27 May 2014


Sabtu 17 Mei lepas dapat jemputan melalui Pak Cik Mat untuk wakilkan dia ke event ni,untuk Cik Ngah memang lajuuuu je la setujunya,makan kot,sapa tak nak,tambahan pulak hidangan yang jarang-jarang jumpa zaman ni kan? Makanan hampir pupus ko,mana nak dapat.
Sebagai wakil Pak Cik Mat, Cik Ngah siap bawa team tau,haahaha...tukang amik gambar dan tukang makan hehehhe.. Cik Qaseh ngan Abg Jeeb kita ha...Terima kasih banyak la kat diorang sebab temankan Cik Ngah,dalam hujan tau,berpayung bagai lagi.

meja hadiah dan urusetia
Event ni kat Istana Negara Lama,yang sekarang dah jadi Muzium Di Raja,Cik Ngah tak pernah sampai pun,main waze je la,dalam pukul 10.30 pagi dah sampai sana,dalam hujan renyai yang agak lebat(errrr...apa aku nak cakap sebenarnya ni..heheheh).
Siap daftar sebagai media,kami pun jalan-jalan ke booth-booth yang ada,memang menarik,ada pameran,demo masakan,pertandingan mewarna untuk kanak-kanak,pertandingan teka berat bawang,cili dan kentang pun ada.

dah macam kenduri kendara kat kampung haaa,yang masak pun makcik-makcik je...
Event ni menghimpunkan 101 makanan hampir pupus dari seluruh negeri di Malaysia.Antaranya ialah Kebebe,Pulut Kukus Periuk Kera, Nasi Daun Lerek,Opok-Opok,Ikan Bakar Dalam Tanah Liat,Nasi Lemuni,kuih-muih,pencicah,kerabu dan macam-macam lagi.

Halwa Betik
"Apa yang di maksudkan 'hampir pupus ' dalam program ini adlah makanan yang jarang dan sukar di perolehi kini kerana bahan masakan yang sukar di perolehi akibat kawasan hutan yang banyak di teroka dan di musnahkan.Selain itu ,pengetahuan dan acara memasak yang tidak di turunkan kepada generasi baru akibat peralihan selera dan modenisasi."

tepek pisang
Memang banyak la makanan yang menarik kat sini,masakan yang Cik Ngah tak pernah makan,tak pernah jumpa,siap di demo kan cara-cara memasaknya.Selain itu ada juga demo membungkus makanan dengan daun-daun.Seperti bungkus tapai dengan daun getah,menganyam ketupat,lemang,lepat dan macam-macam lagi.

bungkusan daun pisang untuk tapai
Cik Ngah ngan Cik Qaseh pun sempat gak la belajar menganyam ketupat,yeayyyy selama hidup kali ni baru menjadi buat hahahhhaa...so raya ni dah boleh tempah ngan kitaorang ye..hahhahha..jawabnya pagi raya pun belum tentu boleh makan.

dah macam pelancong asing plak..heheheh...
Di samping tu Cik Ngah dapat gak tengok berbagai jenis masakan dan bahan masakan yang unik-unik,yang jarang di jumpai sekarang.Gaknya kalau generasi baru memang tak kenal dah,tu la perlunya program macam ni.


buah perah yang dah di proses dan di panggil asam rong


sotong sumbat kelapa


gulai otak lembu
Okeh,yang ni memang unik,Cik Ngah kalau kat kampung belah pantai timur time Raya Haji,sedara mara memang makan tapi biasa buat sambal,goreng atau kerabu,tak penah cuba makan pun,tapi kali ni try gak amik sikit,errrrr tak de rasa yang pelik-pelik pun,sedap pulak kuahnya hehehehe....dengar nama memang loya tapi bila rasa ,biasa je...


antara pencuci mulut yang di hidangkan,Pengat Nangka Masak

dodol kukus taik minyak
Haaaaa,yang ni kecik-kecik dulu time arwah nenek ada je selalu makan,orang pantai timur mesti tahu,sedappp,okeh rindu sobs sobs...huuhuu...ada sesapa nak tolong buat tak..huwaaaaa.....

nasi daun lerek / bemban
Nasi yang di masak dalam daun dan di masukkan dalam buluh,di bungkus seperti lepat,Cik Ngah pernah jumpa masa pegi Lenggong hari tu,satu tps yang Cik Ngah dapat dari tukang masaknya,pastikan bahagian licin daun tu di bawah,letak beras atas bahagian yang kasar sikit,sebab bahagian tu lebih bersih.Aroma nasinya lebih sedap dan wangi.

Kebebe

Bahan2 untuk membuat Kebebe
Kalau di pantai timur kebebe ni macam colek la,tapi yang ni di tumbuk sekali semua dan bahan-bahannya memang kebanyakan dari hutan la.serius sedap,boleh makan dengan nasi,ratah saja pun sedap,buat cicah ikan pun sedap.

Gulai kering ikan sungai dengan daun gelugor
Sama je seperti gulai lain,cuma di keringkan kuahnya dan tahan lama,biasanya di masak untuk bekal orang dulu-dulu ke kebun atau teroka tanah hutan,popular di Pahang dan Perak.Di masak dengan hirisan daun gelugor dan cili.

demo memasak pulut kukus dalam periuk kera


Pulut kukus dalam periuk kera
Pulut Kukus Dalam Periuk Kera ini adalah makanan masyarakat Asli Temiar dan etnik pedalaman Sarawak.Pada zaman dahulu beras pulut padi huma di jadikan bahan utama,tapi kini beras pulut biasa sahaja di gunakan.Pulut di rendam dan di masukkan dalam periuk kera,di kukus bersama daun pandan.Bila di hidangkan hanya makan nasinya sahaja ye,periuk kera tu hanyalah sebagai bekasnya.




Di atas ni pula ikan sungai bakar dalam tanah liat,sekarang memang tak de la buatkan,agak susah nak cari tanah liat dan membakarnya,tapi Cik Ngah rasa,isi ikan yang di masak agak sedap.

serunding ikan pekasam
Sama macam serunding ikan biasa cuma menggunakan ikan pekasam,di campur dengan rempah2 dan di goreng kering.

apam daun rambai
Program ini di rasmikan oleh Duli Yang Amat Mulia Raja Puan Muda Perak,Raja Nur Mahani Binti Raja Shahar Shah.Beliau sempat melawat gerai-gerai yang membuat demo masakan.


lawatan VVIP
Selain itu terdapat juga pertandingan meneka jenis daun,berat cili kering,bawang dan kentang,Cik Ngah masuk juga tapi sampai sekarang tak di hubungi maknanya kalah la tu.

gigih meneka berat timbangan hahahha....

bisik-bisik:
-Cik Ngah suka program macam ni,selain dapat merasa makanan warisan yang hampir pupus dan sukar di dapati ni,dapat juga generasi muda kenal bahan-bahan masakan tradisi,dan mencubanya.
-Cuma di harap selepas ini promosi untuk program sebegini lebih meluas,sekurangnya dapat bekerjasama dengan kementerian pelancongan untuk mempopularkan warisan negara ini.


9 singgah dan taip sket..

byk yg tak pernah tengok...apatah lagi makan..;-)

REPLY

perghhhhhh. terliur n mmg tak perna dgr or try mkn, ikutkan maria makanan zaman dulu lagi sedap dari skrg kan. asli gitu

REPLY

jom cari resepi dan try buat....

REPLY

kannnn tak de bahan kimia,dan rasanya lebih asli

REPLY

salam sejahtera, bolehkah minta email kamu.sebab saya sgt berminat dalam topic ini.thx.

REPLY

salam sejahtera, bolehkah minta email kamu.sebab saya sgt berminat dalam topic ini.thx.

REPLY

salam sejahtera, bolehkah minta email kamu.sebab saya sgt berminat dalam topic ini.thx.

REPLY

Catatan Sue Izza . 2017 Copyright. All rights reserved. Blog Templates Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates