Meraikan cinta Munir dan Haneem

12:57 PM Sue Izza 0 Comments

Assalamualaikum semua.....
Keboringan sendirian di office,bila kena tinggal selepas mengemas apa yang patut tuk pindah,huuhuuu...yesss lepas ni dah tak bekerja di Putarajaya dah...huuuhuuu...
Cerita weekend 2 minggu lepas (12 Januari 2013),meraikan pengantin baru,kawan sekolah Mr D (kawan Cik Ngah jugaakkk...heheee)
Lepas kerja terus gerak ke umah pengantin lelaki,kitaorang pergi ni kenduri belah lelaki,kat area Selayang Baru,okehhhh memang failed bab jalan,ikut je driver bawa..heeheee...
Sampai dah lewat,dalam kul 3 lebih,dah tak ramai orang,tapi pesen kawan2 Mr D ni memang suka datang lewat sebab nak duduk berborak macam kat kedai kopi and pengantin bleh join sekali...huuhuuu....


ermmmm kalau dah jumpa kawan2 dia...


pengantin dan kawan2....En Munir ni memang feveret colournya pink...heehee...sampai kawin pun nak pakai pink...


Paling best,masa datang tu lauk-pauknya still banyak,and panas lagi,bagus kateringnya,lauk pun sedap2...malu nak tambah,tapi memang sedap,lauk pauk kampung gitu.
Dah habis bergambar,gurau2,borak2,dalam kul 5.30 ptg baru la kitaorang beredar.
Memandangkan Mr D nak balik umah mak and Cik Ngah nak balik Shah Alam,so nak gi jalan-jalan la dulu,on the spot idea ajak Mr D jenjalan ke Mid Valley,dah lama tak merayau ke situ.Tak de la shopping apa pun,cuci mata je orang kata...heeeee... tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiii..........

Salvatore Ferragamore-Incanto Bloom



 Cik Ngah terbeli jugekkkkk....dah lama sebenarnya cari perfume ni,kesnya masa beli Issey Miyaki Mr D dulu,dapat miniature 10ml perfume ni,terus terpikat,tu yang dok cari,sekali ada yang stok sale Krismas ari tu kat Jusco,apa lagi....heeheee...rewards for urself,apa salahnya kan?....

bisik-bisik:
Puas hati....

0 singgah dan taip sket..:

Akulah Itu....

1:11 PM Sue Izza 0 Comments



aku bukan perempuan kuat.
akulah perempuan yang paling lemah dalam dunia.
paling kuat menangis.
paling goyah dan tumbang di banyak masa.
tapi aku ada penyakit degil.
degil untuk kalah.
degil untuk tewas.
degil untuk biar jiwa tersepah.

by~fynn jamal


bisik-bisik:
-I act like i dont care,but deep inside its hurts.





0 singgah dan taip sket..:

Gathering New Year @Warisan Hati Rimba,Kemensah.

6:25 PM Sue Izza 10 Comments

Assalamualaikum semua
Fuhhhhh...fuhhhh...banyaknya habukkkk...aaachooom...heheehee....
Maaf laa semua ye,baru ada masa terluang nak jenguk blog (bajet cam ramaiii je peminat...huuhuuu)
Okeh,lets go,satu-satu kita cite meh...heehee
Ni cite first weekend 2013 (5 Januari 2013)  yang lepas,memandangkan dah lama tak buat aktiviti ngan geng Shah Alam,so Cik Ngah organizekan gathering kat Warisan Hati Rimba di kawasan hutan Kemensah.
Memandangkan nak buat bbq nya malam so Cik Ngah booking 3 biji chalet tuk 9 orang,3 lelaki 6 perempuan.


perapan ayam,udang dan sotong tuk bbq,lupa lak amik gambar ikannya....


Bab makanannya memang part Cik Ngah la preparekan,kita orang sampai petang sabtu,so Cik Ngah dibantu Cik Ros sediakan roti sardin and nugget goreng tuk minum petang,biasa la kalau dah berendam dalam air,tu mesti lapar kan?....bolehlah di lahap dulu sementara dinner plak.


ni la chalet yang di tempah...RM80 satu malam,satu chalet bleh masuk 4 orang.

khemah,meja dan tempat bbq yang di sediakan.

Kitaorang dapat chalet yang menghala ke sungai,tapi tempat memasak n bbqnya di belakang chalet tu,tapi ok la,di sediakan khemah,meja dan tempat bbq khas,memang luck kami bila kak elly tak caj pun khemah dan meja tu,just caj RM10 tuk tempat bbq je,sayangggg kak elly.
Lepas atur tempat memasak dan susun barang2,cepat2 Cik Ngah masakkan tomyam campur tuk makan dinner nanti,saja masak awal sebab nak turun main air plak,tom yam ni masak guna dapur gas yang pakai tin gas kecik tu,ingat nak masak nasi terus ngan rice cooker (yesss,i bawa rice cooker...heehee),tapi bekalan letrik hanya akan di on kan pukul 6.30 ptg sampai sampai pukul 8.30 pagi sahaja.so tunggu lepas maghrib la.


tom yam campur Cik Ngah.
Setel sediakan persiapan bbq,kitaorang pun apa lagi,berendam laaaa,mulanya nak turun ke sungai dulu,tapi ramai plak orang,so kitaorang turun ke kolam dulu,main bola tampar dalam air.Kolam ni airnya tak sejuk sangat,air yang di alirkan dari air bukit,nampak kehijauan je air nya,dah macam Emerald Pool masa gi Krabi ari tu pulak.


excited main bola tampar dah macam game betul2 plak...adoiiii...

ni aliran sungai depan chalet,tenanggggg sangat.

yang ni plak mamat yang bajet kekonon kat pool hotel la,siap baring bagai atas pelampung
pelampung tu Bro Nasrul yang bawa.


cantik.tenang.

diorang ni memang semangat betul...

Dekat-dekat nak maghrib,baru la naik...terus serbu ke dapur,dah macam ikan piranha semua,laporrr berendam air...Terus hidupkan api tuk bbq,dan gilir-gilir bakar segala mak nika makanan yang boleh di bakar,heeheee...sambil ikut giliran pergi solat maghrib,kat situ juga ada di sediakan surau,tapi jauh sikit dari chalet kitaorang.

masing2 kelaparan,dengan baju basah,suma terkam cari makanan...


gambar bakar ikan je sempat amik,heheeee...sibuk nak makan.


tu diaaaaa....makan  9 orang.....

Antara menu kami:
-Tom Yam campur
-Ayam,udang,sotong bbq
-Ikan Bakar cicah air asam-siakap,kerapu n cencaru
-Kerang bakar
-Nasi dan ulam
-Teh O panas


makan ramai2 memang seronok,dengan deruan air sungai,tenanggggg....


kami : dari kiri--->Ikram,Nasrul,Mr D,Cik Ros,Maro,Kak Ikin,Cik Zura,Cik Yan.....

Mr Presiden dok tunggu nak makan..heheee...

Habis dinner tu dalam kul 9 lebih,jangan terkejut,kitaorang turun mandi n main bola tampar lagi kat kolam tadi sampai masing-masing dah kecut,naik je dalam kul 12 la,terus buat air panas n minum sambil makan keropok and sosej.Masuk tidur dengan keletihan main air,tido pulak dengan tenangnya bersama deruan air sungai dan bunyi cengkerik,Subhanallahhhhh sangat la tenangnya,sib baik jugak tak hujan,sebab memang sejukkkkk...chaletnya tak de la first class,biasa2,supaya tak over expectation,anggap je korang gi camping tapi tidur dalam pondok or bangsal tunggu durian...haahaahaaa...cam gitu la,chalet tu satu katil bujang je,tapi di letakkan tambahan tilam dan comforter.Kalau nak bawa sendiri pun ok gak.

Pagi besoknya bangun solat subuh,fuhhh..memang menggigil gak la nak amik wuduk,sejuk!
tapiiiii,ada je yang siap solat turun ke sungai main air...heheehee....

paginya dok berendam kat sungai lak....

Paginya kitaorang breakfast mee goreng,masak panas2 kat situ,bahannya Cik Ngah dah siapkan di rumah sebelum datang,dah masuk tupperware siap2,tinggal lagi masuk kuali je....Dah siap breakfast and kemas apa yang patut,apa lagiiii masa tuk terjun sungai plak la....

masing-masing dah macam kanak-kanak riang


posing jap,kat belakang tu chalet kitaorang la

tenang.hijau.sejuk.


rehat,minum air panas,hilangkan sejuk badan,matahari dah naik,ni kat kolam tepi chalet,kolam kanak-kanak
 

perlawanan bola tampar


semangat!

Cik Ngah di pancuran air yang jernih

Cik Ngah di celah batuan


sempat lagi bergosip di tepi sungai...heheehee....

Dalam pukul 1 lebih,kitaorang dah siap-siap kemas dan packing nak balik,Alhamdulillah gathering yang santai,tak banyak masalah dan tenang walaupun sempoi dan murah.


tiga dara pingitan,berkenan? sila hubungi saya ye..hehee...


dah siap packing,tunggu driver je.


bisik-bisik:
Gathering simple tapi seronok
yang penting silaturrahim yang terjalin
walau sekejap,cukup la
Insya allah,lain kalai datang lagi.

Untuk pertanyaan Chalet Warisan Rimba ni boleh call no di bawah ye :

Kak Elly - 019 3416195
Abg Isnin - 013 3441282
Alan - 017 7789734

10 singgah dan taip sket..:

Lengkap...

10:25 AM Sue Izza 5 Comments



"ku tak perlu kau menjadi sempurna untuk sempurnakan hidupku,jadilah dirimu sendiri,kerna kelebihan dan kekurangmu lah yang melengkapi hidupku,andai kau sempurna...itu bermakna aku tidak layak lagi untukmu....kerna engkau telah sempurna"

5 singgah dan taip sket..:

Ku tahu ada-Mu di sisi....

11:17 AM Sue Izza 3 Comments

Ada-Mu by Najwa Latif

Merenung ke luar jendela
Melihat kebesarannya
Mensyukuri segala nikmat
Yang dikurniakan di dunia

Kau berikan ku kekuatan
Tuk berpegang pada jalan
Walau penuh dengan cabaran
Ku tahu ku adaMu Tuhan

Kerna kau yang satu
Yang setia bersama ku
Dikala ku jatuh ku bangkit kernaMu
Ku tahu ku adaMu disisi ku selalu
Bantulah hambaMu mencari keredhaanMu

Ku tahu ku adaMu
Ku adaMu selalu
Kerna kau yang satu
Yang setia bersama ku

Dikala ku jatuh ku bangkit kernaMu
Ku tahu ku adaMu disisi ku selalu
Bantulah hambaMu mencari keredhaanMu

Ku tahu ku adaMu
Ku adaMu selalu
ku merenung ke luar jendela
Melihat kebesarannya
Walau penuh dengan cabaran
Ku tahu ku adaMu Tuhan


bisik-bisik:
Apapun yang mendatang,
Apapun ketentuan Mu
Ku tahu segalanya kerna Kau sayangkan ku,
Kau akan sentiasa di sisiku,
Itu yang pasti...
Ku yakin....
Hanya Kau yang tahu segalanya tentangku
Biar apa mereka2 mahu perkatakan,
Hanya melihat tanpa tahu kebenaran,
Usahlah pandai2 mencipta cereka,
Aku yakin Kau selalu di sisiku,
Ya Allah,lindungi aku.

3 singgah dan taip sket..:

Ayam Golek Dara @ Nilai

8:59 PM Sue Izza 3 Comments

 Cerita malam new year lepas,my lovely cousin Cik Yan datang dari Shah Alam,ada urusan sikit,malamnya sempat la mengikut Mr D ngan kawannya pergi makan kat Ayam Golek Dara,first time nak try,kekonon makan2 sambut new year la...
Park kereta kat rumah Mr D,and naik kereta kawan dia,gerak lepas isyak,lokasinya Cik Ngah tak reti sangat nak terangkan just ingat lalu pekan Nilai Lama tu,then menghala jalan lama ke Seremban,alahhh senangnya refer je peta kat bawah ye...heeheee... (mahap lerr..memang jenis tak ingat jalan...)



 Ayam goleknya memang maveles...hingga menjilat jari kaki,memang sedap,makan ayam saja tak cicah sos pun dah sedap,kat situ juga ada nasi lemak,sate,char kuey tiaw,tapi baik la datang awal,kitaorg sampai dlm kul 9.30 tu pun dah nak habis....kalau tak silap kedai ni buka dalam kul 5 petang lagi.



  Boleh je kalau nak order sekor,setengah atau suku,ikut kemampuan korang yang nak makan la kan,harga tak ingat lak berapa sekor dalam bawah RM20 yang pasti (sebab bukan Cik Ngah yang bayar..heeheee)


my cousin yang sgt kenyang mlm tu~sori Cik Yan gambor hang blur..heehee

pose sengal~suka nau merosakkan gambo


ni lah kawan Mr D yang rekemenkan tempat ni,Pojie n wife,Ikin.
 Malam tu memang sangat mengenyangkan,nak try punya pasal,kitaorg order 2 ekor ayam,memang puas la,ratah saja pun sedap okeh....di tambah lagi dengan nasi lemak yang sambalnya memang maveles,and char kuey tiaw yang sedap juga....memanggggg full di buatnya...mengah terasa...heheee



yummyyyyy....

nasi lemaknya pun sedapppp.....

Pada sesapa yang nak try tu bolehlah refer alamat dan no phone kat bawah ni ye :

Ayam Golek Dara
Tepi Jalan Labu,
Batu 14,Nilai,
Negeri Sembilan.

Iwan : 019-2427584
Nizam : 012-2169024

bisik-bisik:
memang sedap
Insya Allah nanti nak pergi lagi....

3 singgah dan taip sket..:

Selamat Datang 2013

7:14 PM Sue Izza 0 Comments


Assalamualaikum semua....
belum terlambat rasanya tuk Cik Ngah ucapkan Selamat Tahun Baru 2013
tuk semua kawan-kawan,kenalan dan sesiapa yang sudi baca blog ni.

Semoga tahun ini di penuhi dengan kegembiraan dan kebahgian serta rahmat dariNya.
Semoga di murahkan rezeki dan di limpahi keberkatan dalam segala hal.

Azam?
ermmm....yang tahun lepas pun ada lagi yang tak tercapai,
tak pe,kita continue je ke tahun ni plak ye,
tak pe azam yang sama pun,asalkan kita berusaha,
kalau Allah belum mengizinkan,kita usaha lagi ye.

bisik-bisik:
For this 2013
i just want happy,
no more tears...
i just want smile...
Insha Allah....

0 singgah dan taip sket..: