Mari Belajar Dialek Pahang

6:24 PM Sue Izza 13 Comments

Moh kita belajor  loghat Pahang nok?

TAU DOK AOK ME?

 1. Sebenarnya tidak ramai orang dari pantai barat yang tahu bagaimanakah bunyinya dialek atau loghat Pahang. Ini dibuktikan dengan pengalaman saya sendiri menanya rakan-rakan se universiti yang bukan dari pantai timur. Hampir 70% daripada mereka tidak tahu bagaimana bunyinya longhat Pahang malah ada yang menganggap yang orang Pahang tiada dialek atau hanya bercakap seperti orang Johor, Terengganu atau Kelantan.

 2. Dialek pahang berbeza-beza dan diklasifikasikan kepada tiga bahagian, iaitu bahagian Pahang Hilir yang meliputi kawasan Pekan dan Rompin. Pahang Tengah meliputi kawasan Maran, Bera, Temerloh dan Chenor. Serta Pahang Hulu iaitu Kuala Lipis, Raub, Jerantut dan Cameron Highland. 

3. Berbanding dengan orang Terengganu dan Kelantan, orang Pahang yang berada di luar Pahang samaada menetap, bekerja atau belajar sangat jarang menggunakan dialek mereka kerana khuatir tidak difahami oleh orang luar atau disebabkan inferiority complex. Malah ada di antara mereka seboleh-bolehnya mahu menyembunyikan dialek tersebut dan matlamat mereka selalunya berjaya kerana tiada siapa yang tahu dialek sebenar mereka. Namun mereka akan terkantoi jika ada diantara orang luar tersebut adalah juga orang Pahang! pendek kata biasanya hanya orang Pahang yang dapat kesan bahawa seseorang itu orang Pahang atau tidak melalui cara percakapan mereka. selain itu, jika anda orang Kelantan dan Terengganu, dan anda ingin menyembunyikan dialek anda, anda biasanya kurang berjaya sebab bunyi dan lenggoknya tetap tertonjol. Hal ini berbeza dgn orang Pahang yang lebih mudah menyembunyikan dialek mereka.

 4. Dialek Pahang juga sering disalah ertikan sama dengan dialek perak! Walaupun ada diantara intonasinya yang seakan-akan sama namun ia tidak serupa. Sebab itu banyak para pelakon yang berasal dari Pahang kadang-kadang diambil berlakon watak sebagai orang Perak. Tidak seperti dialek-dialek lain contohnya Kedah, Perak, dan sekarang Terengganu dan Kelantan, dialek Pahang amat jarang digunakan dalam filem-filem mahupun drama. Kalau adapun biasanya tidak tepat dan menyerupai dialek Perak.

 5. Dialek Pahang juga mengikut pergerakan arus sungai Pahang. Hulu sungai biasanya air deras atau laju maka penduduk hulu Pahang banyak bercakap dalam dialek yang agak laju dan deras. Manakala di Pahang tengah aliran sungainya semakin sederhana jadi begitulah juga dialek yang dituturkan. Di hilir pula dialeknya menjadi lebih perlahan atau dalam bahasa Pahang dipanggil leweh maka begitulah juga dialek mereka.( mengikut kajian seseorang). 

6. Dibawah saya lampirkan sebahagian daripada loghat atau dialek Pahang secara umum untuk pengetahuan kawan-kawan yang tidak tahu atau bukan orang Pahang. Ada diantara perkataan di bawah sama penggunaannya di negeri pantai timur lain seperti di Kelantan dan Terengganu namun cara sebutannya adalah berbeza:

 Bahasa Melayu Piawai / Bahasa Melayu Pahang

saya- kawan (kawan),koi, kas, keh, kaweh,kome
awak- awok (awak),
aok, ork, kas
mereka- demeh 
yang itu- hok tu 
yang ini -hok ni 
beritahu -royek,
kabo (khabar)
rambutan -muktan 
keluar -keluor (keluar) 
orang -ora (orang) 
tidur- reloh 
buang air besar- ronoh, perot (perut) 
kenapa ngaper -(mengapa), matnyer 
plastik- jabir 
bekas plastik -molor 
selimut -gebor 
selalu -senalo, sokmo
jenis- jenih (jenis)
malas -maleh (malas)
letih- kehut, kohot, tok rot
gelojoh- polok 
baiki- bele 
tilam -lece 
penuh- mombong
di sana -setoho 
suruh- nyeraya 
kebas kaki- sesemut, senyor
budu- pede
tercekik -mengkelan 
selirat- sengkelik
leka -ralik
tangis -rahang, lalok
pening- oteng
bengkak- merenin
telekung- mahane

 Kata Penguat Maksud 
 manis meletiang- sangat manis 
 pahit lepang- sangat pahit
 tawor heber -sangat tawar
 itang legang -sangat hitam
 lawo mat -sangat cantik
 busuk melantong- sangat busuk
 ngerlang- sangat cerah 
 wangi merohong- sangat wangi
 tebal bakut -sangat tebal 
 masang menaung -sangat masam 

Sumber : wasap
-Al Semantani-

bisik-bisik:
tak de geng yang betul2 boleh bercakap Pahang pekat dengan Cik Ngah kat sini
ramai geng klate je..huuhuu...
moh la oghang pahang borak ngan keh ni..huhuuu

13 comments:

  1. hi!! saya pun orang pahang jugak.. yang menariknya tentang loghat pahang ni.. kita mempunyai sifat code switching yang bagus sebab apa? Kebanyakkan daripada kita mampu untuk menukar penggunaan bahasa dari Dialek kepada bahasa Standard dan sebaliknya. Jadi, tak perlu malu untuk menggunakan bahasa dialek pahang. Saya berasal dari Raub dan dalam Raub sendiri mempunyai banyak dialek lain, jadi, susah nak tentunkan dialek dan loghat ni, hihu... :)

    Entry yang menarik!

    ReplyDelete
  2. saya orang jengka pahang.asal dari kuantan pahang,kawin dengan orang lepih,juga pahang.tapi kami punya bahasa yang berbeza.so,mana satu pahang asli?last-last,anak-anak kami cakap loghat k.l....

    ReplyDelete
  3. hehehhe
    dok paham starang gop ni
    bw blog cikngah

    ReplyDelete
  4. Poh paleh tu amende yek...nk xplain kat org x reti hehee

    ReplyDelete
  5. Poh paleh tu amende yek...nk xplain kat org x reti hehee

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. Sebenarnya loghat di Pahang bukan terpecah kpd tiga tetapi 4 loghat utama. Satu lagi loghat Kuantan sampai Kemasik di Terengganu. Ini satu loghat yg agak terkeluar sedikit dari loghat Pahang yang lain. Loghat di Kuantan ini bunyinya memang macam loghat terengganu tapi sebenarnya ada kelainanan sedikit (lebih kasar) daripada loghat terengganu yg pure (kawasan di utara Kemasik).

    Kalau mengikut Sejarah dari Kemasik (Daerah Kemamaman) hingga Kuantan,bukanlah sebahagian dari negeri Pahang mahupun negeri Terengganu. Sebahagiannya (daerah Kemaman) telah diambil Terengganu dan sebahagian lagi (daerah Kuantan pesisir laut) diambil negeri Pahang.

    Saya tau ramai yang tak tau pasal ini. Daerah ini memang hebat nelayannya dan pandai menghasilkan makanan berasaskan ikan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang betul. aku orang kuantan. mak orang pekan, ayah orang kemaman. Kalau ditanya orang mana, aku akan jawab kuantan bukan pahang sebab taknak orang pahang ajok berlawan cakak loghat. koi tak reti sangat. hahaha.

      Loghat dan bahasa pada pendapat aku boleh lah dikatakan fusion antara pahang dan terengganu.
      Yang aku perasan, bahagian pantai macam beserah, balok, batu hitam menghala ke kemaman loghat nya akan lebih ke'ganu'an nye. Sebab itu kalau sebut cakap beseroh (beserah), makna nye cakap loghat yang ala ganu.
      Jadi yang bahagian bandar ke bawah menghala ke pekan dah menggunakan bahasa yang lebih bercampur dengan bahasa pahang, pekan am nya sebab berdekatan.

      Terima kasih saudara sebab ceritakan pasal sejarah kuantan ni, boleh la tanya2 dengan orang lama. Selama ni aku ingat kan sebab faktor geografi, kemaman yang dekat dengan kuantan.

      Delete
  8. bapak aku oqang pahang . aku kedah . mak aku pun kedah . aku ada kenal sorang janda dari bera , dan dengan dia lah aku jadi minat lagi nak belajaq cakap pahang . cakap kedah memang rare tapi tak salah kot nak belajaq hahahaha . rasa mcm nak cari jodoh kat pahang pulak :D

    ReplyDelete
  9. Saya pn pahang jgk, mnikoh ngn oghang pahang jgek, keknye, mak beloh raub, waghih mok bnyok beloh budu raub. Sane pekat jugek kalo ckpnye, mcm pluru kalo becakak ter..aboh beloh bentong, kalo beloh bentong, janda baik. oghang janda baik ni pn lain ckpnye..

    bunyi mcm n9, cmpur raub..

    cth1: ande awok dtg sini yer
    mksd: ada awk dtg sini ye

    cth2: wen hen ando awak balik yo..
    mksd: eh ada awak balik ye.

    gitulah..org beloh jnda baik ckp.

    ReplyDelete
  10. Admin tumpang sekejap yer...
    Mana -mana individu yang berminat melanjutkan pengajian di Kolej Komuniti Temerloh, Pahang dalam program 'Furniture Design' boleh hubungi sms/wassup di 0148004302 -mohd, Yuran semester yang murah dan dapat elaun(bukan pinjaman) lagi
    elaun : rm1200/sem
    yuran : rm200/sem
    https://www.facebook.com/PerabotKKtemerloh

    ReplyDelete
  11. haha..buat menda to..bunyi dh bhsa phg.aku belah kuantan jd cara aku ckp ni campo doh.ada ganu ada raub n ada bhsa baku.haha.ikt dan mana se aku nk ckp jnji mana orang phg to dgr apa yg aku ckp.dye akn fhm..betol dok org phg.bunyi skali org phg wei..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samer la kiter... Kwn org Rompin..mak ayah org ganu...tp boleh jer bbhasa phg..dok temerloh ckp koi Aok la...tp kat pekan biasa kwn awak jer...tp yg bestnyer bl blk kg Umah mak ayah kat Rompin...kaki Adik beradik ckp bahasa standard...bahasa sekolah....

      Delete