Tips Kewangan Peribadi

8:30 AM Sue Izza 2 Comments


Perkongsian berguna yang Cik Ngah copy paste dari perkongsian rakan-rakan di facebook,kongsi di sini sebagai koleksi diri sendiri juga.

4 Prinsip Asas Kewangan Peribadi

Bila dah betul-betul ada kesedaran dan semangat bebas dari segala hutang, mungkin sahabat semua boleh pakai PRINSIP KEWANGAN yang saya amalkan ni.

Prinsip #1: Beli secara tunai.
Henti dan jauhkan segala urusniaga yang dinamakan ansuran, installment, beli dulu bayar kemudian, skim bayaran mudah dsb. Kalau terpaksa berhutang, itu maksudnya kita belum mampu beli barang tu lagi. So, simpan dulu duit sampai cukup, baru beli.

Prinsip #2: Hidup di bawah kemampuan, bukan ikut kemampuan.
Beli ikut keperluan, bukan ikut kemampuan, apatah lagi ikut kemahuan. Kalau mampu pakai kereta Proton Inspira, pakai Proton Saga jer lah dulu. Lupakanlah dulu perkataan “bergaya” dalam hidup tu buat sementara waktu sampai kita benar-benar mampu untuk bergaya. Biar tak bergaya, asalkan poket kita kaya.


Kalau ada barang yang bukan keperluan di rumah, lebih baik jual. Downgrade life style buat sementara waktu. Kalau sekarang ni subcribe Astro full channel, apa kata kurangkan channel-channel tu atau terus hentikan langganan Astro! Kalau sekarang pakai kereta besar, down grade kepada kereta yang cukup untuk keperluan jer. Kalau sekarang suka beli makan di luar, apa kata masak di rumah jer atau bawa bekal jer ke pejabat. Pointnya, hidup di bawah kemampuan.


Prinsip #3: Mulakan tabiat menyimpan walaupun sedikit.
Sikit tak apa, asalkan simpan. Saya dulu pun mula menyimpan RM20 jer sebulan. Buat potongan gaji ke akaun Tabung Haji (bukan tunggu duit lebih hujung bulan). Setiap kali naik gaji, saya akan tambah potongan gaji ke Tabung Haji. Kalau tak mampu simpan RM20 sebulan, simpan la RM2 sehari, masuk dalam tabung khas. Nanti hujung bulan masukkan RM2 sehari (RM60 sebulan) tu ke akaun bank. Yang penting mesti menyimpan.

Prinsip #4: Bina pendapatan kedua.
Libatkan diri dalam bisnes, tapi bukan skim-skim ‘bisnes’. Anggap gaji tu sebagai duit untuk hidup bulan-bulan, dan bisnes sebagai sumber untuk tambahkan simpanan. Simpan hasil bisnes 100%. Kalau nak guna pun, jangan lebih 50%! Duit hasil bisnes memang terbukti mempercepatkan kami bebas dari hutang, alhamdulillah.

Second income penting sebagai ‘backup’ income utama, dan untuk tambahkan simpanan. Azizi Ali, Pakar Kewangan Peribadi sarankan setiap orang perlu ada second income.

Itu jer lah rahsianya. Cari sampai hujung dunia sekalipun, inilah rahsianya. Beza antara orang berjaya dengan orang biasa-biasa ialah mereka TAKE ACTION!

Orang Bujang, Suami Isteri Bekerja, Lagi La Mudah

Kalau orang macam saya boleh menyimpan dan bebas dari segala hutang, saya rasa orang bujang sepatutnya lagi senang nak bebas hutang. Betul tak? Susu pampers anak-anak tak kena beli, duit hantar anak sekolah pun tak ada, pakaian anak-anak yang mahal-mahal tu pun tak perlu risau. Cuma fikir diri sendiri dan kebajikan mak ayah jer…

Kalau orang macam saya yang isteri tak bekerja pun boleh, orang yang dua-dua suami isteri bekerja sepatutnya lagi lah mudah untuk bebas hutang! Betul tak? Hidup ni satu pilihan…

Ok, sampailah masanya untuk saya dedahkan strategi yang saya pakai untuk bebas hutang dalam masa 4 tahun.

7 Strategi Bebas Hutang Dalam Masa 4 Tahun

Ini prinsip-prinsip yang saya gunakan untuk langsaikan semua hutang dalam masa singkat:

Strategi #1: Jangan buat hutang lagi.
Selagi boleh hidup tanpa hutang tu, jangan sekali-kali berhutang. Beli apa sahaja secara tunai. Kalau terpaksa berhutang, itu bermaksud kita belum mampu. So, kumpul duit dulu. Bila dah cukup baru beli. Banyakkan bersabar, bersabar, bersabar.

Strategi #2: Langsaikan hutang yang interest ratenya paling tinggi dulu.
Contohnya, hutang kad kredit (18% setahun) kena settlekan dulu sebelum car loan (3% – 5% setahun). So, cuba list down semua hutang-hutang yang ada mengikut interest ratenya. Interest rate paling tinggi tu kena settlekan dulu.

Hutang ‘berkat’ seperti housing loan perlu disettlekan paling last sekali sebabnya ia dikategorikan sebagai “good debt” iaitu hutang yang membuatkan kita bertambah kaya! Baca artikel “Hutang Berkat, Hutang Mudarat” untuk fahami topik ni.

Strategi #3: Buka Dana “Full-settlement Hutang”.
Buka akaun khas di bank untuk simpan duit yang akan digunakan untuk full-settlement hutang-hutang yang ada. Bayar ansuran pinjaman macam biasa, dalam masa sama kumpul duit lain ke dalam dana tersebut. Bila duit tu dah cukup, buat full-settlement terus. Dengan full-settlement, kita jimat dari bayar interest berbanding dengan tambah nilai ansuran bulan-bulan. Full-settlement maksudnya kita bayar nilai “pokok” jer, ansuran bulan-bulan maksudnya kita bayar nilai “pokok” + “interest”!

Antara sebab saya suka settlekan semua hutang jauh lebih awal dari tempoh sepatutnya ialah nak kurangkan bayar interest. Tak bazirkan duit bayar interest!

Strategi #4: Gunakan duit ‘durian runtuh’ seperti bonus tahunan untuk langsaikan hutang dulu.
Dalam tempoh 4 tahun tu, saya gunakan sebahagian besar duit bonus untuk bayar hutang! Memang tak merasa sangat duit bonus masa tu. Kena mujahadah la sikit.

Strategi #5: Simpan duit kenaikan gaji tahunan 100% ke dalam Dana Full-settlement Hutang.
Jangan gatal tangan usik dana tu! Setiap kali kenaikan gaji, saya akan kira berapa kenaikan kos sara hidup untuk setahun akan datang. Contohnya, gaji naik RM200, kos sara hidup bertambah RM120 sebulan sebab seorang lagi anak masuk sekolah. So saya masukkan lebihan RM80 (RM200 – RM120) sebulan ke dalam Dana Full-settlement Hutang.

Strategi #6: Bila dah settle satu hutang, simpan duit installment bulan-bulan seterusnya ke dalam Dana Full-settlement Hutang.
Contohnya, bila dah buat full-settlement car loan yang installmentnya RM600 sebulan, simpanlah RM600 tu masuk ke Dana Full-settlement Hutang tadi. Jangan sekali-kali anggap duit tu sebagai ‘kenaikan gaji’, apatah lagi untuk tukar kereta baru!

Strategi #7: Bayar hutang secara automatik!
Buat potongan gaji atau standing instruction di bank supaya kita tak lupa bayar. Bila terlupa bayar, itu yang jadi tertunggak tu.

bisik-bisik:
Semoga memberi manfaat,terima kasih juga kepada tuan punya artikel ni.
Sama2 kita merancang,Insya Allah,ada jalan tuk selesaikan.
Doa jangan lupa.

2 singgah dan taip sket..:

Movie : The Conjuring

11:52 PM Sue Izza 5 Comments

 

Assalamualaikum....

Entah kenapa teruja sangat and nak sangat tengok cerita ni,padahal penakut.Filem bergenre supernatural horror ni agak 'memanggil2' tuk Cik Ngah tonton.So,malam kelmarin pergi la tengok dengan Mr D,tengok kat TGV Jusco Balakong sebab kat Alamanda,Putrajaya tak de cite ni,tak tau la pulak napa.

Dan seperti di jangka,Cik Ngah memang terjerit di buatnya,tapi tak de la takut sangat cuma banyak terkejut dengan scene2 hantu yang bertindak ganas dan nak cederakan orang,huh....sian kat Mr D asyik tahan telinga Cik Ngah dok jerit.

The Conjuring mengisahkan karier Ed dan Lorraine Warren sebagai pengkaji paranormal terkenal,dan kisah ini berdasarkan kisah benar,cerita bermula bila mereka menerima kes gangguan di sebuah rumah ladang di  Harrisville,Rhode Island dalam tahun 1971 yang di diami oleh Carolyn dan Roger Perron bersama 5 anak gadis mereka.Berbagai gangguan dari roh penghuni asal iaitu Bathsheba yang mengamalkan sihir serta mengorbankan anaknya untuk pemujaan syaitan,malah merasuk setiap ibu yang pernah tinggal di situ untuk membunuh anak mereka sebagai dendam kerana tanah ladangnya itu di rampas dan tanah seluas 200 hektar miliknya di bahagi-bahagikan.
Rasukan ke atas Carolyn untuk membunuh anaknya agak ganas dan cuba di halang oleh pasangan Warren.
Kesudahannya? tengok la sendiri...hahahhaha....

Bagi Cik Ngah cerita ni agak menarik dengan kisah benar yang di angkat menjadi filem,di tambah pulak dengan aksi ganas rohnya,betul-betul berlawan la,sampai tahap pecah kepala gitu...haaaa...
Nak kata seram ngan hantunya tak jugak,sebab hantu omputih ni tak macam hantu melayu,opsss...heehee
Cite hantu melayu,hantu yang dok jerit,hantu omputih ni kita yang tengok dok jerit ngan ngeri,haaa...baru la cite hantu namanya...heheeee....

Apapun Cik Ngah suka dengan kata-kata terakhir masa last cite ni

"Dalam dunia ni perkara ghaib itu memang wujud,yang jahat itu ada,yang baik itu ada,syaitan itu ada,tuhan juga ada,terpulang pada diri sendiri,mahu pilih yang mana"

haaa...lebih kurang cam tu la ayatnya bila di translate...
Apapun tak rugi tengok filem ni,agak menarik aksinya,logik di akal.

bisik-bisik;
kekadang yang takut tu la lagi nak tengok
errrr.....




Published with Blogger-droid v2.0.10

5 singgah dan taip sket..:

Cerita Aidilfitri 2013

4:33 PM Sue Izza 4 Comments





Assalamualaikum semua,Salam 13
Masih belum terlambat rasanya untuk Cik Ngah ucapkan Selamat Hari Raya ,masih dalam mood raya kan?...
Salam kemaafan dari hati tulus murni dari Cik Ngah untuk semua,mintak ampun silap dan salah selama kenal ye,di alam maya atau realitinya....
Tahun ni raya,tak sempat mana nak snap2 gambar bagai...mana yang ada je la,Cik Ngah2 hari sebelum raya,first time balik raya jalan lengang,semenjak balik drive sendiri....pukul 5 petang sampai rumah,memang ngantuk sangat2 la,sebab jalan lengang ,tengahari plak,dengan panas nya,ermmm..sib baik la tak terbabas...huuhuuu......


Jalan masuk ke kampung dari jalan besar

Raya pertama,
pagi2 ikut ma ngan abah gi Solat Sunat Aidilfitri,dan ke kubur,ziarah pusara ahli keluarga.


muka bajet suci..hahahaa...

ngan ma yang ngantuk...hehehehe....


budak2 baris depan masjid,nak amik duit raya....


ke kubur tok Ayah....

my younger sista...

my mum...muka boring tunggu drebar...huhuuu....

Dalam perjalanan balik sempat la singgah beraya di rumah saudara mara sepanjang jalan nak sampai umah tu,pastu balik rumah terus jadi bibik,dok dapur and layan tetamu,apa lagi tukar uniform arrrr...huuhuu....

Raya Kedua
Baru la nak melaram gi raya umah mak sedara kat Gua Musang,3 jam gak la dari rumah,sebab umah mak cik di Felda Chiku 3.

purple,biru.pink....huuhuu...


tengok ahli baru anak cucu mek minah,generasi ke 3,my anak sepupu

Raya ketiga
Ingat tak mau keluar,tapiiiii kena juga,bawa budak kecik ni buat teman,gi tukar bateri keta yang kong,fuhhh buat cuak je la,ingatkan rosak enjin..huuhuuu

seronok dapat mainan...haihhh...

eisya si mata bulat

seronok dapat tudung baru,tak mau bukak dah...
Itu je la pun cite raya,tahun ni tak ghairah mana nak snap gambar,asyik makannnn je,tukang masak ramai,request je nak makan apa..hehehee...antara menu,kambing golek.nasi hujan  panas,lontong,laksa lemak,ketupat palas dan macam2 la...so tak payah nak tegur kalau muka Cik Ngah makin bulat ye...huuhuu...

bisik-bisik:
sekarang musim open house lak
huuuhuu..harus gi jogging nih...



Published with Blogger-droid v2.0.10

4 singgah dan taip sket..:

Cerita Ramadhan yang tertinggal

3:23 PM Sue Izza 6 Comments


Rangkuman cerita Ramadhan yang tak sempat di ceritakan,ecehhh...macam ayat drama pulak..heehhee..

Iftar with blogger di Lava Grill,Sri Serdang

Antara yang hadir....

honey chicken wings...antara menu yang memikat hati


wajib ada burger bertingkek-tingkek...heehhe



lamb chop yang buat Cik Ngah rasa nak tapau bawa balik...


Antara menu lain,kari kepala ikan dan nasi.....

Iftar at Johny's,Alamanda....



hari-hari terakhir sebelum balik kg,sempat lagi beriftar ngan geng blogger lagi...
kali ni cik mieza pun join....


plan last minute,tak sangka 12 org gak hadir...huuhuuu
brader2 tunggu berbuka....


mee hijau cik ngah order..heheee....
Dah habis makan and borak2,semua pergi solat kat surau n berjumpa depan sushi king tuk salam2 raya,memandangkan otai kami abg ben ada di situ ngan family nya.Selesai sesi salam2 kekonon nak blah terus,tapi dek pujukan  Cik Yanty,tergoda gak nak try sushi king,okey fine Cik Ngah tak penah masuk pun..huuhuu...



seperti biasa,camwhore


qhaliff and daddy pun makan sushi..hehehe....



antara menu..siyes tak penah makan ni...hehee..


tempura katanyaaaa....hahahaha
Ok,Cik Ngah dah suka..hehehe...akan ku datang lagi nanti..heheee....

Iftar at Yanty's House


menu yang di hidangkan.. meehon singapore,potato salad...

bisik-bisik:
semoga bertemu lagi Ramadhan akan datang
dengan izinNya..aminnnn

Published with Blogger-droid v2.0.10

6 singgah dan taip sket..: