08 December 2013


Ramai ke yang dah tengok Lawak Ke Der 3? Hari ni hari terakhir live di Istana Budaya....memang rugi la sapa yang tak tengok,Cik Ngah dah tengok,memang layan arrrr...sebelum ni ada yang kata Lawak Ke Der 1 dan 2 lebih best sebab ada Jozan kan?....Tapi Lawak Ke Der 3 ni pun apa kurangnya,malah mungkin lebih panas  dengan kehadiran Douglas Lim dan Jambu.Cik Ngah berani jamin la korang akan keras perut punyalah gelak nanti,Cik Ngah yang ayu ni pun tak mampu nak behave tau time diorang buat lawak,sib baik tak tergolek jatuh kerusi...hahahahhaha.....

Hari tu Cik Ngah pergi tengok live di Istana Budaya tau,bila di beri peluang oleh pihak Escape untuk tengok live,memang Cik Ngah tak lepaskan peluang la,terima kasih banyak la pihak Escape.Mulanya Cik Ngah ingat tak ramai la yang pergi tengok live kan,tapi korang tahu tak,parking semua full,ramai gilerrrrrr.....tiket memang sold out la,dengar cerita hari semalam pun laris macam goreng pisang panas arrr...tak caya korang usha ar sendiri.

Hari ni ,tak silap Cik Ngah hari terakhir kan? Jangan risau,korang pun boleh saksikan kat Escape,selama 6 bulan tau akan di tayangkan bermula 31.12.2013.

Errrrrr apa benda plak Escape nih? Escape ni adalah laman dunia hiburan yang anda boleh bawa ke mana sahaja,anda boleh menikmati pelbagai video hebat,filem,konsert,berita dan banyak lagilah,pendek kata macam-macam rancangan menarik yang anda boleh akses di situ.
Nak tahu lebih lanjut,anda boleh ke laman web ESCAPE sendiri,iaitu www.ESCnow.com 

Sambil-sambil tonton tu kan,anda juga berpeluang memenangi hadiah bernilai RM5,000 tau setiap hari,sapa nak bagi wehhhh...rebut cepat,dengan sertai Peraduan Cuit-Cuit Menang Duit @ ESCAPE,nak tahu caranya? mudah je....

Mulai 7 hingga 27 Dis 2013, pelanggan Celcom perlu menonton YouTube Channel – cuit-cuit @ESCAPE atau klik: https://www.youtube.com/channel/UCj_-0IGMHwc2r7tDLv2De2g setiap hari untuk menjawab satu teka-teki yang akan dikemukakan oleh pelawak Lawak Ke Der 3.

Pelanggan Celcom dikehendaki meneka dan menghantarkan jawapan yang tepat dengan cepat ke 20888. Tak payah jawab panjang-panjang,satu perkataan pun dah cukup.cubalah...

Nak tahu tahu lebih? Layari laman web ESCAPE

Apa yang Cik Ngah tahu tentang Escape ni sebenarnya adalah laman web yang anda boleh akses dengan bayaran RM25 sebulan,pastu tengok la tanpa had,korang pilih la dekat 500 kot filem dan rancangan yang bermacam jenis,hambik ko...tak berabis tau nak tengok...haaaa...berbaloi-baloiii...
Yang best lagi,boleh tengok kat smartphone korang weh,dok dalam train balik keje pun boleh tengok beb,syok woooo...bukan tu je,boleh tengok kat komputer riba,tablet,komputer peribadi lancarrrr je,tak denya tersekat-sekat dengan rangkaian Celcom,sesuai juga dengan iOS,Android,MacOS dan Windows.So tak perlu risau la.

Dannnnn....memang Cik Ngah suka adalah.....kelebihan Escape ni :
Henti & sambung tayangan • Pelbagai peranti • Bila-bila masa, di mana-mana jua -maksudnya boleh pause dan sambung balik la lebih kurang,nak tahu lebih lanjut macam mana cer korang buka  www.ESCnow.com sekarang.


Ishhh....bila dah dapat tahu pasal Escape ni ,Cik Ngah pun nak try la,hadiah lumayan tu,kelebihan pun banyak kot,apa lagi jom-jom bergelak ketawa di Escape dengan Lawak Ke Der 3 yang bikin pecah perut beb.Sumpah tak rugi.






2 singgah dan taip sket..

Memang best giler babi sial!!! - Douglas yg ajar. Hiiii

REPLY

heppppp sopan skit....khinzir la...hahhahaha

REPLY

Catatan Sue Izza . 2017 Copyright. All rights reserved. Blog Templates Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates