Berseronok di Agrofarmstay@Skilltech,Durian Tunggal,Melaka : Part 2

8:20 AM Sue Izza 8 Comments

Dah baca part 1 tak? haaaa pi baca dulu kat SINI

Pada hari ke 2,kami teruskan aktiviti Family Day Kelab Blogger Ben Ashaari dan berseronok dengan pelbagai aktiviti yang di sediakan. Bangun pagi dan mandi dengan air yang sejuk memang menyegarkan,kemudian bersarapan dengan menu nasi goreng,laksam dan kuih-muih,kopi dan teh panas juga di sediakan,tambahan bersarapan di tepi kolam pulak,memang terasa sangat percutiannya,tenang.





Ativiti pagi ini adalah sukaneka,sebelum tu kami bersenam dulu bersama jurulatih yang di sediakan oleh pihak Agrofarm,memang kelakar bila mak-mak dan bapak-bapak bersenam dengan anak-anak yang macam-macam kerenah.



Kami di bahagikan kepada 3 kumpulan,untuk acara sukaneka.Antaranya tiup belon,isi air dalam botol,belon air,kepit kelapa,dan cari gula-gula dalam tepung.Memang seronok dengan macam-macam aksi lucu,meriah di buatnya.Anak-anak juga seronok dengan aktiviti.Mau taknya,bila dah lama tak berlari melompat,semput di buatnya,sampai jurulatih bagi senaman "goyang-goyang pecah lemak" hahahahha.....
Jom tengok gambar sukaneka yang boleh buat gelak pecah perut.Muka sorang-sorang dah macam apa je,macam-macam stail.


sudu cik kak jangan tak sudu....

3 group,1-anak dara.2-abg2 hensem.3-ibu2 bapak2 heheheh....

kepit bang jangan tak kepit...ahahha

comel bedok mung pejal hahahaha

nak tiup ke nak gelak cik yanty oiii...

tu dia professional,erkkk abg zaini nak ke mana pulakkk heheh

yeayyyy kami menang cari gula2 dlm tepung hehe...

kemain ngan muka2 tu hehehhe


amboiiii caer,satu2 la kalau ye pun....

yeayyyyyy...tak menang pun tapi happy weiiii....
Dah habis sukaneka,dengan baju basah,putih melepak kena tepung,apa lagi ni la masanya berendam dalam kolam pulak,yehaaaa...jom swimming walau pun ala-ala memerang hahahha...tapi terkilan jugak bila kamera olympus yang boleh amik gambar dalam air Cik Sue jahanam,sedih jap.


masing-masing buat perangai kan...heheheh

santai betul ni....
Dah puas berendam,balik kebilik salin baju dan solat,bersedia untuk makan tengahari pulak.Kali ni menu memang original melaka,asam pedas powerrrr,serius sedap,sampai bertambah makan,dengan ulam dan telur dadar,memang ngam betul.Asam pedas yang membuatkan Najeeb nangis,tapi makan licin,haaa memang power la tu.

tudia aihhh,asam pedas power...

ulam-ulaman pun ada.
Selesai menjamu selera,kami di bawa mengelilingi sekitar kawasan Agrofarmstay,aktiviti di namakan farm tour,untuk melihat apa yang ada di sekitar agrofarm ini.Antara yang terdapat di sini adalah mini zoo yang menempatkan kuda,ayam kapan,burung puyuh,berbagai spesis arnab,spesis itik peking dan itik nila,landak,burung merak dan kambing.Binatang di sini boleh di pegang,kanak-kanak la yang paling seronok,masa ni la diorang belajar berinteraksi bersama alam sekeliling.

farm tour dan di beri penerangan oleh kakitangan agrofarmstay

kuda peliharaan di sini namanya UJANG,errrrr ujang?? hehehe

spesis itik

siap boleh pegang lagi,Cik Sue memang tak laa,kang terpenyek plak,geram hehe

ayam kapan
haaaa comelkan,geram nak penyek2 heheh..ni landak.
Kemudian kami di bawa berjalan sekeliling kawasan agrofarm yang mempunyai berbagai pokok buah-buahan seperti durian,durian belanda,rambutan,langsat,belimbing,pokok jambu,pokok kurma,sayangnya kami datang bukan musim buah.Terdapat juga pokok gaharu,beringin dan lain-lain,kami di beri penerangan tentang kegunaan pokok-okok ni,barulah masing-masing dok nganga mulut hehehhe,banyak kegunaan rupanya.
pokok buluh yang berusaha lebih 50 tahun....

lembu-lembu gemuk yang juga di jual untuk ibadah korban

permandangan yang sangat tenang di waktu petang,bunga teratai berkembang ohhhh....

Di kawasan ni juga terdapat pokok-pokok herba yang amat bernilai tinggi,antaranya pokok dukung anak,misai kucing,hempedu bumi,pokok kapal terbang,poko 7 jarum dan banyak lagi.Banyak khasiatnya pokok-pokok herba ni.

pokok misai kucing

jalan-jalan ke kebun dan kawasan sekitar,macam kat kampung pulak,seronok.
Habis ronda kami ramai-ramai lepak tepi tasik,mana yang nak berkayak tu,pakat naik kayak,ada juga bot,kemain masing-masing naik high speed bot yang di bawa oleh staf kat situ,ada juga yang try bawa sendiri,masing-masing teruja mencuba aktiviti baru bagi mereka.

kemain yang berdua ni naik high speed boat,siap main langgar2 lagi...
kemain abg zaini n wife,berdating dalam bot ko,teringat zaman bercinta ke bang...

angah juga syok,tenangggg je berkayak,layan perasaan.
Dok lepak-lepak tepi tasik amik angin petang sambil borak-borak,di hidangkan pulak pisang dan cempedak goreng,wahhhh memang betul-betul dok kampung ni,dengan teh o panas,milo panas,alahaiiii...mengimbau betul,terima kasih la staf Agrofarmstay,tolong gorengkan,dan hidang bagi kami makan.

rajin diorang ni....
Masuk maghrib kami balik berehat dan bersiap untuk aktiviti malam pula,Menu dinner kami malam ni ala BBQ di tepi kolam.Menu ayam bbq,sotong grill,ikan bakar,buah-buahan,salad,kentang,nasi goreng cina,kuih-muih,desert yang memikat selera,memang mengenyangkan perut comel kami semua,Cik Sue suka sotongnya fresh dan sedap,terima kasih banyak staf Agrofarm bakarkan ayam,sedap.

tu dia,ala-ala western

ni pinggan Cik Sue

ni pinggan kedua heheheh

appetizer

desert...
terima kasih banyak sediakan bbq tuk kami
Dah kenyang perut,takkan nak tidur teruskan ,malam last ni kasi happening la,haaaa kami di beri peluang menyumbangkan suara dalam bilik karaoke yang berbentuk kasut kalau dari luar,yang ni permandangan dari dalam.Betul-betul kami sumbangkan suara,habis jahanam lagu,tapi apa ada hal kan,layan je hehhehe...

selesa sangat dalam ni

abg-abg pun sama naik angin hahaha
Sempat juga kami surprisekan budak bertiga ni,ekceli Cik Sue,Cik Qaseh ngan Mr D yang keluar pegi belikan kek sebab malam tu besday Si Uzu ni,Najeeb dan Faizal dah belated tapi celebrate la sekali,dan serius kek tu sedap,padahal Cik Sue main pilih je hehehe...memang happening bertambah bila Mr Ben mula buat perangai dia dan turut menyumbangkan lagu untuk besday boys and girl,bila dia dah start yang lain pun apa lagi,keluar semua perangai yang selama ni kontrol macho kan,Mr D pun terjebak,tergamam Cik Sue sekejap hahhaha.

muka kemian budak-budak ni....

aiyokkkkkk sapa suh bagi mic kan dah sawan,sampai tak nak balik tu hahahha...
Malam tu menag kenangan yang tak boleh di lupakan la,terserlah perangai yang selama ni di sorok,boleh tahan juga la masing-masing punya gila,dengan rock kapak,dangdut,mat saleh semua ada.Kena sangat la tagline Kelab Blogger Ben Ashaari ni "BUKAN SEKADAR BLOGGER" hahhaha...dalam pukul 1.30 pagi baru kami balik ke bilik masing-masing,dengan gelak tawa tak berhenti.

Pagi ahad-huwaaaa dah nak balik,tak puas lagi menggila kat sini,memang memori paling best tahun ni,Pagi ni bersarapan dengan nasi lemak dan roti canai,kemudian kami ke bilik seminar untuk taklimat dan majlis perpisahan bersama pemilik Agrofarmstay En Mat dan isteri yang sangat baik,rupanya mereka pak cik kepada roommate Cik Sue masa study dulu,tu pun sebab si roommate tengok gambar kat insta,kebetulankan.Bergambar ramai-ramai sebelum balik itu wajib ye,ngeee....

grup photo bersama staf dan pemilik Agrofarmstay
Memang kenangan manis bagi kami,terima kasih banyak pihak Agrofarmstay,dengan layanan istimewa dan perkhidmatan terbaik untuk kami.

Untuk maklumat lanjut tentang Agrofarmstay ini ,korang boleh klik link di bawah ye :



Email : pertanyaan@agrofarmstay.my

No Telefon :

En Bari (pengurus) : 012-2118246 / 016-2098623

bisik-bisik:
Aktiviti sebegini membuatkan kita lebih rapat dan kenal rupa sebenar kawan-kawan kita 
:)



8 comments:

  1. jeles! tak nak tengok gambar ni hahahaaaa

    ReplyDelete
  2. meriah betul family day KBBA kat sana...

    ReplyDelete
  3. happening sangat..tengok gambar pon turut teruja sama..
    cik sue, appetizer yang ada mentimun tu menarik..ape isi atasnya??

    ReplyDelete
  4. Produk terbaharu dari agrofarmstay...baca di
    http://www.anazarin.com/2015/05/perkahwinan-idaman-di-agrofarmstayskill_18.html

    ReplyDelete