Diet Atkins : Day 1

5:47 PM Sue Izza 2 Comments

Diet Atkins?? apa tu,Cik Ngah sebenarnya dah lama tahu pasal diet ni tapi tak pernah mencari info secara detail.Cuma semenjak sakit lutut dah berat badan makin naik,di tambah lagi bila doktor nasihatkan turunkan berat badan supaya sendi tak stress nak menampung berat,so,Cik Ngah mula mencari info tentang diet ni.

Errr..nak terangkan panjang lebar tak pandai la pulak,Cik Ngah banyak dapatkan info dari blog BICIKUT ni,banyak info yang boleh korang dapatkan,Cik Ngah juga follow FB KELAB DIET ATKINS MALAYSIA di fb.

Apa saja info yang mereka kongsikan Cik Ngah jadikan panduan,insya Allah bukanlah nak kurus sangat cuma nak dapatkan berat yang balance je.

So semalam adalah hari pertama Cik Ngah start diet ni,tapi sebelum tu dah 3 hari pun tak makan nasi.Alhamdulillah,tak de apa kemudaratan pun,rasa cergas dan ringan badan lagi ada laaa...heehhee...
Oh ya,satu lagi dalam diet ni perlu minum air sekurangnya 3 liter sehari,mula-mula memang masalah la bagi Cik Ngah yang kurang minum air masak ni,tapi bila di paksa ,masuk hari ke 3 ,dah macam ketagih plak ngan air masak ni,heehee...

Ni menu breakfast :
telur dadar campur bayam
bayam grill dengan olive oil
sambal lada kering buat sendiri
(just cili kering mesin + garam + asam jawa)





Ni pulak menu lunch :
2 ketul ayam panggang
sebiji telur mata
bayam grill + olive oil




Untuk dinner pulak :
2 biji telur mata
2 slice isi ayam
sambal lada kering
salad
2 sudu kicap masin


bisik-bisik:
Insya Allah
semoga usaha Cik Ngah untuk sihat ni di berkati
maklumlah umur dah makin meningkat ni
kesihatan kena jaga
mau taknya,nak duduk tahiyat pun berderai air mata tau
sakit lutut,huhhuuhuu
chaiyok2 Cik Ngah...
semoga bertabah....

2 comments:

  1. saya boleh membantu meningkatkan tahap kesihatan cik ngah.ramai yang telah berjaya mengubah kehidupan mereka dengan program ini.umur 50-an masih cergas seperti 20-an subhanallah ! jemput ke ridoma.blogspot.com atau hubungi 013-3402790

    ReplyDelete
  2. berdiet yer cik ngah...lini pun sama gak..terasa bdn ringan skit...xperlu beli ubat mahal2...asalkan kurang pengambilan karbohidrat & jangan ambil mknan berat slps pukul 8

    ReplyDelete