Travel : Railway Tourism : KL-IPOH-KL (Part 3)

9:52 AM Sue Izza 5 Comments

Teaser
Baca Part 1
Baca Part 2

Hari terakhir perjalanan Cik Ngah dan kawan-kawan mengikuti pakej homestay bersama Railways Tourism dengan jemputan dari RTAM dan Kementerian Pelancongan Malaysia.Kami bangun seawall subuh dan bersiap-siap untuk pulang ke Kuala Lumpur,tapi sebelum pulang kami ada program lagi di Kampung Seberang Karai,program apa? Tunggguuuu…

bersama mak dan ayah angkat

Sebelum melangkah keluar dari rumah keluarga angkat kami di hidangkan nasi lemak air tangan mak angkat kami,memang original nasi lemak kampung dengan nasi yang cukup lemak,dengan sambal yang pedas-pedas manis ,memang kena sangat dengan selera kami,kemudian berjalan bersama di hantar oleh keluarga angkat ke jeti,dan di bekalkan lagi oleh-oleh cenderahati dan makanan ringan orang kampung.Insya Allah kami tak akan lupakan jasa keluarga angkat yang melayan kami dengan baik,semoga di beri peluang untuk datang lagi nanti.

gruop photo Homestay Kg Beng
Kami meninggalkan Kampung Batu Ring dengan seribu kenangan.Meneruskan perjalanan pulang dengan bot serta lambaian keluarga angkat di jeti mengiringi kami.Bot terus menyusur pesisiran sungai dan tasik menuju Jeti Tasik Raban,dengan pemandangan gunung-ganang dan kabus yang memutih,air sungai Perak yang tenang,meriak sebentar di landa bot yang lalu.Sangat menenangkan hati dan perasaan.

pemandangan di Jeti Kampung Beng

Victoria Bridge
Kami menaiki bas ke Kampung Seberang Karai dan di sambut oleh orang kampung dan Menteri Pelancongan yang menunggu ketibaan kami bagi acara perasmian ‘Voluntourism Victorua Bridge Green Day 1Malaysia Clean,1Malaysia Green Program’.
Di mana Victoria Bridge di wartakan sebagai satu bahan sejarah di Kampung Seberang Karai ini dan akan menjadi salah satu tarikan pelancong di sini.

“Sebuah peninggalan sejarah di sini iaitu Jambatan Victoria (Victoria Bridge) mengingatkan kita bahawa pekan ini sudah wujud dari zaman pemerintahan British lagi. Mengikut sejarahnya jambatan keretapi ini dibina pada tahun 1897 dan hanya siap pada tahun 1900. Pembinaan jambatan ini mengambil masa yang agak lama disebabkan banjir. Namun dengan daya usaha jurutera yang terlibat pada waktu itu, G.W.Fryer dan C.R Hanson ia dapat disiapkan dan dibuka dengan rasminya oleh Sultan Perak, Sultan Idris Mursidul Azam Shah dan Sir Frank Swettenham, Residen Jeneral Negeri-negeri MelayuBersekutu pada waktu itu.”

“Sehingga ke hari ini jambatan keretapi ini masih kukuh merentangi Sungai Perak yang mengalir tenang dibawahnya. Jambatan ini merupakan jambatan keretapi tertua dan menjadi saksi pelbagai peristiwa kerakusan 'orang luar' yang tamak dengan hasil perut bumi negara ini iaitu hasilan bijih timah. Dengan wujudnya jambatan keretapi ini telah membuka jalan kepada pertumbuhan bandar-bandar bijih timah di seluruh Semenanjung Tanah Melayu pada masa itu. Tentera British pernah meletupkan jambatan ini semasa Perang Dunia Kedua bagi menghalang kemaraan tentera Jepun dan membina kubu di sekitar kawasan ini. Mungkin hanya segelintir penduduk di sini yang masih mengingati sejarahnya berdasarkan daripada cerita-cerita datuk nenek mereka dahulu”



rail keretapi lama
Kami berjalan menyeberangi jambatan tersebut dan di sambut dengan kompang serta di kalungkan selempang dari kain batik dan pelikat sebagai simbol kebudayaan melayu yang memuliakan tetamu.Kemudian duduk bersila di bawah khemah bersama pelancong asing untuk menyaksikan gimik-gimik pelancaran oleh Menteri Pelancongan.Antaranya adalah letupan meriam,perbarisan pengawal home guard di atas jambatan,acara terjun dari atas jambatan,perarakan matosikal berkuasa besar dan bot serta jet ski.
Menteri Pelancongan juga menandatangani ‘Plug Victoria Bridge’ yang di letakkan di tembok jambatan.
tembakan meriam sebagai gimik

kawasan yang sangat cantik untuk photoshot
Victoria Bridge yang di wartakan sebagai kawasan pelancongan
plak perasmian

gimik dari homeguard yang suatu masa dulu bertugas mengawal keselamatan

di pakaikan selempang sebagai tanda di alukan sebgai tetamu

Kemudian kami di jamu dengan hidangan tradisi Perak yang di masak secara gotong-royong,serta di hidangkan dan kami makan bersila bersama-sama pelancong asing.Satu pengalaman yang menyeronokkan setelah lama tidak merasai kenduri ala tradisional seperti ini.

makan bersila beramai-ramai ala kenduri kampung
Selepas selesai acara pelancaran dan sebagainya kami di beri peluang untuk merakamkan gambar kenangan di atas jambatan dan kemudian bergerak naik bas untuk City Tour sekitar Ipoh dan Kuala Kangsar.Kami sempat singgah untuk solat di Masjid Ubudiah,iaitu masjid di raja Kuala Kangsar.Kemudian sempat singgah di Lembah Sayong di Kuala Kangsar untuk berjalan-jalan,sempat la makan laksa dan rojak,lalu terjadi la satu peristiwa yang errrmmm…untuk cerita lanjut sila klik SINI ye..hehehe
Cik Ngah juga sempat membeli cenderamata labu sayong sebagai kenangan (sayangnya sampai rumah dah pecah..huwaaaa…)
antara hasil kraftangan Negeri Perak
sempat singgah solat di Masjid Ubudiah


Dalam pukul 4 petang kami bertolak ke Stesen Keretapi Ipoh untuk menaiki train ETS dan kembali ke Kuala Lumpur.Pukul 8.30 malam kami semua sudah sampai di KL Sentral,Alhamdulillah,sebuah perjalanan yang menerujakan.

Bisik-bisik:
-Terima kasih banyak-banyak kepada Pn Khadijah Abd Rahman,Presiden RTAM yang sudi menjemput kami bersama-sama dalam perjalanan ini.Cik Ngah sangat menghargai.
-Insya allah andai ada rezeki jemputlah kami lagi..hehehe…



5 singgah dan taip sket..:

Travel : Railway Tourism : KL-IPOH-KL (Part 2)

9:51 PM Sue Izza 0 Comments

Ke sini untuk baca Part 1

Okeh,kali ni Cik Ngah nak sambung lagi catatan perjalanan bersama RTAM dan Kementerian Pelancongan Malaysia ke Ipoh melalui ETS tempoh hari.
Kami di hantar untuk tinggal bersama keluarga angkat di Homestay Kg Beng,Lenggong.
Satu pengalaman berharga bila kami menaiki bot di kala dinihari yang gelap dan sejuk serta sampai di kampong tersebut kala embun mula menitik (boleh baca di Part 1).

Homestay Kg Beng
Kami di letakkan di rumah keluarga angkat milik Pak Karim dan Mak Cik Zaleha yang melayan kami seperti anak sendiri.Memandangkan kami sampai di rumah keluarga angkat sudah hampir Subuh,so tunggu la untuk solat terus,barulah kami merebahkan badan untuk berehat.Masing-masing dah rimas sebenarnya,maklumlah dari petang semalam tak kena air,rupa-rupanya kena air je dah macam kena arus letrik…heheheh..sejuk yang amat,bekalan air kampong ini di bekalkan dari sungai yang mengalir dari bukit,dengan suasana pagi yang berkabus seolah-olah di puncak bukit.Ya Allahhh,indahnya ciptaanMu.

suasana sekitar Kampung Batu Ring

Sementara menunggu yang lain bersiap,Cik Ngah sempat termenung di beranda rumah menikmati dingin pagi yang menyegarkan.Embun yang menitik di daun,kabus di sekeliling,nyaman,tenang,hilang segala stress sekejap.Melihatkan aktiviti penduduk di sini yang kebanyakannya menoreh getah,mencari hasil hutan dan tasik,sememangnya alam sekitar di sini masih tidak tercemar dengan aktiviti pembangunan.

salah satu rumah di Kampung Batu Ring

Melalui maklumat yang Cik Ngah dapat,kampung ini di buka oleh anak Raja Patani yang di kenali sebagai ‘Tok Beng’ yang melarikan diri melalui Sungai Perak.Dari situlah kampung ini di kenali sebagai Kampung Beng.Kampung Beng terdiri dari 6 buah kampung kecil seperti Kg. Durian Lubuk,Kg Beng Dalam,Kg Dusun,Kg.Sekolah,Kg Durau dan Kg Batu Ring.Kebanyakan rumah mempunyai sampan sendiri untuk urusan harian.
pengalaman menaiki bot
Selepas menikmati sarapan hidangan mee goreng air tangan mak angkat, kami berjalan kaki ke Jeti dan berkumpul untuk menaiki bot ke Jeti Tasik Raban.Hari ni kami akan ke Lenggong untuk Pesta Makanan Tradisional Lenggong.

Perjalanan dengan bot ,sangat menerujakan Cik Ngah,dah lama tak naik pengangkutan air,asyik naik kereta je kan,satu bor boleh memuatkan lebih kurang 10 orang penumpang,dengan cuaca yang dingin,alam sekitar yang segar,menikmati pemandangan hijau di sekeliling,Subhanallah,hati terasa tenang,terasa dekat dengan alam dan Penciptanya.

suasana nyaman dan tenang bukit yang di liputi kabus

pokok mengkuang yang masih di cari oleh penduduk sekitar untuk membuat tikar

pengangkutan utama penduduk sekitar Tasik Raban dan Sungai Perak

aktiviti memancing di pesisir tasik

pemandangan indah sepanjang perjalanan

Pesta Makanan Tradisional Lenggong
Pesta dan pameran makanan tradisional Daerah Lenggong yang mempamekan dan menghidangkan lebih 19 jenis makanan dari 19 kampung di daerah ini.Pesta yang di adakan setiap tahun bermula 2010 ini,sememangnya mampu menarik pelancong dalam dan luar negara.Makanan dan masakan yang bahannya berasakan hasil hutan dan tasik di sekeliling kehidupan masyarakat di sini memang unik dan tiada di tempat lain.Dengan kekayaan hasil hidupan sungai dan tasik,di tambah rencah rempah serta herba dari hutan,keenakan hidangannya memang umppppphhh…di tambah dengan cara masakan tradisional seperti merebus,memerap,memanggang dan memais,pastinya memberikan satu rasa yang jarang kita jumpa di Bandar.

Ikan pekasam Lenggong yang sudah banyak di pasarkan ke luar

daging rusa dan produk roselle

Nasi daun lerek,masak dalam buluh,tetapi beras biasa dan tiada santan

hidangan makan tengahari di Pesta Makanan Tradisional Lenggong


Kami sampai di pesta makanan ini menaiki bas dari Jeti Tasik Raban.Turun sahaja dari bas,masing-masing dah teruja dengan deretan gerai makanan dan aktiviti yang diadakan.Dengan gerai buah yang menjadi tumpuan apa lagi kalau bukan durian…huhuuu raja segala buah,tambah-tambah di Perak ni kan…hehehe…siap ada kawan-kawan yang bawa balik sebiji sorang masuk beg tau..hehehe…terdapat juga cempedak,rambutan dan buah-buahan lain.

bahan-bahan untuk membuat kebebe
proses membuat kebebe
Majlis perasmian telah diadakan,dan dirasmikan oleh YB Dato' Seri Mohamed Nazri B Tan Sri Abd Aziz,di samping pelancaran buku ‘Alam dan Budaya :Warisan Masakan Lenggong’.Kami juga di beri senaskah buku seorang sebagai cenderahati untuk di bawa pulang (ohhhh…Cik Ngah sangat la teruja untuk mencuba resepi yang ada…hehehe)

buku yang di bawa pulang sebagai cenderahati
Antara yang menarik hati Cik Ngah adalah berbagai jenis sambal yang di buat dari ikan dan kelapa,ikan pekasam lenggong yang memang femes itu,masakan rendang daging hitam (sayang tak sempat tanya resepinya) pais ikan,pindang ikan,berbagai ulaman dan sayur kampung,air asam dan pencicah bersantan yang tiada di tempat lain,nasi daun lerek yang di masak dalam buluh,serta kebebe,sejenis makanan gabungan buah-buahan kampung dan di makan sebagai makanan ringan.Sangat unik,nantikan entry detail ye,Cik Ngah akan entrykan mana yang Cik Ngah dapat resepi.


ikan masak pindang,yang di kukus hampir 12 jam

bahan-bahan untuk memasak ikan pindang

resepi sambal kelapa yang di pamerkan
pelbagai variasi sambal yang di pamerkan oleh penduduk kampung

Kemudian kami di jemput untuk makan tengahari di khemah VIP dan di hidangkan dengan lauk-pauk masakan tradisional,sempat juga berkenalan dengan blogger otai Bro HasrulHassan yang duduk semeja,selama ni kenal dalam blog dan fb je…heheheh…
Antara lauk yang di hidangkan adalah,Gulai Batang Lambuk Pedas Dengan Udang,Daging Masak Hitam,Gulai Daging dengan Umbut,Gulai Dengan Labu,Masak Lemak Siput Sedut,Ikan Talapia Bakar cicah Air Asam Bersantan dan banyak lagi sebenarnya.

Memang pesta yang Cik Ngah suka la macam ni,ni kalau dekat tiap-tiap tahun pun sanggup datang tau hehehe.Mana taknya,kami pulang lebih kurang pukul 3 petang dengan perut kenyang,naik bas,masing-masing mata dah kuyu…naik pulak bot,dengan angin sepoi-sepoi bahasa,cuaca nyaman,erm..sempat tau Cik Ngah terlelap atas bot…haaaa…nyamannn je..heheh…

kami melintasi jambatan Raja Nazrin Shah untuk sampai ke Kampung Batu Ring
Jeti Tasik Raban

 Lata Tok Muda dan Makan Malam
Balik ke rumah keluarga,kami di hidangkan minum petang kuih-muih homemade ibu-ibu di Kampung Batu Ring,juga buah-buahan tempatan yang memang enak hasil kebun sendiri.Kebetulan durian di kebun ayah angkat baru luruh,musim ini kami dulu yang merasmikan..hehehe..bertuah rasa.

Petangnya kami di bawa ke Lata Tok Muda untuk menikmati kesejukan air sungai yang belum tercemar,kira-kira 30 minit perjalanan melalui denai,merentas sungai dan kabel elektrik yang di pasang untuk mengelakkan gajah memasuki kawasan kampung (seram wehhhh,terpegang boleh mati keras kat situ woooo)….

Memandangkan cuaca sejuk dan hujan renyai sebelumnya,denai agak basah dan pacat sangat la bermaharajalela,Cik Ngah kena juga la 4 ekor..hehehh..tapi ok lagi la,pacat je,anak kampung jugak punnn….jangan lintah sudah..mau aku melompat nanti….hehehehe….berbagai gelagat dapat di lihat sepanjang perjalanan,ada yang tergolek,ada yang berkaki ayam bila kasut tak sesuai…hehehe..

hidangan minum petang di rumah keluarga angkat

perjalanan melalui denai dan lorong untuk sampai ke Lata Tok Muda

dah macam rombongan Cik Kiah dah...heheheh

mengharung sungai dan lalu di bawah kabel elektrik

Akhirnya kami sampai di Lata Tok Muda,kesejukan air dari gunung,batu-abatuan semulajadi yang cantik,fauna yang sangat menenangkan,Cik Ngah tak main air sangat,sibuk dok snap gambar diorg,tapi serius memang best sangat kawasan tu,sejuk,nyaman dan tenang.Subhanallah,ciptaan Maha Pencipta yang masih belum di usik tangan rakus.Lebih kurang 6.30 petang kami mula berjalan pulang,dan bersiap untuk program malam nanti pula.

jeram dan aliran air yang menenangkan

masing0masing macam tak pernah jumpa air,heeehee...sangat sejukk...
Malamnya selepas isyak,kami beramai-ramai ke acara makan malam ala kenduri dib alai raya Kg Batu Ring.Hidangan yang di masak secara gotong-royong oleh penduduk kampung memang membuatkan kami menambah nasi tanpa segan silu.

Antara hidangan yang di hidangkan adalah Masak Asam Talapia Merah (Resepi),Ayam dan Daging Bakar,Air Asam,Ikan Pekasam Lenggong dan Ikan Talapia Bakar.Keseluruhannya adalah hasil sungai dan tasik sekitar kampung ini.Sempat juga Cik Ngah mengorek rahsia masakan dan resepi dari mak angkat,nanti Cik Ngah kongsikan ye.
Sambil itu kami di hiburkan dengan live band dari penduduk kampung,dan ada juga wakil media yang menyumbangkan suara di malam itu antaranya artis yang di bawa khas iaitu Najeeb dan Mawardi dengan lagu yang bias meruntun hati anak gadis yang ada heheheheeh….

Setelah perut kenyang,hati di hiburkan,mata mula layu dan mencari bantal,mak angkat pun dah ajak pulang,memang best berjalan dalam kampung di kelilingi pokok-pokok dengan gelap gelita,teringat zaman-zaman kecil dulu di kampung.

live band gabungan penduduk kampung dan kawan0kawan media

antara lauk dan hidangan kami makan malam

bersama mak angkat Pn Zaleha yang turut melayan kami anak2 angkatnya makan

Artis di jemput khas dari Putrajaya ,Najeeb Abdullah

Itulah berakhirnya aktiviti kami untuk hari ini,nantikan Part 3 untuk program di Kampung Seberang Karai pulak ye….

Bisik-bisik:
-Terkilan pulak bila tak sempat menemuramah mak cik-mak cik di pesta makanan tu tuk dapatkan resepi,mana yg ada tulis je yang Cik Ngah dapat snap.
-Keseluruhannya Cik Ngah sangat teruja dengan aktiviti hari kedua ini,biasa la kalau pasal makanan,I’oll memang excited terlebih sikit..heheheh…
-kalau nak tengok pakej Homestay lain yang kawan-kawan media lain menginap seperti Homestay Bukit Gantang,Homestay Kampung Gopeng boleh la ke link berikut :

-kredit gambar kepada :








0 singgah dan taip sket..:

Masak Asam Ikan Talapia Merah~Resepi Dari Homestay Kg Beng,Lenggong,Perak.

8:31 PM Sue Izza 2 Comments


Ini adalah salah satu resepi yang Cik Ngah dapat dari mak angkat semasa trip Railways Tourism ke Ipoh 2 minggu lepas.Lauk ini di hidangkan malam terakhir,ketika makan malam ramai-ramai di balairaya bersama orang kampung,yang mana di masak bergotong-royong.Ikan talapia fresh dari hasil sangkar orang kampung sendiri.Memang sedap dan menyelerakan bila di kawankan dengan ikan pekasam dan ulaman.jom tengok resepinya.

Bahan:
Ikan talapia merah
Taucu
Daun kesum
Serai
Kunyit
Bawang merah
Garam

Cara:
Bawang merah di tumbuk halus
ketk serai
masukkan semua bahan
biar didih dan masukkan ikan serta perasa kan

Sumber: Mak cik Zaleha,mak angkat di homestay Kg Beng.

Bisik-bisik:
Cubalah,mana tahu kena dengan selera korang,simple je.

2 singgah dan taip sket..:

Travel : Railway Tourism : KL-IPOH-KL (Part 1)

5:37 PM Sue Izza 12 Comments

 Siapa yang tak pernah naik keretapi? Siapa yang pernah buat backpackers dengan keretapi? haaaa...meh Cik Ngah nak cite...

Alhamdulillah,minggu lepas Cik Ngah berpeluang mengikuti trip Railway Tourism ke Ipoh menggunakan ETS(Electric Train System),jemputan dari Kementerian Pelancongan Malaysia dan Railway Tourism Association Malaysia (RTAM) selama 3 hari (10-12 Januari 2014) sempena Pelancaran Brosur Pelancongan Keretapi dengan kerjasama Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).

Program bermula dengan berkumpul di KL Sentral untuk Perasmian Railway Tourism Package Brochure oleh Menteri Pelancongan Malaysia,dan Pn Khadijah Abd Rahman,pengerusi RTAM.

kami ; dengan bagasi utk percutian railway tourism

Perasmian oleh YB Dato' Seri Mohamed Nazri B. Abd Aziz
ETS dan Stesen Keretapi Ipoh.
Selepas perasmian dan jamuan ringan,kami di arahkan ke Gate B (Platform ETS) untuk pelepasan perjalanan ke Ipoh yang mengambil masa lebih kurang 2 jam.
ETS adalah perkhidmatan rel berkelajuan tinggi yang boleh mencapai lebih dari 140km/jam dan mampu membawa penumpang sekitar 350 orang di sesuatu masa,
Perkhidmatan yang di tawarkan dari Kl Sentral ke Ipoh ini dilengkapi dengan tandas yang bersih dan koc buffet yang selesa,plug point untuk caj bateri handphone juga di sediakan di kawasan tempat duduk.Jadi,tak perlu risau bila lapar atau nak menunaikan hajat kan,tak perlu la tahan sampai ke destinasi..erkkkk...

koc buffet,menjual makanan dan ada tempat duduk yang selesa

tandas yang luas dan selesa

koc yang bersih dan cantik

pramugari dan pramugara yang akan membantu anda dalam perjalanan...jangan
mintak dodoikan tidur sudaaa...mau makan tapak kasut..hahahah..

Setibanya di Ipoh,sidang media Menteri Pelancongan diadakan,dan kami di sambut dengan paluan kompang serta silat,lalu di bawa ke jamuan makan malam yang menghidangkan juadah yang sangat menyelerakan,setelah masing-masing mengenyangkan perut,program di teruskan dengan acara perasmian dan menandatangani brosur pelancongan keretapi di pentas utama ,di ikuti konsert oleh artis-artis ternama seperti Sheeda Dangdut,Ronnie Hyperact,Najwa Latif dan lain-lain.

di sambut dengan paluan kompang ,rasa cam berarak pengantin lak..heheheh

juadah makan malam,memang sedap,tapi Cik Ngah just cuit2 tuk rasa,
selebihnya minum air,sebab perut dah masuk angin,takut termuntah..huhuu...

persembahan dari penari kebudayaan
tarian kebudayaan melayu
upacara mendatangani brosur pelancongan keretapi oleh menteri pelancongan

antara barisan artis dan penari bersam orang kenamaan
Sementara itu,Cik Ngah sempat meninjau kawasan sekitar stesen keretapi Ipoh,yang mana senibina bangunannya mempunya pengaruh Moor Turki dan moden,di tambah dengan landskap serta lampu berbagai warna di malam hari,keadaan di situ memang cantik dan menenangkan,di tambah lagi ada air pancut seiring dengan lampu yang berkelip,sangat cantik.Menurut sejarah,Perak adalah negeri Tanah Melayu pertama yang menggunakan pengangkutan keretapi untuk mengangkut bijih timah dengan landasan pertama dari Taiping ke Port Weld (Kuala Sepetang).Terdapat juga sebatang pokok ‘epu’ di  hadapan stesen keretapi ini,yang mana Ipoh adalah sempena nama pokok ini.

tinggalan senibina zaman penjajah

Stesen Keretapi Ipoh masih mengekalkan senibina asal,yang di ubah hanya ruangan dalaman.
permandangan pada waktu malam,lampu dan air pancut yang menyerikan suasana.

Homestay Kg Beng,Lenggong.
Kira-kira jam 12 malam,rombongan bloggers dan media di bawa ke homestay untuk penginapan dengan bas yang di sediakan.Cik Ngah dan kawan-kawan lain di beritahu kami akan ke Homestay Kg Beng,Lenggong dengan perjalanan lebih kurang 2 jam lebih.

Dengan cuaca yang mula hujan renyai,kesejukan mula terasa,pandang kiri kanan hanya gelap gelita,Cik Ngah tak dapat lelapkan mata sedikit pun walau badan sudah penat.
Di khabarkan kami akan menaiki bot untuk sampai ke kampung tersebut.Bas beberapa kali berhenti kerana kesukaran melalui jalan yang sempit,kemudian kami di turunkan di tebing sungai untuk menaiki bot,dalam hujan renyai dan gelap malam,kami mengangkat bagasi masing-masing dan turun ke dalam bot yang di sediakan,memang pengalaman yang tak dapat di lupakan,meredah sungai dengan bot dan cahaya yang sangat minimum,gelap gelita sepanjang perjalanan,di sertakan hujan renyai,fuhhhh dalam kepala Cik Ngah terbayang Filem The Fog…heheheh…(imaginasi terover)

Kira-kira jam lebih 3 pagi kami sampai di Balai Raya Homestay Kg Batu Ring,Beng,Lenggong,selepas pembahagian keluarga angkat,kami berpecah mengikut ayah dan ibu angkat ke rumah masing-masing.Jam 5 pagi barulah kami dapat merebahkan badan dan berehat untuk acara esok hari pula.

di jeti kg Batu Ring,Beng,Lenggong

Pak Lias,ketua kampung Batu Ring

pembahagian keluarga angkat
Selesai untuk Part 1 ,ikuti sambungan perjalanan Cik Ngah dan kawan-kawan mengikuti trip ini di Part 2.

Bisik-bisik:

Pendapat Cik Ngah setakat perjalanan ini adalah:

-Kemudahan dalam train ETS mungkin boleh di tambah dengan bilik kecil untuk Surau,walau perjalanan hanya 2 jam,mungkin ada yang ingin menjamakkan solat kerana ada jadual yang lebih ketat bila tiba di destinasi,begitu juga dengan bilik menyusu untuk bayi,memandangkan tempat duduk di dalam koc yang terbuka,agak sukar untuk ibu-ibu menyusukan bayi.
-sekadar cadangan  untuk keselesaan pengguna.

-Maklumat lanjut berkenaan ETS-sila klik ETS dan TIMETABLE ETS

-Untuk maklumat lanjut berkenaan RTAM serta pakej homestay,anda boleh ke web mereka di sini : RTAM

Railway Tourism Association Malaysia (RTAM)
Malaysia Tourism Centre (MaTiC)
109, Jalan Ampang,
50450 Kuala Lumpur, Malaysia
Mobile: 017-364 1157 / 019-326 8480
E-mail: secretariat.rtam@gmail.com

nota hujung kaki :
sumber gambar :


12 singgah dan taip sket..: