09 December 2013

sambal tomato simple

Dah lama rasanya tak menulis resepi di sini,kali ni nak kongsi resepi Sambal Tomato simple yang Cik Ngah buat masa dinner blogger di rumah Yanty minggu lepas.Sedap bila dapat makan dengan sup panas dan nasi panas-panas,memang kena la padanan ini,heheeheh...sangat simple.

bahan:
2 biji tomato
6 biji cili api
2 ulas bawang merah
gula
garam

cara:
-tumbuk cili dengan bawang jangan sampai lumat.
-potong dadu tomato
-tumbuk pecah-pecah dalam lesung
-masukkan semua bahan dalam mangkuk,perasakan dengan garan dan gula

kannnn...senang je,kalau buat banyak boleh simpan dalam peti ais,makan lain kali pulak

bisik-bisik:
resepi asal dari mak cik kat Raub.....

10 singgah dan taip sket..

Tak sempat merasa , perut tuan rumah kenyang walaupun makan sikit. Letih dengan balik kerja lagi. Next time la Ty rasa ye kak.

REPLY

wah! simple je...mesti sedapkan..

REPLY

tak pe nanti akak buatkan lagi ye....

REPLY

cuba la...memang sedapppp...

REPLY

mak sy selalu buat ni tapi tak pakai tomato, dia pakai limu apa tah yng panjang ibu jari tu...hijau hijau...

REPLY

salam kenal..singgah cni follow awk :)

REPLY

Catatan Sue Izza . 2017 Copyright. All rights reserved. Blog Templates Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates