Cabaran 30 Entry : Hari 4 : Buku Kegemaran Anda

7:04 PM Sue Izza 25 Comments

Assalamualaikum semuaaa
Wahhhh,tq semua yang sertai cabaran ni,mula-mula saja main-main nak kenakan beberapa kawan-kawan blogger je,alih-alih dapat sambutan pulak,tak pe jomm kita buat sama-sama ye sambil-sambil mengeratkan silaturrahim kan,apa salahnya.

Jadi,meh teruskan hari ke 4,cerita tentang buku yesssssss buku.....
Book is my obsession.......tapi tak de la tahap gila lagi,cuma Cik Sue memang suka membaca,apa saja bahan bacaan,tak kisah la apa pun,buku,akhbar,majalah,pamphlet ,apa saja la yang boleh di baca dan paham.

Cerita buku ni banyak kali gak Cik Sue cerita dalam blog ni nak baca? pi SINI,SINI, SINI dan SINI
Ermmm,Cik Sue ni semua genre buku pun nak baca,kekadang buku yang orang tak minat pun nak baca hehehe...

Buku apa yang Cik Sue suka baca?

Dulu-Dulu:



1. Bacaan Ringan
Ye,Conan Edogawa heheheh...memang suka ni bukan dulu je,sampai sekarang pun masih beli komiknya kat Popular banyak,lantak la orang nak kata apapun,siri penyiasatannya memang best.Selain tu suka juga baca Siri Salma dan Hardy Boy macam Fiza Fantagiro ,  boleh nampak tu Cik Sue memang suka siri penyiasatan dan yang kena berfikir lebih,tapi tak penah lak cita-cita nak jadi polis.

2. Novel
Biasa la kan zaman-zaman remaja,tak lari dari novel cinta,banyak gak la beli novel tambahan masa study dulu,boleh pinjam kawankan,ermmm nak senaraikan pun banyak,ada tu 2 kotak bawah katil kat kampung heheheh...

3. Majalah Deco dan Architecture
Haaahahaha yang ini memang la,bukan hobi tapi wajib zaman study ,dah nama pun budak architecture kan,tapi lepas study pun beli juga,walau dah lari bidang huuhuuu,pengubat rindu,jiwa tu masih ada.

Sekarang

1. Majalah Mingguan Wanita dan Rasa
Itulah dia,dah ada aura-aura isteri dan ibu mithali tu (tangan di bahu,mata ke atas) hehheehee...dah minat masak ,buku resepi tu wajib la kan,walau ada resepi yang dah hafal,perlu jugak tuk variasikan masakan,kita bukan chef nak pandai buat semua benda tambah-tambah kuih dan desert memang Cik Sue fail,ai terer masak lauk makan nasi je ,ngeeeee.Tapiiiiii sekarang dah jarang beli,dalam bilik tu kalau susun ada paras dada dah,mana lagi nak letak,lagipun sekarang kan semua online,jimat ruang,bukak online je la.

2.Motivasi,Kisah Kehidupan,Tips Kehidupan
Usia sebegini dah kurang nak hanyut dengan novel cinta yg asyik dok berangan tu,kalau baca pun novel-novel indie macam Lejen Press punya yang ala-ala Fynn Jamal gitu hehehhe...So banyak la membaca buku-buku tips dalam kehidupan,panduan hidup dan motivasi.



koleksi buku dari Dato Abd Jalal Ali,Bekas Editor Karangkraf,serius tak rugi
baca buku dia,boleh tergelak sendiri,kisah kehidupan seharian
kadangkala kena juga batang hidung sendiri,menegur dalam sinis,anda
baca anda akan tahu.

karya hlovate
klik SINI
Mula-mula tengok buku macam tak best sekali try baca,fuhh jatuh hati
anada baca anda akan tahu


ini pula koleksi buku tulisan Roza Roslan
ini blog dia
Isteri kepad Prof.Kamil Ibrahim,penceramah,pendakwah
tenaga pengajar di Uitm
kisah kehidupan roza dari zaman sekolah rendah hingga sekarang
banyak yang boleh di jadikan panduan dalam rumahtangga,mendidik anak2

3. Novel Thriller
Ye Cik Sue peminat Ramlee Awang Murshid ,penulis novel thriller No 1 Malaysia,Serius novel dia memang best,mendebarkan dengan pembunuhan ,dendam semua di tulis bagai benar-benar terjadi,tambah-tambah koleksi Laksamana Sunan,perghhh macam betul-betul wujud pulak,menggabungkan sejarah,Islamik dan penceritaan ilmu sains memang menarik.

my koleksi

Ermmmm,itu la sebahagian nya,nak cerita semua mau 5 mukasurat ni,maklumlah 3 almari penuh buku kat rumah haaaa tertidur korang nanti,hehehehe

Jadi,apa buku kegemaran korang?

bisik-bisik:
Iqra-bacalah
Islam sangat menggalakkan umatnya membaca
jambatan ilmu ,umat Islam yang berilmu 
adalah umat ISLAM yang kuat,
kuat bukan hanya fizikal malah mental juga
bukan sekadar iman,ilmu juga penting untuk kita berdakwah dan
pertahankan agama kita.

25 comments:

  1. karya hlovate >< sme mnat dgn dayah :)

    ReplyDelete
  2. Tahniah...Kekalkan minat membaca.

    ReplyDelete
  3. Ooo... peminat ramlee awak murshid rupanya... KM pernah masuk kelas penulisan under dia... memang best...

    ReplyDelete
  4. bgus la minat buku..saya ni dah tua2 takde baca buku sangat dah.... selamat cabaran hari ke 4!

    ReplyDelete
  5. banyaknyer koleksi..

    Salam Perkenalan dari mamamyja. Jemput singgah, komen and follow yer


    CABARAN HARI KE-4

    ReplyDelete
  6. dulu pun ayu layan novel. sejak kahwin..lebih pada buku yang berisi sikit. skrg pregnant..cari Pa&ma la.eheh.. salam kenal sis sue.. :)

    ReplyDelete
  7. Wowowowowowow....library ke tu.. hehehe..
    nanti nak pinjam semua buku RAM ye. thanks!!


    salam kenal cik sue.. hehehehe..

    ReplyDelete
  8. suka sangat laksamana Sunan sampai tahap jatuh cinta. penulisan RAM memang tak rugi spend money and time for it !

    ReplyDelete
  9. Saya buatkan page untuk Cabaran ini

    https://www.facebook.com/pages/Cabaran-30-Entry/686106028135360

    ReplyDelete
  10. Wahh bagusnyaa kak sue! Baca buku2 motivasi.. bilalah hati ena ni nak terbuka untuk baca buku yang lebih matang ni

    ReplyDelete
  11. salam kenal! saya pun suka sangat buku and membaca, menulis pun. ralit sgt bila dpt baca sesuatu..

    ReplyDelete
  12. eh.... samala suka baca buku penyiasatan mcm siri lima sekawan, anak2 hadi, siri salma... hehe

    ReplyDelete
  13. banyak tu...leh wat mini library kt umah

    ReplyDelete
  14. teringin baca yang penulis yang cendol tu... macam best jer...sue memang ada collection dia banyak kann???

    ReplyDelete
  15. detective conan past, present and future ftw

    ReplyDelete
  16. Eh saya pun baca buku conan masa tingkatan 1 , baca masa time sejarah, cikgu kat depan kita kat belakang baca komik..ape daaa..pastu kantoi kene tanya soalan tak dapat jawab...since haritu dah tak baca komik masa subjek sejarah dah...

    ReplyDelete
  17. buku motivate semuanya kak sueee.. ida tak minat baca buku HAHHAHA tapi skrg ida sukaaa sangatt buku buku al kisahnya psl umah hehehehhehe

    ReplyDelete