Program Jalinan Ramadhan 1435H

1:37 PM Sue Izza 3 Comments

Assalamualaikum semua,

Dah 6 Ramadhan kan kita,di bulan mulia ini kita memang di tuntut untuk membantu,bersedekah dan meringankan beban fakir miskin selain berpuasa di siang hari.Okeh ,kali ni Cik Ngah nak buat hebahan tentang satu program amal yang di anjuran oleh Kelab Kebajikan Nur Insaniah Selangor, korang semua boleh sertai untuk menyumbang.Jom tengok maklumatnya di bawah :

Maklumat Program.


Program Jalinan Ramadhan
Anjuran Kelab Kebajikan Nur Insaniah Selangor (no pendaftaran:PPM-014-10-13012014)


Tarikh dan Tempat -
20 Julai 2014 / 22 Ramadhan 1435H
Sekitar Kuala Langat,Selangor


Matlamat -
Mengedarkan pek barangan dapur kepada golongan yang memerlukan pada bulan Ramadhan yang mulia ini.


Objektif -
Membantu meringankan beban keluarga serta mewujudkan masyarakat prihatin dan memperkukuhkan jalinan ikatan silaturrahim sesama kita.


Golongan sasaran -
300 keluarga Mualaf (orang asli),Asnaf , Fakir miskin dan ibu-ibu Tunggal yang mempunyai anak yatim.


Kos Program -

Sasaran untuk menyediakan 300 pek barangan dapur seperti beras,minyak masak,gula,tepung gandum,kurma dan lain-lain.
Nilai 1 pek RM200


Jumlah Dana yang diperlukan -
Dana yang diperlukan adalah RM60,000 (300 X RM200)


Sasaran Sumbangan -
RM200 seorang - terpulang pada keikhlasan anda.


Cara Sumbangan -
Boleh disalurkan melalui


Cimb Kelab Kebajikan Nur Insaniah Selangor
* 86 0193243 8


Maybank Saiful Anuar Amri (Akuan khas Admin Program JR)
* 1641 8240 4340


Penting - Apabila sumbangan telah di bank-in



Sila emailkan nama anda,nama bank,Tarikh dan masa bank-in,jumlah sumbangan ke kelabnurinsaniah@gmail.com
contoh : Ahmad,cimb,15/5/2014 11.00 am,RM200
Untuk sms/whatsapp sila hantar ke no ini 018-2711362


Info lanjut di

FB - https://www.facebook.com/kelabnurinsaniah
blog - http://www.nurinsaniah.com

Pegawai Bertugas-
Mohd Hasrul 0111-6269252, Zamri 019-2745034, Jamian 012-2676091

Segala sumbangan dari pihak tuan/puan kami dahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

‘Berkongsi Membawa Berkat’

Yang benar,
Mohd Hasrul Bin Abdul Hamid
Pengarah Program Jalinan Ramadan
Kelab Kebajikan Nur Insaniah Selangor(PPM-014-10-13012014)
Unit 3-4-2,Blok 3,Diamond Square Commercial Center,
Jalan 3/50,Tmn P Ramlee,
53000 Gombak Kuala Lumpur
Tel : 03-4023 3830 Fax : 03-4023 3841
Email :kelabnurinsaniah@gmail.com
Website: http://www.nurinsaniah.com/
Like Fan page : https://www.facebook.com/kelabnurinsaniah
Di harap kawan-kawan yang membaca juga dapat la tolong sebarkan ye.

bisik-bisik:
tak boleh bagi banyak kita bagi sikit
kalau tak de duit kita tolong sebarkan
insya allah ada bahagian yang Allah pandang nanti

3 comments:

  1. InsyaAllah, kalau tak ada apa apa halangan ena join.. dah lama tak join program amal macam ni... hurmmmm

    ReplyDelete
  2. salam singgah jenguk sini...blog cik ngah sue.. :) selamat beramal di bulan mulia.

    ReplyDelete