Kehilangan lagi....Al-Fatihah...

4:13 PM Sue Izza 0 Comments

Assalamualaikum semua....

Tanggal 8 Julai 2013,Cik Ngah sekali lagi menghadapi kehilangan ahli keluarga terdekat iaitu bapa saudara yang agak rapat,adik kepada abah,ayah kepada cousin yang paling rapat ngan Cik Ngah iaitu Cik Yan.
Sangat terasa kehilangan sebab arwah seorang yang peramah,riuh ajer bila family besar kami berkumpul,rumah dia jugalah di Tumpat tempat kami berkumpul setiap kali kami balik kampung,sebab dia yang bina rumah di tapak asal rumah nenek.

Cik Ngah pun agak sayu bila tengok abah sedih sangat sebab mereka rapat and ramai yang kata wajah mereka seiras macam kembar.Saat jenazah di kafankan Cik Ngah perasan abah berlalu menjauh dengan air mata bergenang,ye abah sedih,adik beradik lelakinya sekrang tinggal berdua je.....

arwah paling kiri berbaju merah,di tengah Pok Him abg kepada abah,baju biru my abah

Cik Ngah with Cik Yan

Semoga roh  Arwah Pok Muda di cucuri rahmat dan di tempatkan di kalangan mereka yang di rahmati Allah.Takziah juga kepada my lovely cousin Cik Yan,tabah dan kuat,i know you strong my dear.

bisik-bisik:
masih sebak

0 singgah dan taip sket..: