Iftar di Matic bersama rakan bloggers

12:16 PM Sue Izza 3 Comments


 Assalamualaikum semua....
Akhirnya berkesempatan update blog usang ni,selepas bergaduh besar dengan berukban yang sangat annoying ni ha...huh!
Ok2,teruskan cite,jangan kawan ngan berukban sengal ni...huuhuu...(terlebih tension dah ni)

Jemputan iftar pertama ramadhan ini,24 Julai 2013,Cik Ngah memenuhi undangan Abg Ben Ashaari untuk berbuka di MATIC,Jalan Ampang bersebelahan Saloma Bistro,diadakan di Padang Lanai.
Sebelum konvoi 3 buah kereta ke sana kami berkumpul dulu di KPT Presint 5 untuk cukupkan ahli.

melayan jem dengan ber camwhore sepuasnya...heeheee...tq Cik Ty jadi drebar kami
Kami sampai ngam-ngam nak berbuka,selepas mengharungi jem...huuhuu
Hidangan ala buffet yang di sediakan oleh Restoran Rebung milik Chef Ismail,siyes makanannya memang sedap,tapi memandangkan Cik Ngah terpikirkan baju-baju dalam almari yang makin mengecil,terpaksa la makan dengan berpada-pada...hahahaaa...

starter food yang di hidangkan di setiap meja,sangat sedap juga.....

packaging kurma yang sangat kena di mata Cik Ngah


bubur lambuk juga di hidangkan di meja untuk setiap orang
 Cik Ngah hanya berbuka dengan air mineral dan kurma dulu,dan terus mengajak Cik Ty solat maghrib dulu,haaaa....baru aman nak makan kan..heheee


 
sepinggan ini je yang Cik Ngah amik tau,nasi secoet,lebihnya ratah lauk

 Agak meriah jugak la kami malam tu,antara yang hadir semestinya Otai Ben Ashaari bersama isteri dan blogger cilik Qhaliff Iman,Fiza Fantagiro,Tiramizu,Yanty.my,Qasehdalia.com,Kakisembang,Que achmad dan isteri,Ujang-erti kehidupan bersama isteri,yana dan anak comel mereka Zafirah,Admin Fuh.my,Tinta Asyraf,Mawardiyunus,MK Syahir dan ramai lagi yang lain tak sempat nak berkenalan lebih rapat,yang Cik Ngah kenal dan nampak kelibat macam Penmerah,Yana Yassin....

geram tul ngan 2 budak comel ni.....


antara yang hadir

sangat geram ngan budak tomey ini...culik kang...haaahaa

blogger otai ,mk syahir,mawardiyunus,kakisembang dan tinta asyraf

ujang dan anak daranya zafirah

makan sambil berbual isu negara...heheehe....


tak larat nak gelak aih ngan diorang ni...

sambil makan2 kami di hiburkan dengan kumpulan Rabbani dan selepas itu ada upacara memberi duit raya kepada anak yatim
K.A.M.I
Selesai menjamu selera.ada pulak gimik bunga api dan pelita malam tujuh likur yang di pasang di kawasan padang tersebut,agak mengimbau kenangan la jugak...huuhuu.....

kami sebelum pulang.....
memang meroyan bila nampak kamera
 Terima kasih banyak-banyak kepada Abg Ben sebab sudi ajak kami dan kepada pihak penganjur atas majlis yang awesome makanan dan sambutannya....


 bisik-bisik:
Segan pun ada bila bergathering dengan blogger otai2 ni
Cik Ngah ni blogger cikai je...huuhuu...

3 singgah dan taip sket..:

Oh Allah.......

10:31 AM Sue Izza 2 Comments




bisik-bisik:
pleaseee forgive me

2 singgah dan taip sket..:

Masak Lemak Pisang Muda

11:34 AM Sue Izza 3 Comments


Buat tuk buka puasa semalam,first time try buat sebab kebetulan adik housemate  bagi pisnag muda dari kampung,nak tunggu masak lama la pulak...ermmm..so masak lemak je la,Cik Ngah guna resipi dari Pak Cik Mat  Gebu kita,blogger msakan tersohor tu,tq pcm..heehee..tapi Cik Ngah oter sikit ikut apa bahan yang ada la..huuhuu...Cik Ngah gantikan ikan kurau masin dengan ayam kampung,yang lain tu sama je.

Resepinya? tak yah la Cik Ngah tulis kan,tengok je Cik Mat punya versi ye,heehee
boleh klik SINI
Ok,selamat mencuba.

bsisik-bisik:
hari ni macam nak buat mee bandung la pulakkkk...
heeheee....dah jemu makan nasi...


Published with Blogger-droid v2.0.10

3 singgah dan taip sket..:

Ayam Kampung Goreng Berempah

4:45 PM Sue Izza 2 Comments


Juadah berbuka hari ke 3 bersama housemate

Ayam Kampung Goreng Berempah Simple versi Cik Ngah

Bahan: 
1/2 ekor ayam kampung,bersihkan dan rebus sebentar (15 minit),kemudia toskan.
4 biji bawang putih
1 inci halia
1/2 inci kunyit hidup
1 paket serbuk tandoori maggi
3 sudu madu
3 batang serai di hiris halus
garam dan gula

Cara:
-blend bawang putih,kunyit,halia dan serai serta serbuk tandoori.
-perapkan ayam dengan semua bahan di atas
-goreng hingga agak garing dalam minyak banyak

bisik-bisik:
banyak pulak keyword cari resepi singgah kat blog ni
heheee...dapat la tempias skit2..


Published with Blogger-droid v2.0.10

2 singgah dan taip sket..:

Kehilangan lagi....Al-Fatihah...

4:13 PM Sue Izza 0 Comments

Assalamualaikum semua....

Tanggal 8 Julai 2013,Cik Ngah sekali lagi menghadapi kehilangan ahli keluarga terdekat iaitu bapa saudara yang agak rapat,adik kepada abah,ayah kepada cousin yang paling rapat ngan Cik Ngah iaitu Cik Yan.
Sangat terasa kehilangan sebab arwah seorang yang peramah,riuh ajer bila family besar kami berkumpul,rumah dia jugalah di Tumpat tempat kami berkumpul setiap kali kami balik kampung,sebab dia yang bina rumah di tapak asal rumah nenek.

Cik Ngah pun agak sayu bila tengok abah sedih sangat sebab mereka rapat and ramai yang kata wajah mereka seiras macam kembar.Saat jenazah di kafankan Cik Ngah perasan abah berlalu menjauh dengan air mata bergenang,ye abah sedih,adik beradik lelakinya sekrang tinggal berdua je.....

arwah paling kiri berbaju merah,di tengah Pok Him abg kepada abah,baju biru my abah

Cik Ngah with Cik Yan

Semoga roh  Arwah Pok Muda di cucuri rahmat dan di tempatkan di kalangan mereka yang di rahmati Allah.Takziah juga kepada my lovely cousin Cik Yan,tabah dan kuat,i know you strong my dear.

bisik-bisik:
masih sebak

0 singgah dan taip sket..:

Jam Tawaf

3:47 PM Sue Izza 3 Comments


Akhirnya dapat juga gantikan jam yang pecah berderai setahun lepas,huuhuu sadis tul bunyinya.
Tak de la mahal mana pun  around RM150-+ je lebih kurang,ni je la yang mampu pun.Ni Cik Ngah beli dengan kawan kat fb,tertarik sebab keunikannya berpusing lawan arah jam biasa dan ikut pusingan tawaf,rupanya banyak manfaat jam ni.

Manfaat yang diperolehi:

• Membersihkan darah daripada ion-ion positif berlebihan daripada radiasi luar yang terperangkap.

• Meningkatkan fungsi sistem imun, antibodi dan hormon tubuh.

• Meransang daya tumpuan

• Mengekalkan potensi diri yang optima.

• Mengimbangi kedua-dua hemisfera otak kiri dan kanan.

• Mengawal depresi/tekanan perasaan.

• Meningkatkan daya vital/semangat.

• Mengawal, mengimbangi, mencegah dan merawat kanser.

• Menyegarkan Minda, Badan dan Jiwa pengguna.

• Meningkatkan tenaga pengguna.

• Mengstabilkan penyerapan tenaga dan peredaran darah.

Berminat? boleh la hubungi  Encik Latif Amir Salim  di talian 019-2991699



bisik-bisik:
Mari kita mengikut sunnah dalam hidup


Published with Blogger-droid v2.0.10

3 singgah dan taip sket..:

Dia pergi di hari ulang tahun kelahiran ku... Al fatihah

1:45 PM Sue Izza 6 Comments

Hj Abu Bakar bin Mat dan Che Som binti Mamat

Assalamualaikum semua,

Lamanya tak update story kat sini,Alhamdulillah kita bertemu Ramadhan sekali lagi,kali ini Cik Ngah lalui dengan hati yang sayu,ada rasa rindu dan sedih di hati.
Tanggal 21 June lepas,tepat di hari ulangtahun  kelahiran Cik Ngah,datuk tersayang pergi meninggalkan kami buat selamanya.... Alfatihah...

Dalam pukul 3 pagi dapat call datuk masuk icu di Hospital Temerloh,baru Cik Ngah termangu-mangu berfikir,dapat pulak call dari mak cik yang mengkhabarkan yang datuk sudah pergi selamanya mengikut jejak nenek yang pergi pada tahun 2010.
Arwah datuk dan nenek, antara orang yang peting dalam hidup Cik Ngah,membesar di bawah jagaan mereka,sangat rapat dari kecil sampai besar,pantang cuti sekolah,dari sekolah rendah sampai sambung study di ipt tetap akan balik cuti,sanggup balik sorang2,banyak nasihat dan panduan dari mereka Cik Ngah bawa sebagai bekalan hidup sehingga ke hari ini.Childhood memories.

"Ya Allah,kau jauhkan lah api nereka dari kedua nenek dan datukku,limpahilah rahmatMu,masukkan lah mereka dalam golongan orang2 yang Kau redhai"

bisik-bisik:
Rindu tak pernah padam,abadi dalam kenangan.

Mr D,
Terima kasih atas budimu,
Dengan kesihatanku yang kurang baik untuk pulang menziarah datuk tuk kali terakhir,
Kau sanggup tawarkan diri,
tq so much,semoga Allah membalasnya....

6 singgah dan taip sket..: