20 July 2014

Alhamdulillah,6 Julai lepas Cik Ngah berkesempatan menyertai Program Shopping Raya Projek Iqra di Rumah Attaqwa,Puchong Perdana.Seawal pukul 8 pagi kami dah ada di sana,Cik Ngah dan kawan-kawan (Cik Qaseh,Cik Mieza dan Pn Fiza) di tugaskan sebagai Crew Social Media untuk membuat liputan program ini.

Kami berkumpul di Rumah Attaqwa untuk pendaftran sukarelawan dan pembahagian adik2 di rumah itu untuk keluar bershopping.Adik-adik di pakaikan tag untuk memudahkan pengenalan.

urusetia sedang menjalankan tugas

kami-crew social media


Sementara menunggu pembahagian sukarelawan dan ucapan perasmian,sempat dok lepak-lepak dengan adik-adik ni semua.Mereka mula-mula memang malu2,tapi dah lama sikit haaaaa memang melekat la,mesra sangat.Macam-maca di tanya nanti,heheheh pandai-pandai la menjawab ye.

dengan adik-adik Attaqwa,comel2 dan manja2 semuanya...

malu tapi mahu hheheeheh....
Program Shopping Raya ni adalah salah satu usaha untuk menggembirakan hati anak-anak yatm dan asnaf untuk sama-sama merasai nikmat membuat persiapan hari raya yang akan datang.Mereka di beri kebebasan memilih apa saja dalam lingkungan bajet yang di beri,tidak tertumpu pada persiapan hari raya sahaja.

Sebenarnya Cik Ngah banyak kali jugak datang ke Rumah Attaqwa ni untuk menghadiri KELAS RAKYAT,(tapi banyak kali dah tak datang huuhuu ampunnn..banyak urusan lain) apa itu kelas rakyat,ia adalah program mingguan yang di sertai sukarelawan untuk membantu mengajar anak-anak di rumah2 kebajikan dalm menyiapkan kerja sekolah dan membantu mereka dalam pembelajaran,biasanya selama 3 jam setiap sesi,untuk maklumat lanjut anda boleh klik KELAS RAKYAT PROJEK IQRA 

Di Rumah Attaqwa ni terdiri daripada anak-anak perempuan berumur dari 6 hingga 17 tahun seramai 45++ orang,lelaki pula dalam 35++ yang berumur 7 hingga 16 tahun.

Cik Ngah memang respek la dengan team Projek Iqra dengan usaha mereka ini,sangat mementingkan pendidikan dan kebajikan anak-anak yantim yang di bawah program mereka.Semoga segala usaha mereka di berkati Allah dan di permudahkan urusan.


antara anak2 yang tidak sabar untuk bershopping

taklimat kepada sukrelawan oleh orang kuat Projek Iqra,En Maman Solleh

Ucapan dari Ustazah Norhayati,Pengasas Rumah Attaqwa

antara sukarelawan yang meluangkan masa
Lokasi shopping kali ini adalah di Mydin Mall,USJ,anak-anak akan di bawa oleh sukarelawan dengan kereta mereka untuk membeli keperluan masing-masing dengan bajet yang sudah di beri oleh penganjur untuk setiap seorang anak.

antara crew projek iqra-najeeb dan dr.shawn

anak-anak dan sukarelawan melangkah masuk ke Mydin Mall dan di sambut oleh staff mydin

antara orang kuat Projek Iqra,Maman Solleh

KA dan Dr,Shawn
Staf  Mydin yang memberi kerjasama dalam program ini.
Seronok melihat riak kegembiraan di wajah anak-anak ini,tapi ada juga kesayuan bila ada anak-anak yang bercerita tak pernah masuk mall sebesar ini,tak pernah beli pakaian di tempat sebegini,ada tu yang hanya menunggu baju-baju yang di beri orang untuk berhari raya,baju-baju terpakai,Allahuakbar jatuh air mata,tak tahan sebak terus Cik Ngah berlalu konon2 nak amik gambar org lain.Padahal dok kesat airmata belakang rak....huuhuuuu....
sempat lagi mencuba mainan

sukarelawan yang sabar melayan kerenah anak2 shopping

memilih barangan yang sesuai dengan size mereka
cuba korang teka apa di sebalik baju oren tu

haaaaaa....tengok tu macam2 kerenah ada,pening sukarelawan di buatnya hehehehe...

nak posing jugak-Cik Ngah dan Cik Fiza

sib baik la sukarelawan suma sabar2 heheheh

pilih dik pilih

alaaaaa tak de size pulakkkk heheheh

ada pulak yang malu2 nak beli barang dan pilih

Seronok sangat melayan adik2 ni semua macam-macam ragam mereka,ebih kurang pukul 3 petang semuanya selesai membeli -belah keerkuan masing-masing,dan sukarelawan menghantar kembali mereka pulang ke rumah Attaqwa.

Seronok tengok adik-adik shopping,crew pun tumpang shopping sekali la heheheheh

najeeb dan mawardi senpat lagi memilih barang mereka hehhhee...
PROJEK IQRA :

Ditubuhkan pada 2013 oleh tiga sahabat Muhammad Solleh Mahfoz,Suhaimi Abdul Manan dan Sharifah Sharina Syed Aswad.Idea Projek Iqra ini tercetus setelah mendengar dan melihat sendiri kesukaran anak-anak yatim lepasan SPM untuk menyambung pelajaran walaupun berminat dan berkelayakan.Ini kerana tiada wang untuk yuran pngajian dan wang sara diri menjadi penghalang untuk meneruskan cita-cita mereka.Jadi projek iqra telah bekerjasama dengan rumah-rumah anak yatim dalam program berbetuk pendidikan ,kemahiran,kesihatan dan kain-lain yang memberi manfaat kepada mereka.

Ada pelbagai program yang di jalankan yang boleh di sertai oleh sukarelawan yang berminat.antaranya Kelas Rakyat,Shopping Raya,Pemeriksaan Kesihatan,Chef Muda ,Bengkel Bijak Belajar dan banyak lagi.

Untuk maklumat lanjut anda boleh ke :

Apa yang anda oleh antu Projek Iqra :
-sebagai sukarelawan untuk pelbagai program
-sebagai penaja-cara-cara menyumbang anda boleh lihat di laman web mereka
-sebagai rakan komuniti-terlibat dengan aktiviti komuniti ssetempat bersama anak yatim dan asnaf serta fakir miskin.
-memberi maklumat anak yatim ,fakir dan asnaf yang berpotensi di taja kepada projek iqra
-menyebarkan maklumat mengenai projek iqra di laman sosial dan membantu mewar-warkan program mereka

Semoga kita sama-sama dapat membantu usaha murni ini dan di berkati Allah.

bisik--bisik:
Besarnya tanggungjawab dan pengorbanan mereka dalam membela anak yatim ini,Cik Ngah memang salute la tak semua orang mampu buat begini.Semoga suatu hari Cik Ngah dapat menjejaki mereka.


1 singgah dan taip sket..:

Catatan Sue Izza . 2017 Copyright. All rights reserved. Blog Templates Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates