Buffet Ramadhan @ Bangi Golf Resort.

3:55 PM Sue Izza 7 Comments

Wahhh lagi 2 3 hari je nak puasa kan? ermmm dah jadi budaya sekarang berbuka secara buffet di hotel-hotel dan restoran,trend sekarang katakan.Cik Ngah ada dapat jemputan untuk food review Buffet Ramadhan di Bangi Golf Resort,Bandar Baru Bangi bersama geng-geng blogger lain,ini memang khas untuk media dan blogger.

KBBA-mawardi dah termenung kelaparan hehehhe...
Agak berbaloi bagi Cik Ngah buffet di sini,dengan kemudahan surau dan kawasan yang bersih dan cantik,sebelum masuk waktu berbuka boleh la datang awal berfoto-foto dulu kat sekitar kawasan ni,ala-ala photoshoot gitewww...heeeeeheeee...
Menunya pulak tak boleh di nafikan memang kena ngan tekak Cik Ngah ni,lauk pauk tradisi Melayu,kerabu aneka jenis,kuih-muih,buah-buahan dan macam-macam lagi lah.....
nasi minyak

gulai kawah

masak lemak cili api ikan keli

lemang pun ada...errrr dah raya ke? heheheh

kerabu perut

kerabu udang

kuih-muih

kerabu mangga

ayam panggang

sayuran

ulam dan sambal

rojak buah

buah-buahan tempatan
Tak mau makan nasi? tak mau makanan melayu? tekak omputeh? tak peeeee...Buffet ni juga sediakan western food jangan risau ye,heehe...macam-macam adooo...

spageti-bolognese/carbonara/mushroom semua ada

lasagna meat -ini sedapppp....

chicken sos mushroom,rasa macam percik putih klate pun ada,sedapppp...

roti and salad
Haaaaaa meh adik kakak mak cik pak cik ,Cik Ngajh nak cite menu istimewa di sini,first time Cik Ngah jumpa di Malaysia,di datangkan khas dari Singapura tau.Telur "Saus Vide Egg with Mushroom Espuma" haaaa tu dia nama,tergeliat lidah,telur separuh masak yang di hidangkan dengan kicap dan sos mushroom.Sikit pun tak bau hanyir ,semua blogger kata memang sedap,cuma silap la Cik Ngah hari tu pi makan apa ntah ,combination nya tak kena,lain macam plak rasanya,so di nasihatkan makan telur ni dulu.Tapi orang lain makan memang suma kata sedap majoriti terutama Abang Taff Pencuri Telur hahahaha

dengan kicap

dengan sos mushroom
Haaaaa yang ni plak memang wajib ada la kalau buffet2 ramadhan sekarang kan,dan memang my feveret la ni,ini yang di cari dulu heheeh...Kambing Golek ar...

cun tul kambing ni posing hahahha....
Selain itu ada juga desert-desert ala omputeh,char kuey teow,dan makanan ala-ala gerai ,pendek kata makanannya memang akan membuntalkan perut la,tapi jangan sampai tak solat pulak ye bila dah buka puasa nanti.Antara desert yang unik kitaorang try aiskrim berperisa bunga kantan,weeee siyes sedap,Cik Ngah sukaaaaa...freshhhh je rasanya....Jom layan desert-desertnya:










Banyak lagi gambar sebenarnya tak larat nak masukkan,ni pun dah meleleh di buatnya heheheh....
Bagi Cik Ngah memang dah berbaloi buffet ni dengan harga RM50 Dewasa dan RM25 kanak-kanak.


masing-masing kekenyangan,tengok perut laaaa opssss ehheeh

Untuk tempahan, anda bolehlah menghubungi terus:

Luliy Shalwani
( 016 267 8284 )


atau

Siti Zawiah
( 017 316 9316 )


atau

+[60] 03 – 8925 3728

Alamat :
No.1 Persiaran Bandar, Bandar Baru Bangi,
Selangor 43650
Malaysia.



GPS Coordinates :
2.95716N, 101.76518E

Website/Facebook/Email :

Laman Web
FB Bangi Golf Resort

bgb.bangigolf@gmail.com


Waktu operasi :
6.30 am - 9.30pm Daily
bisik-bisik:
dah cadangkan kat bos buat Iftar kat sini ,tunggu persetujuan bos je heheheh....
bos tak mau ai is pergi sendiri je la hehehehe

7 singgah dan taip sket..:

Sambal Udang Tempoyak

1:33 PM Sue Izza 5 Comments


Resepi simple tuk rekod sendiri,biasa buat ngan ikan bilis je,tapi kebetulan ada udang,try and error la...
sedap jugak,kalau nak pedas lebihkan cili boh ea,makan ngan nasi pun sedap,ngan pulut pun ok,cicah roti pun boleh...heheheh alaaa kita buat dia kan...

Bahan:
Udang sederhana 15 ekor -di buang kulit,kepala dan ekor
3 sudu tempoyak 
2 sudu cili boh-nak pedas buh la banyak2 heheheh
2 ulas bawang putih-blend
3 ulas bawang merah-blend
1 biji bawang besar-potong bulat
1 batang serai-ketuk
perasa

Cara :
-tumis tempoyak,cili boh dan bawang yang di blend sampai wangi
-masukkan udang dan serai
-tambah air sikit bagi berkuah
-masukkan bahan perasa dan bawang besar
-gaul biar mendidih dan tutup api
-sedia di makan

bisik-bisik:
simple kan,buat lauk sahur pun sedap ni.




5 singgah dan taip sket..:

Mamee Chef Day Out @ Melaka.

8:14 AM Sue Izza 8 Comments

MAMEE CHEF DAY OUT

Sabtu lepas 31 Mei .Cik Ngah berpeluang join Mamee Chef Day Out,di jemput oleh team Nuffnang,tak sangka di jemput,maklumlah blog tak berapa nak meletop macam orang lain kan,tapi bila dapat jemputan macam ni,tetiba bersemangat lebih plak nak berblog lebih aktif,heheheh…

Kami berkumpul di Lobi Kilang Mamee di Subang dan di bahagikan kepada beberapa kumpulan,2 bas di gunakan sebagai pengangkutan untuk kami ke Kilang Mamee Double-Decker (M) Sdn Bhd di Melaka.

Seawal 8 pagi Cik Ngah dan Cik Yanty dah sampai,sementara tunggu pendaftaran dan semakan nama serta pembahagian kumpulan,sempat la berkenalan dengan blogger-blogger lain,ramai gak yang otai-otai.

Dalam 9.30 pagi kami bertolak,agak lewat sampai di Kilang Mamee di Melaka,kami di beri penerangan tentang penubuhan kilang dan sejarahnya.
yeayyyyy dah sampai

yaeyyyyy grup photo itu wajib

Galeri Kilang Mame Double Decker (M) Sdn Bhd
Kami di penerangan oleh Sham Mee,Marketing Manager di situ,sambil di jamu hidangan ringkas kuih-muih dan minuman.Di situ juga ada di pamerkan produk yang di hasilkan oleh kilang ini dari  lebih kurang 40 tahun yang lepas,seronok pulak tengok pek-pek mee segera mamee zaman-zaman Cik Ngah kecik dulu,memang mengimbau kenangan.
Trip kali ini kami banyak di terangkan tentang Produk Mee Segera  Mamee Chef yang hangat di pasaran sekarang,

perisa mamee chef

Produk mee segera Mamee Chef yang mengetengahkan mee tarik sebagai tarikan,terdapat dalam perisa Ayam Pedas Shitake,Laksa Kari dan Tom Yam Thai.Terdapat dalam bentuk pek dan cup.Antara penghargaan dan anugerah yang pernah di terima adalah :

-Mamee Chef Curry Laksa rated Top 10 Best Instant Noodles in the World for 2014 dalam laman blog  theramenrater

-Putra Brand awards bronze Recepient 2014 di bawah Food Srtuff Category

-Frost and Sullivan Malaysia Excellence Awards Recipient.

Selain itu,kami di tunjukkan demo penyediaan bahan dalam perencah mee segera tersebut yang menjadi kunci kesedapan mee segera Mamee,ia salah satu rahsia kejayaan mee segera ini bila mengekalkan resepi asli dari Chef Ismail,pes perencah yang di buat mengekalkan kesegaran bahan semulajadi,terutama dalam perencah Laksa Kari dan Tom Yam Thai.


cara membuat perencah yang di masukkan dalam pek mee segera

bahan-bahan asli yang di gunakan

perencah yang sudah siap di masak

Selain resepi perencah yang asli,mee segera Mamee Chef juga di lengkapkan dengan sayuran kering dlaam setiap paket mee seperti sayuran,udang kering dan tauhu.
Selain itu mee segera Mamee sememangnya mendapat pengesahan halal dari Jakim yang akan tamat sijil halalnya pada 2015.






Pengesahan sijil halal yang Cik Ngah dapatkan.So jangan risau ye,memang halalan toyyiban.

Kami juga di tunjukkan cara-cara membuat mee tarik daripada chef yang pakar dalam pembuatan mee tarik ini.Tak best kan tengok gambar je ,jom kita tengok video yang sempat Cik Ngah rakam ni ye…lebih jelas gitu.





chef mee tarik dengan CEO dan Manager2 Mamee Chef


 Kemudian kami di bawa melawat sekitar kilang dan cara pemprosesan mee segera dari awal hinggalah boleh di makan.Penerangan ringkas di beri oleh Mr Ng ,Operation Manager Kilang Mamee.Kami di tunjukkan setiap peringkat penyediaan mee segera ini.Apa yang Cik Ngah perhatikan kilang ini sangat bersih dan pekerja semua mementingkan kebersihan.


Antara peringkat penyediaan mee segera di kilang ini adalah :

1) Mixing-mencampurkan bahan-bahan untuk menbuat doh mee

2)Rolling-proses pembentukan doh untuk memudahkan membentuk mee

3) Slitting-proses membentuk mee

4) Steaming- mee yang siap di bentuk di panaskan atau di masak dengan stim.

5) Cutting-mee kemudian di potong mengikut ukuran yang di tetapkan

6) Seasoning Shower- mee yang siap di potong di siram dengan sup perasa yang di masak sendiri

7) Frying-kemudian mee di goring untuk memasak dan sebatikan perasanya

8) Cooling-mee yang sudah di masak,di keringkan dan di sejukkan,supaya tahan lama bila di bungkus.

9) Packaging-mee di bungkus dalam bentuk paket atau cup serta di masukkan perencah mengikut perasa yang di tetapkan






Selepas melawat kilang memproses mee ini,kami di hidangkan makan tengahari yang di baw akhas dari Mamee House di Jonker Walk,Bandar Melaka.


desert,kek coklat sedappppp.....

nasi ayam hainan kepal,yummyyyy....
First time makan nasi ayam kepal,sedapppp…tapi Cik Ngah tak amik banyak sebab masih kenyang,ada desert kek coklat yang sedap,sate dan minuman,kami juga di beri merasa mee segera Mamee Chef Kari Laksa yang di masak,memang terasa kesedapannya.

MAMEE HOUSE @ JONKER WALK



Selesai menjamu selera kami meneruskan lawatan ke Mamee House yang terletak di Jonker Walk,Bandar Melaka.Bangunan lot kedai yang berusia lebih 100 tahun di jadikakan galeri produk dari Kilang Mamee,terdapat kaunter jualan baju t,cenderamata,produk2 seperti mee segera,potato pringle,dan macam-macam lagi.Terdapat juga restoran untuk menikmati hidangan ala carte dari produk mamee dan lain-lain.

mee goreng mamee chef


nasi ayam hainan kepal
Antara hidangan yang terdapat di Mamee House,Mee Goreng Mamak Mamee dan Nasi Ayam Kepal Mamee.

Penerangan ringkas dari kakitangan Mamee House,ia di buka sekitar akhir November lepas,sebagai kedai penjualan,restoran dan meyediakan tempat latihan dan kelas belajar membuat  mee serta bahagian interaktif untuk kanak-kanak seperti DIY cup mee segera dan kelas membuat mee.

souvenir yg di jual
produk2 yang di jual


sempat bergambar ngan mamee monster
Kami di bawa ke bahagian atas untuk melawat kelas membuat mee dan DIY cup mee segera.

tangga ke bahagian atas

DIY cup mamee masing2 heheheh...

ni Cik Ngah punya....
Kami di beri peluang mereka cup mamee sendiri,yang atas tu Cik Ngah punya,okehhh jangan  kutuk ye,dah lama tak mewarna heheheh….kejung tangan ku.



Ini pula permandangan di dalam restoran dari tingkat atas bangunan,dekorasi yang cantik,suka sangat dengan bangunan ni.

Itu lah seharian lawatan kami bersama Mamee Chef dan Nufnang Team,terima kasih banyak-banyak kepada team Nuffnang menjemput kami.Memang seronok,Cik Ngah kalau pasal makanan memang la heheheh…
Lain kali jemput la lagi ye…
Untuk maklumat lanjut dan promosi anda boleh ke page FB Mamee Chef 

 Bisik-bisik:

-kali pertama ikut trip lawtaan macam ni semenjak bergelar blogger,teringat rombongan sekolah hehehe…
-Jujurnya Cik Ngah lebih suka produk Mamee dari yang lain sebab mee nya lebih kenyal tak cepat kembang dan perencah nya tak terasa kuat sangat MSG

8 singgah dan taip sket..: