Tahniah Fizz Fairuz dan Almy

12:04 AM Sue Izza 1 Comments


Tahniah fizz fairuz dan almy nadia...

Alhamdulillah mereka selamat di satukan sebagai suami isteri
Cantik kan bajunya hehehehe...suka tul warna ni
Minat gak lakonan fizz fairuz ni,semoga jodoh mereka kekal
Hingga ke syurga,ye la banyak gak cerita kontroversi dan macam-macam halangan hubungan diorang ni,tapi ni la orang kata kalau jodoh tak ke mana....lari la hujung dunia pun..kuasa Allah kan....


1 singgah dan taip sket..:

Resepi Roti Panggang Bercheese

4:15 PM Sue Izza 9 Comments

Whattttttt? Makanan lagi Cik Ngah oiii...hahahha...nasib lerrrr.

Kekonon ahad kan dok kat rumah,dah siap mengemas dan memdobi bagai,boleh la feeling-feeling masak makanan western sikit kat rumah sambil rehat-rehat ye dak? kononnya la...
Jadinya,eksited nak menerai resepi yang Yana Ujang share kat SINI 

Siap-siap mengemas terus ke dapur sediakan bahan-bahannya?
bahan-bahan

Bahan-bahannya:

-6 keping roti gardenia di buang kulit
-secawan susu fresh milk,Cik Ngah pakai susu Godday je..kotak biru
-3 biji telur
-2 batang sosej potong memanjang
-sayur campur
-cili merah hiris halus
-cheese (Cik Ngah pakai yang lebih topping pizza,mozarella tak silap)

Caranya:
-blend telur dengan susu,masukkan perasa garam sikit
-bentukkan roti dalam bekas pembakarnya macam mangkuk tu kan
-letak la sosej dan sayur campur dalam tu.
-tuangkan bancuhan susu dan telur tadi,then tabur cheese.
-pastu bakar dalam 20 minit dengan suhu 170 darjah celcius

Tapiiiiiii ,Cik Ngah semalam,tengah-tengah dok bakar tu kan,sib baik tergerak hati pi tengok oven,ehhhh sejukkk,ingat kan lupa petik suis,tapi petik pun tak nyala jugak..alahaiiiiii time ni la nak rosak,huwaaaaa sayangnya,dah la guna punya la cermat..hukkkk

Supaya tak membazir bahan terus amik pengukus dan kukus je la,so nak makan kena sejukkan dulu supaya tak lembik..kalau bakar tu mesti rangup je kan huuhuu...tapiiii rasa sedap jugakkkk ecehhh puji sendiri hehehe....

roti panggang bercheese tapi versi kukus heheheh

bisik-bisik:
huwaaaaa...time sengkek la suma nak rosak...sobs sobs,harap-harap boleh la di baiki oven ni...huuhuu

9 singgah dan taip sket..:

Piknik with Geng Backpackers @ Tasik Empangan,Putrajaya.

5:04 PM Sue Izza 4 Comments




Mati laaaaa Cik Ngah oiii...blog ko penuh dengan gambar makanan je la....huuhuu ampun ye kengkawan,apa nak buat,orang asyik request suh masak je.layankan aje heheheh...

Ahad lepas sempat buat makan-makan ala piknik tepi tasik ngan geng backpackers Cik Ngah,dah lama tak spend time dengan diorang.Siap request nak makan macam-macam ,so buatkan je la...
Sabtu tu sempat la beli bahan-bahan nak masak,mulanya plan nak bakar-bakar tepi tasik,tapi risau lak hujan ,so Cik Ngah bakar siap-siap kat rumah,dan bawa yang dah siap je.
Antara menu yang Cik Ngah masak ialah Kambing Panggang,Ayam Panggang,Lala Sweet Sour,Kerabu Pauh,Siakap Bakar Berempah,Ikan Selayang Bakar Tawar,Budu dan Air Asam.Cik Yan pulak buatkan sup ayam dan bawa ulam,Cik Nurul plak buatkan desert...dah jadi pot luck pulak.Seronok tau sesekali makan macam ni.

Perapan Kambing ala BBQ,Cik Ngah panggang dalam oven je..
Berbaloi Cik Ngah beli kepingan Lamb Shoulder kat kedai Sri Ternak dalam Pasar Borong Selangor ni,dagingnya lembut,perap sekejap je,bakar memang best....

sebahagian bahan2 kerabu mangga

Ayam yang dah di perap
Kami berjumpa di Taman Empangan Putrajaya lepas zohor,dengan angin-angin sepoi bahasa,memang nyaman sangat,kebetulan hari Ahad ,ramai juga keluarga datang beriadah kat situ,bawa anak-anak main basikal.Kmai pilih pondok yang jauh sikit dari orang lain.


masing2 dah lapar sampai mr presiden tak sempat bukak spek..hehehe...

ayam bakar ala Cik Ngah


cheesekut milo Cik Nurul


ikan selayang bakar tawar

kek coklat cheese Cik Nurul

kerabu mangga Cik Ngah

Lala Sweet Sour


Kambing Panggang
Sudah makan,dok rehat-rehat dan menikmati keindahan alam,dah la dengan aliran air,perut kenyang macam nak pecah kan,fuhhh hampar tikar kalau layan mata mau lena ni...

berehat dan kekenyangan
haaaaaa kan dah tertidur...hahahahha


ni plak orang terakhir sampai,tggu dia makan je dah berjam-jam.
Dekat pukul 7 juga la baru kitaorang gerak dari situ,ermmmm walaupun ramai lagi ahli backpackers tak dtaang,Insya allah lain kali akan plan lagi untuk berkumpul.

bisik-bisik:
seronok sesekali berkumpul n makan-makan,borak-borak cerita dulu2 dan terbaru.

4 singgah dan taip sket..:

Garden Bbq Buffet @ PICC : Food Review

1:13 PM Sue Izza 4 Comments

Nak merasa dinner ala-ala Bbq yang romantik dengan pemandangan malam yang menarik? ok korang tak salah tempat.Jom Cik Ngah bawa korang ke Garden Bbq Buffet di Putrajaya International Convention Centre (PICC) di Putrajaya.Garden Bbq ni agak eksklusif berbanding lunch buffet yang pernah Cik Ngah review dulu.Dengan suasana "out door" permandangan putrajaya yang mewah dengan limpahan lampu di malam hari ,pastinya mendatangkan suasana romantik,tambah lagi bila korang memilih meja berdua kan,hehee dah jadi candlelight dinner dah tu.
Dengan harga RM80 untuk dewasa dan RM40 untuk kanak-kanak 5 tahun ke atas,pastinya korang akan berpuas hati dengan menu dan susun atur yang sangat best.Dengan resepi dari chef-chef ternama,pastinya tak rugi tuk korang cuba.

hah koo romantik je table nya...kena bawa orang tersayang n letak lilin ni..heheh
Berbagai menu yang di sediakan untuk di panggang panas di hadapan korang tau,antaranya ikan dory,ayam,udang,sotong,ikan pari.daging lembu dan yang sangat Cik Ngah tunggu adalahhhh..kambing laaa...my feveret wooo...serius sedap sangat perapan dia,tak de bau,dan sosnya semua sedap.

persiapan sebelum proses membakar

antara pencicah yang di sediakan ,mustard,air asam,kicap cili dan minyak zaitun.

bahan-bahan segar sebelum di bakar,yummmyyyy....
ayam yang di perap

chef berpengalaman sedang menyediakan bahan.
tu diaaa...dah masak,chef Hamdan dah start potong kambing dahhhhh


yummyyyyyy.....

lamb roasted,my feveret....

udang feveret Cik Mija..heheheh


ayam dan ikan dori sedang di bakar
Selain dari bbq dan bakar-bakar ni,ada juga makanan berat lain yang boleh korang nikmati :


nasi goreng

mihun goreng

spageti bolognese

dalca 

Garden Bbq PICC ni selalu di buat sekali je dalam sebulan biasa antara jam 6 petang hingga 10 malam,so,korang akan dapat nikmati pemandangan sunset serta kerlipan lampu di waktu malam hari di Putrajaya.Jangan risau kerna surau yang sangat selesa di sediakan,tandas pun cantik.


suasana outdoor garden bbq,sangat nyamann
permandangan putrajaya dari picc
Okeh,jom kita layan lagi,apa lagi santapan yang sedap-sedap ada kat sini :


kerabu kacang panjang

spageti with prawn

squid salad

chicken breast salad
chicken with roasted pumpkin
(yang ni Cik Ngah suka,sedap wooo)

tauhu sumbat

salad prawn

salad campur

berbagai kek dan puding

chocolate mousse and orange mousse

puding

sagumpal

puding errr lupa lak nama

potato baked
buah-buahan

bubur kacang dengan durian,yummyyyy

jagung rebus

gerai ABC pun ada,mintak je,adik manis ni buatkan..hehehhe

see,permandangan di waktu malam,tenang....
Okeh ,untuk sahaja,banyak lagi sebenarnya tak larat dah nak buh gambaq,hehehhe....apa kata korang try sendiri,berbaloi,nak dok sampai kul 10 malam pun duduk la heheheh...makan slow-slow,nikmati makanan sedap dan permandangan cantik,suasana tenang.Untuk maklumat lanjut korang boleh ke laman web PICC atau pun hubungi no telefon : 03-8887 6000 juga boleh klik SINI untuk promosi makanan di PICC




bisik-bisik:
Makan-makan juga,bersenam jangan lupa,heheheh
kalau tak jadi la cam Cik Ngah ni,berkurun nak turunkan berat,
baru semangat nak diet,banyak lak godaan makanan sedap-sedap huwaaaa....

4 singgah dan taip sket..: