dan mall mencari sesuatu yang pasti akan gembirakan hatinya dan akhirnya,aku sudah dapatkan sesuatu untuknya,dan akan pulang ke pangkuannya dalam masa terdekat ini,tunggu ye lelakiku sayang,aku akan pulang ke pangkuanmu.... :)

semoga Allah merahmatinya
dan "sesuatu" ini akan menggembirakan dia
menerbitkan senyum manis di wajahnya




bisik-bisik :
Kak Ngah rindu abah n ma

lelaki kesayanganku hingga hujung nyawa
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
 En. Sulaiman Bin Bakar

2 singgah dan taip sket..:

Pesaing Kiah Pekasam

12:42 PM Sue Izza 1 Comments

Salam pagi Jumaat yang penuh keberkatan semua,jap je rasa kerja minggu ni kan?...memang la Cik Ngah oiii...dahnya cuti sampai Selasa kan?...heeee...
cite pasal cuti Tahun Baru Cina barau ni,parent housemate Cik Ngah datang dari Teganu bawak ikan gelama,kerapu dan siakap segar-segar gitu...Cik Ngah ni memang peminat pemakan tegar ikan dan seafood,harus-harus la rasa bahagia sangatkan bila peti ais penuh ngan lauk sedap-sedap tu...heeee
sampai dah tak tahu nak buat apa,berangan la kejap nak jadi macam cik kak sorang tu....sapa ek?...alaaaa  yang vouge de vazzz tuuu..mantap meletopppsss sampai ramaiii lelaki cairlah tengok dia...heeee....

v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
yaaaaaaa.....dia lah Cik Kiah Pekasam
yang vouge de vazzzz tuuu...


dannnn...pesaingnya adalahhhh
v
v
v
v
Cik Ngah Pekasammmmm
haaahaaahaaa


 sudahhhhhhhh....
jangan nak merepek la Cik Ngah...heeee

gigih menggoreng beras nak masukkan dalam ikan pekasam
pastu blend separuh hancur sebelum di perapkan dengan ikan dan garam


Ikan yang dah di gaul dengan garam dan beras
siap masuk dalam tupperware dan simpan dalam kabinet
nanti Cik Ngah kongsikan apa jadi ngan ikan ni ye
heeeee....
first time try buat sendiri...
buat ikut suka hatiiii je...

bisik-bisik:
Orang kata jangan membazir apa yang ada kan?
selain sedekah kat orang,
cara macam ni la orang tua2 kita dulu simpan lauk tuk tahan lama,
contoh lain macam daging salai,ikan salai dan macam-macam lagi...
tak sabar nak tgk apa jadi ngan ikan ni...heeee

1 singgah dan taip sket..:

Mee Ketam Kuala Lumpur at Shah Alam

1:12 PM Sue Izza 3 Comments

Salam cuti-cuti semua...
Keboringan tahap 5 dah ni,aduiiii...kain baju dah basuh,dok umah asyik makannnn je,rasanya cuti 4 hari kali ni Cik Ngah asyik makannnn je,adaaa je benda yang nak di masukkan dalam mulut,aduyaiiii mana la badan tak naik kan...haihhh...
Ok2,kali ni nak kongsi tempat makan lagi,Cik Ngah and BFF pergi masa balik dari kenduri Ekin dan Din ahad ari tu...
Restoran Mee Ketam Kuala Lumpur,terletak di Seksyen 7,Shah Alam.Cik Ngah memang arif la dengan kawasan tu,sebab dulu pernah tinggal and kerja kat situ,tempat dok melepak la kiranya...heeee....
Untuk penggemar seafood memang kena la dengan selera,terutama peminat ketam.Jom layan gambar:




gambar cilok pinjam dari En Google jap
depan kedai dan peta nak ke sini ye...



gigih naik tangga,bukannya lapar sangat pun
nak try punya pasal.


kerusi meja kayu macam kedai kopi kat kampung
kerusinya kecik,kata Cik Yan ada yang tak muat bontot...heeee
(masa tengah makan ada budak kecik terlentang dari kerusi tu...huuuu...)


ni menunya...semuanya ketam and seafood okey...

Mr D tengah tension 
tak pandai makan ketam...haihhh
cepuk kang!..




ada plak jalan-jalan cari makan tu...

abang encem tgh siapkan mee ketam


mee kari udang galah Cik Ngah punya


Mee Kari Ketam kecil Cik Yan punya


Dak Kechik sedang menikmati


Licinnnnnn!....

-kalau waktu lunch memang penuh gak la,kedainya sempit sikit,masa kitaorang pergi tu,kedai sebelah tak bukan so bolehlah letak meja kat koridor.
-nak order kena panggil sebab pekerja tak ramai.
-jangan budget macam makan kat hotel 5 bintang lak,kedai ni cam kedai makan biasa je pun.
-makanannya nak kata sedap giler tak la,tapi just nice la,boleh masuk tekak.sapa suka mee kari memang kena taste la.

bisik-bisik:
Cik Ngah memang peminat seafood juga
penggemar ketam,dapat ketam rebus cicah sos pun jadi tau...heeee

3 singgah dan taip sket..:

Meraikan Cinta : Ekin dan Din

10:44 PM Sue Izza 2 Comments

Alhamdulillah,hari ni dapat Cik Ngah meraikan lagi sorang rakan rapat yang naik pelamin,alang-alang cuti tapi tak balik kampung apa salahnya hadirkan diri kan? lagipun dah di jemput.
Tahniah untuk Ikin dan Din,Majlis diadakan di Dewan Blok Melati,Keramat Wangsa.Semoga ikatan cinta yang di bina kekal ke syurga hendaknya.Kami sampai sedang elok pengantin tengah bersanding,bagi hadiah and kami makan dulu.
Majlis yang best sebab Cik Ngah rasa tenanggg je,majlisnya tak serabut,meja makan banyak dan makanan memang sedap sampai Mr D bertambah 2 kali heeee....pastu dera Cik Ngah suruh ambilkan...huuu....
Dannnnnn....sangat-sangat suka sebabbbb temanya hijau...i like greeennnnnn....sangat-sangat....heeee....
okehhh...jom layan gambar.....

apa pun tempek gambar pengantin dulu la... :)


diorang memang pasangan yang ceria n happy nak berlaki go lucky

kuih bahulu dalam kotak
bekasnya cantik,Cik Ngah sukaaaaa....

 menu yang sedap,walaupun simple je...
lauk daging yang lembut,kena pulak dengan ikan kering
and acar buah.

 muka ada senyum jugak ini budak...
makan sampai tambah 2 kali...heeee
pakwe kawan sapa la ni?


 kami-kami yang sentiasa ceria
antara yang hadir

Cik Yan comel

 Dak Kechik cute


 i like greeennnn...
freshhhh....

 apa pandang-pandang?
haaahaahaa...


jelingan kekenyangan - kata Mr D

best friend pengantin perempuan
Puan Alin


Cik Nuyu Sweet

bisik-bisik :
Semoga Ekin dan Din di berkati dan di limpahi rahmat dariNya
moga cinta kalian ke akhir hayat
balik kenduri dengan perut kenyang,boleh pulak lepak2 dok melantak lagi
nak tahu kat mana? tunguuuuuu entry seterusnya

2 singgah dan taip sket..:

Penang Village at Alamanda

9:44 PM Sue Izza 2 Comments

Salam holiday kawan-kawan,mesti ramai yang balik kampung ni kan? Cik Ngah jugak yang bertapa kat sini,bukan tak mau balik,cumanya akan balik juga dalam 2 minggu lagi,so,dok la diam-diam kat sini.
Ermmm....ni baru sempat update blog,penat seharian hari ni pergi kenduri,lepak-lepak dengan BFF n Mr D,dah puas mengumpul lemak,baru la ingat nak balik rumah...ngeeeeee....
Okeylah,ni cerita hari khamis lepas,dinner with Mr D,walaupun mood kelaut tak berapa elok.
Kitaorang dinner kat Penang Village Restaurant di Alamanda je,dah lama Cik Ngah nak try,tapi tak berkesempatan.

gambar tak berapa nak clear
ikut mood tuannya,heee....


 teh tarik-Mr D punya


Apple Juice - Cik Ngah punya


Nasi Goreng Tom Yam - Mr D
gambar cilok pinjam Google


Pai Tee - Favourite Cik Ngah
gambar cilok pinjam Google


 ruang dalam kedai-cantik
                                                             gambar cilok pinjam Google



 Asam Laksa - Cik Ngah order
Sedapppp...wajib cuba

Bekas Asam Laksanya cantik plak
rasa cam nak bawak balik je hee hee....


-keseluruhannya puas hati la dengan restoran ni,kebersihan memang tip top la,pinggan akan di pungut bila saja makanan habis,so tak kan bersepah atas meja.
-makanannya not bad,Cik Ngah memang suka Asam Laksanya,Mr D pulak komen makanannya memang ada masam-masam,Pai Tee nya lagi sedap dari Rasamas Restoran.
-Layanan memang ok la,waiternya asyik senyummmmm je,walaupun Cik Ngah and Mr D tengah perang borak-borak.
-Cik Ngah bagi 4/5 bintang la.

bisik-bisik:
Jarang makan-makan kat Alamanda,sebab rasa macam mahal je nak berbelanja kat situ
KEMEWAHAN DI TAHUN NAGA

2 singgah dan taip sket..:

Sumpahan Kum Kum

2:16 PM Sue Izza 1 Comments

 Assalamualaikum semua....
Salam petang Sabtu...aduihhhh,baru la sempat nak update blog ni ha,busy teramat Cik Ngah ni....heeee...(macam alasan biasa jeeee...)
Tapi memang busy betul tau....just dapat blogwalking kejap-kejap je....Sabtu la free sikit,buat kerja dengan santai,half day pulak tu,petang-petang ni baru la boleh nak berjalan-jalan di alam maya ni...heeee
Ok lah,Selasa lepas Cik Ngah pau  join Ujang lagi, gi Pra Tonton Filem Sumpahan Kum Kum, sebelum ni Cik Ngah dah pegi Pra Tonton Filem Keramat.
Apa yang boleh Cik Ngah katakan,Filem Keramat tu seramnya tahap 2 la,ingatkan Sumpahan Kum Kum ni lebih kurang je,rupanyaaaaa....amik kau,drive balik sorang-sorang meremang bulu roma,berdegup kencang jantungnya...heeee...Cik Ngah memang penakut okeh,tapi sangat la suka mencabar diri sendiri.
Nak ikutkan sebelum ni (time tak sihat dulu) Cik Ngah di larang tengok cite-cite cam ni,taku lemah semangat,tapi bila dah rasa segar n dah sihat ni,datang balik hobi menonton cite2 seram,bunuh-bunuh and misteri ni.Alhamdulillah la,tak de sampai nak gi bilik air tak lepas lagi...heeee...

Sinopsis :


Cerita bermula apabila Mila yang memiliki wajah berjerawat, malu dengan keadaan rupanya lalu berjumpa dengan seorang dukun bagi mendapatkan rawatan susuk. Pantang laranganya adalah Mila tidak boleh melihat cermin selama 44 hari. Di tempat kerjanya, Mila yang dahulunya langsung tidak dipandang oleh lelaki, mula menjadi siulan ramai. Mila tidak sabar untuk melihat wajah barunya dan dia melihat cermin. Wajah Mila bertukar menjadi hodoh dan Mila pergi berjumpa dukun yang sama untuk memulihkan wajahnya.
Setelah dipujuk dan dirayu, akhirnya dukun iaitu Mak Tom, memberitahu Mila bahawa satu-satunya cara untuk memulihkan wajahnya adalah dengan meminum darah 9 gadis sunti. Mila mengekori Shima ke tandas dan membunuhnya serta meminum darahnya. Shima adalah anak kepada Mak Tom. Mak Tom bertekad untuk membalas dendam terhadap kematian anaknya dan memanggil Mila dengan mengatakan kononnya ada cara lain untuk mencantikkan kembali wajahnya. Mak Tom melibas Mila dengan cangkul dan memasukkan tubuh Mila yang nyawa-nyawa ikan ke dalam lubang yang telah digalinya. Sebelum ditimbus, Mila sempat menyumpah yang dia akan membunuh anak-anak sunti keturunan Mak Tom. Mak Tom mempunyai seorang cucu, Tini dan Mak Tom bimbang Tini akan menjadi mangsa dendam Mila maka Mak Tom sentiasa bersikap dingin terhadap Tini. Hantu Mila(hantu kum-kum) sering merayau dan menggangu orang kampung.
Pada suatu hari, Mak Tom meninggal dan wajahnya berulat dan dipenuhi lipas dan serangga. Rahsia Mak Tom terbongkar apabila Adi, anak lelaki Mak Tom pergi berjumpa Mak Leh, ibu saudaranya, untuk mendapatkan penjelasan tentang hantu Mak Tom dan hantu Shima yang menganggunya. Adi menyuruh isterinya, Nurul, membawa anak mereka pulang ke KL. Di KL, hantu Mila mengekori Tini dan Nurul sehingga dirumah. Nurul mendapat panggilan dari Adi menyuruhnya mengunci semua pintu dan tingkap. Malangnya, Mila sudah berada didalam rumah dan sedang bermain dengan Tini. Nurul mengunci dirinya dan Tini di dalam bilik.
Apa yang berlaku seterusnya? tontonlah di pawagam bermula 26 Januari 2012,memang tak rugi.tak caya tengok trailernya kat bawah ni.



Barisan pelakon dan pengarah

Penerbit : David Teo
Pengarah : Ismail Bob Hashim
Pelakon :
Fezrul Khan
Shima Anuar
Wawa Zainal
Putri Mardiana
Lydiawati
Kazar
Maimon Talib


bersama Fezrul Khan

Bagi Cik Ngah walaupun filem ni membariskan pelakon baru,lakonan mereka memang boleh di puji,terutama Fezrul Khan,mungkin dia banyak pengalaman berlakon drama dan telemovie yang tak kurang hebatnya,antara yang Cik Ngah memang ingat lakonannya adalah,Drama Jelatang.Kemunculan Wawa Zainal pun berkesan jugak la,dia pernah muncul dalam siri Ana Lulu di TV3 dulu,di samping Shima Anuar dan Putri Mardiana.
Tapi mula-mula tengok cite ni Cik Ngah punya la tak cam sapa la mak si Adi tu,rupanya Lydiawati,lama tak tengok dia berlakon,dulu-dulu minat gak ngan dia.

bergambar dengan Shima Anuar

Ramai jugak rakan blogger yang pergi,ada yang dah jumpa masa tengok Filem Keramat ari tu,tapi biasa la kan Cik Ngah ni kan pemalu berat mulut  sikit...antaranya :



dan ramai lagi yang Cik Ngah tak berapa kenal

bisik-bisik:
Mak dah bising,asyik tengok cite hantu,pastu mula la pikir mengarut dok sorang-sorang,
tak peeee...Cik Ngah dah sihat..heeee...
best tau cabar diri sendiri ni....


1 singgah dan taip sket..:

Masa

4:40 PM Sue Izza 5 Comments


"Demi masa,sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian,
kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat
menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat-menasihati supaya menetapi kebenaran"
Surah Al 'Ashr

bisik-bisik:
Renungkan dan tanya diri sendiri,setakat umur kita hari ini,di golongan manakah kita berada? 
bagaimana masa yang Allah beri kita gunakan? untuk kebaikankah atau keburukan?
Yang penting masa yang berlalu tak kan kembali lagi,masa yang kita sia-siakan tetap sia-sia,
Masa yang ada dan akan datang pergunakanlah sebaik mungkin ke jalan yang di redhaiNya

"gagal merancang adalah merancang untuk gagal"



5 singgah dan taip sket..:

Lawar Ikan :Resepi warisan Mek Minah

2:24 PM Sue Izza 0 Comments


Salam petang Isnin semua...baru dapat update blog....ermmm....hari Isnin yang kalut dengan kerja yang bersepah dan di timbun dengan kerja yang urgent plak...(opssss..tak baik mengeluh)
Korang semua dah lunch ke?...Alhamdulillah,Cik Ngah dah kenyang pekena Nasi Ayam Kukus tapau dari Precint Diplomatik tadi,memang sedap...kalau ke Precint Diplomatik atau Precint 14 cari je kedai Nasi Ulam Ieda area Mydin tu....berbaloi la...Eh! entry ni bukan nak cite pasal tu,kali ni nak kongsi masakan Cik Ngah semalam,hari minggu dok di rumah kan.....
Resepi ni Cik Ngah dapat dari abah,yang keluarga kami ni dulu nelayan di Tumpat,Kelantan,orang kata resepi orang pantai,turun temurun dari nenek Cik Ngah.Jom kita tengok:

Lawar Ikan

bahan:
Isi ikan kembung -3ekor(abah selalu guna ikan tambang)-di cincang halus
dan di perap jus limau nipis
3 batang-kacang panjang-hiris halus
2 biji cili merah-hiris halus
1 biji tomato-potong dadu
1 batang-bunga kantan-hiris halus
2 biji-cili api hijau-ketuk
daun kesum-hiris halus
1 inci halia-hiris halus
2 biji-bawang merah-hiris halus
garam gula

Cara:
-gaulkan semua bahan dan perasa kan dengan garam dan gula
-kalau kurang masam tambahkan jus limau nipis
-makan ngan nasi panas2
sedapppp....

*jus limau akan masakkan isi ikan yang mentah tu

bisik-bisik:
buat sebab housemate mintak buatkan
ingatkan diorang tak suka
pernah buat sekali masa dok umah lama...

0 singgah dan taip sket..:

Bahan berbahaya di rumah anda dan cara mengatasi....

9:18 AM Sue Izza 1 Comments


Salam pagi Ahad kawan-kawan?
Apa aktiviti korang hari minggu ni? Yang tak ke mana-mana mesti sibuk mengemas rumah kan?
Tapi korang tahu tak bahan yang korang gunakan untuk mencuci rumah sebenarnya banyak mengandungi bahan merbahaya tau,antaranya :

Pewangi pakaian dan bilik
Sesentahnya mengandungi toluen atau xylene yang boleh merosakkan paru-paru,sistem saraf,hati dan penyebab kanser.

Ubat serangga
Penggunaan yang kerap boleh merosakkan sistem pernafasan dan hati
Tak elok untuk yang asma dan lelah

Pembersih sabun
Ada yang boleh merosakkan kulit dan masalah katarak

Pemutih pakaian macam klorox
Menghasilkan gas beracun dan merosakkan paru-paru

Pembersih Perabot
Mengakibatkan kanser paru-paru,tindakan menghidu bahan yang mengandungi phenol menyebabkan seseorang itu berpeluh,kejang,tenat dan risiko kematian.

So,apa pilihan yang kita ada untuk kerja-kerja mencuci ni,Okey,meh Cik Ngah kongsikan kaedah semulajadi atau another choice yang kita boleh gunakan :




Penganti pewangi
-masukkan bunga cengkih,daun thyme,ginseng,daun rosemary atau paling senang daun pandan dan letakkan dalam kabinet dapur atau bentukkan dalam bekas yang cantik,amik je bekas telur yang dapat masa kenduri kawin yang cantik2 tu,boleh juga letak di ruang tamu.
-boleh juga guna beberapa helai daun pudina,letakkan dalam bekas cantik2 dan letakkan atas sink dalam bilik air,murah kan?

Penghalau serangga
-campurkan bahan penghalau serangga bersama gula dan letakkan di bahagian yang selalu di hinggapi serangga

Penyegar udara
-hasilkan sendiri popouri dari bahan herba yang berbau wangi dari dapur
-boleh juga celupkan kapas dalam wangian dan letakkan dalam bekas,biarkan terdedah di ruang tamu
-serbuk penaik juga boleh menghilangkan bau di kawasan lembap

Pembersih lantai
-campurkan satu cawan cuka dengan satu baldi air

Pembersih perabot
-anda boleh minyakkan perabot menggunakan minyak zaitun atau minyak badam
-boleh juga bersihkan perabot dengan campuran setengah cawan cuka dan jus lemon,gunakan kain lembut untuk mengelap

So,kita dah ada pilihan untuk lebih sihat kan,rumah bersih dan kesihatan pun terjaga,lebih-lebih lagi rumah yang ada anak kecil dan ibu mengandung kan?

bisik-bisik:
kekadang gi pasar suka beli daun pandan banyak2
letak kat dapur,wangiiiiii....
dah sihat mesti nak kurus dan cantik kan--------> KLIK SINI

1 singgah dan taip sket..: