19 October 2014


Omgfest 2014 datang lagi selepas yang terbaru diadakan untuk Aidiladha yang lalu,kali ini dengan lokasi yang di taja oleh Intekma Resort akan kembali selama 3 hari.Berlangsung pada 22-24 Oktober 2014 dari 10pg-9 malam di Dewan Sri Bestari,Intekma Resort & Convention Centre,Shah Alam,dengan slogan berniaga sambil menderma dengan kerjasama pihak YMC (Youth Movement Centre) bagi mengumpul dana sumbangan kempen membantu Tabung Palestin.


Lebih 100 tapak niaga di buka untuk vendor dan 'online shop' berniaga sambil beramal kali ini,dengan pelbagai barangan seperti pakaian,aksesori dan makanan.10 artis terkenal seperti Nora Danish,Catriona Ross,Arja Lee,Aida Khalida,Mawar Idris dan ramai lagi akan turut serta memeriahkan OMGFest2014 kali ini bersama produk masing-masing.Pastinya pembeli akan berpeuang berjumpa dan beramah mesra dengan artis-artis ini secara ekslusif.Oh ya hasil jualan dari setiap gerai sekuranya 5% akan di dermakan ke Tabung Palestin yang di kelolakan oleh YMC,tabung kutipan.juga akan di edarkan kepada pengunjung,jadi selain korang bershopping,bolehlah membuat amal sedekah untuk saudara kita.

antara koleksi dari vendor yang akan di jual pada OMGFest2014
Selain dari itu tarikan OMGFest kali ini adalah Intekma sudi menaja lokasi yang sangat sesuai dan selesa untuk kali ini dan memaskan hati pembeli dengan kemudahan yang terdapat di situ.OMGFest2014 kali ini juga berlangsung selama 3 hari tidak seperti sebelum ini hanya 1 atau 2 hari sahaja,jadi pembeli punya banyak masa untyk memilih dan membuat keputusan untuk datang kembali mendapatkan produk yang mereka inginkan.


Jadi,apa lagi jom kita pakat serbu,mana tau korang boleh dapat koleksi idaman korang selama ni dengan harga terbaik,jangan risau,pastinya akan ada diskaun di seriap gerai jualan.Jom ramai-ramai kita serbu Dewan Sri Bestari di alamat berikut :

Dewan Sri Bestari 
Intekma Resort & Convention Centre
Persiaran Raja Muda,Seksyen 7,
40000,Shah Alam,Selangor.

atau yang ingin membuat pertanyaan dan mendapat kan maklumat korang boleh ke laman web


Berita baik untuk vendor atau peniga online,mana-mana yang ingin turut serta korang boleh hubungi 
pihak OMGFest Ventures di talian :

011-26261656 (Daz)
019-2796275 Liza)

atau emel kepada

enquiry@omgfest.my

bisik-bisik:
Dah gaji kan masa ni,jom la ramai-ramai beli produk murah-murah dan berkualiti.
Bijak membeli,Menang memakai
:P

3 singgah dan taip sket..

Catatan Sue Izza . 2017 Copyright. All rights reserved. Blog Templates Designed by Blogger Template | Free Blogger Templates