Little Scientists : Belajar Sains Dengan Bermain

8:00 AM Sue Izza 5 Comments

Bila sebut subjek Sains,ramai ibu bapa yang mengeluh anak-anak tak minat sebab membosankan kan? Pembelajaran di dalam kelas yang biasa membuatkan kanak-kanak tidak teruja untuk belajar dan jadi malaskan?

Sebenarnya kalau kena cara,subjek sains ni boleh jadi sesuatu menarik dan menyeronokkan.
Ye,itulah yang di lakukan oleh LITTLE SCIENTIST untuk anak-anak kecil di usia tadika lagi,minat di pupuk terhadap sains di sekitar mereka dengan cara bermain dan memang menarik.


Little Scientists di lancarkan pada tahun 2002 untuk pembelajaran awal kanak-kanak tadika di bawah syarikat Fun Science Enterprise.Program yang di bawakan oleh Little Scientist lebih kepada pendedahan sains asas di peringkat awal kanak-kanak ,dengan cara 'Hands-on & Fun'.Kanak-kanak boleh bermain dan bereksperimen dengan bimbingan pengajar yang di beri latihan khas.Pengalaman 10 tahun Little Scientists telah mendapat tempat di banyak Taman Bimbingan Kanak-kanak,Tadika dan 'Kindergarden' seluruh negara.


Ms Ho Teh Eng,Founder Little Scientists



Mr Cheng.CEO Little Scientists

Apa yang korang perlu tahu ,dalam program ini,kanak-kanak di ajar sains dengan cara bermain,dan melakukan eksperimen mereka sendiri.Denga itu mereka sendiri boleh merasai kesan dan apa yang berlaku dalam eksperimen tersebut ,contohnya:

-apabila mencampurkan warna kuning dengan hijau ,akan terhasil warna biru
-air yang panas boleh menghancurkan gula dengan cepat,hasil tindakan haba.
-apabila meniup belon angin akan membesarkan belon tersebut.
-bagaimana pokok boleh hidup dengan cahaya matahari.
-eksperimen tangan robotik mengajarkan fungsi sendi tangan dan anggota badan.




Selari dengan sifat kanak-kanak yang suka meneroka sesuatu yang baru,eksperimen begini akan merangsang lagi motor skill otak mereka,dan menambahkan keyakinan diri,bahasa dan kemahiran bersosial.Proses pembelajaran ini juga menjadi kan mereka leboh kreatif bila mencuba sesuatu contohnya bila bermain dengan campuran warna mereka akan jadi teruja serta seronok untuk mencuba warna lain pula,selain itu merangsang minda mereka juga untuk mencipta sesuatu yang baru dengan pengetahuan baru itu.


kemahiran sosial yang terbina di kalangan kanak-kanak dalam program ini

Antara Eksperimen dan pembelajaran yang ada dalam program ini :






Selain itu,kanak-kanak juga di dedahkan sains alam sekitar di sekeliling mereka seperti tanah,air,udara yang mempunyai fungsi tertentu.Ini dapat membuka minda mereka untuk terus meneroka alam dan persekitaran di sekeliling mereka.

Cik Ngah rasa program ni memang menarik la kalau semua tadika dan kindergarden dapat menjalankan aktiviti begini,kanak-kanak akan teruja untuk belajar,malah seronok dengan pelajaran mereka.

Oh ya,Program ni juga mendapat slot dan liputan dalam Rancangan Assalamualaikum di TV ALHIJRAH
boleh lihat di sini :



Dan untuk membaca komen Azidah dari TV HIJRAH boleh baca di SINI

Selain pembelajaran sains,program ini juga menerapkan elemen Islamik dan ketuhanan dalam proses pembelajaran,jadi kanak-kanak dapat mengaitkan sains dan Al Quran.Bagi Cik Ngah itu lah bagus nya program ini,bukan semata-mata sains dan apa yang ada di hadapan mata sahaja,kerohanian juga di terapkan di samping nilai-nilai murni,perkara begini la yang penting untuk pertumbuhan otak kanak-kanak kan.

Untuk maklumat lanjut anda boleh layari laman web dan media sosial LITTLE SCIENTISTS ini seperti berikut:

Insta : www.instagram.com/theLittleScientistS

Oh ya ,jangan lupa dengarkan Little Scienstits di Radio IKIM pada 9 Julai 2014 ini ,pukul 6.15 petang ye,untuk maklumat dan pendedahan.

 Bisik-bisik:
sebenarnya bukan kanak-kanak je yang suka dengan sains meneyeronokkan macam ni,kita yang tua ni pun seronok kalau dah belajar macam ni kan,santai dan sambil main gitu.

5 comments:

  1. Tak sabar tunggu mikhail besar.. nak bg dia belajar sains

    ReplyDelete
  2. Semasa kecil dahulu suka buat projek sains dengan merujuk buku di perpustakaan.

    ReplyDelete
  3. mcm xsabar nk tggu ank masuk program cmnii...

    ReplyDelete
  4. anak saya pon ada gak join program ni kt taska dia.bagus.bole pupuk minat dari kecik

    ReplyDelete
  5. pcl dah terlepas peluang nak sekolahkan anak ke tadika sains...dua2 dah besar, baby baru pun x nampak nak muncul lagi huhuu..tp kan, memang bagus bg anak2 belajar sanis dgn cara mudah dan menarik minat mereka..

    ReplyDelete