Dress Labuh - Menyerlahkan Keanggunan

8:00 AM Sue Izza 1 Comments

Assalamualaikum...
Apa fashion terkini yang korang minat sekarang?
Sekarang dah memang trend kan,dress-dress labuh,ala-ala jubah,pastu matching pulak dengan cardigan,kalau yang pandai mix and match tu lagi best kan,gabungan calour,jenis kain...cantik je Cik Ngah tengok.Sekarang pun dah ada macam-macam paten dan design dress-dress ni,kat mana-mana pun banyak,kedai-kedai,pasar malam,kedai online,butik-butik.
cantikkan..nampak langsinggg je...errr hehehhe
"Dalam pasaran fesyen Muslimah terkini kita boleh lihat banyak banyak jenis pakaian Muslimah moden dan pakaian tradisional yang cantik-cantik belaka. Apa yang menariknya ini adalah bukti bahawa dress Muslimah semakin mendapat perhatian bukan sahaja di Malaysia malah turut diminati sehinggalah ke peringkat antarabangsa. Pasaran busana Muslimah sebenarnya sudah lama popular namun ianya semakin mendapat permintaan yang tinggi sejak akhir-akhir ini daripada pembeli. Apakah sebenarnya yang menyumbang kepada populariti Muslimah wear?"

Kalau bagi Cik Ngah la dah banyak sekarang jubah-jubah moden ni sebab dah banyak pereka-pereka kita mula buat jubah yang fancy bukan satu warna macam dulu-dulu je,sekarang banyak jubah yang di gabungkan dengan dress ala barat yang lebih fashionable,cuma bagi kita yang muslim ni pandai-pandai la pilih yang sesuai kan....


gabungan warna jubah macam ni nampak lebih segar kan
Di tambah lagi,artis-artis yang berimej muslimah juga mempamerkan fashion-fashion jubah dan dress labuh yang cantik dan mempengaruhi peminat mereka,ye la,design lawa-lawa kan,Cik Ngah pun teringin nak cari  jugak nanti.


heliza dengan gaya dress muslimahnya
"Kemunculan beberapa artis yang mula berhijab dan mengenakan baju Muslimah sebenarnya memberikan impak yang cukup besar. Gaya mereka telah menjadi ikutan oleh peminat dan ini membuatkan mereka mula mencari trend yang mahu disesuaikan mengikut apa yang digayakan oleh artis kegemaran mereka. Dato’ Siti Nurhaliza sebagai contoh sejak mula memakai tudung beliau seringkali sinonim dengan gaya baju sopan ala Muslimah yang digayakan. Pada malam-malam gemilang majlis hiburan beliau sentiasa tampil dengan dress Muslimah yang cukup cantik rekaannya menyerlahkan keanggunan dan gaya seorang diva."


artis-artis menggayakan jubah dan dress labuh yang cantik


dress labuh dengan warna-warna yang lebih ceria

suka dress ni ,bagi ilusi nampak kurus sikit hehehh


"Dress Labuh boleh didapati di pelbagai butik-butik terkenal sehinggalah ke kedai-kedai pakaian biasa di sekitar Jalan Tunku Abdul Rahman yang terkenal terutamanya ketika musim perayaan untuk mendapatkan baju raya ketika Hari Lebaran. Dress labuh Muslimah yang sering menjadi pilihan adalah seperti kaftan moden dan jubah wanita moden. Kedua-duanya sangat elegant untuk digayakan ke majlis-majlis seperti perkahwinan dan makan malam."


cantiknya warna ni,lembuttt je....

"Dalam dunia yang serba moden ini anda tidak lagi perlu keluar untuk membeli-belah. Sebaliknya online shopping kini boleh dilakukan dari rumah sahaja atau di mana-mana yang anda rasa selesa. Shopping online adalah jauh lebih menjimatkan masa serta wang anda juga. Layari laman sesawang online shopping Malaysia yang terdapat di internet dan mulakan retail therapy anda hari ini!"

Selain daripada dress labuh dan jubah yang fashionable tu,ada juga tshirt labuh dan ala muslimah yang menepati syarak,cantik,bawah punggung dan agak longgar,design pun cantik-cantik.

sukaaaaaa.....garisan ke bawah yang besar seswai tuk orang yang langsing
yang ni pulak memang seswai tuk yang gempal bagi ilusi nampak kurus sikit heheh

yang ni pun cantik.....

yang ni pun ...eh semua lah cantik...
Kalau korang nak try usha,dress labuh,jubah yang fashionable,tshirt muslimah dan baju-baju muslimah yang berkualiti dan design yang cantik,boleh la berkunjung ke satu kedai ni,dah boleh shopping tuk raya dah ni,kang kelam-kabut plak k,cer klik gambor kat bawah ni....


bisik-bisik:
jom-jom
shopping raya sementara ada sale ni.





1 comment:

  1. no hp berapa? dress yang color biru tuh still ada?

    ReplyDelete