Uji Bakat Drama Seludup Dan Menangi RM15,000.

5:23 AM Sue Izza 1 Comments

Assalamualaikum semua....
Ada sesiapa yang berminat nak jadi pelakon tak kat sini? haaaa...meh sini Cik Ngah nak cite ni,tuk korang-korang yang nak cuba nasib jadi pelakon and memang berbakat dalam bidang ni,jom cuba uji bakat dengan video pendek je pun,senang je.Buat video berdasarkan skrip yang di beri dan hantarkan ke link yang akan Cik Ngah bagi nanti ye.Pemenang yang terpilih akan memenangi RM15,000.Wowwww banyak tuuu...untunglaaa sapa dapatkan.Eh lupa lak,berlakon dalam cite apa? haaaa...ni diaaa...drama bersiri SELUDUP yang akan di siarkan di saluran Astro Prima dan Astro Maya.



Seludup ni drama pasal apa ye? haaa ia mengisahkan tentang kesedaran di kalangan masyarakat tentang perdagangan haram barangan seludup,tiruan dan cetak rompak,yang menjadi isu ekonomi dan menjejaskan pendapatan,keselamatan dan kualiti hidup masyarakat.


anatara barisan pelakon SELUDUP
Antara barisan pelakon di dalam drama ini adalah Shafie Naswip,Tiz Zakiah,Jehan Miskin yang juga pengarah drama ini,Pekin,Namron dan Raja Ilya.So,sesapa nak berlakon ngan Tiz Zakiah tu hantar video cepat-cepat okeh,mana tau,ada rezeki jadi pelakon glamer kannnnn...heeeheeeee



Okeh,ini cara-cara nak masuk peraduan ni – peserta hanya perlu menekan ‘like’ pada laman www.facebook.com/seludup, muat naik video terbaik dengan membaca skrip pendek, kongsi video tersebut bersama rakan-rakan mereka untuk mengumpul ‘like’. Lebih banyak ‘like’ yang mereka dapatkan, lebih tinggi peluang mereka untuk memenangi pengalaman ini.
Errrrr,Cik Ngah pun dah try tau heeheee...nak tengok videonya cari la sendiri kat YOUTUBE SELUDUP
maluuuuu~sambil nyorok bawah selimut~

Untuk maklumat lanjut mengenai peraduan #masukdramaseludup, sila layari dan daftar penyertaan di laman FB Seludup: www.facebook.com/seludup

Haaaa senangkan,alahhhh try la,mana tahu ada luck korang,tuah ayam nampak di kaki,tuah korang sapa tahu kan?

secara ringkas cara untuk menyertai

Eh korang nak tengok contoh video ke? Jap eaaa....
Nah,contoh untuk korang....try tau


Untuk maklumat lanjut korang boleh klik link2 kat bawah ni tau :

Uji Bakat -  http://fb.alt.com.my/seludup2/

Okeh,cepat-cepat try ye,nanti boleh Cik Ngah tengok korang berlakon kan...

bisik-bisik:
kalauuu la menang RM15K tu wahhhhh bestnya
okeh berangan je la..heheheheh

1 singgah dan taip sket..:

Review Filem Tembus

2:58 PM Sue Izza 5 Comments


Tembus,filem yang menggabungkan pelkon dari 3 negara,iaitu Malaysia,Singapura dan Indonesia.sebuah filem konflik kekeluargaan yang sesuai dan patut di tonton semua lapisan masyarakat.

10 Julai lepas ,Cik Ngah berpeluang menghadiri majlis pratonton Filem Tembus dan berbuka puasa bersama anak yatim di eCurve,Damansara.Filem ini akan di tayangkan pada Aidilfitri ini di pawagam seluruh Malaysia dan Brunei.

Filem yang di arahkan oleh Ahmad Idham kali ini memang berbeza dari arahan2 dia sebelum ini,membawa isu kekeluargaan memang berlainan dari filem-filem beliau yang lepas.Bagi Cik Ngah filem ini memang sarat dengan pengajaran dan mengajak penonton berfikir sebab dan akibat.

antara pelakon Tembus
Abby Nazri,Sheera Iskandar,Eizlan,Khir Rahman,Fazura,Mia Sara,Luna Maya dan Aaron Aziz
Filem ini di bawah terbitan Excellent Pictures,dan Cik Ngah nak ucapkan teria kasih banyak menjemput kami para bloggers ke majlis ini,ini kali pertama Cik Ngah ke majlis syarikat ini.Terima kasih atas layanan yang memang tip top,kami pulak yang naik segan dengan layanan baik pihak mereka.


sempat berjumpa fazura,cantik
Keseluruhannya filem ini mengisahkan keluarga yang di pandang sempurna di mata masyarakat tapi sebenarnya kesempurnaan itu masih ada lagi lubang kecil yang dapat di tembusi anasir luar yang akan menghancurkan keluarga tersebut.Mereka memiliki segalanya tapi tidak sedar dengan segala yang mereka ada itu,ada lubang-lubang di hati dan hubungan mereka yang tidak berjaya di penuhi,apabila berlaku konflik,lubang-lubang tersebut terus pecah menjadi sesuatu yang dasyat dan menghancurkan rumahtangga mereka.

Aaron Aziz

Banyak pengajaran dalam filem ini untuk pasangan suami isteri terutamanya yang bekerjaya dan mengejar kemewahan serta harta benda,di sebalik kesempurnaan yang di cari,kadang kala terlupa nilai kasih sayang dan kesetiaan serta kehormatan.

barisan pelakon utama
Apapun Cik Ngah rasa korang memang patut pergi tengok,filem ini juga ada aksi yang mendebarkan,sarat nilai kasih sayang dan pengajaran serta mesej-mesej yang berguna.



bisik-bisik:
Happy giler bila dapat jumpa Aqasha ,pelakon dan penyanyi yang memang Cik Ngah minat dari mula-mula dia bergiat dalam bidang seni,zaman-zaman Embun dulu lagi heeehee..dia datang memberi sokongan untuk kawannya Khir Rahman dan untuk majlis berbuka puasa.Nampak kurus la pulak kat luar,hehhehe...sama umur je pun....

with aqasha

5 singgah dan taip sket..:

Shopping Raya Projek Iqra-Rumah Attaqwa ,Puchong Perdana

4:48 AM Sue Izza 1 Comments

Alhamdulillah,6 Julai lepas Cik Ngah berkesempatan menyertai Program Shopping Raya Projek Iqra di Rumah Attaqwa,Puchong Perdana.Seawal pukul 8 pagi kami dah ada di sana,Cik Ngah dan kawan-kawan (Cik Qaseh,Cik Mieza dan Pn Fiza) di tugaskan sebagai Crew Social Media untuk membuat liputan program ini.

Kami berkumpul di Rumah Attaqwa untuk pendaftran sukarelawan dan pembahagian adik2 di rumah itu untuk keluar bershopping.Adik-adik di pakaikan tag untuk memudahkan pengenalan.

urusetia sedang menjalankan tugas

kami-crew social media


Sementara menunggu pembahagian sukarelawan dan ucapan perasmian,sempat dok lepak-lepak dengan adik-adik ni semua.Mereka mula-mula memang malu2,tapi dah lama sikit haaaaa memang melekat la,mesra sangat.Macam-maca di tanya nanti,heheheh pandai-pandai la menjawab ye.

dengan adik-adik Attaqwa,comel2 dan manja2 semuanya...

malu tapi mahu hheheeheh....
Program Shopping Raya ni adalah salah satu usaha untuk menggembirakan hati anak-anak yatm dan asnaf untuk sama-sama merasai nikmat membuat persiapan hari raya yang akan datang.Mereka di beri kebebasan memilih apa saja dalam lingkungan bajet yang di beri,tidak tertumpu pada persiapan hari raya sahaja.

Sebenarnya Cik Ngah banyak kali jugak datang ke Rumah Attaqwa ni untuk menghadiri KELAS RAKYAT,(tapi banyak kali dah tak datang huuhuu ampunnn..banyak urusan lain) apa itu kelas rakyat,ia adalah program mingguan yang di sertai sukarelawan untuk membantu mengajar anak-anak di rumah2 kebajikan dalm menyiapkan kerja sekolah dan membantu mereka dalam pembelajaran,biasanya selama 3 jam setiap sesi,untuk maklumat lanjut anda boleh klik KELAS RAKYAT PROJEK IQRA 

Di Rumah Attaqwa ni terdiri daripada anak-anak perempuan berumur dari 6 hingga 17 tahun seramai 45++ orang,lelaki pula dalam 35++ yang berumur 7 hingga 16 tahun.

Cik Ngah memang respek la dengan team Projek Iqra dengan usaha mereka ini,sangat mementingkan pendidikan dan kebajikan anak-anak yantim yang di bawah program mereka.Semoga segala usaha mereka di berkati Allah dan di permudahkan urusan.


antara anak2 yang tidak sabar untuk bershopping

taklimat kepada sukrelawan oleh orang kuat Projek Iqra,En Maman Solleh

Ucapan dari Ustazah Norhayati,Pengasas Rumah Attaqwa

antara sukarelawan yang meluangkan masa
Lokasi shopping kali ini adalah di Mydin Mall,USJ,anak-anak akan di bawa oleh sukarelawan dengan kereta mereka untuk membeli keperluan masing-masing dengan bajet yang sudah di beri oleh penganjur untuk setiap seorang anak.

antara crew projek iqra-najeeb dan dr.shawn

anak-anak dan sukarelawan melangkah masuk ke Mydin Mall dan di sambut oleh staff mydin

antara orang kuat Projek Iqra,Maman Solleh

KA dan Dr,Shawn
Staf  Mydin yang memberi kerjasama dalam program ini.
Seronok melihat riak kegembiraan di wajah anak-anak ini,tapi ada juga kesayuan bila ada anak-anak yang bercerita tak pernah masuk mall sebesar ini,tak pernah beli pakaian di tempat sebegini,ada tu yang hanya menunggu baju-baju yang di beri orang untuk berhari raya,baju-baju terpakai,Allahuakbar jatuh air mata,tak tahan sebak terus Cik Ngah berlalu konon2 nak amik gambar org lain.Padahal dok kesat airmata belakang rak....huuhuuuu....
sempat lagi mencuba mainan

sukarelawan yang sabar melayan kerenah anak2 shopping

memilih barangan yang sesuai dengan size mereka
cuba korang teka apa di sebalik baju oren tu

haaaaaa....tengok tu macam2 kerenah ada,pening sukarelawan di buatnya hehehehe...

nak posing jugak-Cik Ngah dan Cik Fiza

sib baik la sukarelawan suma sabar2 heheheh

pilih dik pilih

alaaaaa tak de size pulakkkk heheheh

ada pulak yang malu2 nak beli barang dan pilih

Seronok sangat melayan adik2 ni semua macam-macam ragam mereka,ebih kurang pukul 3 petang semuanya selesai membeli -belah keerkuan masing-masing,dan sukarelawan menghantar kembali mereka pulang ke rumah Attaqwa.

Seronok tengok adik-adik shopping,crew pun tumpang shopping sekali la heheheheh

najeeb dan mawardi senpat lagi memilih barang mereka hehhhee...
PROJEK IQRA :

Ditubuhkan pada 2013 oleh tiga sahabat Muhammad Solleh Mahfoz,Suhaimi Abdul Manan dan Sharifah Sharina Syed Aswad.Idea Projek Iqra ini tercetus setelah mendengar dan melihat sendiri kesukaran anak-anak yatim lepasan SPM untuk menyambung pelajaran walaupun berminat dan berkelayakan.Ini kerana tiada wang untuk yuran pngajian dan wang sara diri menjadi penghalang untuk meneruskan cita-cita mereka.Jadi projek iqra telah bekerjasama dengan rumah-rumah anak yatim dalam program berbetuk pendidikan ,kemahiran,kesihatan dan kain-lain yang memberi manfaat kepada mereka.

Ada pelbagai program yang di jalankan yang boleh di sertai oleh sukarelawan yang berminat.antaranya Kelas Rakyat,Shopping Raya,Pemeriksaan Kesihatan,Chef Muda ,Bengkel Bijak Belajar dan banyak lagi.

Untuk maklumat lanjut anda boleh ke :

Apa yang anda oleh antu Projek Iqra :
-sebagai sukarelawan untuk pelbagai program
-sebagai penaja-cara-cara menyumbang anda boleh lihat di laman web mereka
-sebagai rakan komuniti-terlibat dengan aktiviti komuniti ssetempat bersama anak yatim dan asnaf serta fakir miskin.
-memberi maklumat anak yatim ,fakir dan asnaf yang berpotensi di taja kepada projek iqra
-menyebarkan maklumat mengenai projek iqra di laman sosial dan membantu mewar-warkan program mereka

Semoga kita sama-sama dapat membantu usaha murni ini dan di berkati Allah.

bisik--bisik:
Besarnya tanggungjawab dan pengorbanan mereka dalam membela anak yatim ini,Cik Ngah memang salute la tak semua orang mampu buat begini.Semoga suatu hari Cik Ngah dapat menjejaki mereka.


1 singgah dan taip sket..:

Little Scientists : Belajar Sains Dengan Bermain

8:00 AM Sue Izza 5 Comments

Bila sebut subjek Sains,ramai ibu bapa yang mengeluh anak-anak tak minat sebab membosankan kan? Pembelajaran di dalam kelas yang biasa membuatkan kanak-kanak tidak teruja untuk belajar dan jadi malaskan?

Sebenarnya kalau kena cara,subjek sains ni boleh jadi sesuatu menarik dan menyeronokkan.
Ye,itulah yang di lakukan oleh LITTLE SCIENTIST untuk anak-anak kecil di usia tadika lagi,minat di pupuk terhadap sains di sekitar mereka dengan cara bermain dan memang menarik.


Little Scientists di lancarkan pada tahun 2002 untuk pembelajaran awal kanak-kanak tadika di bawah syarikat Fun Science Enterprise.Program yang di bawakan oleh Little Scientist lebih kepada pendedahan sains asas di peringkat awal kanak-kanak ,dengan cara 'Hands-on & Fun'.Kanak-kanak boleh bermain dan bereksperimen dengan bimbingan pengajar yang di beri latihan khas.Pengalaman 10 tahun Little Scientists telah mendapat tempat di banyak Taman Bimbingan Kanak-kanak,Tadika dan 'Kindergarden' seluruh negara.


Ms Ho Teh Eng,Founder Little Scientists



Mr Cheng.CEO Little Scientists

Apa yang korang perlu tahu ,dalam program ini,kanak-kanak di ajar sains dengan cara bermain,dan melakukan eksperimen mereka sendiri.Denga itu mereka sendiri boleh merasai kesan dan apa yang berlaku dalam eksperimen tersebut ,contohnya:

-apabila mencampurkan warna kuning dengan hijau ,akan terhasil warna biru
-air yang panas boleh menghancurkan gula dengan cepat,hasil tindakan haba.
-apabila meniup belon angin akan membesarkan belon tersebut.
-bagaimana pokok boleh hidup dengan cahaya matahari.
-eksperimen tangan robotik mengajarkan fungsi sendi tangan dan anggota badan.




Selari dengan sifat kanak-kanak yang suka meneroka sesuatu yang baru,eksperimen begini akan merangsang lagi motor skill otak mereka,dan menambahkan keyakinan diri,bahasa dan kemahiran bersosial.Proses pembelajaran ini juga menjadi kan mereka leboh kreatif bila mencuba sesuatu contohnya bila bermain dengan campuran warna mereka akan jadi teruja serta seronok untuk mencuba warna lain pula,selain itu merangsang minda mereka juga untuk mencipta sesuatu yang baru dengan pengetahuan baru itu.


kemahiran sosial yang terbina di kalangan kanak-kanak dalam program ini

Antara Eksperimen dan pembelajaran yang ada dalam program ini :






Selain itu,kanak-kanak juga di dedahkan sains alam sekitar di sekeliling mereka seperti tanah,air,udara yang mempunyai fungsi tertentu.Ini dapat membuka minda mereka untuk terus meneroka alam dan persekitaran di sekeliling mereka.

Cik Ngah rasa program ni memang menarik la kalau semua tadika dan kindergarden dapat menjalankan aktiviti begini,kanak-kanak akan teruja untuk belajar,malah seronok dengan pelajaran mereka.

Oh ya,Program ni juga mendapat slot dan liputan dalam Rancangan Assalamualaikum di TV ALHIJRAH
boleh lihat di sini :



Dan untuk membaca komen Azidah dari TV HIJRAH boleh baca di SINI

Selain pembelajaran sains,program ini juga menerapkan elemen Islamik dan ketuhanan dalam proses pembelajaran,jadi kanak-kanak dapat mengaitkan sains dan Al Quran.Bagi Cik Ngah itu lah bagus nya program ini,bukan semata-mata sains dan apa yang ada di hadapan mata sahaja,kerohanian juga di terapkan di samping nilai-nilai murni,perkara begini la yang penting untuk pertumbuhan otak kanak-kanak kan.

Untuk maklumat lanjut anda boleh layari laman web dan media sosial LITTLE SCIENTISTS ini seperti berikut:

Insta : www.instagram.com/theLittleScientistS

Oh ya ,jangan lupa dengarkan Little Scienstits di Radio IKIM pada 9 Julai 2014 ini ,pukul 6.15 petang ye,untuk maklumat dan pendedahan.

 Bisik-bisik:
sebenarnya bukan kanak-kanak je yang suka dengan sains meneyeronokkan macam ni,kita yang tua ni pun seronok kalau dah belajar macam ni kan,santai dan sambil main gitu.

5 singgah dan taip sket..:

Buffet Ramadhan @ PICC,Putrajaya.

1:18 PM Sue Izza 3 Comments

Sekejap je rasa dah 9 Ramadhan kan?,So bagaimana dengan puasa korang? Semoga baik-baik la semua ye…



 Ni nak cadangkan tempat berbuka buffet ramadhan di PICC,Putrajaya,Cik Ngah dah try,memang sedap-sedap makanannya.Buffet ramadhan yang bertemakan “Hidangan Tradisi Warisan Budaya” menghidangkan lebih 200 jenis makanan tradisi dan warisan melayu selain makanan2 barat dan desert.
Memang rambang mata la korang nak memilihnya nanti hehehehhe…

Buffet ini bermula 30 jun hingga 25 Julai dari pukul 6.30 petang hingga 10.30malam dengan harga:

RM80 untuk dewasa
RM40.00 untuk kanak-kanak









Haaaa amacam tergoda tak? Heppp jangan tengok lama-lama kang ada yang buka periuk nanti heheheh…





Hidangan kat sini di hidang kan mengikut tema tau contohnya seksyen ‘Pembuka Selera’, ‘Gerai Utama PICC’,’Mangkuk Panas’,’Kawah Berapi’,Kebun Buah Pak Rusmie ‘ dan banyak lagilah,memang menarik.Antara hidangan yang korang memang kena rasa bagi pendapat Cik Ngah la kan,Sambal Goreng Jawa dia,perghhhh dah setaraf nenek2 jawa kat kampong masak tau,Mr D kan orang jawa,so Cik Ngah dah pernah rasa yang nenek2 kat kampong masak,memang yang ni sedap tau.Pecal Jawa nya pun sedap jugak,menambah tau.selain tu ada Gulai Tunjang atau urat keting kalau orang pantai timur panggil,Rendang Paru yang lembutttttt,Beriyani Kambing yang wallllahhhhhh…hahahha…korang kena try okeh.









Ada juga hidangan beraneka bubur macam bubur pulut hitam,bubur kacang hijau,pengat labu dan yang cik ngah rasa sedapkan dank orang kena try bubur lambuk kat sini,serius sedap woooo…rasa nak tambah 2 3 kali gittewwww…



Selain itu ada juga hidangan pasta dan makanan barat di sediakan dengan aneka air anas dan sejuk serta cendol,perghhhh memang menggoda la.Korang juga akan di hiburkan oleh nyanyian dari Rosma AF bersama pemuzik pengiringnya.

Oh ya,sambil-sambil berbuka tu korang boleh la masuk Cabutan Bertuah yang di anjurkan lumayan wooo hadiah nya :

-Duit Raya Tunai RM3,000
-TV LED 40 inci
-Telefon Pintar Samsung Note 3

Dan banyak lagi lah hadiah2 yang best,terbuka kepada semua pelanggan dan keputusan akan di umumkan minggu pertama bulan Syawal di FB PICC.

Bagi korang yang nak berbuka kat sini jangan risau ye,ada surau yang dis ediakan da nada solat terawih berjemaah tau,tandas pun bersih dan cantik.Dengan permandangan indah Putrajaya dari PICC memang santai la berbuka puasa di sini.Sesekali nak ubah angina apa salahnya kan.

Untuk keterangan lanjut dan tempahan buffet korang bleh hubungi pihak PICC dengan cara berikut:

Telefon : 03-88876162
Putrajaya International Convention Centre Sdn Bhd
Dataran Gemilang Presint 5
62000 Putrajaya
Tel :03-88876000
Faks : 03-88876499

Bisik-bisik:
Pada yang nak ubah selera nak berbuka di luar boleh la cuba,dengan suasana yang santai dan indah,makanan yang sedap,berbaloi la.



3 singgah dan taip sket..: