Nostalgia Ikan Rebus

8:00 AM Sue Izza 14 Comments

Pernah makan ikan rebus goreng? sedap wooooo....makan ngan nasi panas-panas kawankan dengan sambal cili api tumbuk ,ulam kacang panjang atau timun batang,perghhhh nostalgia sangat bagi Cik Sue yang village people ni heeehee...tu la bekal ke kebun sayur arwah nenek time sekolah menengah dulu,time cuti sekolah bukan boleh dok rilek main game atau tab macam budak sekarang.

Bangun pagi-pagi,sarapan dengan lempeng atau cekodok pisang,amik bakul siap dengan parang,kertas surat khabar dan alatan ke kebun,dan semestinya bekal nasi berlaukkan ikan rebus goreng ni.Biasanya ikan selar,selayang atau apa je yang sesuai.

Bahan :
Ikan
Garam Kasar
Asam Keping
Gula Melaka / Nise
Air


sebelum

Cara:
-Masukkan ikan dan air tapi jangan sampai tenggelam ikannnya,separuh je
-Masukkan Asam keping,Garam dan Gula Melaka /Nise
-Rebus sampai mendidih
-Tutup api

*boleh goreng akan jadi hitam skit
*boleh makan begitu saja ngan nasi
*cicah budu pun ok


selepas

Biasanya,bekal nasi dan ikan rebus ni makan dalam pukul 11 atau 12 kat kebun,bila dah habis merumput di batas-batas sayur dan membalut putik-putik peria dan timun yang baru supaya tak di hinggap serangga,biasanya akan di balut denga kertas suratkhabar yang di buat kelongsongndan di semat dengan lidi yang di tajamkan di tangkai putik tu.Ohhhh rindunya kenangan itu.

Kenangan tolong arwah nenek tanam sayur,untungnya berbudi pada tanah,macam-macam sayur kami tanam,peria,timun,sawi,kangkung,kacang panjang,cili api,labu,kundur,petola,bendi...macam-macam lagi.
Oh ya! ini bukan tanam untuk makan ye,untuk di jual,tiba masa menuai hasil,kami mengutip berbakul sayur,paginya atuk akan hantar je stesen keretapi dengan motor,bawa naik keretapi dan bawa ke pekan Lipis untuk di jual.Kami tak tolak kat cina pemborong tapi jual sendiri,yessssss Cik Sue jual sayur kat pekan sari atau pasar tani,malu?? tak lah...seronokkkkkk....

Mungkin bagi budak sekarang malu kan jual sayur macam tu,tapi masa zaman tu kami rasa seronok dapat jual hasil usaha sendiri ,adapat pegang duit upah hasil usaha sendiri.Malah ada kawan Cik Sue  tolong bapa dia jual ikan,jual kuih,bila pasar tani habis,kami akan singgah minum kat kedai dulu sebelum balik,seronok sangat masa tu.Nostalgia bersama arwah nenek

bisik-bisik:
Alfatihah tuk arwah nenek yang banyak mengajar erti hidup dan pentingnya jangan menyusahkan orang dalam hidup.Rindu :(


14 comments:

  1. lepas rebus goreng, letok bawang bayok2 ayooooooooooooooooooooooooooooooooooo...

    ReplyDelete
    Replies
    1. haaaa apa lagiiiii pi buattttt...hehehheheh

      Delete
  2. nie sudah marah..bila laa boleh merasa kak su punya masakan..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. erkkk jgn marah2...hehehe heyy awak kena make hok bini masok doh lo ni ngeggeee

      Delete
  3. Oh, ingat hendak bagi makan kucing.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sampai hati sobs sobs...itu je yg mampu masa tu,org kg kannn huuhuu

      Delete
  4. K.Ma dok kg selalu buat tp x letak nise tu..pastu guna ikan kembung jer..ikan selayang tu x makan..:-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni resepi family kitaorg,mingkin ada la org lain buat tapi memang sedap,rasa masin-masin lemak ,bila goreng rasa lagi sedappp..hehehe

      Delete
  5. anis baru belajar makan ikan rebus nie.. sedap rupenye.. selalu beli je yg dh siap..tinggal gorengkan aje.. hihi...

    ReplyDelete
  6. Seronoknya ada kenangan berkebun dulu... mesti sekarang cik sue pun pandai menanamkan.?!

    ReplyDelete
  7. Mengidam ikan rebus mabung? Suka makan tapi xsuka nak siang ikan? Susah nak jumpa melainkan dikawasan berdekatan pantai? Kini kami ada penyelesaiannya.. Dengan pembelian ikan rebus mabung dari kami, anda akan dapat ikan rebus yang berkualiti gred A, isi ikan pejal dan segar, sudah siap dibuang isi perut, dan yang pasti ia sedap, bersih dan dijamin halal. 100% bumiputera.

    Pelbagai menu boleh dibuat dengan ikan rebus mabung:
    ✅Ikan mabung rebus air asam
    ✅Ikan mabung percik
    ✅Ikan mabung masak asam pedas
    ✅Ikan mabung masak tauchu
    ✅Ikan mabung masak lemak cili padi
    ✅Ikan Goreng. Cepat, pantas, sedappp!

    Harga promosi semurah RM8 per pack. Setiap pack mengandungi 4 ekor ikan mabung rebus gred A. Jika anda berminat boleh hubungi Ameer Jamil.

    COD: Parking Lot Aeon Big Seksyen23, Shah Alam.

    No. Telefon: 011-32194594 (aishah)
    No. Telefon: 011-32194595 (ameer)
    What apps only: 012-2542742 (aishah)
    What apps only: 012-3693389 (ameer)

    Area shah alam

    ReplyDelete