08 September 2014

Ahad,7 Sept,Cik Sue sempat memenuhi jemputan Ben Ashaari tuk ke Konsert Minggu Pertama Akademi Fantasia 2014 di Auditorium MBSA,Shah Alam.Merasa la macam mana rancangan live kat tv tu berjalan,baru la tau masa iklan tu apa diorang buatkan,hehehehe.

kami sebelum acara bermula



Mereka yang berentap kali ini terdiri daripada enam orang pelajar lelaki iaitu AZWAN (Azwan Satar, 30, Johor), EWAL (Ikhwal Hafiz Ismail, 22, Perak), FIRMAN (Mhd Firman Bansir, 25, Sabah), AMAN (Mohd Razman Abd Aziz, 21, Melaka), ZARIF (Muhd Zharif Mohd Kamil, 26, Johor) dan FAREZ (Muhammad Fareezuan Adnan, 19, Kuala Lumpur).


Manakala enam orang pelajar perempuan pula ialah ADEL (Adeline Joyce Masidah, 21, Sabah), MUNA (Muna Shahirah Munadi, 20, Johor), NINA(Nina Nadira Naharuddin, 22, Selangor), ZIHA (Nor Aziha Md Salleh, 20, Johor), NUHA (Syamila Nuhair Zainordi, 21, Perak) dan WAWA (Walfadhilah Suhaizat, 19, Selangor).

suasana di pentas
Akademi fantasi kali ini di taja oleh D'Herbs Terlajak Larisss,dan Pengetuanya adalah Dato Hattan yang turut membuat persembahan pembukaan di awal konsert,memang power suara dia.Selain itu barisan tenaga pengajar yang lain ialah ACIS (Guru Muzik dan Pengarah Muzik Konsert), SITI HAJAR (Guru Vokal), FATIMAH ABU BAKAR (Guru Motivasi dan Bahasa Inggeris), LINDA JASMINE (Guru Tarian dan Kareografi) dan MARLIA MUSA (Guru Seni Persembahan).

#AF2014 juga sekali lagi memberi kepercayaan kepada Zizan Razak sebagai pengacara konsert mingguan manakala Jihan Muse telah dilantik untuk menjalankan tanggungjawabnya sebagai Pengacara Diari.

persembahan pembukaan dari pemuzik jemputan

Pertama kali Cik Sue melangkah masuk,memang teruja melihat set pentas konsert kali ini,cantik,dengan lighting dan props yang menarik sangat.Mr D pun asyik dok tengok krew-krew teknikal bertugas memang terbaik,kena pulak kami duduk di barisan yang agak terkebelakang,jadi dapatlah melihat keseluruhan pentas.

Antara persembahan menarik malam tu yang jadi pilihan Cik Sue adalah :

1.Azwan AF 2014 – Umpan Jinak Di Air Tenang (Ahmad Jais)

2.Ewal AF 2014 – Di Alam Fana Cintamu (Fotograf)

3.Nuha AF 2014 – Tunggu Sekejap (P.Ramlee)

Bagi Cik Sue AF kali ini memang ada pembaharuan,peserta kebanyakannya ada bakat yang boleh di ketengahkan.Boleh di gilap bakat mereka,ada juga yang memang layak jadi penyanyi.Semoga mereka terus sukses.Cuma di harap mereka boleh memberi kelainan dan bukan meniru artis yang sedia ada dalam industri kini.Sebolehnya mereka mencari identiti diri dari awal untuk di kenali.


di akhir konsert

#AF2014 masih lagi mengekalkan format permakahan 100% berdasarkan undian penonton melalui sistem pesanan ringkas (SMS) atau AFUNDI di mana pelajar yang memperolehi markah terendah setelah talian ditutup pada akhir konsert setiap minggu akan tersingkir.

Bisik-bisik:
Suka plak tengok Nuha nyanyi
Best

7 singgah dan taip sket..

Suara Ewal tu pun boleh pergi jauh. Serius org kecik, suara besar.

REPLY

pasni takde masalah Iqwal (Ewal) tu nak jalan2 dgn kita lagi dak?

REPLY

Salam perkenalan cik sue :)

bertuahnya dapat g konsert AF...teringin jugak nak g..weekend aritu tak sempat pun tgk...weekend sibuk berjalan..

btw nice blog...jemput ke blog saya jugak ye...www.ladysara84.blogspot.com..

REPLY

dah lama benar lini x tgk AF...last tgk AF7 je

REPLY

part ending tu series lawak habis kan, yang jihan tersingkir tu...
let's see this week FBI ok ke tak :)

by the way..
salam kenal..

jemput singgah blog saya ya

www.cikjatt.blogspot.com

REPLY

saya suka nuha..suara dia memamng best sangat kn?
harap2 dia boleh pergi jauh...
eh lupe nk kenlkan diri...
saya cikjah...
kalau nk kenal lebih lanjut...
sila layari www.cikjahshaklee.blogspot.com

REPLY

Catatan Sue Izza . 2017 Copyright. All rights reserved. Blog Templates Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates