20 September 2014

Alhamdulillah,
Cik Sue mendapat jemputan untuk mengikuti hari Family Day Kelab Blogger Ben Ashaari di Agrofarmstay@Skilltech,Durian Tunggal,Melaka bersama -sama blogger lain.
Cik Sue bertolak petang semalam Jumaat,selepas menunggu Mr D dan Najeeb Abdullah balik kerja,kali ni Cik Sue sendiri yang memandu ke Melaka memandang 2 hero tu penat balik kerja,dan Cik Sue dapat rehat sekejap balik awal.

sempat cuci kereta dulu,dan bagi kereta tip top tuk jalan jauh,pam tayar,isi minyak
Dalam pukul 6 bertolak dari Putrajaya,bersama 2 hero yang banyak mulut tak reti diam hehehhe...yang lain dah bertolak lebih awal,memandangkan masing-masing half day kerja,excited nak bercuti dan berehat.

sempat selfie dalam perjalanan
Kereta agak banyak di jalanan,mungkin masih cuti sekolah,dan tidaklah jem teruk hanya di beberapa tempat sahaja.Dalam pukul 8.15 kami sampai di kawasan Agrofarm tu tapi tak nampak pintu masuk,sampai la terlajak ke UTEM,Melaka,bila Waze balik,kena uturn semula,nasib baik masa uturn tu nampak signboard Agrofarm,kalau tak memang terlajak lagi la,sebab keadaan malam agak gelap,Cik Sue pulak yang rabun acah-acah tak nak pakai spek,itu la akibatnya.

bannner Family Days Bloggers
Sampai-sampai je kami di bawa ke Dewan Lily untuk taklimat tentang program dan fasilitis yang di sediakan.Walau dalam gelap malam masih nampak kawasan itu memang cantik,dengan kolam renang,port BBQ,karaoke dan tasik.

mendengar taklimat

sepatah dua kata dari wakil Kelab Blogger Ben Ashaari

nak dengar taklimat ke nak posing hehehee
Kemudian kami di bawa ke dewan terbuka untuk makan malam,tak sempat pulak na ambil gambar sebab masing-masing kelaparan.Antara menu yang di sediakan masak kurma daging,sayur campur,ayam goreng dan buah.Makan dengan suasana nyaman di kelilingi hutan,betul-betul menenangkan stress bekerja seharian.

Selesai makan kami ,di bawa ke penginapan.untuk Blogger berkeluarga dan lelaki bujang mereka di tempat kan di Villa 2 tingkat 7 bilik,yang sangat cantik ,luas senibina villa ala-ala bangunan little england di Cameron Highland,sangat puas hati.Bagi bloggers bujang perempuan pula kami di tempatkan di bilik dorm yang mempunyai 8 katil.Semua bilik yang di huni mempunyai penyaman udara.

Memandangkan villa yang luas dan cantik,penaung kelab iaitu Mr Ben Ashaari menjalankan meeting kelab di vila tersebut bagi membincangkan aktiviti kelab dan berbincang masalah-masalah yang di hadapi oleh kami serta memberi panduan berblog.

rundingan meja bujur

nak meeting ke posing

ruang menonton,sementara mak2 bapak2 abang2 dan kakak2 meeting ,anak2 dok main dan tengok kartun

bermeeting untuk masa depan yang lebih cemerlang,gemilang dan terbilang
Itu saja aktiviti kami untuk hari pertama,masing-masing dah kepenatan,dan mengantuk,jadi balik tido pagi2 esok nak bangun awal.

Bilik kami geng anak dara.

Bisik-bisik:
Nantikan kerseronokan kami di hari di hari ke 2,
Dengan geng yang seramai 21 orang ni...
Tungguuuuu.....




9 singgah dan taip sket..

seronoknyee kak sue.. meriah..hihi... :)

REPLY

Terbaek.. menarik.. :)

jemput singgah sini yer.. "Belog Kampung Kameq" tQ

Like page "Ejulz Blogshop" jika sudi.. Terima kasih

REPLY

sejak beberapa hari ni, bila sy dok blogwalking..ramai pulak yg masuk cabaran 30 entry ni...sonok baca blog yg simple tapi ada pengisian...sy ni br setahun jagung berblog..pasang surut malas tu banyak..tp bila dah tgk ada cabran entry ni..sy lak rasa mcm semangat lain mcm nak tulis kat blog...hahaha..nnt jemput singgah dan komen blog saya ek...www.ihhi.my

REPLY

yg nie utk bloger2 yg terpilih jer ek? bukan suka2 leh join? hehhehhee

REPLY

Ada dapat undangan, tapi terpaksa menolak atas sebab-sebab tak dapat nak dielakkan. Lagipun baru balik dari Terengganu .... lelah tak hilang lagi.

REPLY

bertukar header pulak.....nice....

REPLY

kalau tak selfie tak sah..hehehe..bilik tido pun memang nampak selesa

REPLY

Catatan Sue Izza . 2017 Copyright. All rights reserved. Blog Templates Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates