Dugaan Menjelang Syawal 2014-Bila Tayar Meletup

1:26 AM Sue Izza 6 Comments

Alkisahnya sebelum balik raya ari tu,biasa la kan sebelum balik kampung mesti la nak service keta ,buat alignment,balancing bagai.Cik Ngah ni nak kata terer pasal keta memang tak la,tapi ada penasihat merangkap mekanik personal gitu hehehehhe....officemate sebenarnya tapi family dia ada bengkel kereta di serdang dan dia salah sorang mekanik part time,bengkel tu pun adik2 dia yang uruskan,perniagaan keluarga.Cik Ngah pun dah jadi regular customer kat situ,hasil kerja diorang bagus.

Eh,bukan nak cite pasal tu sebenarnya ,kisah first time Cik Ngah alami tayar meletup tengah drive,kekonon nak tolong pi buat alignment and balancing keta Mr D,memandangkan dia tak sempat,dan Cik Ngah ada masa.Pi la amik keta dia kat umah bujang,on the way nak pi kedai tayar teringat lak ,tertinggal dompet kat umah,terus la patah balik ke presint 9,elok nak naik simpang ke rumah,tetiba bunyi tayar meletup,nasib baik masa tu tak laju,and memang dok line kiri.

Perkara pertama ye kalau jadi macam ni,tolong jangan panik,Cik Ngah ingat pesan mekanik tu,mula-mula meletup ingat tayar orang lain haaahaaa....,ada la 2 3 biji keta laju,sekali terasa stereng berat ke sebelah kiri,dan bunyi tayar dah kempis,mekanik Cik Ngah memang dah pesan,jgn terus tekan brek kalau jadi macam tu,so Cik Ngah just lepas minyak,free gear dan paut stereng ke tepi jalan,memang terasa la berat skit,dan terus berhenti.Denga cuaknya keluar tengok,anyoyoooooo......dah kempis habisssss tayarnya...huuhuuu

penyek terus haaa.....
Terkedu kejap,kalau keta sendiri tak de la cuak sangat,dah la bawa keta orang,tuan dia pulak lahaiiiiii cermatnya huuhuu...masa tu Cik Ngah memang tenang la,dalam hati tuhan je la tahu,nak nangis gak la tersadai tepi jalan kan,malu plk orang lalu-lalang dok hon2...uwaaaaa....

tersadai
haaaa tu dia,sempat gak dok snap gambar,kalau org tengok memang tenang giler muka,bleh senyum2 lagi heheheh....first time kena nak pasang triangle kuning tu pun tak pandai hehehe...pastu pi letak rapat ngan keta,patutnya dalam jarak 4 atau 5 meter dari kereta baru la orang bleh slow dari awal,lepas ken tegur ngan mekanik baru lah alih (sempat wasap2 dia tanya nak buat apa).

Dah letak triangle baru lah Cik Ngah lepak bawah pokok and call Mr D,awal2 suara dah ketar2 takut kena marah,tuan dia cerewet weiiii....fuhhhh sib baik dia okey,huhuu...bila cakap tayar,suara dia pun okey je..hahahha punya la takutkan.
So lepas call tu,dok pikir la cam ne la nak tukar tayar spare ni,call budak-budak opis pun tengah buat kerja,termenung la jap tepi jalan tu,dah macam model tak berbayar hahahhaa....
Mulanya suruh Mr D balik tapi dah pukul 3 ptg pun ,dah la dia keje kat KL ,kul berapa pulak nak patah balik sebab ada majlis buka puasa kat Kg Baru,KL.

yeayyyyy dah tukar tanyar spare
Alhamdulillahhhh dalam dok termenung tu datang la sorang brader,dengan motor,berhenti and tanya,terus dia offer tukarkan tayar spare,rupanya dia pun mekanik tapi motor la.Selalu orang akan call dia bila motor pancit tengah jalan,dia buat bisnes tu.So dengan pantasnya dia kuarkan alat dan tayar spare tak sampai 15 minit ,dah siap....wowwww...tak sempat nak belajar hahahha...siap tolong kemaskan lagi tu.Dah ucapkan terima kasih dan nak hulur sikit ,terus dia start motor,katanya tak pe lah,ikhlas...Allahuakbarrr...syukur sangat bulan puasa dengan cuaca panas nak belanja minum pun tak leh,katanya dok flat hijau je,kalau jumpa tegurla...Insya Allahhhh...

tu dia pecah nya macam kena hiris plak
Tengok kan tayar tu agak teruk la,tapi Mr D pun kata dah sampai masa kena tukar pun ,tayar 2011 lagi tu,mulanya nak gi kedai terus tapi tak jadi,balik rumah dulu,sebab petang tu ada majlis buka puasa kat KL.

kedai tayar kat Dengkil
Esoknya baru lah pegi kedai tayar ngan Mr D,terpaksa la dia cuti hehhehe...pi kedai deal2 tayar,mulanya nak amik Goodyear tapi budak kedai tu kata Goodyear lembut tayarnya,nanti mudah bengkak kalau langgar lubang,dah la nak balik kampung,lepas kira-kira harga dan bajet,tukar la 4 biji terus ,ambik jenama asal jugak Continental dalam RM200++  la sebijik.

bila bukak tayar yang meletup tu,aiyokkkk ada benda ni
Haaaa,tu dia menatang tu yang buat tayar meletup,macam mana masuk pun tak tau la...adehhh...so bawa keta lepas ni hati-hati k,atas jalan tu macam-macam ada.Dah bukak tayarnya,dah pasang baru,ada pulakkkkk benda lain skru chambernya kena ejas katanya...ermmmm ni la kalau pakai keta,kena bersedia la.Yang pompuan ada keta ni sila-sila amik tahu okeh! jangan sampai kena tipu dengan kedai,at least bila kita ada info skit dan tahu serba sikit tak de la orang senang-senang nak goreng kannnnn.....


So,total-total habis gak la dekat-dekat RM1K phewwwww....lap peluh jap di buatnya...pengajaran la ye,kena sentiasa bersedia,bawa keta ni kekadang kalau dah benda nak jadi kita tak leh elak.Bila nak menukar tu kena pandai la survey cari tayar yang sesuai dengan penggunaan kereta kita,kondisi perjalanan nanti,kena amik kira jugak tu.Tak pe lah kan berabis sikit,asalkan perjalanan bersama keluarga tersayang nanti selamat kan?

bisik-bisik:
Korangkorang terutama yang pompuan tu,belajar2 la skit-skit,bila service atau gi bengkel tu,kalau tak tahu tanya,jangan sampai tak kenal mana tangki minyak mana radiator,mana tangki air wiper plak ye.heheheh
bercakap berdasarkan pengalaman,sib baik la ada mekanik personal yang tak bergaji tu dok ajar macam-macam.ngeeeeeee......

6 comments:

  1. balik raya baru nie convoi dgn tinta asyraf..Tayar masuk besi kt Temerloh..Nasib baik ambe ada follow..hehe

    ReplyDelete
  2. ko tayar kete..aku tayar moto..dugaan betol..

    ReplyDelete
  3. fuhh, bahaya jugak kan kak sue, tambah2 kalo time tu kita sesorang..pompuan pulak tu ..

    ReplyDelete
  4. Kalau lihat gambar nampak tayar berlubang agak teruk dan tidak boleh ditampal .Tak ada pilihan perlu tukar 2 tayar sekali.

    Hari Raya tempoh hari terkena waktu malam didalam perjalan pergi beraya. Lebih malang tayar spare kurang angin. Nasib baik ada saudara ikut pergi tolong pam angin tayar. Syukur dapat balik ke rumah.

    Adjust skru atau tukar skru chamber ini kalau buat alignment. Saya tempoh hari hanya tukar tayar dan buat balancing sahaja. Sebanya stereng kereta berada didalam kedudukan yang betul tidak ke arah kanan atau kiri. Kos tukar tayar dengan balancing RM3++ untuk tayar jenama Silverstone M5.

    ReplyDelete
  5. Tak mengapa, pengalaman hidup semua ni.. hehehehe..

    ReplyDelete
  6. Serpihan besi-besi liar memang banyak atas jalanraya Malaysia ni. Serpihan besi yang jinak, anak yang membelanya pun banyak juga. Baru kena seminit, tetiba je bantuan pun tiba tanpa dipanggil. Huhuhu

    ReplyDelete