Kawasan hutan Bukit Bendera terbakar

12:01 PM Sue Izza 0 Comments

Foto




GEORGETOWN: Beberapa kawasan hutan di Bukit Bendera, di sini terbakar awal pagi tadi.

Kebakaran hutan di kawasan puncak bukit itu bermula sejak jam 2 pagi namun berjaya dikawal pasukan bomba dan penyelamat dari terus merebak ke laluan kereta api.


Penolong Kanan Bomba dan Penyelamat Bagan Jermal A Ravi berkata, bomba mengalami kesukaran untuk memadam kebakaran kerana keadaan bukit yang agak curam.

"Bagaimanapun, kita berjaya memadam kebakaran dan terpaksa menggunakan pacuan empat roda untuk ke lokasi kebakaran.

sumber 

bisik-bisik:
haihhhhh ...musim2 kemarau ni tak payah la nak membakar2 segala,sampah ke apa ke....
kang melarat ,susah plak,dan menyusahkan orang tau,
dengan kualiti udara yang tak berapa elok sekarang ni,harap-harap ada la kesedaran dalam diri masing-masing,jangan pentingkan diri sendiri,sama-sama kita jaga.

jom ramai2 buat solat minta hujan,kita rayu dan minta dengan Allah.









0 singgah dan taip sket..:

Batu Belah Batu Konkrit

2:06 PM Sue Izza 1 Comments

Batu Belah Batu Konkrit-Monoloque Ft Azlina Aziz

Wahai anakanda ku sayang
Ke mana hilang budaya
Diculik piring terbang
Atau ditelan buaya

Tiada peluang tiada ruang
Semua mahu cepat kaya
Pabila semua dah hilang
Barulah hendak percaya

Cukuplah semua ini
Hati bonda tersepih
Biarkan bonda pergi
Dimakan ditelan
Batu belah batu konkrit

Wahai anakanda ku sayang
Kenapa gadai pusaka
Sebab cinta atau wang
Atau kerna kurang peka

Seperti lalang-lalang
Suka belok suka leka
Ikut telunjuk bayang-bayang
Akhirnya diri terluka
Melihat semua ini
Hati bonda menjerit
Lepaskan bonda lari

Dari dihimpit putar belit
Masyarakat hipokrit

Wahai bonda jangan merajuk
Bonda jangan makan hati
Anakda disini memujuk
Dan anakanda takkan berhenti
Kini sekadar impi
Baru faham semua ini
Bonda tolong jangan pergi
Maafkan anakmu

Cukuplah semua ini
Hati bonda tersepih
Biarkan bonda pergi
Dimakan ditelan
Batu belah batu konkrit

Dari dihimpit putar belit
Hamba duit masyarakat hipokrit

Bonda rela dimakan ditelan
Batu belah batu konkrit



bisik-bisik:
hayati liriknya
ada yang tersirat
fahami.....

1 singgah dan taip sket..:

Keli Salai Masak Sambal

12:02 AM Sue Izza 6 Comments




Dinner tadi,sempat masak ikan keli salai yang beli kat ulu bendul hari tu,masak simple je untuk dinner,firat time masak keli salai,Cik Ngah kurang gemar sebenarnya ikan keli,tapi cuba makan dan masak sebab Mr D gemar jugak...heehheee...

Jom,tengok cara Cik Ngah masak,tak biasa sangat ni...hehehhe..

Bahan:
4 ekor ikan keli salai
5 biji cili merah
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 sudu asam jawa
2 batang serai di ketuk
1 biji bawang besar potong bulat
2 sudu cili boh
2 sudu sos cili
Garam dan gula

Cara:
-blendkan bawang putih,bawang merah,cili merah yang di buang biji.
-tumis bahan blend dan cili boh sampai masak/naik minyak
-masukkan serai,asam jawa,sos cili....biar mendidih,kalau nak lebih kuah tambahkan air.perasakan.
-masukkan ikan keli dan gaul rata,masukkan potongan bawang.
-hidangkan dengan nasi panas-panas,yummyyyy...

Bisik-bisik:
Yeayyyy berjaya masak dan makan
Erk...hehehehhe...

6 singgah dan taip sket..:

Senawang Food Festival 2014

1:07 PM Sue Izza 2 Comments

31 Januari lepas,Cik Ngah berpeluang ke Perasmian Senawang Food Festival bertempat di Dataran Tempat Letak Kereta KIP MART Senawang yang di anjurkan oleh My Media Event & Management dengan kerjasama Kmenterian Kesenian,Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia,KIP MART,Tourism Malaysia dan Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan.Terima kasih banyak pihak MyMedia yang sudi menjemput Cik Ngah dan rakan-rakan.


Kami di beri penginapan di hotel Seri Senawang yang berdekatan dengan lokasi majlis perasmian ini.Hotel yang agak selesa,dan kakitangan yang baik hati.

Majlis telah di rasmikan oleh Encik Baharudin Bin Jali,Pengurus Besar Lembaga Pelancongan Negeri Sembilan di samping sambutan Tahun Baru Cina.

ucapan perasmian oleh Encik Baharudin Bin Jali
menandatangani banner perasmian
barisan tetamu vip bergambar bersama maskot KIPMART dan Tahun Melawat Malaysia 2014

persembahan kebudayaan oleh penari kementerian kebudayaan
Jamuan makan di Nasi Ayam Gemas

Festival ini di meriahkan lagi dengan gerai-gerai makanan Halal Food dan hasil IKS penduduk sekitar,usahawan-usahawan kecil di beri peluang memperomosikan produk mereka.Terdapat juga produk makanan sunah dari luar,memang pemakanan yang baik la untuk kesihatan,tak rugi cuba,makanan untuk kesihatan.

gerai makanan
barisan gerai yang mengambil bahagian

antara produk yang di pamerkan

antara makanan sunnah yang di pamer dan di jual

sabun dari pati minyak zaitun


produk kraftangan dan hasil kreatif

produk d'qaseh
Selain gerai-gerai yang ada,Tourism Negeri Sembilan juga mempromosikan brochure dam pamphlet Negeri Sembilan Food Trail,yang mengandungi senarai masakan popular Negeri Sembilan seperti Masak Lemak Lado Api,Sambal Tempoyak Daun Kayu,Rendang Pucuk Ubi dan banyak lagi.Selain itu terdapat juga senarai Restoran di seluruh Negeri Sembilan yang menyajikan makanan tradisional Negeri Sembilan.So,sesiapa yang nak merasa makanan tradisional ini bolehlah berkunjung ke restoran tersebut.Risalah tersebut boleh di dapati di pejabat atau kiosk-kiosk perlancongan Negeri Sembilan atau hubungi :

Tourism Malaysia Negeri Sermbilan,
Tingkat 1,Seremban Plaza,Jalan Dato’ Muda Linggi,
70100 Seremban Negeri Sembilan
Tel/Fax: 06-7624488/06-7638428
FB : Tourism Malaysia Negeri Sembilan

2 ekor singa membuat persembahan
kanak-kanak yang berebut limau

gubahan sayur yang di buat oleh singa sambil menari
pertandingan melukis untuk kanak-kanak
Selain pameran dan gerai jualan,terdapat juga acara mewarna dan pertandingan karaoke untuk pengunjung yang hadir,serta persembahan tarian singa sempena Tahun Baru Cina,first time Cik Ngah tengok tarian singa depan mata dekat-dekat,siap boleh pegang lagi.

produk makanan dari IKS setempat

losyen dari olive oil
Malamnya pula kami di jemput untuk showcase artis-artis otai rock dan menghiburkan anak-anak yatim dari PEYAKIN yang sangat sporting.Antara yang hadir menghiburkan kami adalah Afee Utopia,Duan Olan dan Nizam Laksamana.

afee utopia

crew mymedia dan bloggers bergambar bersama artis

barisan artis,crew dan anak yatim PEYAKIN

 Malam itu berakhir dengan meriah,terima kasih kepada kak Hartina Arssid iaitu Pengurus Operasi dan Jualan MyMedia yang sudi menjemput kami dan atas layanan baik yang di beri.
Insya allah akan berkunjung lagi,tak puas dan tak habis lagi pusing Negeri Sembilan

Bisik-bisik:
Tapi puas hati juga la wish list Cik Ngah nak pergi Istana Besar Seri Menanti tercapai,
Itu nanti cite tuk entry seterusnya ye….


2 singgah dan taip sket..:

Udang Ala Paprik

10:21 PM Sue Izza 5 Comments


Memang rezeki kami satu rumah,balik dari bercuti Cik Zura bawa balik udang fresh dari laut Teganu,memang terasa kesegaran dan kemanisan isi udangnya,untuk penggemar seafood cam Cik Ngah ni,memang menjilat jari la.Udangnya pulak bukan kecik2,besar tapak tangan Cik Ngah ni ha,memang puas la makan.
Balik kerja semalam,teringin nak makan nasi ngan ulam n lauk,apa lagi berkung fu jap kat dapur.

Udang ala paprik

Bahan:
300gm Udang sederhana besar-buang janggut
2 batang serai ketuk
4 helai daun limau purut
4 sudu kicap lee kum kee
3 sudu sos tiram
2 sudu sos cili
1/2 batang lobak merah potong bulat
1 biji bawang besar potong bulat
4 ulas bawang putih ketuk atau cincang
1/2 inci halia cincang
3 biji cili api
Secawan air
Garam dan gula

Cara:
-goreng udang separuh masak dan ketepikan
-tumis bawang putih dan halia
-masukkan sos dan kicap
-masukkan cili api,lobak merah,serai dan daun limau
-masukkan air dan biar kuah mendidih
-kalau nak pekat biar kuah kering sedikit
-masukkan udang,bawang besar dan gaul rata
-perasakan

Bisik-bisik:
Memang puas hati dapat makan yg fresh macam ni,
Terasa manis isi udang.
Ni kalau kat kedai mau 20 30 ringgit ni..huuhuu



5 singgah dan taip sket..:

Bill Gates letak jawatan

2:38 PM Sue Izza 0 Comments



WASHINGTON: Pengasas Microsoft, Bill Gates di sahkan bakal meletak jawatan sebagai pengerusi syarikat perisian komputer itu dan akan dilantik sebagai penasihat.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Microsoft, Gates akan menumpukan lebih banyak masa kepada syarikat terbabit apabila memegang jawatan tersebut.

Sementara itu, Satya Nadella, 46, yang sebelum ini memegang jawatan naib presiden eksekutif kini dilantik menjadi ketua pegawai eksekutif ketiga syarikat gergasi teknologi itu bagi menggantikan Steve Ballmer yang bersara.

Petikan dari Astro Awani

bisik-bisik:
kiranya dia buat kerja belakang tabir la ni...
ermmm ye la,takkan mudah-mudah nak tinggalkan apa yg dia dah 
bangunkan,kan?

0 singgah dan taip sket..:

Mari Belajar Dialek Pahang

6:24 PM Sue Izza 12 Comments

Moh kita belajor  loghat Pahang nok?

TAU DOK AOK ME?

 1. Sebenarnya tidak ramai orang dari pantai barat yang tahu bagaimanakah bunyinya dialek atau loghat Pahang. Ini dibuktikan dengan pengalaman saya sendiri menanya rakan-rakan se universiti yang bukan dari pantai timur. Hampir 70% daripada mereka tidak tahu bagaimana bunyinya longhat Pahang malah ada yang menganggap yang orang Pahang tiada dialek atau hanya bercakap seperti orang Johor, Terengganu atau Kelantan.

 2. Dialek pahang berbeza-beza dan diklasifikasikan kepada tiga bahagian, iaitu bahagian Pahang Hilir yang meliputi kawasan Pekan dan Rompin. Pahang Tengah meliputi kawasan Maran, Bera, Temerloh dan Chenor. Serta Pahang Hulu iaitu Kuala Lipis, Raub, Jerantut dan Cameron Highland. 

3. Berbanding dengan orang Terengganu dan Kelantan, orang Pahang yang berada di luar Pahang samaada menetap, bekerja atau belajar sangat jarang menggunakan dialek mereka kerana khuatir tidak difahami oleh orang luar atau disebabkan inferiority complex. Malah ada di antara mereka seboleh-bolehnya mahu menyembunyikan dialek tersebut dan matlamat mereka selalunya berjaya kerana tiada siapa yang tahu dialek sebenar mereka. Namun mereka akan terkantoi jika ada diantara orang luar tersebut adalah juga orang Pahang! pendek kata biasanya hanya orang Pahang yang dapat kesan bahawa seseorang itu orang Pahang atau tidak melalui cara percakapan mereka. selain itu, jika anda orang Kelantan dan Terengganu, dan anda ingin menyembunyikan dialek anda, anda biasanya kurang berjaya sebab bunyi dan lenggoknya tetap tertonjol. Hal ini berbeza dgn orang Pahang yang lebih mudah menyembunyikan dialek mereka.

 4. Dialek Pahang juga sering disalah ertikan sama dengan dialek perak! Walaupun ada diantara intonasinya yang seakan-akan sama namun ia tidak serupa. Sebab itu banyak para pelakon yang berasal dari Pahang kadang-kadang diambil berlakon watak sebagai orang Perak. Tidak seperti dialek-dialek lain contohnya Kedah, Perak, dan sekarang Terengganu dan Kelantan, dialek Pahang amat jarang digunakan dalam filem-filem mahupun drama. Kalau adapun biasanya tidak tepat dan menyerupai dialek Perak.

 5. Dialek Pahang juga mengikut pergerakan arus sungai Pahang. Hulu sungai biasanya air deras atau laju maka penduduk hulu Pahang banyak bercakap dalam dialek yang agak laju dan deras. Manakala di Pahang tengah aliran sungainya semakin sederhana jadi begitulah juga dialek yang dituturkan. Di hilir pula dialeknya menjadi lebih perlahan atau dalam bahasa Pahang dipanggil leweh maka begitulah juga dialek mereka.( mengikut kajian seseorang). 

6. Dibawah saya lampirkan sebahagian daripada loghat atau dialek Pahang secara umum untuk pengetahuan kawan-kawan yang tidak tahu atau bukan orang Pahang. Ada diantara perkataan di bawah sama penggunaannya di negeri pantai timur lain seperti di Kelantan dan Terengganu namun cara sebutannya adalah berbeza:

 Bahasa Melayu Piawai / Bahasa Melayu Pahang

saya- kawan (kawan),koi, kas, keh, kaweh,kome
awak- awok (awak),
aok, ork, kas
mereka- demeh 
yang itu- hok tu 
yang ini -hok ni 
beritahu -royek,
kabo (khabar)
rambutan -muktan 
keluar -keluor (keluar) 
orang -ora (orang) 
tidur- reloh 
buang air besar- ronoh, perot (perut) 
kenapa ngaper -(mengapa), matnyer 
plastik- jabir 
bekas plastik -molor 
selimut -gebor 
selalu -senalo, sokmo
jenis- jenih (jenis)
malas -maleh (malas)
letih- kehut, kohot, tok rot
gelojoh- polok 
baiki- bele 
tilam -lece 
penuh- mombong
di sana -setoho 
suruh- nyeraya 
kebas kaki- sesemut, senyor
budu- pede
tercekik -mengkelan 
selirat- sengkelik
leka -ralik
tangis -rahang, lalok
pening- oteng
bengkak- merenin
telekung- mahane

 Kata Penguat Maksud 
 manis meletiang- sangat manis 
 pahit lepang- sangat pahit
 tawor heber -sangat tawar
 itang legang -sangat hitam
 lawo mat -sangat cantik
 busuk melantong- sangat busuk
 ngerlang- sangat cerah 
 wangi merohong- sangat wangi
 tebal bakut -sangat tebal 
 masang menaung -sangat masam 

Sumber : wasap
-Al Semantani-

bisik-bisik:
tak de geng yang betul2 boleh bercakap Pahang pekat dengan Cik Ngah kat sini
ramai geng klate je..huuhuu...
moh la oghang pahang borak ngan keh ni..huhuuu

12 singgah dan taip sket..:

Tahniah Leuniey Dan Apek : Anak Sulung Apek

2:01 PM Sue Izza 0 Comments

Tahniah di ucapkan kepada penjaga gol pasukan bolasepak Kelantan,atas kelahiran puteri sulung beliau.
Comelnyaaaa...semoga jadi anak solehah...mesti cantik macam ibunya...

comelnya babyyyy....
"Alhamdulillah syukur kepadaMU YA ALLAH saya selamat melahirkan bayi perempuan 2.75kg pada jam 14.55ptg. AMEEN YA RABB Ourlittleangel #babyK @fahmiapexs” – Leuniey Natasha"

Sumber: Anak khairul Fahmi Dan Leuniey Natasha Selamat Dilahirkan | Fuh.My

0 singgah dan taip sket..: