17 June 2014


Resepi simple tuk rekod sendiri,biasa buat ngan ikan bilis je,tapi kebetulan ada udang,try and error la...
sedap jugak,kalau nak pedas lebihkan cili boh ea,makan ngan nasi pun sedap,ngan pulut pun ok,cicah roti pun boleh...heheheh alaaa kita buat dia kan...

Bahan:
Udang sederhana 15 ekor -di buang kulit,kepala dan ekor
3 sudu tempoyak 
2 sudu cili boh-nak pedas buh la banyak2 heheheh
2 ulas bawang putih-blend
3 ulas bawang merah-blend
1 biji bawang besar-potong bulat
1 batang serai-ketuk
perasa

Cara :
-tumis tempoyak,cili boh dan bawang yang di blend sampai wangi
-masukkan udang dan serai
-tambah air sikit bagi berkuah
-masukkan bahan perasa dan bawang besar
-gaul biar mendidih dan tutup api
-sedia di makan

bisik-bisik:
simple kan,buat lauk sahur pun sedap ni.




5 singgah dan taip sket..

Untunglah kepada sesiapa yang suka memakan tempoyak. kan..kann..

REPLY

amboi sedapnye!! cx mmg suke tempoyak! huhu. nak sikit please.huhu

REPLY

tempoyak bulan puasa tak selesa lah...

hehe

REPLY

udang tu feveret, tp tempoyak tu x reti nak makan, hikhik~

REPLY

Catatan Sue Izza . 2017 Copyright. All rights reserved. Blog Templates Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates