26 December 2013



Dah lama tak tengok wayang,tetiba sabtu lepas buat perangai ngan Mr D,lepas amik bateri keta kat serdang,terus drive tanpa arah tujuan,dan onthe spot terus menghala ke Downtown Danau Kota,kekonon nak jalan-jalan cari beg,alih-alih hujan plak mencurah-curah,tengok jam awal lagi,takkan nak patah balik,so,terus pusing keta masuk Festival City la...
Mr D dengan redha nya melayan kerenah Cik Ngah yang dah lama tak layan wayang kan,mula nya nak tengok Penanggal,tapi dah habis kot tayangannya ,tak de pulak.Fuhhh panjang plak mukadimah...ngeeee

The Hobbot : The Desolation of Smaug ini sambungan dari filem pertama The Hobbot sebelum ni,Unexpected Journey tu,sebab tengok yang tu la Cik Ngah nak tengok sambungan yang ini.
Kseluruhan cerita memuaskan la,cuma panjang sangat dan dah lewat kami tengok tayangan kul 11,so Mr D dah tido-tido ayam dah...heehehe...Cik Ngah je la yang dok excited sorang2...huuhuu...Memang best la untuk yang berminat dengan cerita fiksyen ala-ala The Lord of The Ring...

Ceritanya masih berkenaan Bilbo Baggins bersama Gandalf dan geng-geng orang kerdil yang lain,kali ni diorang nak curi batu permata di bawah jagaan naga dalam dewan yang penuh emas,masih menarik jalan ceritanya dan tak sabar nak tunggu sambungan yang ketiga,katanya akan di tayangkan dalam tahun 2014 dengan tajuk There and Back Again....

bisik-bisik:
Cik Ngah bagi 3 daripada 5 bintang la...
sebab melerat sikit ceritanya,ada part yang tak perlu pun
ngeeeee.....




2 singgah dan taip sket..

meleret ke? byk cakap ke byk action?

REPLY

Nak kata banyak cakap tu tak jugak,aksi pun balance la,tapi panjang sgt kisahnya,ada yg tak perlu di ceritakan pun sebenarnya,dia bagi detail sangat...

REPLY

Catatan Sue Izza . 2017 Copyright. All rights reserved. Blog Templates Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates