Cabaran 30 Entry : Hari 17 : 5 Perkara Yang Anda Rindukan

10:16 PM Sue Izza 0 Comments


Task hari ke 17 : 5 perkara yang Cik Sue rindukan

Banyak sebenarnya yang di rindukan Cik Sue di umur-umur sebegini,macam-macam terutama kenangan zaman kecil,kehidupan di kampung dulu.Banyak kenangan yang mengajar untuk terus hidup.Antaranya :

1. Rindu nak mandi hujan di tengah padang berumput hijau.
Haaaa,memang syok layan perasaan mandi hujan,penag tengok cite Taal tak? yang Aishwarya nyanyi-nyanyi ,joget-joget tengah hujan tu best woooo....hehehhehe


Nah layan video tu,syok je main hujan hehehhehe....

2. Rindu nak meniaga sayur kat pasar tani
Itu dulu-dulu,zaman sekolah menengah,dok ngan nenek time cuti sekolah,tanam sayur,petik sayur,bungkus tuk bawa naik keretapi,sampai pekan,bawa turun,upah penolak barang hantar ke pasar tani,hampar kanvas,susun barang dan jual.Pagi-pagi hari pukul 5 dah tunggu keretapi,nak gi menjual kat pasar tani,pukul 12 selalunya jualan dah habis,boleh jalan-jalan ngan arwah nenek kat pasar,beli lauk untuk bawa balik.Pukul 3 petang dah sampai rumah,dengan keretapi juga.Kepuasannya hasil bila jualan habis dan bawa balik bakul kosong,halal hasil penat lelah sendiri,Allah haiiii rindu.

3. Rindu nak gi berkhemah
Bestnyaaaa dah lama tak masuk hutan,huuhuu...masak simple-simple dalam hutan,buat unggun api,borak-borak,cite macam-macam kisah,best wooo....

4. Rindu nak lepak tepi air terjun petang-petang.
Kampung Cik Sue dekat dengan air terjun,dulu-dulu kalau serabut kepala otak,tension ngan macam-macam,start moto,pi lepak kat air terjun,dekat ngan umah mak su,bawa jajan,lepak berendam,sorang-sorang pun jadi sebab dekat ngan umah orang,so tak takut sangat,lagipun ngan budak-budak kampung semua kawan.

5. Rindu dok asrama
Kenangan dok asrama memang best,banyak kenangan pahit manis,macam-macam perangai,nakal zaman-zaman itu buatkan tersenyum sorang-sorang masa menulis ni.

bisik-bisik:
Ermmmm yang berlalu memang akan di rindukan,tambah-tambah lagi kenangan manis
tapi hidup perlu di teruskan.

0 singgah dan taip sket..: