Treasure Hunt Ephyra Sempena Jom Heboh Putrajaya

7:54 PM Sue Izza 12 Comments




Sabtu lepas (24 Mei 2014) Cik Ngah sempat join Treasure Hunt Ephyra anjuran Ephyra dan Team Denaihati sempena Karnival Jom Heboh di Putrajaya,yang ,melibatkan 27 orang bloggers.Ini yang kedua Cik Ngah join treasure hunt,sebelum ni kat Matic,tapi ini first time join treasure hunt berkereta.

Seawal jam 9.30 pagi kami di minta berkumpul di Puspanita Putrajaya,Presint 10,dekat je ngan umah Cik Ngah.Yang bagusnya ramai dah sampai awal,yang jauh-jauh la,mungkin takut tersesat atau terlewat la kan.Nampak kan excitednya kami,heehehe...komitmen tinggi tu.

antara yang sampai awal
Selesai pendaftaran kami di beri tshirt,set sarapan dan pek ephyra untuk di cuba.Maklumlah untuk tambah tenaga tuk treasure hunt la katakan.Ini kali pertama Cik Ngah minum produk Ephyra ni,serius sedap,ingatkan macam supplement yang tak de rasa tapi sedap rupanya,rasa oren.Siap bagi botol untuk shake lagi.

ambil sarapan dan ephyra untuk di cuba


setiap orang dapat set ni
Seterusnya pembahagian kumpulan,kami di bahagikan kepada 7 kumpulan bermakna 7 kereta yang akan di gunakan.Cik Ngah dapat kumpulan 4 bersama Faris- Galaksi Media,Abg Fendy dan Kak Ain.Ini kali pertama Cik Ngah berkenalan dengan diorang,Alhamdulillah boleh masuk kepala gak la,dan boleh bekerjasama,yeayyyy kenal kawan baru lagi heehhe...Kumpulan ni di pilih secara rawak,tapi bagus la boleh berkenalan dengan kawan-kawan baru kan,dan grup kami di beri nama GAM AKASIA.Salah satu bahan dalam produk Ephyra.
taklimat dari owner Ephyra Kak Amiza
Pn Amiza Amiruddin dari Ephyra juga turut hadir dan memberi taklimat kepada semua peserta,mesra orangnya.Dia yang memberi nama grup berasaskan bahan dalam produk Ephyra.

kereta yang banyak berjasa,team 4
Sebelum di lepaskan,kami sempat berposing-posing dulu dan group photo semestinya la.
dengan kawan-kawan baru.

peserta-peserta yang mengambil bahagian
Untuk task pertama kami di kehendaki buat insta video minum Ephyra,serius Cik Ngah tak penah buat insta video sebenarnya huuuhuuu...tak tahu kenapa insta Cik Ngah tak leh upload video huuhuu...dari mula buat akaun lagi,huhuu nak nangis rasa..sib baik la Kak Ain sudi uploadkan kat insta dia,then Cik Ngah repost je huuhuu...sadissss...


ni dia videonya,jangannnnnn gelakkkk!!...sekeh kang...

Seterusnya kami di kehendaki ke Taman Botani,task yang di beri kami perlu dapatkan nama pokok-pokok mengikut nombor label yang di beri,fuhhh berpeluh gak la turun naik bukit tu.Sampai tak sempat nak amil gambar,khusyuk cari nama pokok kan.

pinjam gambar orang,tuan punya mintak halal hehehe..
Kemudian kami menuju ke Exit Bangi di tepi highway selepas tol kajang menghala selatan untuk mencari Bilboard Ephyra di tepi jalan,tasknya kami kena berselfie dan upload ke insta,fuhhhh tak penah weiii di buat berhenti tepi highway dok berselfie heheheh..siap kena hon ngan lori lagi.

gigih berselfie di tengah panas
Seterusnya kami bergerak ke KLIA2,akhirnya dapat juga sampai sini,nak tunggu naik kapal terbang,ntah bila kan,hehehe #villagepeople  sangat statement hehhee...
Sampai sana kami perlu mencari Starbuck untuk bertemu team Denaihati bagi task seterusnya.Terpusing-pusing jugak la,besar wooo tempatnya.Rupanya dah ramai yang sampai,kami tengah-tengah la,heheheh....


team Denaihati dah siap menunggu kami
Kat sini banyak jugak task kami kena buat antaranya bergambar dengan signboad KLIA2,bergambar dengan pelancong asing,buat insta video penerangan produk Ephyra kepada pengunjung dan insta video team cheer kumpulan kami.Memang kena tebalkan muka la masing-masing,hahahah..dah buat pastu kitaorang gelak sendiri tengok gelagat dalam video,heheheh...memang happening giler.



macam-macam gaya heheheh....
Selesai semua task,kami bergerak serentak ke check point seterusnya,sebelum tu kami di beri task untuk menjawab teka-teki dan soalan dalam Bahasa Inggeris.
penerangan dari team Denaihati

group photo itu wajib,sebelum meninggalkan KLIA2
Kami berhenti rehat di Petronas KLIA ,untuk makan tengahari dan solat,Menu Nasi Ayam yang di sediakan memang mengenyangkan kami tambahan lagi kepenatan bekejar ke sana-sini.

Cik Qaseh dan Cik Mija tengah menikmati Nasi Ayam
Di sini juga kami menyerahkan tugasan teka-teki tadi,dan bergerak ke Jom Heboh di Putrajaya,yang ni memang mencabar,dengan jemnya,fuhhh dengan kaki penatnya,parking memang tak de la yang dekat,kami kena cari booth Ephyra di karnival Jom Heboh yang terletak di belakang Mahkamah,group Cik Ngah hanya dapat parking di kawasan Presint 18,punya la jauh jalan kaki.Sampai sana kami di beri minum petang mihun goreng,Alhamdulillah,terubat kepenatan.
berposing-posing sementara tunggu task berikutnya.
Kami di beri task untuk bermain Blind Soccer,dan di acarakan oleh duta Ephyra iaitu Norman Hakim dan Memey Suhaiza,Pn Amiza juga ada di sini menunggu ketibaan kami.


Duta Ephyra Norman Hakim
Walau pun kumpulan kami tidak menang sebarang hadiah tapi kami tetap dapat goodies bag dengan produk Ephyra sebagai saguhati.Walau tak menang sesungguhnya kami sangat enjoy dan happy sangat ,treasure hunt kali ni memang happening sangat.Dengan gelak ketawa kami,silaturrahim yang terjalin,kenal kawan2 baru,serius sangat seronok.
pemenang tempat ketiga kumpulan tomato

pemenang tempat kedua kumpulan acai beri

Juara kumpulan Glutatione
Apapun tahniah kepada grup yang menang,terima kasih banyak kepada pihak Ephyra dan Team Denaihati atas penganjuran treasure hunt ni,Cik Ngah dah lama dengar pasal Ephyra ni sebab hari tu jumpa produk ni di SBB 2014,banyak sebenarnya khasiat produk ni tau.

Antara khasiatnya adalah :

Menjadikan kulit anjal, halus dan lebih cerah berseri
Membantu memulihkan wajah yang bermasalah
Mengurangkan kedutan dan garis-garis halus
Menjadikan rambut lebih sihat, lembut dan bersinar
Melancarkan sistem pencernaan dalam badan
Mengurangkan kadar kolesterol
Meningkatkan tenaga dan daya ingatan
Meningkatkan sistem imunisasi dalam badan
Mengawal berat badan dan meningkatkan kadar metabolism
Melegakan kesakitan sendi dan arthritis

Epyhra ni juga sesuai untuk:

Lelaki dan wanita, kanak-kanak (4 tahunkeatas)
Ibu menyusu dan hamil (6 bulankeatas)
Mereka yang pentingkan kecantikan, kesihatan luar dan dalam


Mereka yang mempunyai masalah-masalah berikut :
Kulit berjerawat
Kulit Berjeragat dan Berparut
Eczema / Penyakit Kulit
Gastrik / Masalah Usus
Menurunkan Kolestrol
Stress / Kemurungan / Ceria
Sembelit / Cirit-Birit / Buasir
Asthma / Lelah / Penat / Semput
Gout / Arthritis Sendi
Menopause
Ketidakseimbangan Hormon
Alergi Makanan Laut
Resdung
Penyakit Gusi / Demam
Masalah Tidur / Kelesuan
Jangkitan Pundi Kencing
Masalah Buah Pinggang
Kanser / PertumbuhanTumor
Sakit Sendi & Sengal Badan
Jantung / Saluran Darah
Migraine / Sakit Kepala
Strok / Parkinson
Penyakit Alzheimer (Nyanyuk)
Masalah Senggugut / PMS
Jangkitan Virus / Bakteria
Darah Tinggi
Masalah Saraf
Kencing Manis
Thyroid

Oh ya! Cik Ngah dengar sekarang ada sale produk ni,harga promosi RM180 untuk sekotak premium yang mengandungi 30sachets,cukup la sebulankan kalau minum 1 sachets sehari.
So kalau korang nak beli atau nak dapatkan maklumat lanjut boleh lah ke laman sosial serta laman web Ephyra seperti di bawah ni ye:


group photo itu wajib
Jom baca pengalaman peserta lain :


bisik-bisik:
Happy dan enjoy sangat
Insya allah kalau ada lagi,jangan lupa jemput Cik Ngah ye








12 singgah dan taip sket..:

Himpunan 101 Makanan Hampir Pupus

3:42 PM Sue Izza 9 Comments


Sabtu 17 Mei lepas dapat jemputan melalui Pak Cik Mat untuk wakilkan dia ke event ni,untuk Cik Ngah memang lajuuuu je la setujunya,makan kot,sapa tak nak,tambahan pulak hidangan yang jarang-jarang jumpa zaman ni kan? Makanan hampir pupus ko,mana nak dapat.
Sebagai wakil Pak Cik Mat, Cik Ngah siap bawa team tau,haahaha...tukang amik gambar dan tukang makan hehehhe.. Cik Qaseh ngan Abg Jeeb kita ha...Terima kasih banyak la kat diorang sebab temankan Cik Ngah,dalam hujan tau,berpayung bagai lagi.

meja hadiah dan urusetia
Event ni kat Istana Negara Lama,yang sekarang dah jadi Muzium Di Raja,Cik Ngah tak pernah sampai pun,main waze je la,dalam pukul 10.30 pagi dah sampai sana,dalam hujan renyai yang agak lebat(errrr...apa aku nak cakap sebenarnya ni..heheheh).
Siap daftar sebagai media,kami pun jalan-jalan ke booth-booth yang ada,memang menarik,ada pameran,demo masakan,pertandingan mewarna untuk kanak-kanak,pertandingan teka berat bawang,cili dan kentang pun ada.

dah macam kenduri kendara kat kampung haaa,yang masak pun makcik-makcik je...
Event ni menghimpunkan 101 makanan hampir pupus dari seluruh negeri di Malaysia.Antaranya ialah Kebebe,Pulut Kukus Periuk Kera, Nasi Daun Lerek,Opok-Opok,Ikan Bakar Dalam Tanah Liat,Nasi Lemuni,kuih-muih,pencicah,kerabu dan macam-macam lagi.

Halwa Betik
"Apa yang di maksudkan 'hampir pupus ' dalam program ini adlah makanan yang jarang dan sukar di perolehi kini kerana bahan masakan yang sukar di perolehi akibat kawasan hutan yang banyak di teroka dan di musnahkan.Selain itu ,pengetahuan dan acara memasak yang tidak di turunkan kepada generasi baru akibat peralihan selera dan modenisasi."

tepek pisang
Memang banyak la makanan yang menarik kat sini,masakan yang Cik Ngah tak pernah makan,tak pernah jumpa,siap di demo kan cara-cara memasaknya.Selain itu ada juga demo membungkus makanan dengan daun-daun.Seperti bungkus tapai dengan daun getah,menganyam ketupat,lemang,lepat dan macam-macam lagi.

bungkusan daun pisang untuk tapai
Cik Ngah ngan Cik Qaseh pun sempat gak la belajar menganyam ketupat,yeayyyy selama hidup kali ni baru menjadi buat hahahhhaa...so raya ni dah boleh tempah ngan kitaorang ye..hahhahha..jawabnya pagi raya pun belum tentu boleh makan.

dah macam pelancong asing plak..heheheh...
Di samping tu Cik Ngah dapat gak tengok berbagai jenis masakan dan bahan masakan yang unik-unik,yang jarang di jumpai sekarang.Gaknya kalau generasi baru memang tak kenal dah,tu la perlunya program macam ni.


buah perah yang dah di proses dan di panggil asam rong


sotong sumbat kelapa


gulai otak lembu
Okeh,yang ni memang unik,Cik Ngah kalau kat kampung belah pantai timur time Raya Haji,sedara mara memang makan tapi biasa buat sambal,goreng atau kerabu,tak penah cuba makan pun,tapi kali ni try gak amik sikit,errrrr tak de rasa yang pelik-pelik pun,sedap pulak kuahnya hehehehe....dengar nama memang loya tapi bila rasa ,biasa je...


antara pencuci mulut yang di hidangkan,Pengat Nangka Masak

dodol kukus taik minyak
Haaaaa,yang ni kecik-kecik dulu time arwah nenek ada je selalu makan,orang pantai timur mesti tahu,sedappp,okeh rindu sobs sobs...huuhuu...ada sesapa nak tolong buat tak..huwaaaaa.....

nasi daun lerek / bemban
Nasi yang di masak dalam daun dan di masukkan dalam buluh,di bungkus seperti lepat,Cik Ngah pernah jumpa masa pegi Lenggong hari tu,satu tps yang Cik Ngah dapat dari tukang masaknya,pastikan bahagian licin daun tu di bawah,letak beras atas bahagian yang kasar sikit,sebab bahagian tu lebih bersih.Aroma nasinya lebih sedap dan wangi.

Kebebe

Bahan2 untuk membuat Kebebe
Kalau di pantai timur kebebe ni macam colek la,tapi yang ni di tumbuk sekali semua dan bahan-bahannya memang kebanyakan dari hutan la.serius sedap,boleh makan dengan nasi,ratah saja pun sedap,buat cicah ikan pun sedap.

Gulai kering ikan sungai dengan daun gelugor
Sama je seperti gulai lain,cuma di keringkan kuahnya dan tahan lama,biasanya di masak untuk bekal orang dulu-dulu ke kebun atau teroka tanah hutan,popular di Pahang dan Perak.Di masak dengan hirisan daun gelugor dan cili.

demo memasak pulut kukus dalam periuk kera


Pulut kukus dalam periuk kera
Pulut Kukus Dalam Periuk Kera ini adalah makanan masyarakat Asli Temiar dan etnik pedalaman Sarawak.Pada zaman dahulu beras pulut padi huma di jadikan bahan utama,tapi kini beras pulut biasa sahaja di gunakan.Pulut di rendam dan di masukkan dalam periuk kera,di kukus bersama daun pandan.Bila di hidangkan hanya makan nasinya sahaja ye,periuk kera tu hanyalah sebagai bekasnya.




Di atas ni pula ikan sungai bakar dalam tanah liat,sekarang memang tak de la buatkan,agak susah nak cari tanah liat dan membakarnya,tapi Cik Ngah rasa,isi ikan yang di masak agak sedap.

serunding ikan pekasam
Sama macam serunding ikan biasa cuma menggunakan ikan pekasam,di campur dengan rempah2 dan di goreng kering.

apam daun rambai
Program ini di rasmikan oleh Duli Yang Amat Mulia Raja Puan Muda Perak,Raja Nur Mahani Binti Raja Shahar Shah.Beliau sempat melawat gerai-gerai yang membuat demo masakan.


lawatan VVIP
Selain itu terdapat juga pertandingan meneka jenis daun,berat cili kering,bawang dan kentang,Cik Ngah masuk juga tapi sampai sekarang tak di hubungi maknanya kalah la tu.

gigih meneka berat timbangan hahahha....

bisik-bisik:
-Cik Ngah suka program macam ni,selain dapat merasa makanan warisan yang hampir pupus dan sukar di dapati ni,dapat juga generasi muda kenal bahan-bahan masakan tradisi,dan mencubanya.
-Cuma di harap selepas ini promosi untuk program sebegini lebih meluas,sekurangnya dapat bekerjasama dengan kementerian pelancongan untuk mempopularkan warisan negara ini.


9 singgah dan taip sket..:

Dress Labuh - Menyerlahkan Keanggunan

8:00 AM Sue Izza 1 Comments

Assalamualaikum...
Apa fashion terkini yang korang minat sekarang?
Sekarang dah memang trend kan,dress-dress labuh,ala-ala jubah,pastu matching pulak dengan cardigan,kalau yang pandai mix and match tu lagi best kan,gabungan calour,jenis kain...cantik je Cik Ngah tengok.Sekarang pun dah ada macam-macam paten dan design dress-dress ni,kat mana-mana pun banyak,kedai-kedai,pasar malam,kedai online,butik-butik.
cantikkan..nampak langsinggg je...errr hehehhe
"Dalam pasaran fesyen Muslimah terkini kita boleh lihat banyak banyak jenis pakaian Muslimah moden dan pakaian tradisional yang cantik-cantik belaka. Apa yang menariknya ini adalah bukti bahawa dress Muslimah semakin mendapat perhatian bukan sahaja di Malaysia malah turut diminati sehinggalah ke peringkat antarabangsa. Pasaran busana Muslimah sebenarnya sudah lama popular namun ianya semakin mendapat permintaan yang tinggi sejak akhir-akhir ini daripada pembeli. Apakah sebenarnya yang menyumbang kepada populariti Muslimah wear?"

Kalau bagi Cik Ngah la dah banyak sekarang jubah-jubah moden ni sebab dah banyak pereka-pereka kita mula buat jubah yang fancy bukan satu warna macam dulu-dulu je,sekarang banyak jubah yang di gabungkan dengan dress ala barat yang lebih fashionable,cuma bagi kita yang muslim ni pandai-pandai la pilih yang sesuai kan....


gabungan warna jubah macam ni nampak lebih segar kan
Di tambah lagi,artis-artis yang berimej muslimah juga mempamerkan fashion-fashion jubah dan dress labuh yang cantik dan mempengaruhi peminat mereka,ye la,design lawa-lawa kan,Cik Ngah pun teringin nak cari  jugak nanti.


heliza dengan gaya dress muslimahnya
"Kemunculan beberapa artis yang mula berhijab dan mengenakan baju Muslimah sebenarnya memberikan impak yang cukup besar. Gaya mereka telah menjadi ikutan oleh peminat dan ini membuatkan mereka mula mencari trend yang mahu disesuaikan mengikut apa yang digayakan oleh artis kegemaran mereka. Dato’ Siti Nurhaliza sebagai contoh sejak mula memakai tudung beliau seringkali sinonim dengan gaya baju sopan ala Muslimah yang digayakan. Pada malam-malam gemilang majlis hiburan beliau sentiasa tampil dengan dress Muslimah yang cukup cantik rekaannya menyerlahkan keanggunan dan gaya seorang diva."


artis-artis menggayakan jubah dan dress labuh yang cantik


dress labuh dengan warna-warna yang lebih ceria

suka dress ni ,bagi ilusi nampak kurus sikit hehehh


"Dress Labuh boleh didapati di pelbagai butik-butik terkenal sehinggalah ke kedai-kedai pakaian biasa di sekitar Jalan Tunku Abdul Rahman yang terkenal terutamanya ketika musim perayaan untuk mendapatkan baju raya ketika Hari Lebaran. Dress labuh Muslimah yang sering menjadi pilihan adalah seperti kaftan moden dan jubah wanita moden. Kedua-duanya sangat elegant untuk digayakan ke majlis-majlis seperti perkahwinan dan makan malam."


cantiknya warna ni,lembuttt je....

"Dalam dunia yang serba moden ini anda tidak lagi perlu keluar untuk membeli-belah. Sebaliknya online shopping kini boleh dilakukan dari rumah sahaja atau di mana-mana yang anda rasa selesa. Shopping online adalah jauh lebih menjimatkan masa serta wang anda juga. Layari laman sesawang online shopping Malaysia yang terdapat di internet dan mulakan retail therapy anda hari ini!"

Selain daripada dress labuh dan jubah yang fashionable tu,ada juga tshirt labuh dan ala muslimah yang menepati syarak,cantik,bawah punggung dan agak longgar,design pun cantik-cantik.

sukaaaaaa.....garisan ke bawah yang besar seswai tuk orang yang langsing
yang ni pulak memang seswai tuk yang gempal bagi ilusi nampak kurus sikit heheh

yang ni pun cantik.....

yang ni pun ...eh semua lah cantik...
Kalau korang nak try usha,dress labuh,jubah yang fashionable,tshirt muslimah dan baju-baju muslimah yang berkualiti dan design yang cantik,boleh la berkunjung ke satu kedai ni,dah boleh shopping tuk raya dah ni,kang kelam-kabut plak k,cer klik gambor kat bawah ni....


bisik-bisik:
jom-jom
shopping raya sementara ada sale ni.





1 singgah dan taip sket..: