Jungle trekking @FRIM Kepong

6:13 PM Sue Izza 3 Comments

Assalamualaikum semuaaa....

yeahhhh...baru sempat nak buka blog hari ni...betul-betul tak de mood and mengantuk sangat,buat kerja pun tersenguk-senguk dah,so,rehatkan diri sekejap jengah blog yang dah cantik ni (cehhhh...puji blog sendiri pulakkkk).

Ahad lepas,sempat Cik Ngah join geng BFFSA pergi jungle treking dan canopy walk di hutan FRIM di Kepong (sila google ye lokasinya).Cik Ngah bawa my housemate sekali Cik Zura dan Cik Ros,gerak dari Putrajaya kul 7.00pagi,singgah dulu kat Kelana Jaya jumpa yang lain,gerak sesama,dalam kul 8 pagi dah sampai,boleh masuk dengan kereta ke dalam,parking di luar pagar pun ada,tapi jauh pulak nak berjalannya,bayaran masuk minimum satu kereta RM5 dan setiap orang RM2.

Sementara tunggu Mr D yang tersesat,sempat kita orang brekfast dulu,Oh ya! kami parking kat kawasan perkelahan Sg Kroh,kat area situ ada toilet dan food court,bleh tahan jugak makanan kat situ sedap2.

kak ikin aka coach tu warmup sebelum mulakan  perjalanan..hehee
Sementara tunggu Mr Presiden beli tiket Canopy Walk yang berharga RM5 dekat One Stop Centre,kami apa lagi,sesi posing2 la..heehee...


Dah dapat tiket,so mari mulakan perjalanan,untuk info,grup yang lebih 8 orang kalau tak silap kena amik juruiring,harga nya RM150 tuk satu grup ye,so pergi la dalam grup kecil,macam kitaorang ,pecahkan 2 grup,first grup jalan dulu.

trek masa naik.....agak licin sebab baru lepas hujan...



poyo tul la Mr D,katanya tak mencabar,bleh plak dia main game..huh!


Dalam 500m kot kitaorang sampai kat checkpoint tuk naik ke Canopy Walk tu,tapi kena daki bukit lagi 500m,fuhhh mengah di buatnya,dah la Cik Ngah dah jarang exercise sekarang...adoiiii....


ni kat checkpoint tu....

Agak mencabar jugak la trek tuk mendaki tu,kena lebih berhati-hati sebab licin lepas hujan.....

dah sampai pun kat pondok nak naik Canopy Walk



ni la pondok nya....

Nak naik Canopy Walk ni tak leh sekaligus ramai2 tau,kena one by one,dalam jarak 2 meter setiap sorang...


tu diaaa aihhhhh....posing tahap macho konon.....

Memang seronok la,bleh nampak permandangan KL dari atas tu,kalau cuaca baik boleh namapak KLCC lagi...

cuaca berkabus so tak nampak sangat KL



posing dalam cuak...gayat wehhhh....
Kalau tak silap Canopy Walk ni dalam 50meter,di gantung tinggi di puncak pokok....


ni pulak perjalanan turun,masa ni ramai la pulak orang...

Akhirnya kami sampai di kawasan Air Terjun Sg Kroh,rehat,minum,posing2 dan tengok peta...heehee....


hilang dah muka cuak naik Canopy Walk,pucat lesi muka..heehee

lepak-minum-posing

Mr Presiden tgh baca peta



air terjun yang cantik dan tenanggggg sgt....



ini lahhh barisan kitaaaa..... :)



muka ceria dah turun ,masing2 laporrrr....

kalau tak silap buah ara,kalau salah betulkan saya ye....



bersih n lapangggg je,patut la ramai buat photoshoot kat sini


peta untuk panduan pun ada di sediakan.....



Gambar wajib BFFSA...haahaa.....

Dalam pukul 1 lebih kami dah sampai bawah,then terus lunch kat food court kat area parking tu,then masing2 dah kepenatan so terus la balik,fuhhhhh....krem kaki di buatnya wehhh....

So,untuk korang yang berminat dengan aktiviti macam ni boleh lah berkunjung ke sini ye,tak rugi.
Untuk maklumat lanjut boleh ke laman web FRIM,senang,semua ada....cari je...

bisik-bisik:
i love nature


Published with Blogger-droid v2.0.10

3 comments: