Meraikan Cinta : Que Ahmad & Wani

1:47 PM Sue Izza 5 Comments

 Assalamualaikum semua....

Walaupun dah hampir seminggu majlis berlangsung rasanya masih sempat Cik Ngah dedikasikan entry ini untuk rakan Blogger Que Achmad dan mengucapkan Selamat Pengantin Baru,semoga cinta kalian ke syurga,dan tabah dalam membentuk keluarga solehah.

Majlis ni berlangsung pada 24 Mei lepas,Cik Ngah bersama rakan-rakan blogger iaitu MK Syahir,Qaseh Dalia,Mieza,Yanty,Najeeb dan Mawardi dari Grup Wasap Putrajaya berkonvoi 2 kereta ke Kelantan dengan tujuan utama untuk hadir di majlis ini.Entry Trip Jelajah Pantai Timur Cik Ngah akan up kan nanti,sabar ye.....

kami-hadiah kongsi dari group wasap blogger

Tak susahpun mencari rumah pengantin perempuan ni,kami hanya berpandukan application waze yang Cik Ngah install di tab je,heehehee....agak mudah jugak la menggunakan waze ni,walaupun Cik Ngah lama jugak tinggal di Kelantan tapi siyes balik sesekali boleh sesat woooo...sapa kata Kelantan tak membangun....jalan dah bersimpang-siur,sampai tersalah masuk simpang padahal dulu itu la tempat melepak.


dari jauh dah nampak banner ni-senang



ambil kesempatan bergambar dengan pengantin.....

tumpang pelamin ye Que,nak interframe jugak.....

semoga bahagia ke akhir hayat,semoga juga pershabatan kita terus erat hingga ke akhir...

tersenyum lebar sang pengantin,maybe lega majlis berjalan lancar
Majlis yang simple tapi Cik Ngah puji makanan nya yang sangat lazat,Cik Ngah bagi 10/10 bintang,menu semuanya makanan tradisional Kelantan,memang berbaloi la bawa rakan yang lain boleh merasa masakan kenduri atau bekwoh di Kelantan.Antaranya Sira Labu,Tapai,Gulai Kawah Daging,Kerabu Umbut,Acar dan kuih-muih Kelantan.

bisik-bisik:
Cik Ngah akan update entry perjalanan kitaorg nanti ye,sabar tau tunggu
akhir kata semoga Que dan Wani di berkati Allah dan layarilah alam rumahtangga dengan sebaiknya.
(nak nasihat lebih2 pun Cik Ngah belum merasa...huuhuuu)






5 singgah dan taip sket..:

Steamboat Grill @ Red Wok Restaurant Kajang

12:18 PM Sue Izza 1 Comments


Assalamualaikum semua.....
Fuhhhh fuhhhh....berhabuk dah haa....sian blog ni lama di tinggalkan....heeehee
Biasa la tuannya mood turun naik,tu yang jadi camni.
Sebelum up entry story mory terbaru nak jugak tempek cite ni walau dah lepas lama,heeehee....setiap detik itu kan kenangan....
Ni Cik Ngah ngan BFFSA layan steamboat 11 mei lepas,on the spot punya plan kebetulan Cik Nurul datang sini,so apa lagi aktiviti makan2 la.....
Mulanya nak gi makan kat D'kayangan area stadium Shah Alam,tapi diorang nak plak datang area Kajang ni,so Cik Ngah on je la,lagi dekat kan.... so kami pilih Red Wok Restoran,dah banyak kali gak dengar kekawan makan kat sini,tapi tak terdetik lak nak try....
Lepas maghrib Cik Ngah gerak bawa sekali housemate Cik Zura and Cik Ros....
Sampai2 je memang ramai sangat orangnya,nasib baik dapat meja ,waiter tu plak tanya nak yg ada grill atau sup sahaja,kami pilih yang ada grill berharga rm33 seorang,yang sup sahaja hanya rm28 seorang.


Kak chik n mr nasrul menyediakan tempat grill

Dah lama tak duduk semeja dan borak-borak tanya khabar,happening pulak rasa,heehee....

tu dia aihhhh...penuh meja di buatnya....


yummyyyy....Cik Ngah suka yg bakar2 tu....



adik beradik....weeeeee


Cik Yan melepas rindu..heehehee....


kami-yang ada-....


sebelum dan selepas

Not bad la steamboat kat sini,yang penting seafood nya segar n ketamnya yang besar2..heehehhee....
apa pun kalau nak datang hari minggu better reservation dulu,takut ramai,google je la no phonenya,Cik Ngah tak de pulak sebab main terjah je.....

bisik-bisik:
haihhhhh la diet...huuhuu....


Published with Blogger-droid v2.0.10

1 singgah dan taip sket..:

Tempat baru lagi.....

11:25 AM Sue Izza 5 Comments

Assalamualaikum semua,salam Jumaat semua...
Sihat ke semua? Dah ramai ke yang balik kampung tuk mengundi...
Cik Ngah mungkin gerak pagi besok la,setelkan urusan rumah dulu....
Sebenarnya blur ni,tak tau nak update and nak tulis apa,hari kedua di tempat baru lagi,selepas 3 bulan di Nilai,Cik Ngah berpindah lagi,di tansfer ke bangi,yang untungnya lebih dekat dengan rumah,yang tak bestnya beban kerja makin banyak,dan klien tempat baru yang sangat, menjengkelkan dan menyakitkan hati,ermmmm....tak pe lah,bertindak mengikut arahan,i kan pekerja contoh,ecehhhhh....,
Ok lah,kepada semua,selamat balik mengundi,selamat bercuti,drive elok-elok,jangan ikut hati sangat di jalan raya.
Bisik-bisik:
Malasnya nak drive balik,tu la sapa suruh lambat beli tiket bas
Huwaaaaa....
Published with Blogger-droid v2.0.10

5 singgah dan taip sket..: