Review Filem Tembus

2:58 PM Sue Izza 5 Comments


Tembus,filem yang menggabungkan pelkon dari 3 negara,iaitu Malaysia,Singapura dan Indonesia.sebuah filem konflik kekeluargaan yang sesuai dan patut di tonton semua lapisan masyarakat.

10 Julai lepas ,Cik Ngah berpeluang menghadiri majlis pratonton Filem Tembus dan berbuka puasa bersama anak yatim di eCurve,Damansara.Filem ini akan di tayangkan pada Aidilfitri ini di pawagam seluruh Malaysia dan Brunei.

Filem yang di arahkan oleh Ahmad Idham kali ini memang berbeza dari arahan2 dia sebelum ini,membawa isu kekeluargaan memang berlainan dari filem-filem beliau yang lepas.Bagi Cik Ngah filem ini memang sarat dengan pengajaran dan mengajak penonton berfikir sebab dan akibat.

antara pelakon Tembus
Abby Nazri,Sheera Iskandar,Eizlan,Khir Rahman,Fazura,Mia Sara,Luna Maya dan Aaron Aziz
Filem ini di bawah terbitan Excellent Pictures,dan Cik Ngah nak ucapkan teria kasih banyak menjemput kami para bloggers ke majlis ini,ini kali pertama Cik Ngah ke majlis syarikat ini.Terima kasih atas layanan yang memang tip top,kami pulak yang naik segan dengan layanan baik pihak mereka.


sempat berjumpa fazura,cantik
Keseluruhannya filem ini mengisahkan keluarga yang di pandang sempurna di mata masyarakat tapi sebenarnya kesempurnaan itu masih ada lagi lubang kecil yang dapat di tembusi anasir luar yang akan menghancurkan keluarga tersebut.Mereka memiliki segalanya tapi tidak sedar dengan segala yang mereka ada itu,ada lubang-lubang di hati dan hubungan mereka yang tidak berjaya di penuhi,apabila berlaku konflik,lubang-lubang tersebut terus pecah menjadi sesuatu yang dasyat dan menghancurkan rumahtangga mereka.

Aaron Aziz

Banyak pengajaran dalam filem ini untuk pasangan suami isteri terutamanya yang bekerjaya dan mengejar kemewahan serta harta benda,di sebalik kesempurnaan yang di cari,kadang kala terlupa nilai kasih sayang dan kesetiaan serta kehormatan.

barisan pelakon utama
Apapun Cik Ngah rasa korang memang patut pergi tengok,filem ini juga ada aksi yang mendebarkan,sarat nilai kasih sayang dan pengajaran serta mesej-mesej yang berguna.



bisik-bisik:
Happy giler bila dapat jumpa Aqasha ,pelakon dan penyanyi yang memang Cik Ngah minat dari mula-mula dia bergiat dalam bidang seni,zaman-zaman Embun dulu lagi heeehee..dia datang memberi sokongan untuk kawannya Khir Rahman dan untuk majlis berbuka puasa.Nampak kurus la pulak kat luar,hehhehe...sama umur je pun....

with aqasha

5 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Macam mana boyfriend yaya aqasha ada dalam blog kak sue ni? :p

    ReplyDelete
  3. Raya erk , lik Png la bosan2 gi layan..

    ReplyDelete