Bila sakit menguji

10:21 PM Sue Izza 10 Comments


Assalamualaikum.....
Satu hari ari ni Cik Ngah melepak je di rumah,tak daya nak ke mana-mana,sakitnya kaki hanya Allah yang tahu...huuuhuuu
Semalam sibuk ke hulu ke hilir mengikut orang,tak de la rasa sakit sangat,alih-alih balik tido and bangun dah beria sakitnya...

Dok pakai selipar ni kat umah,dengan harapan berkurang la sakitnya....

Dannnn bila dah melepak kat umah ni,kerjanya laparrrr je la,hehehe....asyik nak makannn je.... sib baik gi kenduri semalam,tuan rumah bekalkan roti jala bleh la buat makan sampai tengahari,so tuk dinner,masak simple2 je la.


Fish and chip for dinner malam ni....
Simple dan sedap,fish filet beli kat tesco kacang merah dalam tin,rebus kentang buat salad,siap! Hehehehe

Esok maybe mc je la,nak gi ngurut umah mak kat banting.

Bisik-bisik:
Sakit itu penghapus dosa kecil,
Ya Allah ampunkan aku....
Published with Blogger-droid v2.0.10

10 singgah dan taip sket..:

Lunch Gathering @ Flora Kafe,Ampwalk,Ampang

6:42 PM Sue Izza 3 Comments

 Assalamualaikum....
Akhirnya selepas lama terperap dalam draft,selepas habis dah orang lain up entry Cik Ngah seperti biasa la baru terhegeh-hegeh nak up entry...huuhuuu...

Sempena cuti Hari Malaysia yg lepas,Cik Ngah di pelawa oleh Cik Yanty tuk sama-sama lunch ramai-ramai
di Flora Kafe yang terletak di Ampwalk,Ampang.Jujur Cik Ngah tak pernah sampai kat sini,ini la first time.
Apa yang boleh Cik Ngah bagitau,sangatlah merekemenkan untuk dinner,lunch atau hightea yang romantik,juga untuk majlis anniversary juga untuk melamar pasangan anda...heehheee...

inilah dia Flora Kafe yang terletak di dalam bangunan Ampwalk
Dengan suasana yang romantik,deco yang sangat cantik,dan yang pasti Cik Ngah akan datang lagi.

dengan kuntuman bunga dan lilin atas meja,mau nya tak melting kalau si dia melamar...hehehe

Kami sampai untuk lunch pun dah pukul 3 petang,tapi tak pe memang kami dah kosongkan perut,heehehe...
Mari kita lihat antara menu yang di hidangkan kepada kami.
nasi impit

kuah lontong,yang Cik Ngah rasa nak hirup,tapi segan wahahaha...sedapp
sambal tumis untuk makan dengan lontong,ni pun thumbsup
sambal serunding tuk makan dengan lontong juga
Selain lontong,menu wajib untuk lunch kami di hidangkan nasi putih dan lauk -pauk yang sangat menggetarkan rasa tau...huuhuu...sampai hari ni terasa kesedapan daging kicap berempahnya...huuhuu...
Menu tradisional ala2 kampung yang bisa menggamit memori..cewahhhh....

ikan masak sambal berlado hijau

ikan masak sambal berlado merah

daging masak kicap berempah yang maveles...rasa nak tapau bawa balik..sedap woooo
sayur masak lemak putih


sup fish ball
Dah habis makan,kami apa lagi,berposing sakan la sambil melayan anak2 brader2 blogger yang datang,comel2 je...hehehe..dok posing sana sini,alih-alih tengok atas meja dah terhidang desert berasakan pisang....

bubur pisang bersagu....sedappp...sedang2 je manisnya...


yang ni plak macam koktel tapi guna pisang salai,sedap tapi sebab first time try tak ingat sgt rasanya
Amacam menunya? alahaiii Cik Ngah pulak yang dok terbayang ha..heheeh...betulll tak rugi kalau korang cuba,berbaloi dengan harga.Okeh jom layan gambar2 kami di sana....


lampu hiasan...nak satu bleh,nak letak kat umah..hehehe
hidangan yang sangat romantik.....

so romanticcc...kalau la di lamar di sini...errrr...hehehehe
mesti korang pelik kan napa berbelon bagai....
Sebenarnya Cik Ngah dah di beritahu oleh Cik Yanty nak celebrate belated besday Fiza dan becoming besday Najeeb,sebab tu la pihak restoran hiaskan dengan lilin bagai...

besday boy yang menahan sebak..hehehe
besday girl di suap cik abe nya..heehee
besday boy and girl
Pengurus Restoran Flora Kafe
Mohd Nizam Bujang (Mell)
017-3024112

Cik Ngah ngan Cik Yanty yang membawa kami ke sini
wanita-wanita tabah,manis tersenyum...lep u so much


antara yang hadir....
Last.....


nak interframe gakkkkkkkk....hehehhee...
Sesiapa yang berminat untuk berkunjung dan mencuba makanan di restoran ni,di sertakan alamatnya,boleh waze dan google map untuk lokasi lebih tepat.

Flora Kafe Restoran
Lot G.02-G.05,\
Ground Floor,
The Ampwalk,
218 Jalan Ampang,
50450 Kuala Lumpur

bisik-bisik:
ermmmm macam nak celebrate besday some one kat sini la...
hehehehe.....
Oh ya tq so much Cik Yanty for invitation...love u so much la...

3 singgah dan taip sket..:

Ajar dari kecil

12:54 PM Sue Izza 2 Comments


Assalamualaikum dan salam hari minggu semua....
Hari ni mesti ramai yang dok rumah,mengemas dan berehat di rumah kan...Cik Ngah pun sama...
Bangun pagi-pagi dok kemas bilik,basuh kain,lipat kain,kemas dapur,kerja rutin di hujung minggu di rumah,dah nama pun pompuan kan...
Dok ralit sidai kain kat belakang dapur,terdengar la budak-budak dalam umur 8 hingga 10 tahun dok main ludah-ludah kat koridor luar rumah ni,dapur rumah ni boleh nampak koridor depan,rumah plak tingkat 6.
Diorang ni menyewa rumah komuniti berdepan pintu ngan rumah Cik Ngah ni.
Boleh pulak dok main ludah ke kawasan pejalan kaki kat bawah,aduhaii,padahal mak bapaknya ada je dok borak depan pintu,kang kalau ludah n terkena kepala orang kat bawah tak ke haru,pengotor dah satu hal...haihhh
Cik Ngah apa lagi,sound la,tapiiiii...,rupanya diorg dengar je suara marah Cik Ngah sebab terlindung kain langsir kat tingkap dapur and tak nampak muka..hehehhe...terus semua lari...
Geram betul di buatnya,dah la menyewa homestay komuniti,dok buat kotor tak de adab plak kat sini.
Yang mak bapak plak buat tak tahuuuu je...patutnya dari umur macam ni la di ajar,diorang dah faham bila di terangkan betul dan salah sesuatu perbuatan tu.
Kalau dah tua bangka baru nak ajar memang liat la.kecik-kecik la mudah di bentuk,kang bila buat kurang ajar depan orang baru la nak ngamuk dan marah,time macam ni tak mau ajar...adehhhh....
Haaaa kan Cik Ngah dah membebel...haihhh...
Bisik-bisik:
Tak suka bila budak kurang ajar
Published with Blogger-droid v2.0.10

2 singgah dan taip sket..:

Rahsia Garam

9:30 AM Sue Izza 1 Comments


Rahsia Garam... Amalan sunnah yang tak diketahui...

Amalan Rasulullah S.A.W memakan secubit garam sebelum dan selepas makan kini dibuktikan oleh sains bahawa tabiat ini menambahkan keberkesanan perut untuk menghadam makanan dan menghindarkan perut dari menyerap racun.

Pada zaman Yunani, Tentera Yunani ( askar Greek ) dibayar gaji menggunakan garam .Begitu juga dengan episod penjajahan negara kecil oleh negara besar dengan mengenakan hukuman penjara kepada penentang mereka .

.Apabila dipenjarakan, mereka ( penentang ) akan diberi makanan seperti roti dan air tanpa garam .Walaupun kerap dihidangkan dengan roti dan air tanpa garam, badan mereka tetap lemah memandangkan kurangnya kandungan garam dalam badan.

Dari Abdullah Bin Umar

” Sesungguhnya ALLAH menurunkan empat perkara berkat ( mempunyai kebaikan ) dari langit ( menerusi hujan ) ke bumi iaitu besi, api ,air dan garam”

Hadis Riwayat Al-Baghawiy dalam tafsirnya .

Dari Anas Bin Malik, nabi bersabda ” Penghulu segala lauk pauk kamu ialah garam .

Dalam kitab perubatan Islam, untuk penyakit dari laut maka untuk keluarkannya dari badan/merawatnya dari laut juga iaitu menggunakan air garam. Antaranya:

1. Penyakit Ghaut – timbus anggota badan atau bahagian yang bengkak dengan pasir laut ( tepi pantai ) 1 – 2 jam kemudian mandi air laut.

2. Kalau tinggal di bandar seperti , goreng 1 – 2 genggam garam kasar sampai kekuningan kemudian demah/tuam di bahagian yang bengkak atau sakit. Garam itu dibungkus dengan kain.

3. Guna cara yang sama seperti di atas untuk penyakit lenguh-lenguh sendi, sakit kepala, senggugut. Kalau sakit lelah demah/tuam pada tapak kaki.

4. Elak mabuk semasa perjalanan dengan meminum madu dan secubit garam atau air suam dan secubit garam sebelum memulakan perjalanan

5. Mengembalikan tenaga untuk orang yang bekerja berat seperti bertani, bersukan dan seumpamanya – minum air suam dan sedikit garam.

6. Cuci perut : minum air suam dan satu butir garam kasar sebelah pagi.

Petua berdasarkan kajian

Merendam kerang supaya hilang tahinya. Dalam kaedah perubatan Islam, sesuatu perkara yang buruk diubat dengan asalnya. Kerang berasal dari laut, dan garam digunakan untuk meneutralkan keburukannya (tahi).

Mengurang tahap kemasinan ikan masin. Ikan kering yang terlalu masin boleh dikurangkan kadar kemasinannya dengan merendam dalam air garam juga.

Merawat cirit-birit. Ia boleh diubati dengan meminum air yang dicampur sedikit garam.

Garam diguna untuk merawat kegatalan. Air yang dicampur garam disapukan pada kulit yang gatal.

Menambah imuniti badan akibat perubahan hawa/angin. Hal ini berlaku di sesetengah tempat di negeri Arab. Misalnya pelajar Malaysia yang berkunjung ke Arab akan mengalami alahan terhadap hawa/angin tempat baharu. Air garam diminum sebagai ubatnya.


bisik-bisik:
info dari fb
banyak juga rahsia garam ni
setiap yang Allah jadikan itu pasti ada kebaikan
dan berlebih-lebihan itu tidak elok, akan memudaratkan...

1 singgah dan taip sket..:

Open House Blogger Aidilfitri 2013

11:52 PM Sue Izza 1 Comments

Assalamualaikum semua..
Ok,dah macam hapa je Cik Ngah tinggal blog ni,kejap ada kejap hilang..huuhuu...
Cik Ngah ni dah habis Syawal baru la nak update cite open house...huuhuu...
Raya tahun ni tak banyak sangat open house Cik Ngah hadir berbanding tahun lepas,so antara rakan blogger,2 rumah ni je yang Cik Ngah sempat hadir.

Open House Rumah Cik Mieza
Mula just nak singgah umah dia nak amik coklat,tapi memandangkan masih bulan Syawal,so suruh la dia buat open house terus untuk kami yang ramai-ramai ni..heeheee (bleh suruh2 plak kan...hahaha)

Cik Qaseh dan Cik Mieza


antara menu yang di hidangkan -mihun sup,thumbups,sedap.

spageti bolognese,eh mana kuah,ooo gi tambah kat dapur..hehehee..sedap woooo

Menu yang simple tapi sedap,dah cukup mengenyangkan perut kami dengan kuih-kuih raya juga.


antara yang hadir,blogger ujang sibuk tengok bola...hehehee...



Qhaliff Ben Ashaari dan Zafirah Ujang jadi tumpuan,Qhaliff memang aktif,bak kata bapanya bateri full
Keluarga Ujang dan Yana,Zafirah bad mood baru bangun tido...huuhuu


budak kena 'kerjung'(tak paham tanya org klate...heehhe)
dahnya makan tak mau minum air,tersedu kang...heheeh...
sedap wooo gomol si qhaliff ni,penuhhh je...hahaha


3 dara pingitan
Antara rakan blogger yang hadir Qaseh Dalia,Mawardi,Najeeb,Abg Ben sekeluarga,Ujang sekeluarga,Tinta Asyraf,Blogger Kaki Sembang,Cik Ngah dan Drebar (Mr D) heheheee....

Open House Rumah Cik Yanty Lee
Mulanya ingat majlis kecil-kecilan alih-alih meriah koooo..hahahhaaa....
Cik Ngah antara yang terawal juga sampai bersama Fiza Fantagiro dan Que Achmad,makanan pun belum di usik,huuhuu...tengok menu yang mummy Yanty sediakan fuhhhh memang mavelesss la...
mula2 malu2 lagi nak amik,tunggu yang lain datang dulu la...ramai2 baru best...hehehee....


jejaka-jejaka poyo

ketibaan Mr Presiden aka Ben Ashaari..hehehe

antara yang hadir....

menu yang terhidang acar,daging masak hitam,dalca dan nasi tomato,ada juga buah dan sate....

Qhaliff yang tak de mood sebab penat beraya ke Sedenak siangnya...huhuuu

anak dara,first time jumpa nick eima

hero-hero specky...heehee

kuih raya yang di ranggah waktu berborak....

ladiessssss...eh ada plak yang menyibuk....

ustaz asyraf aka tinta asyraf  yang terakhir sampai rasanya...heehee

Memang kecoh and meriah la di buatnya kat umah Si Yanty kali ini,ramai gak la geng blogger yang datang,tak sangka plak.

bisik-bisik:
kenangan manis with all of you....
tq sudi berkawan ngan saya
tq Yanty and mummy for maveles menu,
maaf takl dapat membantu sebab hari tu Ciuk Ngah pun terkejar2

1 singgah dan taip sket..:

Mencabar Diri

12:35 AM Sue Izza 11 Comments


Assalamualaikum semua
Fuhhh fuhhh...berhabuk bersawang dah ke blog ni? aduiiii....huuhuu...
Akhirnya dapat gak curi masa tuk bersama blog huduh ni...tak pe la,utk tatapan sendiri gak...

Ermmm,cite 2 3 minggu lepas tapi nak up entry jugak,adoi la Cik Ngah ni,tak pe,biar la,nama pun blog i,suka hati la kan..hahahaa
Aktiviti yang tak di rancang,kekonon just nak keluar makan,tempat yang di tuju adalah Restoran D'Chiangmai Ikan Bakar di Puncak Jalil (ada entry restoran ni dalam blog ni ye)
Tapi memang tak de rezeki kami,restoran tu masih di tutup,lama betul cuti rayanya huuhuuu baru teringin nak makan ikan bakar hukkk...So perut dah lapar pusing2 jugak cari kedai lain akhirnya singgah di Restoran Warung Pak Ali,sebaris dengan restoran D'Chiangmai jugak...

Pok Jib yang kelaparan...huuhuu

mek qaseh balik keje,tapi ikut kami merayau..heheee...

eh ehh..double date plak..hiihiihiii
Selesai membuncitkan perut masing2,malam masih awal takkan nak balik kot..heheeee,masa nak datang tu ada ternampak lampu-lampu funfair,dah lama rasanya tak jalan2 kat funfair,dulu2 masa kat shah alam and mula-mula kerja rajin gak..hehee...so apa lagi,singgah la.


Kawasan ini ada downtown baru bukak,banyak jugak la gerai jualan ,so ada la funfair tuk menarik pelanggan berkunjung ke sini la agaknya,

nampak tak game kat belakang tu...haahaaa
Mulanya pusing-pusing just tengok2 je,alih-alih,siap tukar token tu,dah lama Cik Ngah tak mencabar diri main benda-benda macam ni,kalau muda-muda dulu (eh tua dah ke heheee) suka sangat,nak kata berani sangat tu tak la,tapi Cik Ngah ni pelik sikit,suka perasaan di waktu jantung berdegup kencang bila main game macam ni,lepas ni nak try kat Times Square tu,situ Cik Ngah tak penah masuk lagi,kat Genting dah pegi,and ada game yang Cik Ngah ulang 2 3 kali gak la..heehee....

mula-mula gelak-gelak lagi,pastu haaaa...jerit tak ingat dunia
Cik Ngah naik ngan Qaseh,Mr D ngan Najeeb,sekali dia gerak Cik Ngah ngan Qaseh sakan dok jerit,kata Mr D,dia dengar kitaorg dok jerit tapi alih-alih senyap,haahaa...bukan apa,penat nak jerit dah,so diam n tawakal je la..hahahaaa....

elehhh...diorg ni berlagak je macho,padahal kecut perut gak..hahahaa

Turun-turun je pening di buatnya...dah la makan dah kenyang...huuhuu...apapun Cik Ngah suka,dah lama tak rasa perasaan tu..heehe
release tension jap...rasa tercabut jantung...huuhuuu....

bisik-bisik:
nanti nak ajak Mr D layan roller coaster plak
hahahahaaa.......


11 singgah dan taip sket..: