Cabaran 30 Entry : Hari 23 : Pekerjaan yang di ingini selain kerja sekarang

8:00 AM Sue Izza 2 Comments

comel cikgu pun hehehhee

Pekerjaan yang di inginkan selain kerja sekarang? Ermmm Cik Sue ni banyak sangat cita-cita masa kecik ,tapi yang paling lama bertahan nak jadi cikgu la,pensyarah ke,asalkan pengajar,sebab? suka bercakap kat depan-depan hehehee..dari kecik memang banyak mulut,terlebih ramah,semua orang pun di tegur.

Tapi ada masa berubah juga,pernah berangan nak jadi pembaca berita,lama gak bertahan cita-cita tu tapi sedor diri tak berapa nak lawa kan heheheh...

Pastu dah masuk sekolah menengah,minat subjek geografi,minat pula nak jadi pengkaji macam national geografi tu hehehe..berangan je lebih Cik Sue ni.Alih-alih sambung study architecture,tapi sekarang kerja lari bidang sikit tapi masih teknikal la.

Kalau la tak buat kerja sekarang ni,mungkin dok kampung menoreh je la hehehhe...gitu plak tapi itu bukan yang di ingini,sebab kalau bukan kerja sekarang memang teringin nak bekerja bidang yang banyak bercakap hehehe..sebab membebel itu satu terapi hahhahaha...

bisik-bisik
apa benda la Cik Sue merepek ni kan
tak de idea dah sebenarnya.

Kawan2:
Oh ya! ada sesapa nak iklankan bisnes atau jualan korang kat blog ni hubungi Cik Sue ye,Cik Sue bagi pakej menarik punya,berbaloi-baloi.Nanti kotak iklan ni Cik Sue letak kat sidebar blog samada atas tepi atau bawah ikut pakej ye.Jangan segan meh pm ai ye....


2 comments:

  1. Boleh juga hendak dikaitkan dengan Geografi dengan Seni bina. Mungkin boleh cari minat bentuk seni bina yang berlainan berkaitan dengan budaya di negara yang berlainan.

    ReplyDelete