Do It...

9:53 AM Sue Izza 4 Comments


Salam pagi Jumaat yang penuh berkah...
lamanya rasa tak updateblog,fb pun Cik Ngah mendiamkan diri,bukan merajuk,bukan membawa hati,
biasa la musim2 orang demam ni,nak gak join dua kaki kan,heeee...baru baik demam and migrain,2 hari menanggung sakit kepala yang amat sangat,sekejap datang sekejap pergi,semoga semua sakit ni menghapuskan dosa-dosa kecil.aminnnn...

Mengharap saja tidak cukup dalam hidup ini,kita perlu berusaha untuk mencapainya,seperti juga bahagia,mana bisa kita bahagia tanpa berusaha untuk mencari kebahagian kan? Allah tak suka hambanya yang malas.

bisik-bisik:
Kenapa perlu derita sedangkan ada jalan untuk bahagia,jangan aniaya diri sendiri.

4 singgah dan taip sket..:

Kenapa begini?

10:17 AM Sue Izza 2 Comments

Salam pagi Isnin....
Bangkit pagi ni dengan perasaan bercampur-baur
Malamnya tidur dengan bahang cuaca dan mimpi yang tak tertafsir
Mengganggu hingga ke siang hari...

Selayaknya hadir mentari cerah di sulami senyuman berseri
Peneman hari untuk terus ceria sepanjang hari
Namun aku hanya mampu menatap cermin
Dengan airmata di pipi
Rasa yang bercampur
Sedih,marah,pilu,takut
Dilema,kesal.....semuanya lahhhh...
Allahuakbarrrrrrr.....
Ya Allah,hanya kepadamu ku berserah
Peliharalah aku,walau ada kala jauh dari jalanMu
Walau ada kala aku hanyut jauh dari lingkunganMu
Ya Allah,aku masih ingin kasih sayangMu
Allahuakbarrrrrr.....Pedihnya hati...
Ampuniku,Lindungiku,Kasihi aku
Ya Allahhhh...

bisik-bisik:
Untuk HBH yang tertanya------->
Kalaulah  dapat fahami
apa yang berlegar di hati dan fikiran saya....
Ya Allah,tunjukkan lah JalanMu
permudahkanlah segalanya....
saya hanya mencari keredhaanNya


2 singgah dan taip sket..:

First time try : Takoyaki

12:49 PM Sue Izza 10 Comments

crab yaki yang di beli di pasar malam Putrajaya

Makanan Jepun yang mula popular di Malaysia selain sushi...
Yaki = bancuhan tepung (macam jemput-jemput la tuk kita)
Tako = sotong atau octopus sebenarnya...
so kalau letak crab jadi crab yaki
kalau letak udang jadi ebiyaki
kalau tuna jadi la tunayaki
heeeee....first time beli kat pasar malam semalam,tu pun sebab member blogger putrajaya bagitau ada jual,
Cik Ngah ni memang suka makanan jepun macam tempura,sushi,mee udon...
so try takoyaki ni...ermmm..boleh masuk la..rasa bau nya macam hangit2 sikit,tak tau la kalau penjual kat 
pasar tu tak pandai buat....tapi Cik Ngah ada terbaca kalau di Jepun kena hati-hati nak membelinya sebab ada yang guna minyak babi tuk bakar,kena cari yang pakai minyak sayur la,so kena tanya ye...heeee

Cik Ngah ni pantang kalau tengok benda pelik,mesti google cari resepi...rupanya dia ada tepung khas untuk buat bancuhannya,dan pakai kulit bawang kalau tak silap tuk tabur masa nak makan.dan juga ada sos tersendiri.
Di Malaysia pemborong tuk produk halal dari Jepun mungkin tak banyak,tapi Cik Ngah pernah jumpa kat One Utama dulu,tapi dah tak ingat belah mana.

bisik-bisik:
teringin juga nak melancong ke Jepun
ermmm....mari berangan...heeee...

10 singgah dan taip sket..:

Di Hujung Jari aka Dasar Pemalas

10:18 AM Sue Izza 3 Comments


Yeayyyyy...dah sampai pun,tanpa perlu membazir tenaga ke hulu ke hilir,semua nya di hujung jari anda..cewahhhhh..heeee...first time buat road tax keta kat MYEG...heeee..senang...tak yah keluar,tansfer duit
dan di hantar ke muka pintu...

bisik-bisik:
dasar pemalas ko kan Cik Ngah
untung ada kawan buatkan insuran
siap insuran cermin lagi ha...
heeee...thanks awak...

3 singgah dan taip sket..:

Sayang sangat....

6:13 PM Sue Izza 5 Comments



Entry santai di petang sabtu
hai apa khabar semua...semoga sihat belaka la ye...
hari ni Cik Ngah kerja,standby event Sukan Masum (Rowing dan Kayak)
ermmm..korang ada barang kesayangan tak?
Cik Ngah ni semua barang pun sayang,kekadang sampai benda yang tak guna pun nak simpan,kenangan la,memori la...opsss..i tak simpan surat cinta lama2 okeh...heeee
Cik Ngah ni sakit mental sentimental sket,suka simpan barang2 tuk memories di masa hadapan...heeee
tapi kali ni nak cite pasal jaket putih dlaam gambar di atas,di beli pada tahun 1970 di Pulau Pinang....opsss..jap2 1970 Cik Ngah tak wujud lagi,sooooo...heeee...ni jaket Levi's abah zaman muda la,1977 baru dia kawin ngan ma selepas berhijrah ke Pahang.
kenapa Cik Ngah sayang jaket ni? :

1) Sangat susah nak mintak jaket ni dari abah,puas pujuk,puas merajuk tau,padahal dia dah tak bleh pakai pun (perut ke depan)..heeeee...dari Cik Ngah tingkatan 1,asyik dok belek je dalam almari.....heeee

2) abah tak mau bagi sebab beli ngan duit dia bekerja keras sebagai nelayan pukat biliss di Pulau Pinang zaman muda,jaket ni dia beli ngan harga RM250 pada masa itu (1970)...

3) Jaket ni sangat berkualiti,tersangkut paku pun susah nak koyak,sangat selesa time sejuk2...padan la ngan harga kan...Cik Ngah yang dah kerja sekarang pun tak mampu nak beli...

Akhirnya setelah berusaha keras,dapat la jugak..heeeee...tapi dari dulu sampai sekarang Cik Ngah dah tua sweet ni..heeee...jaket ni still kukuh,teguh menyumbang jasa..heeee...
Korang?...ada tak barang kesayangan?...meh kongsi meh...

bisik-bisik:
Suka sebab senang nak sesuaikan ngan baju mana pun

5 singgah dan taip sket..:

17 Kesalahan Dalam Solat

5:18 PM Sue Izza 2 Comments




Mari kita muhasabah diri sendiri di petang Jumaat penuh barkah ni....

17 Kesalahan Berkaitan Solat

"SEMBAHYANG adalah amalan pertama yang dihisab Allah pada akhirat nanti.
Jika sembahyang seseorang baik, baiklah pula seluruh amalannya dan begitu
sebaliknya.

Sembahyang perlu dipelihara sebaik-baiknya. Antara kesalahan yang selalu
dilakukan berkaitan sembahyang adalah:

SEMBAHYANG adalah amalan pertama yang dihisab Allah pada akhirat nanti.
Jika sembahyang seseorang baik, baiklah pula seluruh amalannya dan begitu
sebaliknya.


Sembahyang perlu dipelihara sebaik-baiknya. Antara kesalahan yang selalu
dilakukan berkaitan sembahyang adalah:


1. Meninggalkan sembahyang.

Hal ini adalah suatu kekufuran berdasarkan al-Quran, sunnah dan ijmak.

Allah berfirman bermaksud: "Apakah yang membuat kalian masuk ke dalam
Neraka Saqar?' Mereka menjawab: "(Kerana) kami dulu tidak termasuk orang
yang mendirikan solat." (Surah al-Muddatstsir, ayat 4)

Rasulullah saw bersabda: "Perjanjian antara kami dengan mereka adalah
solat, barang siapa meninggalkannya maka dia kafir." (Hadis riwayat Ahmad
dan lainnya).



2. Melengah-lengahkan solat.

Firman Allah bermaksud : Sesungguhnya solat itu wajib atas orang beriman
dalam waktu yang sudah ditentukan." (Surah an-Nisa, ayat 103)


Oleh itu, melengah-lengahkan solat tanpa uzur yang dibolehkan syarak adalah
berdosa besar.


Rasulullah bersabda: "Itu adalah solat orang munafik. Dia duduk menunggu
matahari, sampai jika matahari sudah berada antara dua tanduk syaitan
(hendak tenggelam) dia berdiri dan menukik empat rakaat, sedangkan dia
tidak mengingat Allah dalamnya kecuali sedikit.." (Hadis riwayat Muslim).



3. Meninggalkan solat berjemaah.

Solat berjemaah adalah wajib kecuali bagi orang yang memiliki uzur yang
dibolehkan syarak. Sabda Rasulullah bermaksud: "Siapa yang mendengarkan
seruan azan tetapi tidak memenuhinya maka tidak ada solat baginya, kecuali
kerana uzur." (Hadis riwayat Ibnu Majah).


Allah berfirman, maksudnya: "Dan rukuklah bersama orang yang rukuk." (Surah
al-Baqarah, ayat 43).


Rasulullah bersabda: "Kemudian aku mengutus (utusan) kepada orang yang
tidak solat berjemaah, hingga aku bakar rumah mereka." (Muttafaq Alaih).



4. Tidak thuma'ninah dalam solat.

Thuma'ninah adalah rukun solat dan tidak sah solat tanpanya. Thuma'ninah
ertinya tenang ketika sedang rukuk, iktidal, sujud dan duduk antara dua
sujud.


Tenang maksudnya sampai tulang kembali pada posisi dan persendiannya, tidak
tergesa-gesa dalam penggantian dari satu rukun ke rukun lainnya.


5.Tidak khusyuk dan banyak gerakan dalam solat.


6. Mendahului atau menyelisihi imam. Hal ini boleh menyebabkan solat batal.

Makmum hendaklah mengikuti imam, tidak mendahului atau terlambat.
Rasulullah bersabda: "Sesungguhnya diadakannya imam itu untuk diikuti,
kerana itu jika dia bertakbir, bertakbirlah, dan jangan kalian bertakbir
sampai dia bertakbir, dan jika dia rukuk, maka rukuklah dan jangan kalian
rukuk sampai dia rukuk..." (Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim).



7. Bangun dari duduk untuk menyempurnakan rakaat sebelum imam selesai dari
salam kedua.


8. Memandang ke langit (atas) atau menoleh ke kiri dan ke kanan ketika
solat. Hal ini diperkatakan Rasulullah dalam sabdanya: "Hendaklah orangmu
berhenti daripada mendongakkan pandangannya ke langit ketika solat atau
Allah tidak mengembalikan pandangannya kepada mereka." (Hadis riwayat
Muslim).

"Dan jauhilah orang yang menoleh dalam solat kerana sesungguhnya ia adalah
suatu kebinasaan." (Hadis riwayat at-Tirmizi)


9. Mengenakan pakaian nipis yang tidak menutupi aurat.

Hal ini membatalkan solat kerana menutup aurat adalah syarat sah solat.


10. Tidak memakai tudung dan menutupi telapak kaki bagi wanita kerana
aurat wanita dalam solat adalah seluruh tubuhnya kecuali wajah dan telapak
tangan.


Ummu Salamah ditanya mengenai pakaian solat wanita. Beliau menjawab:
"Hendaknya dia solat dengan kerudung, dan baju kurung panjang yang menutupi
kedua-dua telapak kakinya."


11. Melintas di depan orang yang sedang solat.

Rasulullah bersabda: "Seandainya orang yang lalu di depan orang solat itu
mengetahui dosanya, tentu berhenti (menunggu) empat puluh (tahun) lebih
baik baginya daripada melintas di depannya." (Hadis riwayat al-Bukhari dan
Muslim).


12. Tidak melakukan takbiratul ihram ketika mendapati imam sedang rukuk.

Takbiratul ihram adalah rukun solat dan wajib dilakukan dalam keadaan
berdiri, baru kemudian mengikuti imam yang sedang rukuk.


13. Tidak langsung mengikuti keadaan imam ketika masuk masjid.

Orang yang masuk masjid hendaknya langsung mengikuti imam, baik ketika
itusedang duduk, sujud atau lainnya.

Rasulullah bersabda: "Jika kalian datang untuk solat dan kami sedang sujud,
maka sujudlah!" (Hadis riwayat Abu Daud).


14. Melakukan sesuatu yang melalaikan daripada solat seperti menonton
televisyen dan bersembang.

Allah berfirman, maksudnya: "Wahai orang beriman, janganlah hartamu dan
anak-anakmu melalaikanmu daripada mengingat Allah, barang siapa melakukan
demikian maka mereka itulah orang yang rugi." (Surah al-Munafiqun, ayat 9).



15. Makruh memejamkan mata ketika solat tanpa keperluan seperti
diriwayatkan Ibnu Qayyim berkata, Nabi tidak mencontohkan solat dengan
memejamkan mata.

Tetapi, jika memejamkan mata diperlukan, misalnya, kerana di hadapannya ada
lukisan atau sesuatu yang menghalangi kekhusyukannya maka hal itu tidak
makruh.


16. Tidak melurus atau merapatkan barisan ketika berjemaah.

Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "Kalian mahu meluruskan barisan kalian atau
Allah akan membuat perselisihan antara hati kalian." (Hadis riwayat Bukhari
dan Muslim).


17. Tidak memperhatikan sujud dengan tujuh anggota.

Nabi Muhammad saw bersabda: "Kami diperintahkan untuk sujud dengan tujuh
anggota; kening dan beliau mengisyaratkan dengan tangannya sampai ke
hidungnya, dua tangan, dua lutut dan dua telapak kaki." (Muttafaq Alaih)

bisik-bisik:
masih mencari dan memperbaiki solat sendiri
solat tak tinggal pun belum tentu dapat pahala
kalau tak betul caranya
berilmu dan beramallah....

2 singgah dan taip sket..:

Fikirkan berkali-kali....

9:05 PM Sue Izza 1 Comments


Mungkin ramai yang dah baca petikan ni dalam Facebook,tapi Cik Ngah nak kongsikan juga di sini,mungkin ada yang belum baca dan juga untuk simpanan Cik Ngah sendiri...
Yess...patut baca semua tak kisah la dah kawin atau belum,lelaki atau perempuan...baca la dan ambil pengajaran....
Cik Ngah memang copy terus dari fb,kot ada yang tak paham bahasa arab english...google translate je
heeeheeheee....

Married or not you should read this...

“When I got home that night as my wife served dinner, I held her hand and said, I’ve got something to tell you. She sat down and ate quietly. Again I observed the hurt in her eyes.

Suddenly I didn’t know how to open my mouth. But I had to let her know what I was thinking. I want a divorce. I raised the topic calmly. She didn’t seem to be annoyed by my words, instead she asked me softly, why?

I avoided her question. This made her angry. She threw away the chopsticks and shouted at me, you are not a man! That night, we didn’t talk to each other. She was weeping. I knew she wanted to find out what had happened to our marriage. But I could hardly give her a satisfactory answer; she had lost my heart to Jane. I didn’t love her anymore. I just pitied her!

With a deep sense of guilt, I drafted a divorce agreement which stated that she could own our house, our car, and 30% stake of my company. She glanced at it and then tore it into pieces. The woman who had spent ten years of her life with me had become a stranger. I felt sorry for her wasted time, resources and energy but I could not take back what I had said for I loved Jane so dearly. Finally she cried loudly in front of me, which was what I had expected to see. To me her cry was actually a kind of release. The idea of divorce which had obsessed me for several weeks seemed to be firmer and clearer now.

The next day, I came back home very late and found her writing something at the table. I didn’t have supper but went straight to sleep and fell asleep very fast because I was tired after an eventful day with Jane. When I woke up, she was still there at the table writing. I just did not care so I turned over and was asleep again.

In the morning she presented her divorce conditions: she didn’t want anything from me, but needed a month’s notice before the divorce. She requested that in that one month we both struggle to live as normal a life as possible. Her reasons were simple: our son had his exams in a month’s time and she didn’t want to disrupt him with our broken marriage.

This was agreeable to me. But she had something more, she asked me to recall how I had carried her into out bridal room on our wedding day. She requested that every day for the month’s duration I carry her out of our bedroom to the front door ever morning. I thought she was going crazy. Just to make our last days together bearable I accepted her odd request.

I told Jane about my wife’s divorce conditions. . She laughed loudly and thought it was absurd. No matter what tricks she applies, she has to face the divorce, she said scornfully.

My wife and I hadn’t had any body contact since my divorce intention was explicitly expressed. So when I carried her out on the first day, we both appeared clumsy. Our son clapped behind us, daddy is holding mommy in his arms. His words brought me a sense of pain. From the bedroom to the sitting room, then to the door, I walked over ten meters with her in my arms. She closed her eyes and said softly; don’t tell our son about the divorce. I nodded, feeling somewhat upset. I put her down outside the door. She went to wait for the bus to work. I drove alone to the office.

On the second day, both of us acted much more easily. She leaned on my chest. I could smell the fragrance of her blouse. I realized that I hadn’t looked at this woman carefully for a long time. I realized she was not young any more. There were fine wrinkles on her face, her hair was graying! Our marriage had taken its toll on her. For a minute I wondered what I had done to her.

On the fourth day, when I lifted her up, I felt a sense of intimacy returning. This was the woman who had given ten years of her life to me. On the fifth and sixth day, I realized that our sense of intimacy was growing again. I didn’t tell Jane about this. It became easier to carry her as the month slipped by. Perhaps the everyday workout made me stronger.

She was choosing what to wear one morning. She tried on quite a few dresses but could not find a suitable one. Then she sighed, all my dresses have grown bigger. I suddenly realized that she had grown so thin, that was the reason why I could carry her more easily.

Suddenly it hit me… she had buried so much pain and bitterness in her heart. Subconsciously I reached out and touched her head.

Our son came in at the moment and said, Dad, it’s time to carry mom out. To him, seeing his father carrying his mother out had become an essential part of his life. My wife gestured to our son to come closer and hugged him tightly. I turned my face away because I was afraid I might change my mind at this last minute. I then held her in my arms, walking from the bedroom, through the sitting room, to the hallway. Her hand surrounded my neck softly and naturally. I held her body tightly; it was just like our wedding day.

But her much lighter weight made me sad. On the last day, when I held her in my arms I could hardly move a step. Our son had gone to school. I held her tightly and said, I hadn’t noticed that our life lacked intimacy. I drove to office…. jumped out of the car swiftly without locking the door. I was afraid any delay would make me change my mind…I walked upstairs. Jane opened the door and I said to her, Sorry, Jane, I do not want the divorce anymore.

She looked at me, astonished, and then touched my forehead. Do you have a fever? She said. I moved her hand off my head. Sorry, Jane, I said, I won’t divorce. My marriage life was boring probably because she and I didn’t value the details of our lives, not because we didn’t love each other anymore. Now I realize that since I carried her into my home on our wedding day I am supposed to hold her until death do us apart. Jane seemed to suddenly wake up. She gave me a loud slap and then slammed the door and burst into tears. I walked downstairs and drove away. At the floral shop on the way, I ordered a bouquet of flowers for my wife. The salesgirl asked me what to write on the card. I smiled and wrote, I’ll carry you out every morning until death do us apart.

That evening I arrived home, flowers in my hands, a smile on my face, I run up stairs, only to find my wife in the bed -dead. My wife had been fighting CANCER for months and I was so busy with Jane to even notice. She knew that she would die soon and she wanted to save me from the whatever negative reaction from our son, in case we push through with the divorce.— At least, in the eyes of our son—- I’m a loving husband….

The small details of your lives are what really matter in a relationship. It is not the mansion, the car, property, the money in the bank. These create an environment conducive for happiness but cannot give happiness in themselves.


bisik-bisik:
itu lah kita...
kadangkala suka ambil mudah benda remeh
butakan mata untuk melihat dengan detail apa di sekeliling kita
sampai terlepas pandang dan bila dah jadi sesuatu baru nak menyesal
~serius tak malu nak ngaku....Cik Ngah nangis~

1 singgah dan taip sket..:

Meraikan Cinta : Aida dan Fadzli

7:55 PM Sue Izza 0 Comments




Tahniah Aida dan Fadzli
Selamat melangkah ke fasa baru hidupmu sahabat,semoga lebih tabah menghadapi cabaran kehidupan.
Semoga menjadi isteri dan ibu yang terbaik di mata suami,anak-anak dan Allah....
Semoga cinta kalian ke akhir hayat....

bisik-bisik:
Cerita Sabtu lepas,di kampung,sambil2 balik tengok ma tak sihat...

0 singgah dan taip sket..:

Melawat Ben Junior

6:53 PM Sue Izza 3 Comments

auntie2 dok kacau baby qhaliff nak tido...
Aktiviti di hari cuti Pertabalan Agong (semalam laaa...)
Melawat Ben Junior...
Pergi dengan kenalan blogger sekitar putrajaya,kenalan baru....sukaaaa...dapat kawan lagi...heeee
antaranya 


bisik-bisik:
baby qhaliff yang comel,cam nak cop buat menantu je..heeeee

Nak makan sedap tak?
try klik SINI...

3 singgah dan taip sket..:

Restoran D'Serambi Corner @Seksyen 27,Shah Alam

7:33 PM Sue Izza 5 Comments

Assalamualaikum semua
Makan lagi??...heeee...ala,ni entry lama kat dalam draf la,tapi nak up gak cite ni heee...tak sempat nak buat entry baru tuk hari ni,weekend lepas balik kampung,tengok matak sihat,abah pulak balik Klate..huuu...sian ma,tak selera nak makan,Cik Ngah agak mesti rindu kat abah tu...so sweetttt...maklum lah jarang berpisah,cam tu la cinta sejati,sampai ke tua still sweet tau..heeee
tapi Cik Ngah ni plak haa...tak senang hati di buatnya,tinggal ma tak berapa sihat..haihhh..tapi hari ni kerja terpaksa la balik,ingat nak cuti,ma pulak marah,suruh balik cepat...huuu...Semoga Allah memberi kesihatan yang baik tuk ma dan abah....tak senang hati di buatnya....

okehhhhh....sudah-sudah,meh layan cite makan-makan lagi,kali ni dinner with BFFSA Cik Ngah kat D'Serambi Corner,Seksyen 27,Shah Alam Isnin minggu lepas.(berzaman dah citenya haihhh)

Address:
Restoran D'Serambi
Seksyen 27 (Taman Bunga Negara)
No 2,Jalan Sungai Tekali (27/17)
Seksyen 27,Shah Alam
Tel: 03-51920175


abg long baik hati malam tu belanja Cik Ngah..heee tocei2

dak kecik yang dah ngantuk,kena paksa makan..heee

ketibaan 2 puteri dengan bergayanya...huh!..



Cik Ngah punya order Lamb Chop (Leg)
memang marveles la...


motif gambar ni?
dak kecik ngan Cik Yan nak menunjuk dompet baru
padahal tebal ngan kad je tu...haahaa

aduihhhh...terliur la plak tengok gambar ni...heeee

ni dak kecik punya...tak best...spageti kerasss...huuuu...



air limau Cik Yan...sedappp



watermelon Cik Nuyu..langsingnyaaa gelasss...heeee

menu airnya...

diantara menunya....

menu makanan...

ok lah kedai ni,menghidang malay food and western,tapiiiii...kul 11 dah nak tutup,tergesa-gesa kitaorang makan...potong mood betul la...baru nak borak panjang-panjang sikit,walaupun dok dekat-dekat,bukan senang nak berkumpul macam ni...atoiii laaa...heee...

Cik Ngah bagi 4/5 la,servicenya pun cepat,amik order pun cepat.....sapa-sapa kat area situ boleh la gi try,tapi tempatnya ke dalam sikit,jangan tanya direction ngan Cik Ngah,plessss...i buta jalan okeh..pegi tanya pak cik google ye...

bisik-bisik;
a thousand lemon thanks to Mr D kerna ada 
ketika susah senang saya,walau awak tak baca blog ni,
saya yakin satu hari bila saya dah takde nanti
awak akan baca juga kan?
semoga Allah membalas kebaikan dan pengorbanan awak...












5 singgah dan taip sket..:

Begini Caranya.....

9:04 PM Sue Izza 2 Comments



Begini caranya~Yana Samsudin & Shaheizy Sam

Aku tak bisa mengatakan perkataan
Kelu lidah bila berdepan kamu
Percaya pada naluri hatiku
Yang nyata sudah ada depan mata

Tapi aku masih belum mengenalmu
Untuk menikmati rasa sebenar-benar cinta

Aku tahu dimana nak cari cintamu
Disini tak mungkin mengalah
Dengan apa yang mendatang

Yang ku tahu ku cuba terbaik untukmu
Yang indah jadikan kenangan
Yang duka perbetulkan

Ini caranya bagi diriku
Caranya bagi diriku

Tapi aku masih belum mengenalmu
Untuk menikmati rasa sebenar-benar cinta

Aku tahu dimana nak cari cintamu
Disini tak mungkin mengalah
Dengan apa yang mendatang

Yang ku tahu ku cuba terbaik untukmu
Yang indah jadikan kenangan
Yang duka perbetulkan

Aku tahu dimana nak cari cintamu
Disini tak mungkin mengalah
Dengan apa yang mendatang

Yang ku tahu ku cuba terbaik untukmu
Yang indah jadikan kenangan
Yang duka perbetulkan

Ini caranya bagi diriku
Caranya bagi diriku




bisik-bisik:
dah berpuluh kali dok ulang
sekali dengar rasa nak nangis
sesekali tersenyum sendiri
urmmmm...
p/s : sweet la dua org ni kan?
suka tgk diaorang....
oh ya...ni blog YANA tuk sapa2 yang minat dia

2 singgah dan taip sket..:

Ice Room @ Nilai

10:08 AM Sue Izza 5 Comments


Taraaaaa.....mempersembahkan eskrem yang sedapppp ini tuk tatapan nafsu mata anda semua...heeeee...
alamak...teringin lak..errrr...jangan dok menitik air liur kat sini okehhhh...heeee
memang sedap eskrem keladi ni...Cik Ngah ni jarang sangat makan eskrem tapi kalau dah jumpa lebih pada anak sedara yang umur 2 tahun tu..heeee...hampir satu mangkuk ni makan sorang tau..Mr D boleh cuit 2 or 3 sudu je..heeee...

Eh Eh...lupa lak...ni masa makan kat Ice Room Nilai sabtu lepas,sambil merayau lepas balik kerja,sambil-sambil gi cari inner tudung kat butik Ayunar,singgah je la kan...sambil menyopping sambil menambah lemak..heeee....bukan beli apa pun,just grab inner je...


menunya....okehhh Cik Ngah memang terujakan benda kaler hijau


spagheti chicken bolognese
kongsi je sebab tak mau makan berat-berat

posing ngan eskrem keladi yang sedap + watermelon jus
jus tawarrrrr
-abaikan pipiku yang tembam itu-


suasana tenang
-tetiba terpikir kalau ada rumah sendiri,dapur tema hijau pun ok kan-


ramai gak orang masa ni...


ice room nilai

Oh ya,Ice Room ni kat Putraj Nilai dekat datraan Nilai tu berdepan dengan McD....

bisik-bisik:
biasa gi nilai mesti terus ke Nilai 3
tapi kali ni memang teguh betul hati
tak mau pulak melencong ke sana
selamat duittttt heeeee....

5 singgah dan taip sket..:

Restoran Haji Sharin Low @Bangi

9:58 PM Sue Izza 2 Comments

Kisah hari Jumaat lepas,gara-gara tak jadi dinner dengan BFFSA so merayau la Cik Ngah ngan Mr D kuar makan,memang blur sangat-sangat dah,tak idea dah tempat makan mana yang best,Cik Ngah pun drive keta tanpa arah tujuan menghala ke Sungai Merab dan Gate One,TING!!...hah! idea datang....heeee...dah lama terpikir nak singgah,selalu pergi restoran sebelahnya je...Perantau Hill...tapi kalai ni nak try plak kedai yang tersorok sikit ni,sebelah je,restoran makanan cina muslim...Restoran Haji Sharin Low @Bangi....

Restoran Haji Sharin Low

suasana dalam kedai masa kami sampai
orang tak ramai mungkin sebab hujan

cantik lukisan khat (kalau tak silap) tu



ruang luas,bersih dan tersusun

Ingat nak duduk meja besar,segan la pulak kan..heee..dok la meja kecik beradap dengan Mr D,actually kalau makan berdua kitaorang tak suka dok berdap,suka dok sebelah2...heee...motip??...senang nak tukar pinggan,nak rasa bila order berlainan menu..heeeee....


Cik Ngah punya menu
nasi + sotong asam
sedap...kena ngan tekak...

Mr D punya menu
nasi + ayam kham heong
ayam masak sambal kari
sedappp gak
-Cik Ngah pernah masak ketam kham heong,
sib baik sama rasanya heeee-



kicap cair dan cili potong memang di sediakan setiap meja ye
Cik Ngah : Air asam boi + kedondong =manis yang amattttt
Mr D : Jus Termbikai =tawarrrrr

order gak sup sayur masin + tauhu dan seafood
mangkuknya besar RM12 bleh makan
4 orang pun..huuuu....


not bad rasanya,sedap gak macam sup siam
tapiiiii..Cik Ngah tak hirup sangat kuah
dok kutip mushroom and tauhu je..heeee

Keseluruhannya,ok la...makanan boleh di katakan sedap jugak,walaupun harga mahal sikit...rate dalam RM7 ke atas tuk satu hidangan...
tapi servis kureng sikit la,dah hantar order,tak alert dengan customer yang penat dok panggil,staf buat kerja kat depan 3 orang je,2 hantar makanan,1 amik order...errrrr...cam kena tambah staff lagi la...
Tapi Cik Ngah balik dengan kekenyangan jugak la...heeeee

bisik-bisik:
actually nak try butter prawn tapi macam tak 
berbaloi la pulak 
satu hidangan sampai RM25 kan?
ada satu kedai kat Bandar Baru Bangi (lupa nama)
sedap butter prawn nya
dan murah...untuk makan 2 orang la...





2 singgah dan taip sket..:

Ben Ashaari Jr,Izara Dan Happy Besday Ain

1:05 PM Sue Izza 1 Comments

Assalamualaikum dan salam sejahtera kengkawan semua,semoga ceria dan tersenyum selalu.
ayat biasa ye "busy sampai tak sempat update blog"...amacam??...muak dok...rasa nak muntah je kan...heeee...hepppp..jangan muntah kat sini,kotor wall i tau..hik..hik..hik...
dahhhh Cik Ngah pun,jangan nak merepek je....hari ni nak wish banyak benda ni heeee...jom layan gambar sat na...

tu diaaaa...Ben Ashaari Jr...siap celik mata dah ha...comel gitu...
hero Abg Ben ni..lahir 02.04.2012 dengan berat 4.02 kg..

Tahniah Abang Ben dan Kak Zila dah jadi ibu dan ayah,semoga terus tabah mendidik dan membesarkan zuriat kalian ye...

ni pulak Nur Adalia Izara......buah hatiku sayang,lahir pada
13.03.2012 di hospital Putrajaya juga kecikcomel just 2.8kg je...
anak......saudara Cik Ngah yang ketiga...heeee

dan ni pulak baby opsssss...dah boleh jadi mak baby ni..
haahaahaa...Selamat Hari Lahir Cik Ain
Semoga hidup sentiasa di rahmati Allah
p/s Jangan marah Cik Ain..pinjam gambaq sat,
baju ko cantik.heee...baju je la...heeeee....


bisik-bisik:
Dalam kehidupan seharian 
ada yang pergi ada yang baru datang
silih berganti...
lumrah alam...janji tuhan
guanakan sebaiknya masa dan peluang yang ada
jangan siakan,masa yang berlalu tak mungkin
kembali semula....

1 singgah dan taip sket..: