Mamee Chef Day Out @ Melaka.

8:14 AM Sue Izza 8 Comments

MAMEE CHEF DAY OUT

Sabtu lepas 31 Mei .Cik Ngah berpeluang join Mamee Chef Day Out,di jemput oleh team Nuffnang,tak sangka di jemput,maklumlah blog tak berapa nak meletop macam orang lain kan,tapi bila dapat jemputan macam ni,tetiba bersemangat lebih plak nak berblog lebih aktif,heheheh…

Kami berkumpul di Lobi Kilang Mamee di Subang dan di bahagikan kepada beberapa kumpulan,2 bas di gunakan sebagai pengangkutan untuk kami ke Kilang Mamee Double-Decker (M) Sdn Bhd di Melaka.

Seawal 8 pagi Cik Ngah dan Cik Yanty dah sampai,sementara tunggu pendaftaran dan semakan nama serta pembahagian kumpulan,sempat la berkenalan dengan blogger-blogger lain,ramai gak yang otai-otai.

Dalam 9.30 pagi kami bertolak,agak lewat sampai di Kilang Mamee di Melaka,kami di beri penerangan tentang penubuhan kilang dan sejarahnya.
yeayyyyy dah sampai

yaeyyyyy grup photo itu wajib

Galeri Kilang Mame Double Decker (M) Sdn Bhd
Kami di penerangan oleh Sham Mee,Marketing Manager di situ,sambil di jamu hidangan ringkas kuih-muih dan minuman.Di situ juga ada di pamerkan produk yang di hasilkan oleh kilang ini dari  lebih kurang 40 tahun yang lepas,seronok pulak tengok pek-pek mee segera mamee zaman-zaman Cik Ngah kecik dulu,memang mengimbau kenangan.
Trip kali ini kami banyak di terangkan tentang Produk Mee Segera  Mamee Chef yang hangat di pasaran sekarang,

perisa mamee chef

Produk mee segera Mamee Chef yang mengetengahkan mee tarik sebagai tarikan,terdapat dalam perisa Ayam Pedas Shitake,Laksa Kari dan Tom Yam Thai.Terdapat dalam bentuk pek dan cup.Antara penghargaan dan anugerah yang pernah di terima adalah :

-Mamee Chef Curry Laksa rated Top 10 Best Instant Noodles in the World for 2014 dalam laman blog  theramenrater

-Putra Brand awards bronze Recepient 2014 di bawah Food Srtuff Category

-Frost and Sullivan Malaysia Excellence Awards Recipient.

Selain itu,kami di tunjukkan demo penyediaan bahan dalam perencah mee segera tersebut yang menjadi kunci kesedapan mee segera Mamee,ia salah satu rahsia kejayaan mee segera ini bila mengekalkan resepi asli dari Chef Ismail,pes perencah yang di buat mengekalkan kesegaran bahan semulajadi,terutama dalam perencah Laksa Kari dan Tom Yam Thai.


cara membuat perencah yang di masukkan dalam pek mee segera

bahan-bahan asli yang di gunakan

perencah yang sudah siap di masak

Selain resepi perencah yang asli,mee segera Mamee Chef juga di lengkapkan dengan sayuran kering dlaam setiap paket mee seperti sayuran,udang kering dan tauhu.
Selain itu mee segera Mamee sememangnya mendapat pengesahan halal dari Jakim yang akan tamat sijil halalnya pada 2015.






Pengesahan sijil halal yang Cik Ngah dapatkan.So jangan risau ye,memang halalan toyyiban.

Kami juga di tunjukkan cara-cara membuat mee tarik daripada chef yang pakar dalam pembuatan mee tarik ini.Tak best kan tengok gambar je ,jom kita tengok video yang sempat Cik Ngah rakam ni ye…lebih jelas gitu.





chef mee tarik dengan CEO dan Manager2 Mamee Chef


 Kemudian kami di bawa melawat sekitar kilang dan cara pemprosesan mee segera dari awal hinggalah boleh di makan.Penerangan ringkas di beri oleh Mr Ng ,Operation Manager Kilang Mamee.Kami di tunjukkan setiap peringkat penyediaan mee segera ini.Apa yang Cik Ngah perhatikan kilang ini sangat bersih dan pekerja semua mementingkan kebersihan.


Antara peringkat penyediaan mee segera di kilang ini adalah :

1) Mixing-mencampurkan bahan-bahan untuk menbuat doh mee

2)Rolling-proses pembentukan doh untuk memudahkan membentuk mee

3) Slitting-proses membentuk mee

4) Steaming- mee yang siap di bentuk di panaskan atau di masak dengan stim.

5) Cutting-mee kemudian di potong mengikut ukuran yang di tetapkan

6) Seasoning Shower- mee yang siap di potong di siram dengan sup perasa yang di masak sendiri

7) Frying-kemudian mee di goring untuk memasak dan sebatikan perasanya

8) Cooling-mee yang sudah di masak,di keringkan dan di sejukkan,supaya tahan lama bila di bungkus.

9) Packaging-mee di bungkus dalam bentuk paket atau cup serta di masukkan perencah mengikut perasa yang di tetapkan






Selepas melawat kilang memproses mee ini,kami di hidangkan makan tengahari yang di baw akhas dari Mamee House di Jonker Walk,Bandar Melaka.


desert,kek coklat sedappppp.....

nasi ayam hainan kepal,yummyyyy....
First time makan nasi ayam kepal,sedapppp…tapi Cik Ngah tak amik banyak sebab masih kenyang,ada desert kek coklat yang sedap,sate dan minuman,kami juga di beri merasa mee segera Mamee Chef Kari Laksa yang di masak,memang terasa kesedapannya.

MAMEE HOUSE @ JONKER WALK



Selesai menjamu selera kami meneruskan lawatan ke Mamee House yang terletak di Jonker Walk,Bandar Melaka.Bangunan lot kedai yang berusia lebih 100 tahun di jadikakan galeri produk dari Kilang Mamee,terdapat kaunter jualan baju t,cenderamata,produk2 seperti mee segera,potato pringle,dan macam-macam lagi.Terdapat juga restoran untuk menikmati hidangan ala carte dari produk mamee dan lain-lain.

mee goreng mamee chef


nasi ayam hainan kepal
Antara hidangan yang terdapat di Mamee House,Mee Goreng Mamak Mamee dan Nasi Ayam Kepal Mamee.

Penerangan ringkas dari kakitangan Mamee House,ia di buka sekitar akhir November lepas,sebagai kedai penjualan,restoran dan meyediakan tempat latihan dan kelas belajar membuat  mee serta bahagian interaktif untuk kanak-kanak seperti DIY cup mee segera dan kelas membuat mee.

souvenir yg di jual
produk2 yang di jual


sempat bergambar ngan mamee monster
Kami di bawa ke bahagian atas untuk melawat kelas membuat mee dan DIY cup mee segera.

tangga ke bahagian atas

DIY cup mamee masing2 heheheh...

ni Cik Ngah punya....
Kami di beri peluang mereka cup mamee sendiri,yang atas tu Cik Ngah punya,okehhh jangan  kutuk ye,dah lama tak mewarna heheheh….kejung tangan ku.



Ini pula permandangan di dalam restoran dari tingkat atas bangunan,dekorasi yang cantik,suka sangat dengan bangunan ni.

Itu lah seharian lawatan kami bersama Mamee Chef dan Nufnang Team,terima kasih banyak-banyak kepada team Nuffnang menjemput kami.Memang seronok,Cik Ngah kalau pasal makanan memang la heheheh…
Lain kali jemput la lagi ye…
Untuk maklumat lanjut dan promosi anda boleh ke page FB Mamee Chef 

 Bisik-bisik:

-kali pertama ikut trip lawtaan macam ni semenjak bergelar blogger,teringat rombongan sekolah hehehe…
-Jujurnya Cik Ngah lebih suka produk Mamee dari yang lain sebab mee nya lebih kenyal tak cepat kembang dan perencah nya tak terasa kuat sangat MSG

8 comments:

  1. Kita ada dpt jemputan..tp jauh sgt la...wuuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. jauh nak buat cam na kan? sue pun sebab tak de hal

      Delete
  2. Seronoknya Sue...K.Ma pun dpt jemputan tapi tak leh join sbb ada hal yg lebih penting..

    ReplyDelete
  3. Hai Sue... sori x sempat berborak sangat.. i ni pemalu..hihihi.. harap dapat jumpa lg kat event lain pulak nnt...

    ReplyDelete
    Replies
    1. heehehheh...kita pun pemalu jugak,nanti kita borak2 ye....hehee

      Delete
  4. Orite.. menarikkan. Dapat jalan2 sambil makan2..

    Mamee ada bagi goodie bag x

    ReplyDelete
  5. ada juga gambar tengah colouring kat sini...thanks a lot.

    ReplyDelete