WW : Berarak Mendung Kelabu...

11:09 AM Sue Izza 7 Comments

awan hitam....

view from my office

bergulung-gulung

bisik-bisik:
Awan Putrajaya pagi ini
Gelap.Hitam.Bergulung-gulung
seolah mahu menelan isi bumi...
seolah mahu kiamat kecil
Ya Allah,ampuni aku
lindungi aku....

7 singgah dan taip sket..:

Nuin Little Perak @ Bandar Baru Bangi

11:05 PM Sue Izza 10 Comments


Assalamualaikum.....
Jumaat hampir ke penghujung tapi baru nak up entry...huuuu
bukan malas,tak cukup kaki tangan kepala,dok pulun buat kepala,yessss...minggu depan nak holidayyyyy...yeayyyyy...rindu bangat nih kat kampung,rindu kat ma abah dah..heeee...dah apply cuti seminggu and lulus,seronoknyaaa...heeeee....
dah dah,jangan excited sangat la Cik Ngah oiiii....ni nak cite sikit pasal kisah semalam...ecehhh..heee
alkisahnya,semalam Cik Ngah puasa,habis kerja ajak la Mr D keluar berbuka,pusing punya pusing sampai la ke Bandar Baru Bangi,ingat nak berbuka kat Bangi Kopitiam je,tapiiiii...hati terdetik la nak singgah kedai di seberang jalannya,kedai apa?....ni ha....

menyajikan makanan dari perak....
popia basah dan teh tarik ipoh jadi trademark
Sampai kat kedai tu ngam-ngam pukul 7,sedang elok la tunggu maghrib,so panggil la waiter nak order (apasal macam karangan budak sekolah lak ni...heeeee...)
Datang-dtang waiter budak lelaki yang muka selebetnya,Cik Ngah dah start musykil dah,then bagi menu,so Cik Ngah order la,tapiiiii...dia tak tulis pun,tengok dia angguk-angguk je,so bersangka baik je la,mungkin dia boleh hafal....Cik Ngah order nasi tuk Mr D,Mee kari tuk Cik Ngah,popiah,teh tarik and soya cincau...

selepas 10 minit,teh tarik ipoh and soya cincau (lupa nak amik picca)
pun sampai,ok la..

Kemudian dah azan,so kitaorg minum la air dulu,thennnnn....selepas 30 minit baru la sampai ni...

nasi putih dan ayam masak selasih tuk Mr D
(Cik Ngah dah takut,Mr D muka dah cam hapa dah)
aduyaiiiiii...memang fail la servicenya..huuu...sib baik baru nak marah dah sampai popiahnya....

dan nasib baik popiahnya memang sedap
(sampai Cik Ngah order tambah bungkus bawa balik)
tak nak lambat suruh Mr D makan dulu,jap lagi nak gi solat plak,sib baik juga ada bilik solat di sediakan di tingkat atas kedai,yang Cik Ngah dok melangut tunggu mee kari tak sampai2...adoiiii....
sampai Mr D siap solat pun,tak sampai juga,ini sudah mengundang kemarahan ni...grrrrr
dengan bersopannya Cik Ngah tanya la waiter tadi,boleh dia jawab "eh!,sori kak lupa nak masuk dalam order kat sistem" dengan muak tersengeh2...arghhhhhh...tension aku di buatnya....

selepas 15 minit Cik Ngah tanya baru la sampai....

Ok lahhhh,sejuk la hati kejap,makan la dengan kelaparannya...not bad la makanannya, ada rasa,
then baru je hati nak ok,buat hal lagi,Cik Ngah tanya la waiter tu,mintak bil,dia kata kejap ye,ok la...then 2 3 kali dia lalu,buat tak tau je...Cik Ngah tanya lagi sekali,dengan muka kerek dia suruh gi bayar kat kaunter,adoiiii....cakap la awal-awal...haihhhh....
Pastu order tuk bungkus lak tersalah buat,tu laaaa amik order bukan nak tulis...haihhhh la...geram betul....
Cik Ngah pun lepas je bayar terus bagi ayat best :
"maaf cik,waiter kat sini memang genius ye?"
cik cashier : napa kak? ada masalah ke?
Cik Ngah: ye la amik order tak tulis,bajet boleh hafal la,pastu sampai berkali-kali tanya baru makanan sampai....
cik cashier : maaf ye kak(sib baik minta maaf...heeee)
Cik Ngah : tak pe,tima kasih,amalkan la selalu ye...(angin tgh elok,kalau takkkkkk....heeee)

bisik-bisik:
kekadang ayat sopan tapi pedih
lebih berkesan tau....
sakitnya menyucuk...heeeee.....

10 singgah dan taip sket..:

Berperang di malam hari

11:09 PM Sue Izza 6 Comments



tu diaaaa.....dah tergolek pun,sapa suruh cari pasal dengan Cik Ngah yang penat baru balik ni.Boleh pulak dia dok wat catwalk kat depan mata,haihhhh memang x sayang nyawa tau.....

senjatanya....tu ha...penyembur setok,jenama ni tak de kat kedai tau,Cik Ngah dapat dari supplier chemical pestcontrol,kimianya kurang,berasas dari air dan tak merbahaya kalau kena kulit....

bisik-bisik:

selalu nampak kelibat je

kali ni....innalillahhhh

Published with Blogger-droid v2.0.4

6 singgah dan taip sket..:

WW : Menjajah Puncak Broga

4:28 PM Sue Izza 7 Comments

 Assalamualaikum kawan-kawan,

Malas nak cite panjang-panjang :
Hari kejadian : Ahad (20/05/2012)
Tempat kejadian : Bukit Broga
Waktu naik : 6:30 pagi
Waktu turun : sampai kaki bukit 9:30 pagi
Ahli kejadian : Cik Yan (my sweet cousin)
                       Mr.Presiden
                       Mr D
                       Cik Ngah (Opcoz la...haihhhh)

trek mendaki

trek naik...licin hokeyyy....

cari orang tersembunyi....mana Cik Ngah

cantik kan?....

saujana mata memandang....

Cik Yan,Cik Ngah,Mr D dan Mr Presiden

di sebalik lalang....heeee

menadah mentari...

Cik Yan main sorok-sorok

Mr Presiden dengan semangat Red Warriornya...heeehee...

tu rumah saya....errrr.....heeeee

with my sweet cousin

Trek ke puncak...menuju puncak..laaalaalaa....

yeeee...itu saya....heeee.....

trek turun....ketaq lutut gak arrr...heeee

bisik-bisik:
takde la wordless sangat
heeeheeheee....
seronok bila kembali ke hobi lama...
perlu fit kan badan lagi...
chaiyok Cik Ngah...

7 singgah dan taip sket..:

Meraikan Cinta : Azri dan Ida

2:14 PM Sue Izza 5 Comments

Assalamualaikum semua...
ISNIN...haihhh...taip entry dengan kemalasan yang berbakul,tapi memendangkan dah ada dalam draf,harus la publish jugakkan...cite 2 minggu lepas (punya la pemalas...heeee)
Sekali lagi meraikan rakan officemate masa di Kelana Jaya dulu,majlis yang diadakan di berek polis Pelabuhan Klang (sangat lama tak ke sana,tempat yang mengajar Cik Ngah erti hidup,susah dan senang suatu ketika dulu...opsss..cukup2...heee)
Sebelum gerak singgah dulu kedai dobi Cik Nurul,dah janji nak jumpa kat situ....


dak kecik and dak tinggi..heeee

lepas makan,dok tunggu pengantin lak...~sedap gak menunya~

siap ada pancaragam lagi ha...ye ar dah dia polis kan...


alahaiiii siyesnya mat yie..heee



Selamat Pengantin Baru ~ Azri dan Ida~
semoga bahagia ke akhir hayat dan membina keluarga yang sakinah...

Tak sempat nak gambar-gambar ngan pengantin,drebar dah ajak balik..huuu..lagipun kitaorang siap makan pengantin baru sampai,lambat la pulak nak tunggu,apapun majlis yang best,dengan angin sepoi-sepoi bahasa,makan pun dengan nyamannya,ye ar,dekat ngan laut kan?...

bisik-bisik:
Pelabuhan Klang
tapak pertama
seribu kenangan
ketawa dan airmata...
huuuu...

5 singgah dan taip sket..:

Buatku Di Sana - Mafa

4:03 PM Sue Izza 5 Comments


Lagu tema drama petang-petang di TV3 Seindah Sakura lakonan Fasha Sandha,Fahrin Ahmad,Eizlan Yusof.Nak kata Cik Ngah minat sangat cite ni tak la jugak,tengok kalau berkesempatan,episod pertama pun tak tengok,alih-alih satu hari balik awal dari office,then terdengar lagu ni,cepat-cepat tengok kat tv,rasa macam syahdu la pulak lagunya,rasa menyentuh hati pulak..ecehhhh...jom layan lagu ni ek...

Buatku Di Sana by Mafa


Sering harungi sendiri kekurangan diri
Hanya tuhan mengerti
Tak mengharap sang cinta mahupun dicinta
Umpama tiada rahsia

Chorus:
Kau sinar hati ini
Biarpun hanya sesaat di sisi
Pelita kala hati berduka
Kau hulurkan oh tanganmu kala hilang arah

*:
Masihkan hadir jua menepis gelora
Tak kala aku merasa kecewa
Duniaku berubah kelam tak bermakna
Namun semangatmu ada dijiwa

**:
Harapan kau beri cintamu bersemi
Air mataku tak bisa menitis
Kau nafas akhirku
Kau yang dihati

Usah menangis sendiri sayang ku kan pergi
Senyumlah usah meratapi
Kala ada masa kita ditakdir yang Esa
Cukuplah buatku disana

[Ulang Chorus]

Ohhh

Aku bagai bintang menghiasi alam maya
Meninggalkan kilau tanpa sinar yang bercahya
Detik percintaan persis satu anugerah
Aku pinta hanya bercinta

[Ulang *]

[Ulang *]

Ohh.. huu


bisik-bisik:
dah makin kurang masa nak tengok tv sekarang ni
lagipun tv sekarang dah semak ngan cite politik...aduhaiiii
nak tahu perkembangan masyarakat pun dah terbatas...
huuuuhuuu....

5 singgah dan taip sket..:

Jaga Keberkatan Rezeki

10:30 AM Sue Izza 4 Comments


Perkongsian di hari Jumaat yang mulia,semoga menjadi panduan buat diri sendiri juga.Di Copypaste dari artikel Dr Tengku Asmadi.


Dalam hidup ini semua orang perlu mencari rezeki apabila sudah sampai usia dan waktunya.  Rezeki yang dicari ini pula boleh dengan pelbagai cara, cara yang baik boleh dan cara yang buruk juga boleh.   Tepuk dada tanyalah iman kita.  Tuntutan hidup dan kos saraan yang semakin tinggi memerlukan setiap dari kita melakukan lebih dari satu pekerjaan bagi menampung perbelanjaan harian, bil-bil, ansuran rumah dan kenderaan, yuran dan keperluan sekolah anak-anak dan sebagainya.  Ada yang berniaga pasar malam, menjual nasi lemak dan pisang goreng, menceburkan diri dalam perniagaan MLM, dan sebagainya.  Bagi mereka yang malas melakukan lebih dari satu kerja mula memikirkan cara yang lebih cepat untuk menambah pendapatan seperti pecah amanah, menipu dan rasuah.  Walau pun cara itu salah, demi keseronokan dan janji dunia, mereka sanggup dan berani melakukannya.

Yang penting dalam mencari rezeki bukannya berapa banyak yang kita dapat tetapi sebaliknya ada atau tidak keberkatan dalam rezeki itu.   Pernah satu ketika seorang bapa datang kepada saya dan mengadu hal anak-anaknya.  Katanya dia mempunyai lima orang anak, anak yang pertama hingga ketiga semuanya bagus dan cemerlang tetapi anak keempat dan yang bongsu sangat bermasalah.  Mereka suka keluar malam, tidak solat, menipu, melepak, malas belajar dan degil.

Setelah mendengar keluhan bapa itu lalu saya cuba menduga, mungkin cara didikannya tidak sama dengan tiga anak yang pertama, atau masanya dengan mereka kurang, atau beliau tidak lagi menjadi pendengar yang baik bagi anak-anaknya.  Namun semuanya itu dinafikan oleh sibapa.  Lalu saya minta bapa itu semak sumber makanan kalau-kalau ada dari sumber yang haram.  Ketika itu wajahnya berubah.  Dia akui bahawa sewaktu membesarkan tiga anak yang pertama dia begitu dedikasi dan jujur.  Dia benci sebarang sogokan dan rasuah.  Tetapi apabila sudah bertahun-tahun bekerja dan melihat ramai orang disekelilingnya makan rasuah macam makan nasi maka dia merasakan bahawa semuanya itu adalah amalan biasa lalu turut terlibat sama.  Dua anak terakhirnya menjadi mangsa dari rezeki haram itu.  Bila sudah begini jadinya pada siapa mahu disalahkan,  pada anak atau pada diri sendiri.  Bapa itu sedar akan kesilapannya lalu menangis tetapi semuanya sudah berlaku.  Saya minta beliau buat solat taubat dan minta ampun pada Allah.

Apabila rezeki tidak berkat ujian datang bertimpa-timpa.  Telefon bimbit rosak, kereta rosak, emak sakit, rumah dimasuki pencuri, kena samun dan macam-macam lagi.  Semuanya tujuannya hanya satu iaitu supaya duit yang kita dapat itu keluar dari poket kita secara terpaksa.  Kalau selalu sangan Allah uji, habis satu masalah datang pula masalah yang lain, maka mungkin sudah sampai masanya kita muhasabah diri dan bertanya sama ada rezeki kita itu berkat atau tidak?  Kalau tidak berkat apa puncanya?  Sebab ada ketikanya Allah uji sesorang itu bagi menaikkan darjat dan martabatnya tetapi ada ketikanya pula sebagai satu pengajaran dan bala baginya.

Antara kesan daripada rezeki yang berkat:

1)   Kita sentiasa merasa cukup dengan rezeki yang diperolehi sentiasa cukup malah berlebihan.  Tidak terfikirkah kita bagaimana orang yang tinggal di kampung dan luar bandar boleh membesarkan sepuluh orang anak dengan hanya membanting tulang menoreh getah atau  menuai padi.  Sedangkan kita di bandar dengan gaji beribu dan hanya dua tiga orang anak tidak pernah merasa cukup.  Malah ada yang bergaji lebih sepuluh ribu ringgit tetap tidak merasa cukup. Jika rezeki kita berkat maka Allah akan cukupkan keperluan kita.

2)   Akhlak dan perilaku suami, isteri dan anak-anak hebat.   Banyak masalah sosial anak-anak dan penceraian berlaku hasil dari rezeki yang tidak berkat.  Apabila rezeki itu berkat ia akan dapat dilihat melalui aklah anak-anak yang positif dan perilaku mereka yang cemerlang.

3)   Mudah menjaga solat dan melakukan ibadah lain seperti umrah dan haji.  Apabila rezeki yang diperolehi itu berkat, hati kita bersih dan minda kita tenang.  Mudah bagi kita untuk solat dan beramal ibadat.  Rezeki yang berkat akan memudahkan kita sampai ke tanah suci Mekah.  Ramai orang yang mendapat rezeki yang tidak berkat takut untuk ke tanah suci kerana bimbang akan balasan Allah secara tunai di dunia ini.  Walhal, tanah sucilah tempat untuk bertaubat, membersihkan diri dari dosa dan memohon keberkatan.

4)   Orang di sekeliling suka kita.  Apabila rezeki kita berkat semua orang sayang kita.  Sebab kita suka belanja mereka dan mehulurkan sedekah dan bantuan.  Orang suka dekatikita kerana mereka dapat rasakan keikhlasan dan aura positif yang terpancar dari dalam diri kita.

5)   Orang suka datang rumah dan menziarahi kita.  Rumah kita bagikan magnet.  Ada sahaja saudara, kenalan atau jiran yang mengunjungi kita.  Mereka yang datang itu akan bawa pahala dan pukangnya mereka akan menghapuskan dosa kita.  Malah, rezeki pula bertambah murah dan ada sahaja yang kita perolehi tanpa disangka-sangka.

6)   Anak-anak cemerlang dalam pelajarannya.  Apabila rezeki itu berkat, jiwa dan minda anak-anak juga bersih.  Jiwa dan minda yang bersih membolehkan mereka tumpu pada pelajaran dan apa yang dipelajari itu pula mudah difahami dan lekat dalam kepala.  Hasilnya, keputusan peperiksaan anak-anak cemerlang.  Malah anak kita juga menjadi contoh dalam banyak perkara dan aktiviti disekolah.  Dia dilantik untuk memegang jawatan dan menjadi kesayang guru dan rakan.

7)   Doa yang makbul.  Keberkatan rezeki membuatkan permohonan dan doa kita dimakbulkan oleh.  Sebab Nabi SAW memang ada menegaskan bahawa antara faktor yang menghalang makbulnya doa itu adalah makanan dari sumber yang haram.

Begitulah antara kesan positif yang diperoleh daripada rezeki yang berkat.  Kita perlu faham rezeki yang berkat bukan sahaja bermakna bebas dari rasuah atau wang diperolehi daripada aktiviti yang haram.  Ada ketikanya, sikap curi tulang, tidak amanah dalam kerja, tidak mencapai kualiti kerja, malas dan sebagainya sewaktu menjalankan pekerjaan boleh menyumbang kepada tiada keberkatan rezeki.  Sebab itulah, dalam apa juga yang kita lakukan dalam mencari rezeki maka lakukanlah dengan ikhlas, bersungguh-sungguh dan amanah.  Insya Allah, apabila rezeki berkat kita dinaikkan pangkat dan satu hari mendapat anugerah pekerja cemerlang.

bisik-bisik:

Sama-sama kita muhasabah diri.
Nasihat itu umpama ubat,
kalau nak sihat makan la ubat
kan?


4 singgah dan taip sket..:

Sup Ketam Ala Cik Ngah

1:36 PM Sue Izza 6 Comments



Salam petang Monday Blues,(bleh plak?..heeee)
Lama nyaaaa tak update,penuh sarang labah-labah,taik cicak,taik lipas dah semua ha...heeee...
Apa nak buatkan,nak buat kerja pun tak cukup kaki tangan,apa lagi nak berblog bagai...minggu ni betul-betul sesak nafas di buatnya...tapiiiii...adat la kan nama pun kerja,nak rilek dok umah goyang kaki makan pasir arrr...kan?.:)

Ok lah,dah lama tak buat entry main masak-masak kan?...kali nak kongsi Resepi Sup Ketam pulak,biasanya kalau orang demam malaria makan ni memang elok sangat la,tapi kalau dah penggila penggemar ketam macam Cik Ngah ni,peduli apa kan...heeee..
Buat ni minggu lepas lagi...baru la sempat ha,nak kongsi gambar ngan korang...resepi simple je..

Sup Ketam Cik Ngah

bahan :
3 ekor - Ketam sederhana besar,potong dua
3 biji - Ubi kentang-potong 4
1 paket - Rempah Sup Tulang Adabi
hirisan Carrot-potong bulat-bulat
2 biji tomato-belah dua
2 keping -Asam keping
2 biji-Bawang putih-tumbuk
3 biji -Bawang merah-tumbuk
1 inci - Halia,tumbuk pecah2 je
garam dan gula
Air

Cara:
-Panaskan 2 sudu minyak
-Tumiskan rempah sup,bawang dan halia yang di tumbuk
-dah wangi,masukkan 2 cawan air
-dah menggelegak masukkan kentang
-biarkan separuh masak dan masukkan ketam
-perasakan dengan garam gula
-dekat nak tutup api baru masukkan Carrot,tomato dan asam keping
-taburkan bawang goreng dan hidangkan...

Itu dia resepi Cik Ngah kali ni,simplekan?...kalau rasa-rasa nak demam tu bleh la buat ye...
ratah saja pun sedap tau...Cik Ngah suka tambah cili potong ngan lada sulah...sedapppp

bisik-bisik:
Senyum selalu walau hati ada ngilu
Redha...Insya Allah,Allah membantu...

6 singgah dan taip sket..:

Menyejukkan badan

1:58 PM Sue Izza 2 Comments

Salam pagi Isnin yang cejukkkkk....malas sangat-sangat nak keluar dari selimut..huuu..dengan monday bluesnya,dengan sejuk hujannya...memang syokkk la setan dok bertenggek atas mata kan?..heeee
Lamanya tak update blog kan...heeee...nak kata malas tak juga (punya tak nak ngaku)...ntah la...mood nak berblog ke laut di buatnya...heeeee..ok2 ni dah up balik k...
Entry terperuk kat draft dah seminggu,nak jugak publish ...tak kira...heeee
Ahad (29 April 2012) yang lepas lagi cite ni....First time jadi gps bawa housemate n kawan diorang gi mandi-manda air terjun Tekala...selama ni Mr D yang rajin bawa Cik Ngah,jadi driver,so kali ni Cik Ngah pulak jadi driver...and terbukti i ingat jalan hokeyyyy...heee...jom lah layan gambar,actually nak bawa si kecik amar main air,tetiba auntie2 nya pulak terlebih eksited...waaaahaahaha


bekalan yang di bawa....

Si Ammar dan Mok Su Tihah nya...


jernih je airnya kan...cejukkkk....


Ammar geli pijak pasir tapi nak main air


apapun ,makannnn duluu...ammar muka tak sabar....


menu kami,gulai lemak putih sayur,ikan goreng,ulam,ayam masak merah,
budu dan tempoyak...hah kauuu...meriahhh...


budak berani...kitaorg lak takut tgk dia...tak sapa pegang pelampung tu
pandai lak dia kayuh sendiri,kaki kat bawah...


auntie2 ammar yang over eksited..heeee


hero malaya...di kelilingi dayang2..heee..


ammar and abi...


keluarga Puan Nurul....

tak reti sejuk betul la budak ni....

Lama jugak la kitaorang berendam,sampai Cik Ngah boleh landing kat wakaf and tertidur lagi...haahaa...buruk tul perangai kan...syokkk oooo...dengan nyamannya,sejuknya....
Dalam kul 5 ptg baru balik,nak balik tu sedang elok lak hujan renyai,memang ngam la...
Yeayyy,dah boleh pergi sendiri,so tak yah la tunggu Mr D dah...

bisik-bisik:
Dah lama tak bakar-bakar ayam
kat tepi sungai
tapi kalau rancang selalu tak jadi
kalau on the spot,elokkk je...
huuuuuu

2 singgah dan taip sket..: