Sayur Kimchan Goreng Taucu

9:22 PM Sue Izza 3 Comments


Alhamdulillahhh,selesai puasa tuk hari ini,ganti puasa time hujan macam tak terasa perit tekak sangat,heheheh...
Balik keje tadi sempat la sediakan juadah bebuka Cik Ngah ngan housemate,salah satunya adalah Sayur Kimcham masak taucu,Cik Ngah beli sayur kimcham ni masa pegi Cameron Highland ari tu,beli 2 peket,tinggal 1 paket lagi dalam peti ais,sebelum ni just buh dalam sup ayam,dalam sayur air je,kali ni try goreng taucu lepas mendapatkan nasihat dari blogger masakan terkenal pak cik mat gebu....oh ya,nama lain bagi sayur ni adalah bunga lily atau lily bud.

Ni la rupa yang fresh n cik ngah beli kat cameron,kalau kat pasaraya
 banyak yang kering punya
Ini yang cik ngah dah siap masak tadi
Jom tengok resepinya:


Bahan:
Sepeket 200gm kimcham atau lily bud
3 batang sosej beef ramly
Separuh capsicum atau lada benggala
2 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 biji cili api
3 sudu taucu
1 sudu kicap pekat
1 biji bawang besar,potong bulat

Cara:
-tumbuk bawang merah dan putih,potong serong sosej
-tumis bahan tumbuk,masukkan sosej,masukkan air sedikit,kalau nak banyak kuah masukkan lebih air.
-masukkan taucu,tumis sampai naik bau,masukkan capsicum,bawang besar dan cili api.
-kecikkan api,dan masukkan kimcham,gaul rata,masukkan kicap pekat,Cik Ngah tak masukkan garam dah sebab taucu dah masin.

Bisik-bisik:
Sedap tul makan ngan nasi panas2,jangan goreng lama sangat,biar rangup je kimcham tu,sedap..cuba la...

3 singgah dan taip sket..:

The Hobbit : The Desolation of Smaug

5:08 PM Sue Izza 2 Comments



Dah lama tak tengok wayang,tetiba sabtu lepas buat perangai ngan Mr D,lepas amik bateri keta kat serdang,terus drive tanpa arah tujuan,dan onthe spot terus menghala ke Downtown Danau Kota,kekonon nak jalan-jalan cari beg,alih-alih hujan plak mencurah-curah,tengok jam awal lagi,takkan nak patah balik,so,terus pusing keta masuk Festival City la...
Mr D dengan redha nya melayan kerenah Cik Ngah yang dah lama tak layan wayang kan,mula nya nak tengok Penanggal,tapi dah habis kot tayangannya ,tak de pulak.Fuhhh panjang plak mukadimah...ngeeee

The Hobbot : The Desolation of Smaug ini sambungan dari filem pertama The Hobbot sebelum ni,Unexpected Journey tu,sebab tengok yang tu la Cik Ngah nak tengok sambungan yang ini.
Kseluruhan cerita memuaskan la,cuma panjang sangat dan dah lewat kami tengok tayangan kul 11,so Mr D dah tido-tido ayam dah...heehehe...Cik Ngah je la yang dok excited sorang2...huuhuu...Memang best la untuk yang berminat dengan cerita fiksyen ala-ala The Lord of The Ring...

Ceritanya masih berkenaan Bilbo Baggins bersama Gandalf dan geng-geng orang kerdil yang lain,kali ni diorang nak curi batu permata di bawah jagaan naga dalam dewan yang penuh emas,masih menarik jalan ceritanya dan tak sabar nak tunggu sambungan yang ketiga,katanya akan di tayangkan dalam tahun 2014 dengan tajuk There and Back Again....

bisik-bisik:
Cik Ngah bagi 3 daripada 5 bintang la...
sebab melerat sikit ceritanya,ada part yang tak perlu pun
ngeeeee.....




2 singgah dan taip sket..:

Roti Jala Ala Cik Ngah

1:02 PM Sue Izza 8 Comments


Hari minggu,di rumah,hujan pulak,sejuk-sejuk kan,asyik laparrrr je...hehehhe...ni cerita semalam,ahad di rumah bersama housemate,mulanya nak buat spageti carbonara,tak cukup bahan la pulak,so godek-godek,terus mintak housemate ajarkan buat roti jala,my feveret sebenarnya,tapi sebelum ni tak penah plak terasa nak belajar buat,heehehehe....not bad la,lulus gak,heheheh,,,practice make perfect kan,ok ni Cik Ngah kongsikan cara buat bancuhan untuk rotinya,kari ayamnya dah banyak resepi kan...hehehee...

Roti Jala ala Cik Ngah

bahan:
3 cawan tepung
2 sudu besar minyak masak
sedikit pewarna kuning
1 biji telur
4 cawan santan
sedikit garam

Cara:
-Blendkan semua bahan di atas
-Masukkan dalam acuan dan pastikan keluarnya tak putus-putus ye,nanti tak cantik nak jala,oter la kalau terlebih air atau tepung,pandai2 agak ye.
-dah jalakan,angkat dan gulung kan.

bisik-bisik:
Insya allah dah boleh buat sendiri,senang lepas ni kalau nak makan,tak payah susah2 cari kat kedai yang cekik darah tu lagi...huuhuuuu.

8 singgah dan taip sket..:

Raikan Cinta : Liyana dan Tajul

3:07 PM Sue Izza 5 Comments

Alhamdulillah segalanya berjalan lancar,
Majlis Akad Nikah pada malam Jumat lepas 13 Dec 2013,Liyana ni adik sepupu Cik Ngah,ayahnya adik ma Cik Ngah,memandangkan rumah ayahnya belum siap sepenuhnya,jadi umah ma ngan abah di gunakan untuk majlis kali ini.So,secara tak langsung Cik Ngah di lantik jadi wedding planner gitu...hehehe..tak de la sampai wedding planner just my cousin mintak tolong uruskan persiapan majlis je.

my cousin-majlis akad nikah
mekap oleh isma jue
Cik Ngah tolong carikan mekap tuk nikah dan majlis sanding iaitu Isma Jue,banyak jugak dia amik job sekitar Lipis dan Raub,Cik Ngah suka cara mekapnya,tak perlu cukur kening,and tak terlalu sarat,sedang-sedang saja.

my uncle and cousin

sarung cincin

keluarga pengantin perempuan

Jurugambarnya pula Cik Ngah cadangkan ImsyadZain PhotoArt (boleh klik tuk maklumat lanjut),agak cantik gambar2 outdoornya,nanti Cik Ngah kongsikan bila cousin dah dapat nanti ye...

bisik-bisik:
Selamat Pengantin Baru Liyana dan Tajul,semoga tabah menjalani hidup berkeluarga selepas ini,
banyakkan bersabar dalam harungi cabaran hidup.



5 singgah dan taip sket..:

Daging Goreng Pakapau

8:15 PM Sue Izza 7 Comments


Balik keje,hari hujan,perut minta nasi panas..hehehhe
Apa lagi,selongkar peti ais,cari apa yang ada,mari kita jadi masterchef jap..hhehehe...
Daging Goreng Pakapau
Bahan:
200 g daging hancur
Sebiji lada benggala
1 biji cili merah,hiris
1 biji bawang besar holland,potong bulat
3 sudu sos lada hitam
3 sudu sos tiram
2 helai daun selasih (cik ngah buh yg kering,yang segar tak de)
3 biji bawang putih cincang
Garam dan gula
Cara:
-goreng daging separuh garing
-masukkan bawang putih cincang,gaulkan rata dengan daging
-biar garing sekejap
-masukkan semua sos,gaul rata
-masukkan semua bahan lain dan perasakan dengan garam dan gula
-siap,simple,sedap dan senang
Bisik-bisik:
Makan dengan nasi panas2 walaweiiiii....ni pun boleh bertambah tau..opppsss...kontrol cik ngah kontrollll...hehheheh..
Published with Blogger-droid v2.0.10

7 singgah dan taip sket..:

Seniwati Azean Irdawati meninggal dunia

10:43 AM Sue Izza 1 Comments



KUALA LUMPUR: Selepas kira-kira enam tahun bertarung dengan penyakit kanser Seniwati Azean Irdawaty Yusoef, 63, meninggal dunia di sisi suami dan anak-anaknya di Pusat Perubatan University Malaya (PPUM) malam ini.

Seniwati Azean Irdawaty Yusoef, 63, meninggal dunia di Wad 11U PPUM jam 8.25 malam. Perkara ini disahkan suami beliau Khairil Anwar.

sumber : Mymetro

bisik-bisik:
Alfatihah dan takziah buat keluarga arwah,Cik Ngah paling suka dia berlakon dalam Waris Jari Hantu


1 singgah dan taip sket..:

Bayi di tepi longkang

12:11 PM Sue Izza 3 Comments


Allahuakbar.....jatuh air mata...

Ipoh: “Bayi itu pasti mati jika saya dan rakan tidak menjumpainya,” kata Chong Lean Fatt, 48, yang menemui bayi baru dilahirkan dibuang dalam keadaan bogel di tepi longkang berhampiran Jalan Lapangan Perdana 19, Taman Lapangan Setia, di sini, pagi semalam.

Bayi perempuan cukup sifat dan masih bertali pusat itu dicampak di kawasan sunyi berhampiran lokasi projek pembinaan rumah kedai yang baru disiapkan.

Petikan dari MyMetro

bisik-bisik:
Allahuakbar,kesian sangat...namun kita tak tahu apa kisah di sebalik bayi kecil ini,mungkinkah mangsa perkosaan?....atau kalau dengan rela sendiri,semoga kita hanya membenci dosanya,bukan orangnya....
Bayi ini suci,tiada salah dan dosa dia di mukabumi ini....tiada istilah anak haram....
Allah,berilah jalan hidup yang sempurna andai Kau izinkan dia hidup.

"Sedangkan iman pun tak di warisi,tak kan dosa itu di bahagi-bahagi"


anak kucing kat opis dengan maknya,comellllll












Published with Blogger-droid v2.0.10

3 singgah dan taip sket..:

Sambal Tomato Simple

3:31 PM Sue Izza 10 Comments

sambal tomato simple

Dah lama rasanya tak menulis resepi di sini,kali ni nak kongsi resepi Sambal Tomato simple yang Cik Ngah buat masa dinner blogger di rumah Yanty minggu lepas.Sedap bila dapat makan dengan sup panas dan nasi panas-panas,memang kena la padanan ini,heheeheh...sangat simple.

bahan:
2 biji tomato
6 biji cili api
2 ulas bawang merah
gula
garam

cara:
-tumbuk cili dengan bawang jangan sampai lumat.
-potong dadu tomato
-tumbuk pecah-pecah dalam lesung
-masukkan semua bahan dalam mangkuk,perasakan dengan garan dan gula

kannnn...senang je,kalau buat banyak boleh simpan dalam peti ais,makan lain kali pulak

bisik-bisik:
resepi asal dari mak cik kat Raub.....

10 singgah dan taip sket..:

Gold Coast Morib : Girls Short Holiday

2:30 AM Sue Izza 11 Comments

 Percutian singkat tuk merehatkan diri dari keserabutan kerja dan masalah-masalah seharian.Kali betul punya girls holiday kami berempat si anak dara (Cik Yanty,Cik Qaseh dan Cik Mieza) bercuti di lokasi yang tak jauh mana pun dengan Putrajaya,tapi tak kurang cantiknya.Ni semua sebab terpengaruh dengan Si Lan Careno la ni,dok hasut suruh beli kupon di Groupon tuk bilik suite lengkap dengan jakuzi berharga RM500+- tapi dapat diskaun hanya bayar RM168 termasuk sarapan.Berbaloi-baloi la,satu bilik 2 orang,so kami ambil 2 bilik.Oh ya,termasuk lah tiket ke taman tema juga.

Hari pertama :
lepak di lobi hotel sambil tunggu Yanty check in
Dah siap urusan check in semua,bergegas cari bilik masing-masing sebab dah tak sabar nak terjun kolam,tambahan theme parknya boleh nampak dari lobi,menggeletis masing2...hahahahhaa...
Masuk je bila....wahhhh..meamang best la....


apapun posing dulu kihkihkih...

jakuzi dalam bathroomnya...fuhhhh..syokniii...

bilik yang menenangkan,seswai sgt tuk honeymoon..hahahha..
 Dah setel semua,salin baju siap-siap,apa lagi,terjunnnnnn la,habis semua lupa diri,yang diri tu anak dara sunti,rasanya kanak-kanak kat theme park tu mesti ingat kitaorang ni dari hulu mana la,macam tak pernah jumpa air...bhaahahaa...mula-mula kekonon Cik Ngah tak mahu turun,tapiiii...tak tahan wooo godaan diorang yang super excited ni...hehehehe..masing-masing jadi memerang....


kanak-kanak riang

muka excited terlebih...hahahah

tq kat brader lifeguard tolong amik gambar..heeee
Agak-gak dah nak senja,dengan kesejukan Cik Ngah kerah semua naik,besok lak sambung berendam,
Dengan baju basah kitaorang berjalan ke pantai dengan niat nak tengok sunset tapi sayang,tak cantik sangat sebab sunset tak turun sebelah pantai hotel ini,tapi di Pantai Kelanang.

kesejukan...kean pulak angin pantai memang layan lahhh....

sunset yang tak berapa nampak

menyusur tepian pantai...
Selepas solat maghrib,kami bersiap-siap dan keluar makan ikan bakar dan seafood di Dataran Morib,boleh tahan la makanan nya,agak ramai orang mungkin kerana cuti sekolah,banyak juga kedai yang menjual berbagai  makanan panas dan ikan bakar.



Antara yang kami order,kerang rebus,siakap bakar dan sotong bakar.....


Selesai makan,sebelum balik ke hotel,sempat kami berjalan-jalan di sekitar gerai-gerai jualan di Dataran Morib tu,ada orang jual-jual baju,asam,kasut,selipar.


sib baik bukan katak,hahahha...


Sampai hotel,tak tido lagi,kami teruskan dengan sesi berjakuzi,hehehee..memang syok la,kena plak air suam-suam panas,badan terasa segarrr sangat,tido pun lenaaa je...heehhee...tapi Cik Ngah je yang berendam sampai hampir pukul 2 pagi,yang lain awal-awal dah naik,appadaaaa...hahahah...

Hari kedua:

Seawal pukul 6 pagi lepas solat subuh,janjinya nak tengok sunrise,tapi Cik Ngah je yang terkulat-kulat sensorang dok ngintai sunrise,yang lain masih berselubung dalam selimut,dengan selsemanya dengan tido lambatnya...huuhuu....

pagi yang sangat tenang...sunyi tapi indah....
Sebelum turun sarapan,kami dah siap-siap packing,supaya senang untuk checkout nanti,Sarapan yang di sediakan memang kena dengan tekak kami,ada makanan melayu kita,ada juga menu western.Cukup memuaskan hati.
apa-apa hal pun isi perut dulu ye....
Sesudah sarapan,kami mengambil peluang berjalan di sisi pantai ,menghirup udara pagi dan simbahan cahaya matahari yang mula memunculkan diri.

yang kanan sekali tu single,nak berkenalan pm i ye..larikkkk....

bermain air laut...

mengabadikan kenangan dan keindahan
Aktiviti seterusnya,apa lagiiiii layan kanak-kanak riang ni la,kalah bebudak kat theme park tu,tersenyum2 makcik pakcik kat situ,...apa nak buat kecik-kecik dulu tak puas main...hahahahha....

itu diaaaa...bila dah lupa diri...ahahahah....

habis lari budak-budak yang nak main...hahahah....

Dekat pukul 12 tengahari Cik Ngah hambat bebudak ni naik,ye la ,dah nak checkout plak,lambat nanti,lepas checkout masing-masing dah berkeroncong,apa lagi cari kedai makan la,kebetulan jumpa gerai tepi jalan,yang agak sedap juga makanannya,singgah la apa lagi....

lunch dulu,sebelum berjalan lagi....
Selesai makan,kami meneruskan perjalanan,singgah sekali lagi di Dataran Morib yang kami dinner semalam,lepak-lepak sini tenangkan fikiran...ecehhhhh....
model....

sesi berfoto shoot bersama photographer Yanty...hehheeheee
melepak....
feelinf2 model gitewww...hahaha
Dok melepak sambil makan eskrem,sehingga di kejar monyet2 liar yang banyak di sekitar pantai,sehingga Cik Ngah mencampak kan eskrem di tangan bila monyet meluru nakkan eskrem itu....fuhhhh...memang ngeri wehhhh...huuhuu....penat di takutkan  monyet yang nak 'ngorat' kami,terus ke surau untuk solat zohor dan berehat sampai tertidur keletihan,bangun solat asar dan Cik Ngah bawa diorang ke Pantai Kelanang,lebih kurang 10 minit dari Dataran Morib.Dengan niat untuk melihat sunset,memang sangat berbaloi,tak terkata melihat keindahan dan keagungan cipataan Allah di depan mata,terbentang,sangat cantik penuh ketenangan.

laluan ke pantai kelanang,waze je senang...

matahari mulai terbenam....

sunset

bermain dengan sinaran mentari petang


melepaskan bebanan dan keserabutan hati...

meniti buih-buih kehidupan....

Subhanallah...cantik kannn...

menikmati....

love.friendship.happiness

Azan maghrib berkumandang,kami mula bergerak meninggalkan pantai,dan singgah solat di Surau,lalu bergerak pulang untuk menjalani hari-hari biasa semula.

Percutian yang sangat menyeronokkan ,sayang terlalu singkat masa yang ada.Insya Allah,ingin ulangi lagi.

bisik-bisik:
cuba layari laman Groupon,banyak tawaran percutian menarik.





11 singgah dan taip sket..:

Mangsa banjir di Pahang dan Terengganu terus meningkat

8:21 AM Sue Izza 1 Comments

Pagi-pagi hari minggu buka suratkhabar,nampaknya mangsa banjir makin meningkat di 191 pusat pemindahan banjir dengan 60,851 mangsa di seluruh Pahang dan Terengganu,ini di katakan kerana hujan yang berterusan turun dan gelombang kedua yang akan mengancam kawasan banjir tersebut di jangka berlaku.

Nampaknya di Kuantan masih menjadi daerah paling teruk kena banjir tahun ini.Di ikuti Pekan,Maran dan Rompin,berita terbaru Temerloh,Raub pun dah naik air di sesetengah tempat.

Lipis pun dah ada 53 mangsa yang di pindahkan,haihhhh risau pulak fikirkan keluarga di Lipis,harap-harap tak terlibat la hendaknya.Ma ngan abah tu bukan bukan larat dah nak mengemas barang.Dah la minggu depan kenduri sepupu Cik Ngah kahwin buat kat rumah tu,alahaiiii..kenduri dalam hujan la jawabnya.

Di Terengganu pun khabarnya situasi juga sama,terutama daerah Kemaman yang terjejas teruk.
Jangkaan Jabatan Meteorologi Malaysia,keadaan ini akan berterusan sehingga 9 Disember nanti,harap-harap  penduduk di kawasan terbabut dapat lebih bersedia untuk gelombang kedua ini,dan Cik Ngah berharap sangat bantuan di salurkan dengan telus,tulus dan ikhlas,serta menyeluruh sampai kepada mangsa.

Dalam keadaan yang terdesak dan perit seperti ini,tak perlu rasanya kita bermain sentimen politik dan berpuak-puak,yang penting mangsa yang perlu di selamatkan,kita masih bersaudara sesama Islam,lagipun kalau negera orang kita boleh menghantar bantuan secara efektif,kenapa tidak di negara sendirikan,kepada sesama kita.ermmmmmm

1 singgah dan taip sket..:

Lawak Ke Der 3 di bawakan khas oleh Escape

7:33 AM Sue Izza 2 Comments


Ramai ke yang dah tengok Lawak Ke Der 3? Hari ni hari terakhir live di Istana Budaya....memang rugi la sapa yang tak tengok,Cik Ngah dah tengok,memang layan arrrr...sebelum ni ada yang kata Lawak Ke Der 1 dan 2 lebih best sebab ada Jozan kan?....Tapi Lawak Ke Der 3 ni pun apa kurangnya,malah mungkin lebih panas  dengan kehadiran Douglas Lim dan Jambu.Cik Ngah berani jamin la korang akan keras perut punyalah gelak nanti,Cik Ngah yang ayu ni pun tak mampu nak behave tau time diorang buat lawak,sib baik tak tergolek jatuh kerusi...hahahahhaha.....

Hari tu Cik Ngah pergi tengok live di Istana Budaya tau,bila di beri peluang oleh pihak Escape untuk tengok live,memang Cik Ngah tak lepaskan peluang la,terima kasih banyak la pihak Escape.Mulanya Cik Ngah ingat tak ramai la yang pergi tengok live kan,tapi korang tahu tak,parking semua full,ramai gilerrrrrr.....tiket memang sold out la,dengar cerita hari semalam pun laris macam goreng pisang panas arrr...tak caya korang usha ar sendiri.

Hari ni ,tak silap Cik Ngah hari terakhir kan? Jangan risau,korang pun boleh saksikan kat Escape,selama 6 bulan tau akan di tayangkan bermula 31.12.2013.

Errrrrr apa benda plak Escape nih? Escape ni adalah laman dunia hiburan yang anda boleh bawa ke mana sahaja,anda boleh menikmati pelbagai video hebat,filem,konsert,berita dan banyak lagilah,pendek kata macam-macam rancangan menarik yang anda boleh akses di situ.
Nak tahu lebih lanjut,anda boleh ke laman web ESCAPE sendiri,iaitu www.ESCnow.com 

Sambil-sambil tonton tu kan,anda juga berpeluang memenangi hadiah bernilai RM5,000 tau setiap hari,sapa nak bagi wehhhh...rebut cepat,dengan sertai Peraduan Cuit-Cuit Menang Duit @ ESCAPE,nak tahu caranya? mudah je....

Mulai 7 hingga 27 Dis 2013, pelanggan Celcom perlu menonton YouTube Channel – cuit-cuit @ESCAPE atau klik: https://www.youtube.com/channel/UCj_-0IGMHwc2r7tDLv2De2g setiap hari untuk menjawab satu teka-teki yang akan dikemukakan oleh pelawak Lawak Ke Der 3.

Pelanggan Celcom dikehendaki meneka dan menghantarkan jawapan yang tepat dengan cepat ke 20888. Tak payah jawab panjang-panjang,satu perkataan pun dah cukup.cubalah...

Nak tahu tahu lebih? Layari laman web ESCAPE

Apa yang Cik Ngah tahu tentang Escape ni sebenarnya adalah laman web yang anda boleh akses dengan bayaran RM25 sebulan,pastu tengok la tanpa had,korang pilih la dekat 500 kot filem dan rancangan yang bermacam jenis,hambik ko...tak berabis tau nak tengok...haaaa...berbaloi-baloiii...
Yang best lagi,boleh tengok kat smartphone korang weh,dok dalam train balik keje pun boleh tengok beb,syok woooo...bukan tu je,boleh tengok kat komputer riba,tablet,komputer peribadi lancarrrr je,tak denya tersekat-sekat dengan rangkaian Celcom,sesuai juga dengan iOS,Android,MacOS dan Windows.So tak perlu risau la.

Dannnnn....memang Cik Ngah suka adalah.....kelebihan Escape ni :
Henti & sambung tayangan • Pelbagai peranti • Bila-bila masa, di mana-mana jua -maksudnya boleh pause dan sambung balik la lebih kurang,nak tahu lebih lanjut macam mana cer korang buka  www.ESCnow.com sekarang.


Ishhh....bila dah dapat tahu pasal Escape ni ,Cik Ngah pun nak try la,hadiah lumayan tu,kelebihan pun banyak kot,apa lagi jom-jom bergelak ketawa di Escape dengan Lawak Ke Der 3 yang bikin pecah perut beb.Sumpah tak rugi.






2 singgah dan taip sket..: